Peralatan di dalam rumah jika sudah lama digunakan pasti akan menimbulkan masalah. Lebih-lebih lagi kalau banyak tangan yang menggunakannya. Apabila rosak, satu hal pula nak kena panggil tukang untuk datang ke rumah membaikinya.
Jadi, kalau rasa boleh buat sendiri, tak payah nak buang duit. Sementelah sekarang banyak tip dan DIY yang dikongsikan yang boleh kita jadikan panduan. Contohnya, tukar sendiri kepala paip seperti yang dimuat naik oleh saudara Ridwan Safar
#diy #tukangDIY #tukangkongsi
Ads
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga TAH.i selamat berhujung minggu .
minggu ni saya tukar Paip sinki dapur dimana kepala flexible tak boleh naik lagi sebab dah patah.
01 : Patah Kepala tak boleh naik lagi.02 : Tutup Stopcock03: Longgarkan Screw Collar04 : Guna Tools jika Perlu05: Macam ni06: Cabut Begini07 : JIka ketat gunakan Tools utk buka Paip Air08: Dah terbuka09: bersih menggukan berus10: Sediakan Pipe Baru11: Longgarkan Screw collar ni . dan cabut dahulu leher pipe12: Balut pita Teflon ikut arah jam13: haa balut macam ni , dalam 20 – 30 pusingan14: balut15 : masukkan dan pusing gunakan tangan16 : Lapik kain atau Tisu tebal dan ikat secukup rasa, jangan memaksa. ngam ngam jer.17 : bersih dan keringkan kawasan ini.18: lepas buka stopcock di paip utama, biarkan 5-10 minit dan periksa jika ada sebarang leaking19 : pasang semula leher kepala pipe, ikat srew semula20: dah siap . Kepala paip boleh digunakan tanpa was was. Terima kasih.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kesempitan hidup memaksa empat beranak ini terpaksa berteduh di dalam sebuah stor deretan kedai di depan bangunan Koperasi Guru Agama Kelantan Berhad di Jalan Long Yunus.
Lebih menyedihkan, bilik stor tersebut terletak berhampiran tangki najis yang menjadi “taman permainan” anak-anak Najwa Lipayang, 31, yang berusia antara dua hingga 10 tahun. Turut tinggal bersama mereka adalah ibu Najwa, Ruzana Amat, 53.
Najwa yang berasal dari Thailand dan berkahwin dengan lelaki tempatan dikurniakan empat cahaya mata, Nur Airis Natasha Mohd Khalis, 10, Muhamad Hafiz Danial, 6, Muhamad Hazim, 4 dan Nur Aina Syuhada, 2, kesemuanya memiliki sijil kelahiran Malaysia.
Bagaimana pun, selepas bercerai, Najwa hilang tempat bergantung. kehidupan yang serba daif itu memaksa Nur Airis Natasha dan Muhamad Hafiz Danial berjalan kaki sejauh dua kilometer untuk ke Sekolah Sultan Ismail 2 selain kadang kala dihantar oleh nenek mereka.
Najwa berkata, stor yang menjadi tempat tinggal mereka itu ditumpangkan tanpa bayaran, namun malangnya perlu dikosongkan pada penghujung bulan ini.
“Stor inilah tempat kami tidur, walaupun tidak ada bilik, tiada tandas, tapi kami masih boleh berteduh dan berehat di sini.
“Kalau mandi kami mandi di luar sebab di sini tidak ada bilik air dan tandas kami tumpang milik bangunan kedai, tetapi selepas ini tidak tahu apa nasib kami kerana sudah tiada tempat tinggal,” katanya.
Menurutnya, dia ada mencari rumah sewa, namun perlu memikirkan kemampuan untuk menjelaskan bayaran bulanannya kerana hanya bekerja sebagai pembantu gerai.
“Pendapatan saya hanya RM20 hingga RM25 sehari bergantung kepada keuntungan jualan dan duit itulah yang digunakan untuk membeli lauk pauk dan makanan kepada anak-anak.
“Kadang-kadang kalau tidak ada duit sangat, saya bagi anak-anak sajalah makan nasi bersama lauk, saya pula makan nasi dengan kuah sahaja pun tidak apa-apa,” katanya.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh disalurkan ke akaun Nur Airis Natasha Mohd Khalis BSN 03011-41-00008747-3 atau menghubungi Najwa di talian 016-2552846.
Biarpun tinggal di tempat sedemikian, namun Najwa sangat menitik beratkan aspek kebersihan,Malah, baju-baju yang didermakan orang ramai kepada Nawja serta anak-anak berada dalam keadaan tersusun rapi.
Biarpun di dalam bilik tersebut hanya ada sekeping tilam nipis, bantal, kipas kecil dan periuk nasi elektrik berserta sebuah meja buruk terletak kemas di bahagian masing-masing. Namun cukup kemas dan teratur.
Menurut Najwa, dia sangat menghargai pemberi orang ramai dan menjaga baju itu dengan rapi selain meletakkan plastik di luar bagi mengelak habuk atau terkena kotoran.
“Saya pula suka mengemas dan diri sendiri pun selalu berhias, tetapi kerana melihat kepada pemakaian saya yang kemas ini menyebabkan kadang-kala orang salah erti dan tidak percaya saya orang susah.
“Sebenarnya ini semua baju derma dan walaupun kami dalam keadaan serba kekurangan, saya kena jaga kebersihan kerana bimbang anak terkena penyakit, takut nanti sudahlah susah, sakit pula,” katanya.
4 beranak tinggal dalam stor dekat tangki najis Laporan : MOJO Sinar Harian Kelantan ADILA SHARINNI WAHID
Bukan calang-calang seorang suami sanggup membesarkan anak seorang diri tanpa isteri tercinta.
Begitulah yang terjadi kepada saudara Khairul Abdullah atau juga dikenali sebagai Supper Daddy yang kematian isteri sejak tiga tahun lalu.
Khairul Abdullah yang kehilangan isteri akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ sejak tiga tahun lalu dan kini menguruskan tiga anak lelakinya.
Arwah isterinya meninggal dunia pada umur 39 tahun ketika itu anak-anaknya berusia 4, 2 dan 7 bulan.
Melalui detik sukar dalam hidupnya apabila duduk di sebelah katil ICU dengan memegang tangan isteri yang perlahan-lahan pergi meninggalkan bukanlah satu pengalaman yang ingin dikenang.
Malah ketika itu, anak bongsunya masih kecil sudah tentu cabarannya lebih getir. Biarpun ada ahli keluarga yang mahu membantu memberikan pertolongan untuk menguruskan anak, namun dirinya nekad untuk memegang amanah untuk menjaga ketiga orang anak tersayang.
Pengorbanan seorang ayah buat anak-anaknya. Ikuti kisah inspirasi ini.
3 tahun lepas, hidup aku bertukar terus. Sekelip mata kena jadi bapa tunggal membesarkan 3 orang anak yang masih kecil. Tahun pertama, penuh dengan episod air mata.
Isteri meninggal itu takdir yang aku terima, tapi anak-anak kehilangan ibu ni adalah benda yang paling meruntun jiwa. Kau tahu betapa deritanya bila tengok wajah serta tangisan anak yang rindukan ibu dia.
Umpama ratusan kaca menikam-nikam kat jantung but nothing you can do about it.
Lepas anak menangis, aku pujuk sampai tidur semuanya dan aku pula pergi menangis.
It’s tough. Super duper tough.
Namun aku bersyukur sebab kematian itu sangat “menghidupkan” aku. Aku belajar banyak benda, aku tahu banyak perkara dan paling penting aku kuat besarkan anak-anak sampailah ke hari ini.
Sesekali bila anak-anak tidur begini, aku kenang balik waktu depa kecik dulu. How fragile they were, how different they were and how different I am back then.
Banyak benda yang aku rasa kalau masih boleh undur balik, aku akan buat sesungguh-sungguhnya.
Aku akan sayang sesungguh-sungguhnya. Aku akan ambil berat dan aku akan bantu semahunya. Rasanya aku tak cukup membantu, tak cukup menyayang. Tapi, semua dah terlambat.
Kerja membesarkan anak-anak ni bukan kerja main-main. Perlukan superpower, perlu kuat fizikal dan paling penting perlu kuat mental. Kalau tak, memang koyak.
Salute kepada semua mak-mak di seluruh dunia.
Sejak jadi ayah sepenuh masa, besarkan anak dari kecil sampailah dah besar gini seorang diri, baru aku tahu yang langit itu tinggi atau rendah.
Sesungguhnya menjadi ibu itu adalah satu tugas yang sangat berat dan memenatkan, fizikal dan juga mental. Tuhan cipta wanita ini dengan kekuatan luar biasa.
Namun depa juga manusia, ada limitation, perlu bantuan, perlu rehat, perlu me time, perlu bercuti, itu dan ini. Jadi mohon semua anak-anak, bantulah ibu anda, mohon para suami, bantulah isteri anda.
Sayangilah mereka sepenuhnya dan bantulah mereka semahunya, Selagi mereka masih ada. Selamat Hari Wanita.
Khairul Abdullah #SuperDaddy
Inspirasi
Dalam pada itu warganet mengakui kagum melihat pengorbanan dan caranya menguruskan anak-anaknya.
Walaupun sudah seminggu sesi persekolahan bagi tahun 2023 bermula, namun masih ada lagi murid yang belum dapat mengesuaikan diri. Perkara ini amat merisaukan ibu bapa terutamanya yang bekerja.
Mereka sukar untuk menguruskan anak-anak jika perkara ini masih berteruskan dan ianya juga akan menggangu pembelajaran kanak-kanak tersebut.
Bagi seorang ibu, gara-gara anaknya selalu menangisdan enggan ke sekolah, dia telah ‘menggertak’ anaknya itu dengan membawa anak lelakinya ke sebuah balai polis.
Ianya dipercayai berlaku di satu daerah di Sarawak menerusi loghat bahasa yang digunakan dalam perbualan tersebut.
Video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna aplikasi TikTok, @abellascentzhq telah memaparkan kejadian lucu tersebut bersamakanak-kanak bernama Aydeen yang memakai baju pra-sekolah itu ‘disoal siasat’ oleh seorang anggota polis di luar balai.
Abang Polis Pun Sama-Sama Berlakon
Lebih menarik perhatian apabila anggota polis berkenaan memahami situasi ini dan sama-sama ‘berlakon’ seperti mahu menahan kanak-kanak terbabit sekiranya dia berterusan tidak mahu ke sekolah.
Menerusi rakaman berdurasi dua minit tiga saat itu, si ibu dilihat cuba menakut-nakutkan dengan meminta anggota polis tersebut menahan anaknya kerana menangis hampir setiap hari apabila ke sekolah.
“Kalau tak mahu sekolah, tangkap saja dia Tuan. Nak makan cacing? Tiada burger dalam penjara. Setiap hari kalau masuk sekolah, dia menangis Tuan. Dia ingat saya bohong (bawa ke balai).. degil sangat dia ni,” katanya dalam bahasa Iban.
Kanak-kanak itu kemudian berkali-kali menggelengkan kepala tanda tidak mahu ditahan selain berjanji menggunakan jari kelingking bersama anggota polis terbabit untuk se sekolah selepas ini.
Ramai Terkejut Tonton Video Update Dari Ibu Selepas Insiden Ke Balai Polis
Selepas kejadian tersebut, ibu kepada kanak-kanak tersebut telahpun mengemaskini keadaan terkini anaknya itu di sekolah.
Kanak-kanak tersebut dilihat gembira apabila ibunya dapat menjemput pulang dari sekolah. Wajahnya yang ceria menggambarkan perasaannya ketika itu.
Dah Tak Menangis Ke Sekolah
Wajah ceria kanak-kanak ini untuk ke sekolah dapat dilihat sewaktu ibunya memuat naik video di dalam kereta sewaktu mahu menghantarnya ke sekolah.
Video yang dimuatnaik oleh wanita ini telah mendapat tontonan yang banyak di aplikasi TikTok. Ramai yang terlibur melihat aksi dua beranak tersebut dan ada juga yang mencuba tip yang dilakukan oleh ibu tersebut kepada anaknya yang mempunyai masalah yang sama, tidak mahu ke sekolah.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.