Bersedekah merupakan amalan yang terpuji dan sangat dianjurkan di dalam Islam. Amalan ini juga memberi keberkatan pada harta yang kita dimiliki. Serta akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Tidak dinafikan sedekah merupakan antara amalan yang paling berat dilakukan. Justeru, kadang kala, kita perlu ada kesedaran dalam diri untuk melakukan perbuatan baik ini.
Menerusi facebook Khairul Anuar Basri, berkongsi pendapat bahawa bulan ramadan adalah waktu untuk mengadakan pahala melalui amalan sedekah. Biarpun sedekah belanja makan untuk hidangan berbuka puasa, ia sudah memadai untuk kita menambah pahala di bulan mulia ini.
Belanja orang lain berbuka puasa bulan Ramadhan ni pahalanya sangat besar.
1. Belanja orang buka puasa tu kita dapat pahala.
2.Pahala puasa orang yang kita belanja tu kita dapat.
3 Orang yang kita belanja tu pulak tak kurang sikit pun pahalanya walaupun kita dah dapat pahala puasanya.
4. Allah akan ampunkan dosa-dosa kita.
5. Allah akan bebaskan kita dari azab api neraka di akhirat nanti.
Ads
6. Jika orang yang kita belanja itu kenyang dengan makanan yang kita belanja, Allah tak akan biarkan kita kehausan di hari akhirat sehinggalah kita masuk ke dalam syurga.
PELUANG TAMBAH PAHALA
Bayangkan ye..
Kalau setiap hari kita belanja macam-macam orang. Berapa banyak pahala yang kita berjaya kumpul?
Katakanlah ada 10 orang yang kita belanja. 10 orang ni pulak lain-lain tahap amalannya bulan Ramadhan.
Ada yang biasa-biasa. Ada yang istimewa. Ada yang luar biasa.
Ads
Misalnya kita belanja setiap orang sama je RM2.90. Tapi in return kita dapat pahala yang berbeza-beza mengikut tahap puasa orang yang kita belanja tu.
Subhanallah.. pemurahnya Allah di bulan Ramadhan. Bagi macam-macam peluang untuk kita jana pahala.
Berbuka puasa ni bukan hanya untuk kita. Tapi berbuka puasa juga peluang untuk belanja orang kita kenal dan tak kenal berbuka puasa.
Tak kira la orang tu kaya ke, orang tu miskin ke. Yang penting kita belanja orang yang puasa berbuka puasa. Kita akan dapat pahala yang sangat banyak.
Macamana nak belanja orang lain ni Ustaz? Musim PKP ni mana boleh keluar bazar Ramadhan? Mana boleh nak ajak kawan-kawan keluar berbuka puasa di kedai?
Tak perlu la fikir susah-susah.
Ads
Kalau kita duduk di rumah, hantar lah semangkuk dua juadah berbuka puasa kita pada jiran sebelah rumah kita.
Kalau kita tinggal di asrama universiti, bagilah secubit dua roti kita tu pada budak dorm sebelah.
Kalau kita rajin, boleh order apa saja makanan yang kawan kita jual. Minta dia pos terus ke rumah orang yang kita nak belanja tu.
Kalau kita berada di mana saja, intai dan carilah program-program belanja orang berbuka puasa di media sosial tu. Ada banyak program macam tu.
Ingat, salah satu sifat Nabi SAW ialah sangat pemurah. Dan Baginda SAW terlebih lagi pemurahnya dalam bulan Ramadhan.
Ingat lagi, sedekah paling baik ialah dalam bulan Ramadhan.
Jom kita plan elok-elok benda ni. Ganda pahala puasa kita dengan belanja orang lain berbuka puasa.
Tiada lagi ucapan ‘terima kasih sayang’ buat isteri Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris. Sungguh tidak menyangka bulan April akan menjadi bulan duka buat dirinya.
Kala ini, itulah emosi yang dirasai oleh Siti Aisyah Mohd Roslan,34, isteri kepada Allahyarham Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, 35, yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa lalu iaitu pada 23 April lalu.
“Abang, hari ini hari jadi sayang. Setiap kali bulan April, sayang mesti suka sebab abang lahir 3 April 1989. Anniversary ibu dan ayah abang 3 April 1988, ibu abang lahir 5 April 1965, anniversary kita 15 April 2016, Affan lahir 21 April 2022 dan sayang lahir 25 April 1992.
“Lepas ini bertambah satu tarikh duka untuk sayang dan anak-anak abang, 23 April 2024 hari pemergian abang untuk selama-lamanya.”
Siti Aisyah juga turut meluahkan rasa syukur berikutan urusan pengebumian jenazah suaminya di Tanah Perkuburan Islam Senawang berjalan lancar dan dipermudahkan.
“Alhamdulillah semua dah selamat, semua dipermudahkan, selamat jalan abang. Sayang doakan rumah baru abang luas, terang dan lapang.
Rindu Ucapan Suami
Tiada lagi dakapan penenang jiwa, tiada lagi kata-kata manis dan senyuman dibibir, kini hanya tinggal kenangan manis untuk diingati kala meniti usia.
“Lepas ni sayang dah tak dengar abang akan cakap terima kasih sayang hantar anak sekolah, terima kasih sayang masak sedap-sedap, terima kasih sayang jaga anak-anak, terima kasih sayang bawa anak-anak pergi hospital.”
Bahkan Siti Aisyah turut mengucapkan ucapan terima kasih buat arwah suaminya yang merupakan seorang yang bertanggungjawab sebagai suami, ayah dan menantu.
Reda dengan apa yang terjadi, Siti Aisyah berjanji akan terus berjuang untuk membesarkan anak-anak lambang cinta mereka.
“Pergilah abang, sayang dah reda, sayang kuat. Abang jangan risau sebab abang pernah cakap, abang tahu sayang mampu jaga anak-anak abang. Anak-anak itu lah harta yang abang tinggalkan untuk sayang. Sayang dan anak-anak sentiasa mengingati dan merindui abang.”
Perkongsian yang meruntun jiwa
Dalam pada itu beberapa hantaran turut dikongsi oleh Siti Aisyah dengan luahan hati yang mengundang sebak.
Allahyarham Mohammad Amirulfaris merupakan salah seorang daripada 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam tragedi dua helikopter pasukan keselamatan itu bertembung dan terhempas semasa raptai perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak baru-baru ini.
Bila anak kena chicken pox, ibu-ibu kena jaga pemakanan anak. Risau nanti, salah makan anak akan gatal.
Ikuti perkongsian Dr Zubaidi Haji Zubaidi yang sungguh bermanfaat.
.
“Doktor, saya ingin bertanya anak saya mengalami Chicken Pox sudah beberapa hari. Ibu saya menasihatkan agar menghindarkan kicap, telur, ayam dan pelbagai lagi agar ia mudah sembuh. Adakah boleh saya mengikuti nasihat ibu saya?”
.
Chicken Pox atau dikenali sebagai penyakit cacar air (kerana ia menyebabkan gelembung air pada kulit) merupakan penyakit kanak-kanak yang disebabkan oleh virus varicella. Ia akan menyebabkan ruam pada badan, kulit akan menjadi seperti melepuh dan kemerah-merahan. Selepas beberapa hari, ruam mula kering dan mengeras. Pada tahap ini, ia mungkin akan menyebabkan kegatalan.
.
Ruam akibat cacar air ini boleh berlaku pada mana-mana anggota badan, termasuklah di dalam mulut dan menyebabkan luka pada mukosa mulut. Oleh itu pesakit yang mengalami cacar air harus meminum air secukupnya dan kekal terhidrat, mengambil makanan yang berkhasiat supaya tubuh cepat sembuh dan pulih dari serangan virus.
.
“Anak saya mengalami luka di mulutnya. Dia tidak mahu makan. Minum air pun sedikit. Apa yang perlu saya lakukan? Dia mahu makan jajan saja. Bolehkah saya memberikannya?”
.
Kanak-kanak yang mengalami luka di dalam mulut akibat cacar air perlu mengambil makanan yang lembut dan tidak perlu dikunyah, supaya ia tidak membuatkan keadaan ruam di dalam mulut bertambah teruk. Antara contoh makanan yang lembut ialah kentang lenyek, sup hirisan ayam. Elakkan mengambil makan yang diproses dan makanan ringan (jajan) yang tidak mengandungi banyak nutrisi. Garam yang berlebihan dalam makanan ringan dan jajan ini akan menyebabkan luka dalam mulut bertambah parah.
BILA ANAK TAK SELERA MAKAN
.
Selain daripada masalah luka dalam mulut, jangkitan virus yang menyebabkan demam menyebabkan kanak-kanak mengalami selera makan yang berkurangan. Oleh kerana jumlah makanan yang dimakan berkurangan, pastikan setiap hidangan yang diambil mengandungi nutris yang secukupnya.
.
Jika kanak-kanak itu tidak mampu menelan makanan separuh pepejal, galakkan dia mengambil banyak makanan yang berbentuk sup atau sekurang-kurangnya minum air suam secukupnya. Makanan sejuk juga membantu melegakan kesakitan. Makanan seperti yogurt sejuk dan minuman sejuk, seperti jus buah membantu member kelegaan pada mulut dan tekak.
.
Buah-buahan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat adalah sesuai untuk dimakan dan baik untuk membantu tubuh untuk lebih cepat sembuh dari cacar air. Pilihlah buah-buahan yang lembut seperti pisang atau tembikai. Elakkan mengambil buah yang berasid seperti oren dan anggur, kerana boleh menyebabkan luka dalam mulut menjadi lebih pedih dan sakit. Buah-buahan ini boleh disejukkan dicampur dengan susu atau yogurt dan ais untuk mendapatkan minuman yang tinggi nutrisi dan sedap.
.
“Bolehkah anak saya minum air bergas?”
.
Kanak-kanak yang mengalami cacar air perlu memastikan pengambilan air yang cukup. 8 gelas air sehari, termasuklah, air kosong, jus, atau air berperisa. Elakkan air bikarbonat yang akan menyebabkan kesakitan pada luka dalam mulut. Elakkan makanan yang pedas dan panas. Makanan yang rangup seperti kerepek dan keropok perlu dihindar.
.
Secara saintifiknya, makanan seperti kicap, telur dan daging ayam tidak mengganggu proses penyembuhan. Namun jika terdapat bukti seseorang itu akan mengalami kegatalan terhadap sesuatu makanan, ia harus dielakkan bagi mengelakkan ketidakselesaan akibat kegatalan yang secara tidak langsung akan melambatkan proses penyembuhan.
.
Andai kata pesakit cacar air tidak boleh makan atau minum akibat luka dalam mulut yang terlalu teruk, dapatkan nasihat doktor. Pesakit seperti ini mungkin perlu dimasukkan ke dalam wad dan diberikan IV drip untuk kekalkan hidrasinya. Cacar air jarang menyebabkan komplikasi, kecuali individu yang mengalami risiko sistem imunisasi yang lemah seperti pesakit diabetes, pesakit kanser atau pesakit yang mengambil rawatan steroid.
.
#HealthDrZubaidi
Andai itu takdirNya, takkan lambat atau awal walau sesaat pun kalau itu sudah ditentukan. Baru-baru ini tular satu kisah pasangan yang mengikat tali pertunangan disaat si gadis menghadapi penyakit kronik.
Malah doktor ketika itu tidak lagi mampu berbuat apa-apa dan mengatakan si gadis hanya mampu bertahan selama dua minggu sahaja lagi. Sedih, pilu dan pelbagai lagi rasa tidak mampu diungkapkan oleh kelarga mahupun tunang tersayang. Namun mereka tetap cekal dan kuat semangat untuk melihat dia kembali sembuh.
Namun, mati itu pasti, Nur Jannah Jahari, 19 yang baru sahaja bertunang dengan pasangannya Mohamad Aidil Haiqal Noraman, 20 telah pun menghembuskan nafas yang terakhir pada 24/9/2019.
Nur Jannah telah melakukan pembedahan pada 12/9/2019. Ketika itu doktor yang merawat memberitahu bahawa ketumbuhannya sudah pecah dan mulai merebak ke bahagian perut perutnya.
Jannah sebelum itu dilihat menunjukkan perkembangan positif selepas pembedahan dan sudah mampu duduk serta berborak dengan ahli keluarga lain.
Namun, dua hari lepas, dia mulai tidak sedarkan diri dan kondisinya semakin teruk dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Berita pemergian Jannah telah dikongsikan oleh salah seorang ahli keluarga menerusi akaun Twitter.
salam semua warga twitter, genap 24/9/2019 NUR JANNAH BT JAHARI telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi. Mohon semua doakan arwah ditempatkan dlm golongan orang2 yg beriman. terima kasih buat semua yang mendoakan. semoga Allah yang membalasnya. https://t.co/NiDlQ6YWkh
10 nyawa terkorban di Sungai Korok sejak 2018, termasuk tragedi enam sekeluarga. Sungai Korok di Jitra, Kedah terus mencatatkan angka korban apabila 10 nyawa telah terkorban sejak tujuh tahun lalu, termasuk kejadian paling memilukan pada Sabtu lalu yang meragut enam sekeluarga.