Tak Perlu Tanah Lapang, Tanam Sawi Dalam Pasu Je! Lebih Mudah & Menjimatkan

Share

Ada sesetengah orang minat untuk bercucuk tanam, tapi minat hanya tinggal minat bila mengenangkan tiada tanah lapang di rumah.

Nak bercucuk tanam ni, tak semestinya perlu ada ruang tanah di bawah tau! Tapi dalam pasu pun boleh. Contohnya perkongsian dari Azuan Abdullah ini berkongsi cara tanam sawi hanya guna pasu. Bukan sahaja tak perlu tanah lapangm, tapi lebih mudah dan jimat!

Mesti anda tertanya-tanya kan macam mana agaknya tu? Jom tambah ilmu baru lihat steoo by step nak tanam sawi dalam pasu!

CARA MUDAH DAN JIMAT TANAM SAWI DALAM PASU

Dalam banyak-banyak teknik tanam sawi di rumah, teknik ini yang paling mudah dan berkesan buat saya . Ianya dipanggil teknik nutripot buatan sendiri.

Apa yang speselnya diy nutripot ni?

Melalui teknik ini, kita bagi baja bersama air semasa siraman. Paling best, siraman dibuat seminggu sekali bagi pokok yang masih kecil.

Bila pokok usia 3 minggu, baru kita siram 2 kali seminggu. Jimat masa, jimat baja dan jimat tenaga. Bestkan!

Walaupun siraman hanya 2 kali seminggu, pokok tak akan mati kelayuan. Hasilnya pun boleh tahan ohsem, lebih kurang 500 gram untuk 1 pasu.

Ini bahan-bahan yang diperlukan.
1. Pasu
2. Tong/baldi yang dapat muat 1/3 – ½ pasu.
3. Span
4. Cocopeat
5. Air baja AB

Cara-caranya :-

  1. Pilih kombinasi pasu dan tong/baldi yang sesuai. Pastikan 1/3 – ½ daripada pasu boleh masuk ke dalam tong/baldi.

2. Pilih pasu yang ada lubang ya. Jika tak ada lubang, wajib buat lubang pada dasar pasu tersebut.

3. Masukkan pasu ke dalam tong. Ukur paras kedalaman bahagian pasu yang boleh masuk dalam tong/baldi. Saya tanda dengan marker pen paras tersebut.

4. Keluarkan pasu dari tong dan ukur paras bertanda tersebut. Dalam contoh ini, paras yang ditanda dengan marker dengan hujung pasu adalah 10 cm.

5. Ukur pula tong/baldi tersebut. Tandakan point dengan ukuran 2 cm lebih daripada paras pasu. Ini bermaksud point itu berada 12 cm.

6. Tebuk lubang pada point yang kita tanda tu. Minimun 2 lubang. Maksimun 4 lubang. Tujuannya adalah sebagai lubang over flow jika air terlebih nanti.

Ia juga boleh meningkatkan kadar pengudaran akar nanti. Lubang tu jangan besar sangat ya. Jika lubang besar, si aedes boleh masuk bertelur nanti.

7. Potong span ikut kesesuaian lubang dan ketinggian pasu. Ini saya guna span akuarium

 

8. Masukkan span ke dalam lubang pasu. Pastikan hujung span mencecah pada bahagia dasar tong/baldi.

9. Masukkan cocopeat yang telah dibilas ke dalam pasu. Tak perlu penuh. Memadai tenggelam span atau ¾ daripada tinggi pasu.

10. Tanam anak benih sawi yang telah disemai. Pilih anak yang sihat dan bebas penyakit. Usianya lebih kurang 14 hari lepas semai dan ada 4-5 helai daun. Jarak lebih kurang 6 inci.

Siap tanam, siram pasu tersebut dengan air baja AB hingga lelehan air keluar melalui lubang over flow yang kita tebuk tadi. EC baja 1.5 mS

11. Jadual siraman dan kepekatan air baja adalah seperti berikut.

Minggu 1 : 1 kali seminggu, EC 1.5

Minggu 2 : 1 kali seminggu, EC 1.8

Minggu 3 : 1-2 kali seminggu, EC 2.0

Minggu 4 & 5 : 1-2 kali seminggu, EC 1.5

** Siraman dibuat hingga air sampai ke paras lubang “over flow”

Ini keadaan pokok sawi yang berusia 35 hari lepas tanam. Dia punya daun berkilat-kilat kan. Yang pasti, ia bebas racun kimia.

Alhamdulillah rasanya tak pahit dan sangat rapuh. Anak-anak suka sangat bila letak dalam nasi air.

Sumber : Azuan Abdullah

IKLAN