Mencari redha Ilahi, itu tagline yang ditulis bekas pelakon dan penyanyi bernama Abby Abadi dalam instagramnya. Sesuai dengan tagline tersebut bila mana dia kini mengambil dua anak angkat untuk dibela.
Baiknya hati Abby dan suami, sanggup bersusah payah membela dan menjaga anak yang tidak berdosa ini. Malah, Abby menerusi postinya baru-baru ini menyatakan kesediaan untuk membantu keluarga yang mempunyai masalah dalam membela anak mereka.
“Mana-mana adik, kakak, ibu-ibu yang sedang mengandung, yang akan melahirkan tapi tak berkemampuan utk menjaga baby tu, cari Sy. Dimana saja, Sy sedia membantu.
Abby sebelum ini mengambil Muhammad Daiyan Fayyad dan juga Maisara Dayana Fathia sebagai anak angkatnya. Malah, Abby dan suami turut mengadakan majlis cukur jambul diadakan untuk kedua-dua anak comel ini.
Di dalam kapsyennya itu, Abby berpesan supaya orang ramai tidak bertanyakan status anak-anaknya itu.
“Yang pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yg bertanggungjawab menjaga mereka utk mnjadikan mereka ni beragama/kenal ALLAH atau sebaliknya..
Terharu dengan sifat prihatin Abby, ada antara netizen yang bersetuju dengan pandangan Abby. Malah ada yang mengatakan wajah Abby dan anak perempuannya itu saling tak tumpah.
norlenothmanComelnya si dia… Seolah-olah sedang senyum gembira di bawah jagaan kak
rosirezabtul jg bila kita pelihara ank angkt msti bdk tu ikut muka yg mnjaga dia kn?moga Allah mmberi rezeki kpd kak @abby_abadi112 n fmly
Ads
si_cinoneytAllahu comeii nya kak yebbi abadi..sebijik dh muka mama..senyuman dia tu mcm mama yebbi….sy pon masih belum dikurniakan anak..ari ni genap 5tahun pkwinan..moga ade rezki sy..masih menunggu dan terus menunggu datangnya zuriat dari Allah..klu ade yg nak bg anal djadikn anak angkat sy nak jgk..
Bukan itu sahaja, ada juga follower yang ingin bertanyakan prosedur pengambilan anak angkat kepada Abby.
hartini_nur_azmiAllhamdullilah..teruskan niat mulia itu mudah2an Allah permudahkan segala urusan pn abby abadi sekeluarga..sy hormati sgt apa yg pn abby abadi buat
effasalim16@abby_abadi112 kalau ada info utk carikan keluarga angkat bgtau..saya nak sorang utk jadikan teman anak saya..saya 12thn kawin ..masih menanti …
fmmie.mohKak @abby_abadi112 sy pon sedang mencari anak angkat juga..sy sedia bantu..jgn lah dibuang..masih ada insan yang memerlukan & dpt memberi kasih syg.. اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
jasnihanis2409Setuju sis mereka penyejuk hati dapat tgk bayi bertapa besar kuasa Allah untuk jadikan kita terlihat sempurna Insyaa Allah akan hadir benih kecil dalam rahim saya yg sentiasa menunggu kehadiran nya ? begitu juga Anak2 kecil yg kita di amanahkan sama ada anak kandung atau anak angkat sekali pun itu tetap amanah kita ❤️ @abby_abadi112
ct.yam2yea x perlu nk cko yg bkn2 dkt anak2 yg comel2 nie..pelihara lidah bl berbicara..naluri kanak2 ini sgt sensitif n dorg akn igt smp bila2 dgn ayat2 yg kurg d ajar itew..sy pun klu senang mmg nk pelihara anak2 yg terbuang ini.. kasihan sungguh dgn mrk semua jgn nk kt klu keturunan x baik dorg pun akn turut mewarisi perangai itu..siapa kita nk tentukn itu semua…bantu shj sudahhh
Kisah adik bernama Muhamad Syukur ini pernah dikongsikan oleh penulis pada bulan Ogos yang lalu serta turut dimuatkan di dalam Majalah Keluarga edisi November-Disember 2018.
Selepas sesi temu ramah di kediaman keluarga ini, penulis masih berhubung dengan ibu anak hebat ini. Puan hamidah Tajuddin yang merupakan presiden bagi Kumpulan Ibu Bapa Dan Sokongan Anak-Anak Kanser – KIDS, memberitahu perkembangan terbaru anak syurganya itu yang sering mengalami masalah kesihatan dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Namun semangatnya kuat dan masih melawan penyakit kansernya.
Namun pagi tadi, penulis menerima perkhabaran, anak syurga ini sudah selamat ‘terbang’ ke syurga menemui Yang Maha Esa selepas hampir 3 minggu berada di dalam wad kerana demam. Arwah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 2.50 pagi tadi.
Puan Hamidah menerusi Whattapp kira-kira pukul 12 : 40 pagi menyatakan Syukur sedang nazak. Perginya Syukur dengan ditemani oleh seluruh ahli keluarganya. Suasana yang menyaksikan bagaimana limpahan kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu, ayah dan adik-beradik Syukur. Tiada berbelah bagi……
Tamat sudah perjuangan Syukur sebagai seorang pesakit Pre-B Acute Lymphoblastic Leukemia. Perjuangan yang bermula sejak dari tahun 2012 lagi, disahkan relapsed pada tahun 2016 dan disahkan juga relapsed untuk kali kedua pada tahun 2017. 6 tahun…. 6 tahun menjadi saksi kepada perjuangan seorang anak kanser. Syukur yang kami kenali sebagai seorang penghibur, pelawak, periang, pemberi semangat, penyanyi dan pelbagai lagi sudah tiada…
Berikut artikel berkenaan anak syurga hebat bernama Mohamad Syukur. Damailah adik Syukur di sana, hilang sudah segala kesakitan yang terpaksa ditanggung selama ini. Kepada keluarga arwah adik Syukur, pihak Majalah keluarga mengucapkan salam takziah. Semoga tabah dengan ujian ini.
Gembira di hati tidak terkira bila mana mengetahui diri berbadan dua. Dalam usia 39 tahun, Puan Hamidah Tajuddin memang menantikan bayi keenamnya ini. Biar sedar diri hampir menghampiri 40- an, tetapi dia teringin untuk menimang anak lagi.
“Apatah lagi sepanjang kehamilan tiada sebarang masalah membuatkan dia dan suami menyangka segalanya berjalan lancar. Sehinggalah tiba dia melahirkan. Tanpa dia tahu anak syurganya itu mengalami pelbagai komplikasi termasuklah jantung berlubang, jaundis yang teruk, jangkitan paru-paru dan yang paling terkejut apabila diberitahu anaknya Sindrown Down.
“Selepas melahirkan, suami hanya mendiamkan diri tanpa memberitahu hal sebenar. Dia hanya cakap anak okey. Esoknya saya hairan kerana menunggu suami datang tetapi tak kunjung tiba. Lalu doktor yang bertugas memberitahu hal tersebut. Waktu itu sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata perasaan ketika itu. Bayangkan 13 tahun yang lalu, masalah Sindrown Down tidak terlalu ketara dibandingkan dengan sekarang.
“Jadi saya rasa tak boleh nak hadapi dan uruskan anak ketika itu. Sampaikan darah tinggi saya naik dan ditahan di wad sedangkan sebelum ini saya tiada masalah darah tinggi dan kencing manis. Bukan kerana saya menolak takdir tetapi saya tidak tahu bagaimana nak uruskan anak istimewa ini.
“Apabila petang baru suami sampai dan dia cakap memang dah tahu anak kami istimewa. Dulu waktu saya mengandung 7 bulan, suami ada mengerjakan umrah dan di depan kaabah, terlintas bayangan anak. Tetapi suami tak ceritakan pada saya. Hanya selepas anak kami lahir baru dia cerita.
“Dua hari saya tak pegang atau tengok anak ketika itu. Sehingga suami akak suruh ambil dan susukan anak. Dia nak saya rasakan apa perasaan sebagai seorang ibu. Terus saya menangis dan apabila memangku anak ini, rasa kasih sayang seorang tiba-tiba ada. Saya dakap dan cium dia dengan sepenuh hati,” ujar ibu kepada Muhamad Syafiq, Muhamad Syauqi, Muhamad Syaqir, Farah Shuhada, Farah Shahida dan Muhamad Syukur.
Umur 5 tahun sudah boleh membaca
Tambah Hamidah lagi, ketika dalam pantang dia juga tiada masalah kerana anak sangat baik cuma Syukur lebih banyak tidur berbanding menyusu menyebabkan payu daranya bengkak.
“Memang sedih dan rasa sangat sedih ketika dalam pantang. Bayangkan saya tak pantang sangat sebab keluar masuk hospital Syukur kena jaundis yang teruk. Satu hari kawan suami datang dan beritahu dia juga ada anak istimewa dan katanya tak ada masalah untuk menguruskan mereka.
“Jadi saya tetapkan azam dalam masa 0-5 tahun saya nak all out dengan anak. Saya sekolahkan dia umur 6 bulan di Kiwanis Down Syndroem Foundation. Selepas 44 hari pantang, saya ke Kiwanis, dan ke IJN serta Persatuan Sindrom Down Malaysia. Di Kiwanis ramai anak-anak yang sama dengan anak saya. Daripada situ, semangat saya kian bertambah Cuma saya sedih sebab anak orang lain hanya bermasalah Sindrown Down, anak saya siap ada jantung berlubang lagi.
“Umur 1 tahun 7 bulan anak saya menjalani pembedahan dan nampak lubang di jantungnya membesar. Alhamdulillah berjaya pembedahan tersebut. Selain itu saya juga bawa anak ke sekolah khas. Anak-anak istimewa ini susah untuk bercakap dan ambil ambil masa, jadi saya tidak harapkan sekolah semata-mata.
“Sebaliknya di rumah pun saya ajar anak. Anak-anak istimewa ini lebih mudah dan cepat tangkap kalau kita gunakan Bahasa Inggeris. Dan saya guna flash card kerana ia sangat membantu. Malah, waktu dalam pantang lagi saya sudah praktikkan. Umur 5 tahun anak saya sudah boleh membaca,” ujar Hamidah yang memberitahu tak perlu kos tinggi jika ibu bapa kreatif, sebaliknya dia menggunakan manila kad untuk buat sendiri flash card.
Anak didiagnos kanser
Reda dan mampu menerima anaknya adalah sindrown down, namun sekali lagi ujian melanda pasangan ini bila mana Syukur di diagnos kanser .
“Waktu bersekolah di Putrajaya waktu umur 7 tahun, tiba-tiba Syukur demam. Waktu itu rasa sesuatu tak kena. Lalu di bawa ke hospital selepas nampak tanda bintik-bintik merah dan lepas ambil darah, doktor tengok keputusan darahnya rendah dan itu petanda ada kanser. Selepas keluar result doktor beritahu Syukur ada penyakit Leukimia.
“Waktu di dalam ambulans nak ke HKL, saya bisik pada diri mulai hari ini, bermulalah episod anak saya sebagai pesakit kanser. Sudahlah dia sindrown down, sekarang bertambah penyakit lain. Bermula dari hari itu, Wad KK3, HKL ibarat rumah kedua kepada saya.
“Di wad kanser, rupanya ramai kanak-kanak yang menghidapi pelbagai jenis kanser. Saya berkenalan dengan ramai ibubapa pesakit kanser kanak-kanak ini dan kami seperti satu keluarga dan saling menyokong antara satu sama lain. Ramai juga dari ibubapa ini yang berdepan dengan pelbagai masaalah semasa ank-anak mereka menerima rawatan di HKL.
“Jadi, daripada situlah saya tubuhkan kumpulan sokongan kerana kasihan dengan ibu bapa yang masih muda dan tiada sumber kewangan. Dalam masa yang sama mahu beri mereka kekuatan dan tertubuhlah Kumpulan Ibu bapa dan Sokongan Anak-anak Kanser (KIDS)” ujar Hamidah sambil memberitahu sambutan diterima baik dan setakat ini sudah ada hampir orang ahli di dalam kumpulan tersebut.
IQ tinggi
Setiap kali anaknya masuk wad, hati ibu gundah gulana dan sentiasa berdoa supaya Tuhan masih panjang kan umurnya dan beri kesempatan pada dirinya untuk membesarkan anak syurganya itu.
“Walaupun dia tidak bersekolah, tetapi tahap IQ dia cukup tinggi. Tanyalah apa sahaja pasti Syukur boleh jawab. Malah, dia juga pandai Google sendiri tanpa perlu kami ajar. Waktu umurnya masuk 11 tahun, doktor cakap kansernya sudah tiada dan sebagai ibu memang gembira dan bersyukur tak terkata.
“Tapi, kegembiraan itu tak panjang apabila Syukur lagi sekali diserang kanser pada usia 12 tahun. Tuhan mahu menduga kami lagi dan doktor cakap tiada harapan. Bayangkan kimo yang perlu Syukur lakukan 3 kali ganda lagi kuat dari sebelum ini.
“Sekali buat kimo, Syukur terus dimasukkan ke ICU dengan ulser penuh di mulut, muntah darah dan sebagainya. Sedih hati sebagai ibu apabila melihat keadaan dia ketika itu. Tapi Syukur seorang yang kuat dan dia jugalah yang menjadi sumber kekuatan saya untuk melalui semua ini.
“Disebabkan dia tak boleh makan, jadi saya kisar bubur dan guna sringe suapkan dia. Bila dia tak boleh makan saya nangis dan terus dia cakap Mami Don’t Cry Mami, I’m Strong. Lepas Tu Dia Sapu Air Mata Di Pipi Saya,”cerita Puan Hamidah yang tidak dapat menahan air mata lalu menangis sebelum ditenangkan oleh anaknya Syukur yang datang memeluk dan melafazkan kata sayang pada ibunya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
KWSP, bekas isteri boleh ambil caruman bekas suami sebagai nafkah. Perceraian merupakan satu perkara yang tidak diingini tetapi kadangkala tidak dapat dielakkan dalam perkahwinan. Dalam situasi ini, isu nafkah sering menjadi perhatian utama, terutamanya nafkah isteri dan anak selepas perceraian.
“Ada beberapa kaedah yang mahkamah boleh gunakan untuk proses siasatan terhadap kemampuan bekas suami, antaranya melalui perintah permohonan penzahiran dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah,” kata peguam syarie Mohd Firdaus Akhtar.
Mohd Firdaus berkata demikian ketika diminta mengulas isu nafkah kepada bekas isteri serta anak yang gagal dipenuhi oleh bekas suami atau si bapa walaupun ia sudah diputuskan oleh Mahkamah Syariah.
Pada masa sama, bukan KWSP saja, wanita yang tidak dinafkahi bekas suami juga boleh mendapatkan bantuan nafkah daripada Biro Sokongan Keluarga (BSK).
“Bekas isteri atau anak boleh membuat aduan kepada BSK. Seterusnya pegawai BSK akan menjalankan tindakan lanjut seperti mengadakan sesi runding cara membabitkan kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan penyelesaian.
“Jika tiada penyelesaian dicapai, maka kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah akan difailkan di Mahkamah Syariah,” katanya.
Menurutnya, BSK memang berusaha untuk membantu golongan wanita terutamanya membabitkan kes bekas suami ‘lari’ dan enggan membayar nafkah.
Pada masa sama, menurut Mohd Firdaus, sikap suami yang culas dalam melaksanakan tanggungjawab selepas bercerai antara punca bekas isteri terpaksa menuntut nafkah idah, mut’ah.
Kata Mohd Firdaus, isu tuntutan ini bertambah rumit apabila membabitkan isu kewangan.
“Isu tuntutan nafkah ini kalau kita tengok, ia boleh dikaitkan dengan kewangan rumah tangga.
“Jika ada masalah kewangan dalam rumah tangga, apabila lepas bercerai, dia akan memberi kesan kepada bekas isteri dan anak, kalau ada anak,” katanya.
Menurut beliau, selepas perceraian, nafkah anak memang banyak yang dituntut oleh wanita.
“Boleh dikatakan ia isu utama, terbesar dalam tuntutan selepas perceraian.
“Maksudnya, tuntutan yang paling banyak adalah nafkah anak-anak. Nafkah anak dan juga nafkah isteri itu selari. Malah, ia menjadi antara tuntutan yang famous di mahkamah syariah,” katanya.
Kesimpulannya nafkah isteri dan anak selepas bercerai adalah hak yang tidak boleh diabaikan. Ia adalah tanggungjawab yang diperintahkan oleh agama dan undang-undang untuk memastikan kebajikan bekas isteri dan anak-anak terjaga.
Bekas suami perlu menjalankan kewajipannya dengan amanah, sementara pihak yang memerlukan nafkah harus mengetahui hak mereka dan menggunakan saluran undang-undang jika perlu.
Dengan memahami hak dan tanggungjawab masing-masing, kehidupan selepas perceraian dapat dilalui dengan lebih tenang dan harmoni, terutamanya demi kebajikan anak-anak yang menjadi keutamaan.
Pelakon dan pengacara terkenal, Dynas Mokhtar telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan yang terletak di Kuala Lumpur pada hari Sabtu yang lalu.
Berita ini telah dikongsikan sendiri oleh Dynas melalui laman Instagramnya.
“Ketentuan Ilahi. Alhamdullilah seorang bayi perempuan untuk kami.” Ujarnya melalui kapsyen di IG.
Ini merupakan anak keempat Dynas dan anak kedua bersama suaminya, Mohamad Shazrik Che Mohd Din selepas dikurniakan anak lelaki, Edriel Obil yang kini berusia 3 tahun.
Terdahulu, Dynas dikurniakan 2 cahaya mata iaitu Khya Khalyssa yang berusia 12 tahun dan Mohamed Haqaish yang kini berusia 9 tahun melalui perkahwinan terdahulu.
Anak Nasir Bilal Khan bertunang dan mencuri perhatian ramai apabila wajah manis bakal pengantin wanita menerima pelbagai pujian netizen. Majlis sederhana itu turut dibanjiri doa dan ucapan tahniah.