Gelak tawa dan keletah anak tentunya memberikan kebahagian buat ibu bapa. Rasa penat seharian bekerja sudah tentu hilang setelah terhibur dengan telatah mereka.

Namun, bergelar ibu bapa, kita sentiasa berhadapan pelbagai cabaran untuk menghadapi kerenah anak-anak ini. Pelbagai cara yang digunakan untuk memastikan anak-anak mendengar kata.

Malah ada segelintir ibu terpaksa menjerit dan marah akibat anak tidak mendengar kata. Boleh naik tekanan darah jika hari-hari anak berkelakuan begitu!

Hakikatnya ada caranya untuk mengelak situasi itu ketika mendidik anak-anak. Salah satu yang sering diguna pakai oleh ibu bapa adalah mengunakan sistem ganjaran kepada anak. Namun cara yagng bagaimana yang betul untuk memberi ganjaran kepada anak agar tidak memberi impak buruk kepada perkembangan kanak-kanak.

Persoalan ini yang dikupas oleh Perunding Psikologi Klinikal, Klinik Psikologi Azlina. Puan Hajjah Azlina Roszy Binti Mohamad Ghaffar menerusi program Webinar Pa&Ma: Sayang Anak Ketat-Ketat anjuran Majalah Pa&Ma dan Majalah Keluarga yang diadakan secara virtual pada 20 Mac 2022.

Dengan tajuk, ‘Sistem Ganjaran Bukti Sayang Anak, Benarkah?‘ , Puan Hajjah Azlina Roszy Binti Mohamad Ghaffar ini menjelaskan bahawa ganjaran yang diberikan kepada anak ada kaitan dengan emosi.

Katanya kerap ibu bapa mengunakan taknik ganjaran untuk anak berkelakuan baik. Namun tegasnya, dalam bidang psikologi bukan sistem ganjaran itu yang menjadi keutamaan tetapi  bukan salah faham mengenai konsep ganjaran yang dyang betul lebih kepada bagaimana ibu bapa memhami konsep sistem itu dan mempraktikan dalam mendidik anak-anak.

KONSEP DALAM ISLAM

Sistem Ganjaran ini telah diperkenalkan dalam Islam.

GANJARAN DAN HUKUMAN

  • Satu konsep yang diperkenalkan oleh Al Quran

. Ayat-ayat yang menyentuh ganjaran syurga kepada orang-orang yang beriman dan hukuman neraka kepada orang-orang yang tidak beriman.

“Sungguh orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan ke dalam neraka”. [An Nisa’:56]

“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak akan Kami masukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya”. [An Nisa’:57]

Sistem ganjaran ini dinyatakan dalam Al-Quran.

Ayat-ayat hukuman

KONSEP  SAINTIFIK 

Fahami psikologi anak

Menurut Perunding Psikologi Klinikal, Klinik Psikologi Azlina. Puan Hajjah Azlina Roszy Binti Mohamad Ghaffar, dalam mendidik anak, ibu bapa  harus memahami pskikologi anak-anak. yang termasuk perkembangan otak.

Prefrontal cortex’ adalah bahagian otak yang terletak di lobus hadapan. Ini adalah bahagian otak yang berkembang paling lambat. Para saintis berkata, ia masih lagi berkembang sehingga usia belasan tahun hingga mencapai usia antara 20 hingga 25 tahun. Tugas ‘prefrontal cortex’ dipanggil eksekutif.

Prefrontal cortex terletak dibahagian ubun-ubun kepala anak. Kepentingannya ia berkaitan dengan perbelajaran. Anak-anak akan menyerap stimulasi apa yang dilhat dipersekitaranya termasuk untuk belajar, mengingat, membuat keputusan, memahami dan untuk berfikir.

 Apa fungsi eksekutif Prefrontal cortex’

Ketidakmatangan Kanak-kanak

Otak kanak-kanak sehingga remaja belum mempunyai pemikiran abstark. Bila bahagian otak ni lambat, kanak-kanak masih belum fahan, belum matang untuk berfikir. Namun mudah menerima respon kepada sebarang rangsangan.

“Contoh, jika anak mengaku buat salah, ibu akan berkata ‘mama tak marah’ atau ibu boleh memberi ciuman sayang. Tak semestinya bagi hadiah yang mahal. Ganjaran dalam bentuk senyuman pun boleh. Cara ini pun dikatakan ganjaran.”

Masalah tingkahlaku dan gejala sosial di kalangan remaja dan orang muda boleh dikaitkan dengan kekurangan pada PFC (prefrontal cortex) iaitu ketidakmatangan PFC di dalam melakukan penilaian terhadap sesuatu.

Oleh itu, kanak-kanak di peringkat umur di bawah 10 tahun biasanya melakukan keputusan mengikut emosi (bahagian amygdala – otak, tengah)

Kanak-kanak juga tidak dapat berfikir ke hadapan dan belum mempunyai pemikiran abstrak

Oleh itu, kanak-kanak tidak faham mengapa mereka perlu mandi, makan, tidur, jangan main benda berbahaya atau kotor dan lain-lain

Otak kanak-kanak sehingga remaja sangat responsif kepada 2 perkara:

1. Rangsangan ganjaran dan hukuman – gunakan pendekatan ganjaran untuk mendapatkan kepatuhan dalam pembelajaran

2. Novelti (perkara baru dan unik) – kerana itu kanak-kanak suka ‘explore’ dan curious dengan banyak perkara dan mudah belajar.

GANJARAN DAN HUKUMAN

Memberikan ganjaran dan hukuman tertentu boleh merangsang kanak-kanak melakukan perkara-perkara yang diinginkan oleh ibubapa serta menjauhi dari melakukan perkara yang tidak diingin.

-Ganjaran (balasan baik – reward)

-Hukuman (balasan buruk – punishment)

-Kajian psikologi menunjukkan otak manusia didorong oleh ganjaran dan hukuman

-Ganjaran meningkatkan kebarangkalian tingkahlaku dilakukan berulangkali

IKLAN

-Hukuman dilakukan untuk mencegah tingkahlaku dari berulang lagi

Tak perlu bagi hadiah yang mahal, hanya kata-kata positif.

Bagaimana Melatih Disiplin

Menggunakan carta bintang (star chart) – mendapat mata ganjaran apabila sesuatu tingkahlaku dilakukan; misalnya mendapat 1 bintang selepas menggosok gigi

Setiap carta bintang ialah untuk tempoh seminggu atau mengikut bilangan hari

Menggunakan token ekonomi – menebus hadiah dengan mata ganjaran. Misalnya ingin mendapatkan pensil baru boleh tebus dengan 5 mata ganjaran.

Boleh juga menggunakan stiker sebagai pengganti bintang untuk menarik perhatian kanak-kanak

Boleh dimulakan seawal usia 4 tahun. Menolak mata ganjaran untuk membuang tabiat buruk. Misalnya suka memukul adik, akan ditolak mata ganjaran setiap kali memukul

Mata ganjaran tidak boleh diberikan sekiranya tingkahlaku tidak dilakukan. Misalnya hari Isnin tidak menggosok gigi maka tidak mendapat apa-apa bintang.

Dengan pendekatan ini, anak yang tidak melakukan perbuatan yang baik dalam list carta,  tidak akan mendapat bintang. Setiap bintang ada nilai.

Cara saya setiap hujung minggu. Satu bintang, 10sen. Kumpul masuk tabung. Jadi cara ini secara tidak langsung anak-anak belajar untuk usaha berkelakuan mengikut carta berkenaan. 

“Sistem ganjaran perlu dilakukan setiap hari. semua aktiviti dilakukan setiap hari. Cara ini kanak-kanak tidak perlu berbohong. Tak buat tak dapat ganjaran. Carta juga boleh mengikut kesesuaian keluarga masing-masing,” ujarnya menerusi webiner Sayang Anak Ketat-Ketat baru-baru ini.

IKLAN

Lihat video lengkap lihat di bawah ini. Untuk topik Sistem Ganjaran Bukti Sayang Anak, Benarkah? Lihat video di minit ke 5.24 .

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Keluarga akan mengadakan program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang. Jom daftar ramai-ramai, kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada chef terkenal, Chef Amer. Hanya RM 20, dan anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan untuk peserta. Jadi usah tunggu lagi, jika anda berminat, daftar di link ini https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/ Anda juga boleh whatsapp admin di 016-9647520 untuk info lanjut.

KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!

MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.

MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat. 

MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?

MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

Bintang Kecil: Periksa mata, kerana dari mata turun ke hati

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara