Tak Perlu Uli! Ini Resipi Roti Boy Paling Mudah Nak Buat. Yang Penting Sedap

Share

Roti merupakan salah satu makanan yang paling mudah dan sangat digemari oleh seluruh masyarakat. Bagi penggemar roti, pastinya sudah tahu tentang kewujudan roti boy.

Roti boy sangat popular dengan bentuknya yang bulat dan mempunyai rasa dan aroma kopi. Tetapi kali ini, resipi roti boy yang dikongsikan oleh Rozaimi Amy

ini sangat mudah dan tidak perlu di uli.

Hanya dengan menggunakan roti putih Gardenia sebagai bahan utama boleh menjimatkan masa dan kos.

Roti Boy Gardenia

Bahan-Bahan:

  1. Roti gardenia di belah 2
  2. Butter 80 gram
  3. Gula 60 gram
  4. Tepung naik sendiri 80 gram
  5. Air kopi 2 sudu makan
  6. 1 biji telur

Cara-Cara:

– Semua bahan diatas dimixer kecuali roti.

– Lepas mix masukkan dalam piping beg.

– Letakkan adunan tadi ke atas roti.

– Bakar selama 20 minit (bergantung pada oven masing masing)

Sumber: Rozaimi Amy

IKLAN