Sungguh benarlah rezeki Allah tidak pernah salah alamat, jika sudah itu janjinya maka kenikmatan dan rahmat Allah pasti sampai tepat pada masanya. Inilah yang dapat digambarkan dengan anugerah Allah berikan kepada 4 adik beradik ini iaitu Muhammad Hasif, 26, Imran Harith, 25, Nur Hanisah, 23, dan Ahmad Hazim, 19 apabila mereka berempat menjadi antara jemaah yang terpilih menjadi tetamu Allah sempena Musim Haji 1440H/2019M.
Simpan Duit Sejak Kecil
Menurut Dr Noor Hassan Yahaya, 53, keempat-empat anaknya mula menabung sejak kecil lagi. Dan setiap kali dapat duit raya akan masukkan ke dalam akaun TH selain duit yang diperuntukkan olehnya untuk anak-anaknya menabung di TH.
“Sejak mereka berusia setahun, saya dan isteri Norlida Hassanal Bashry, 54, sudah membuka akaun simpanan TH masing-masing sebagai persediaan awal ke Tanah Suci.
Ads
“Duit raya yang mereka dapat sejak zaman kanak-kanak akan kami simpan dalam TH selain duit yang saya simpan untuk mereka,” katanya ketika ditemui di Kompleks TH di Sepang, hari ini.
Keluarga berkenaan dari Bandar Baru Uda (BBU), Johor Bahru, pertama kali mengerjakan ibadah haji manakala ibu bapanya sudah menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada 2009.
Dr Noor Hassan yang juga pakar bius di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, berkata hati mereka amat berat melepaskan keempat-empat anaknya, namun tuntutan agama sangat penting sebagai Muslim.
Ads
Amanah Digalas Abang Sulung
Sementara itu, Muhammad Hasif berkata, sebagai abang sulung, dia akan menjaga adik beradik seperti diamanahkan mak dan ayah.
Ads
“Apa yang berlaku adalah tanggungjawab saya sebagai abang sulung. Insya-Allah, saya tidak akan mensia-siakan amanah diberikan.
Rezeki adalah kurniaan Ilahi yang tidak dijangka akal. Rezeki yang mendatang dengan izin Allah cetusan peranan seorang isteri yang ikhlas buat suaminya. Juga bagi suami yang membahagiakan isteri dan anak-anak pastinya rezeki akan mengalir deras memenuhi ruang kehidupan.
Menyentuh mengenai nafkah kepada isteri yang bekerja memang kadang kala tidak diambil peduli. Pengakuan seorang isteri di laman facebooknya Aneem Fadzal yang tidak pernah ambil peduli mengenai pemberian nafkah suami kepadanya. Bagainya nafkah itu tidak penting disebabkan beliau sendiri bekerja. Sehinggalah beliau mendengar ceramah agama bahawa pemberian nafkah suami kepada isteri adalah keperluan bagi menjana rezeki yang lebih berkat.
Pasal nafkah zahir isteri. Sempena gaji ye.
(Aku je ke yang gaji lambek ). Aku isteri yang bekerja. Ada income sendiri setiap bulan. Kalau suami tak bg nafkah pun aku masih ade duit sendiri nak beli baju, makanan, mekap dan lain2 aku no hal. Alhamdulillah masih mampu reward diri sendiri guna duit sendiri dan setelkan komitmen lain eg. Bulanan kete, family dan sebagainya. So aku nk spend duit aku kemana2 mmg suami tak penah pertikai sbb tu mmg duit aku jadiknye aku shopping online ke offline ke, dia mmg tak marah. Tapi ini cerita dulu2.
Dalam islam, nafkah suami ke isteri tu WAJIB. Mengikut kemampuan suami. Kita bincang pasal nafkah zahir je ok. Sbb mmg nak sebut pasal duit je pun. Pasal nafkah ke isteri ialah salah satu cara keberkatan rezeki suami.
Siyes dulu tak heran suami tak bg aku duit untuk suka ria pun takpe. Asal kau bahagia bang. Cume jangan jadik biawak hidup je. Aku luku2 je nanti. TAPIIIIIIII bile dengar balik ceramah ustaz2, aku cam cube nak terai utk menjadikan perjalanan rezeki suami tu lg smooth (dengan izin tuhan).
Aku cam terkesima skjap pasal tu. Lepas tu, aku start wajibkan suami transfer duit “keperluan sendiri” tu tiap2 bulan walau mmg utk diri sendiri dah cukup ke ape ke. Aku taknak dia bg cash kat tangan sbb kang tetibe mmg kjap je perabih ? dia nak bg lebih, dipersilakan. Jgn bg kurang. Mmg kena jegil mata. Kalau lambat sikit, dengan gangsternye aku ingatkan umpama ahlong kutip hutang
“bang duit bulan aku mane?”. Jgn kau cakap kesian kat laki kau. SEBAB kau akan saksikan keajaibannya.
Kadang2 mmg dengan suami ni kau kena mintak direct Sbb depa ni bkn tau kau kecik hati tak dapek duit banje ke ape, dia mmg ingat kau tak kesah langsung punye Sbb sblm ni kau takde hentak2 kaki mintak kan. Ini dulu lah. Dah lama2 mmg terbiasa lah. Sblm aku follow up, dia dah transfer dulu lah
Pastu apa jadik? Mmg kalo ikut apa yang ustaz cerita dan share, makin murahlah rezeki kamu wahai suami. Sbb ape? Sbb isteri doakan kamu yang dah gembirakan hati dia. Iye. Kau tak tau dlm hati isteri kau tu terdetik doa2 ajaib lps ko bg tu, mcm mane banyak bini ko bebel, banyak tu lah dia punye doa bersyukur tu walau kau bg dia sikit pun mmg doa dia tu ajaib. Kau bg banyak lagi lah doa dia sepanjang Highway lekas. Mmg itu yang akan berlaku. Sungguh. Siap selit doa lain “bulan depan banyak lagi pun takpo
Btul. Ini pengalaman sendiri. Eh pengalaman laki sendiri. Btul tak bang? Haha. Cubalah terai start bg duit kat isteri untuk keperluan dia walau sikit dan kau akan perasan yang kau tak rasa rezeki sempit pun. Aku sendiri perasan benda tu kat suami. Sbb tu dia suka nau tanye “nak ape laie?”. Mungkin Sbb dia perasan lepas banje aku, rezeki dia makin murah ke? Mungkin. Ke dia sindir aku tak tau lah Dasar bini pengikis
Jadik bini, kau mintak je lah. Tp betulkan niat bkn niat kau nak bg dia susah. Sbb untuk keberkatan rezeki suami kau jgk.
Kau nak tuhan berkati rezeki dia. Murahkan lagi rezeki dia. Nanti lama2 suami pun terbiasa. Kau takyah set alarm dah. Eleh tapi kan, last2 duit dia bg konon utk keperluan kau tu, kau pusing2 gak nak beli mainan anak lah, makan sedap lah, apelah. Btul kan.
Lg satu. Nanti kalo tuhan tanye kat isteri pasal nafkah kau wahai sang suami bg ape ke isteri, nanges sang suami nak jawab. Takkan nak jawab, sekali lah tu dengan duit dapur. Padahal kau mampu je nak bg lebih sket utk keperluan peribadi isteri kau.
Kalau ade salah silap yang aku tak perasan pasal ni atau teguran, tegurlah. Mcm kejam ke apeke. Aku manusia biasa yang masih belajar erti hidup.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya menginginkan zuriat sama ada cepat atau lambat sahaja.
Menanti zuriat daripada darah daging sendiri sememangnya ujian yang sangat berat bagi para wanita yang bergelar isteri.
Bersyukur atas kegembiraan kakak yang akan dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi, pelakon dan pelawak Ajak Shiro bersyukur dengan khabar tersebut.
“14 belas tahun penantian. Allahuakbar.. Allah maha besar,” tulisnya.
Dalam pada itu, melalui video yang dimuat naik di laman Instagram, Ajak turut berkongsi kenangan dan jasa kakaknya itu menjaga dan menemani isterinya bersalin.
Drama bersiri Jangan Benci Cintaku yang ditayangkan setiap petang membuatkan ramai wanita melepaskan rasa meluap-luap di media sosial. Semuanya gara-gara kecurangan yang dilakukan sang suami. Sakit hati bila mana isteri yang baik dan patuh dizalimi dan dikhianati cintanya.
Sakit memang sakit bila melaluinya namun ada baiknya kita sebagai isteri jaga martabat diri kita. Jangan jadi hina seperti wanita perampas. Itu yang dikongsikan wanita bernama Ila Fadzilah di facebooknya. Pengalaman pernah dicurangi suami membuatkan dia makin tabah. Benar kata-katanya.
Dek kerana penangan drama #janganbencicintaku dan banyaknya ledakan emosi wanita, maka saya kongsikan sedikit berdasarkan pengalaman sendiri, orang lain dan pembelajaran. Apa yang saya kongsi mungkin tidak sesuai untuk semua keadaan, mungkin juga tidak cocok dengan semua orang.
Anda cuma berhak ke atas suami, bukan pihak sana. Tak perlu merayu supaya pihak sana tinggalkan suami. It takes two to tango.
Bendung emosi marah, geram dan sakit hati. Tak perlu serang pihak sana kerana akhirnya anda akan ‘kalah’ bila suami senantiasa jadi hero untuk heroinnya yang tidak sah. Dan akhirnya anda yang nampak ‘jahat’ di mata suami. Isteri hebat akan sentiasa tenang dan steady tanpa merendahkan diri pada suami dayus mahupun betina rakus. Jadilah wanita bijak, kental dan rasional.
Kuatnya wanita kerana kelembutannya. Layanlah suami macam biasa, andai suami tu sudah nusyuz (lupa tanggungjawab pada keluarga, tidak beri nafkah), anda tidak berdosa jika tidak lagi mengabdikan diri pada suami. Terbukti beliau tidak layak mengemudi rumahtangga.
Apatah lagi bila senang saja beliau jatuh ke riba seorang perempuan yang tiada ikatan di sisi Allah. Jangan menyiksa diri dan emosi memikirkan orang yang tidak peduli hati dan perasaan anda sebagai isteri yang sah. Tumpukan perhatian pada anak-anak, belai emosi mereka yang lebih dambakan perhatian bila ibubapa semakin renggang. Andai berkemampuan, bawalah anak-anak pergi bercuti
atau bersiar-siar. Cipta bahagia untuk diri sendiri.
Pilihlah untuk bercerita dengan orang yang kita percayai. Ataupun rujuk pada pihak yang mampu berikan pandangan yang adil dan rasional. Sibukkan diri dengan aktiviti yang boleh menjana pendapatan dan bermanfaat. Soal hati kalau terlalu diikutkan, boleh merosakkan badan dan fikiran. Saya dulu, setiap hari menzahirkan rasa sedih dan duka di dalam 3 buah diari sekadar melepaskan duka di hati.
Saya lega selepas menangis di atas kertas. Usah bercerita terlalu banyak hal kecurangan suami di media sosial. Banyak buruk dari baik. Anda akan nampak lebih buruk di mata suami, walau sekadar mahu melepaskan rasa marah dan sakit hati. Diam bukan bererti mengalah tetapi berfikir untuk masa depan dan create a sense of direction.
Hati sesiapapun milik Allah. Andai rasa sayang masih menebal, berdoalah semoga suami kembali ke pangkal jalan. Berbincang dengan suami tentang jalan penyelesaian samada suami serius dengan hubungan terlarang (berkahwin atau suka-suka).
Masalah perlu diselesaikan dengan cara yang praktikal dan pragmatik, bukan emosi. Lelaki yang baik akan tahu halal haram dan jelas dengan matlamat
hidup. Andai suami sudah tetapkan pilihan, anda harus tetapkan matlamat dan pilihan anda. Bersedia atau tidak, apa saja kemungkinan persiapkanlah mental untuk reda dan terima keadaan yang mugkin berbeza dari sebelumnya.
Wahai isteri! Kita bukan Malaikat yang mampu menarik tangan suami untuk meninggalkan maksiat. Kita juga bukan malaikat. Tak perlu salahkan diri atau terlalu peduli dengan tanggapan serta kata-kata orang luar. Tapi kita sendiri perlu belajar untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Andai suami tidak juga berubah ke arah lebih baik, anggap saja objektif kehidupan kita tidak sama dan mungkin bercanggah antara satu sama lain. Bila keadaan sudah terlalu runcing, buatlah kronologi peristiwa penting serta berapa banyak tempoh masa suami di rumah serta nafkah yang diberikan suami. Kumpulkan bukti kecurangan suami.
Semua ini penting sekiranya konflik berakhir di mahkamah. Sepanjang pemerhatian saya, sebahagian besar kes kecurangan akan berakhir dengan perceraian. Samada isteri memohon cerai atau suami yang menceraikan.
Yakinlah walau perceraian berlaku akhirnya, Allah mahu selamatkan seorang isteri yang baik dan solehah dari seorang suami yang durjana.
Bukan cinta suami yang akan bawa kita ke syurga, tapi seorang khalifah keluarga yang baik, tidak akan curang sama sekali walau di atas kelemahan pasangan atau apa alasan.
Curang bukan pilihan, walaupun kononnya atas alasan mahu menambah isteri atau mencari kesempurnaan seorang wanita. Tapi siapalah kita untuk menghalang cinta di hati orang lain sebab hati mereka bukan milik kita melainkan dengan doa dan kekuatan iman.
Biar puas kita berbuat baik walau dibalas racun, kerana akhirnya pasti kebaikan itu akan dikenang sang suami walau ketika nyawa di hujung hayatnya, walau mungkin jodoh kita dengannya di dunia sudah terputus ketika itu.
Wallahualam.
Kredit: Ila Fadzilah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.