Perasan tak setiap kali kita hendak masak, pelbagai proses penyediaan bahan harus dilakukan sebelum kita dapat memulakan proses memasak. Hal ini menjadikan waktu yang diperlukan untuk menyajikan hidangan memakan masa yang panjang dan cukup melecehkan.
Apatah lagi bagi ibu yang bekerja, balik daripada pejabat pun sudah lewat petang. Mana mungkin sempat untuk menyediakan hidangan makan malam. Sudahnya, ramai antara ibu-ibu terus ambil keputusan mudah dengan membeli sahaja di kedai.
Walhal, kita sendiri tahu dengan membeli makanan di luar kita tidak dapat pastikan kebersihan dan khasiat makanan yang dibeli.
Oleh itu, ketahui tip dan trik mudah ini boleh membantu anda agar dapat memasak dengan pantas dan terancang.
1.Rancang Menu untuk seminggu. Bukan sehari.
Pada hujung minggu boleh merancang dengan lebih awal menu-menu yang akan disediakan pada minggu berikutnya. Sebagai contoh, Isnin-Ayam Masak Lemak Cilipadi, Selasa- Asam Pedas Ikan Kembung, Rabu-Sambal Udang dan sebagainya.
2.Beli barang basah mengikut keperluan menu yang dirancang
Ketika membeli barang basah dipasar, buat anggaran jumlah yang diperlukan untuk seminggu. Contohnya: Ayam satu kilo, Ikan kembung 1 kilo, Udang setengah kilo.
Ads
3.Bersihkan bahan basah ini dan asingkan jumlah yang diperlukan.
Bersihkan ayam,udang, siang ikan, potong sayur,potong bawang, cili kering dan sebagainya mengikut keperluan untuk sekali masak pada hari tersebut. Contohnya,Asingkan 4 ekor ikan selar dalam plastik,kemudian potongkan lengkuas, bawang putih, merah, bendi, kunyit hidup dan letak dalam plastik container lain.
4.Labelkan Menu Mengikut hari pada bekas yang ingin disimpan.
Kemudian, bahan yang sudah siap dipotong/siang, simpan elok-elok dalam bekas dan LABEL mengikut hari dan menu.Contohnya labelkan “KHAMIS-IKAN SINGGANG”.
Ads
5.Mudahkan proses defrost sebelum pergi Kerja.
Simpan didalam peti sejuk biasa yang memiliki 2 bahagian, 1 untuk sejuk beku dan satu lagi untuk biasa.Sebelum pergi kerja pindahkan bekas barang basah dari bahagian sejuk beku ke bahagian biasa untuk memudahkan proses defrost nanti. Jadi bila hendak dimasak malam nanti,tidak memerlukan masa yang lama. Mudah bukan.
TIP EKSTRA:
1.Sediakan cili dan bawang kisar anggaran untuk seminggu, masukkan ke dalam bekas-bekas kecil.Ia bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi penyediaan memasak.
Ads
2.Namun, pastikan sudu benar-benar bersih dan tidak mencampurkan bahan-bahan lain ketika mencedok cili atau bawang. Ia bagi memastikan bahan kisar ini tahan lebih lama dan tidak mudah rosak.
3.Ikan atau ayam untuk digoreng boleh juga diperap awal, simpan dalam beg plastik atau bekas,masa hendak digoreng, defrost sekejap selepas keluarkan dari freezer, rasanya lebih sedap sebab meresap ke isi.
4.Guna atau beli bekas plastik yang boleh digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ia juga mempercepatkan lagi kerja-kerja memasak ini.
5.Buat untuk setiap hari satu resepi, selama 1 minggu atau hari bekerja.Selain dapat jimatkan masa, peti ais pun nampak kemas. Bila pulang dari bekerja , cuma sediakan bahan-bahan kering masukkan dalam periuk atau kuali. 5 minit sudah siap untuk dimakan panas-panas.
Selamat Mencuba, semoga tip ini bermanfaat buat anda, Ibu superbusy!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sahaja yang tidak suka kalau dapat sediakan menu yang ringkas dan enak bahkan dengan sekali masak kita dapat sediakan menu lauk dan sayur sekali gus. Jadi mudah kerja, sekali masak lengkap hidangan.
Ini sebagaimana jika anda menyediakan menu Thai ini iaitu Sotong Phat Phet. Nak tahu resipi dan cara penyediaannya, ikuti sahaja langkah-langkah yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah. Sesuai sangat kalau kita sediakan sebagai menu juadah berbuka untuk hari ini.
Menjaga kesihatan ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara termasuk bersenam, menjaga pemakanan dan bergaul dengan orang yang berfikiran positif.
Bila bercakap mengenai pemakanan sudah tentu melibatkan makanan yang berkhasiat. Salah satu makanan adalah ulam raja. Biarpun ia dikatakan makanan kampung tapi khasiat sungguh menakjubkan.
Malah tanaman ini mudah tumbuh dengan subur di tanam tepi halaman rumah.
Nak tahu khasiatnya ikuti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad mengenai ulam ini.
Khasiat ulam raja
Ulam Raja atau cosmos caudatus popular di Malaysia, Indonesia dan Brunei sebagai hidangan tambahan dalam menu bersama sambal.
Ia mengandungi nilai kalori yang rendah, dan pelbagai nutrisi.
Pesakit diabetes yang amalkan 15 gram ulam raja setiap hari selama lapan minggu menunjukkan paras bacaan glukosa dalam darah yang lebih terkawal. Ini kerana ulam raja berbanding pesakit yang tidak mengambil ulam raja kerana ia meningkatkan paras sensitiviti insulin.l
2. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Ulam raja kaya dengan sumber sebatian bioaktif seperti asid askorbik, asid klorogenik, quercetin, dan proathocyanidin dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes, darah tinggi dan tahap kolestrol yang tinggi. Selain itu ia dapat menurunkan tahap keradangan dalam tubuh.
3. Kaya dengan sumber antioksida
Ulam raja mengandungi sebatian antioksida yang tertinggi, yang penting untuk melawan radikal bebas yang terhasil akibat proses pencernaan makanan yang bersifat karsinogenik atau terdedah kepada persekitaran yang tercemar.
4. Mengurangkan tekanan darah tinggi
Ulam raja dapat mengurangkan tekanan darah tinggi (terutama pre-hipertensi) kerana, ia bersifat anti-diuretik.
5. Perlindungan terhadap tulang
Ulam raja mampu mengelakkan dari penyakit osteoporosis.
6. Meningkatkan fungsi Hati
Ulam raja dapat menguatkan fungsi organ hati dengan melancarkan pembuangan bahan kumuh yang terkumpul.
7. Bertindak sebagai anti-kulat and anti-microb
Phenylpropane yang berada pada akar ulam raja bersifat anti-kulat seperti kulat Cladosporium cucumerinum, Candida albicans dan anti-mikrob terhadap lima jenis bakteria seperti Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus, Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa dan Candida albicans.
Kesimpulan
Pengamalan ulam raja sebagai sumber alternatif dalam perubatan moden masih diperingkat awal tetapi terbukti banyak khasiat-khasiat untuk kesihatan.
Ia juga tidak memberikan sebarang kesan sampingan terhadap pengguna.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat kudapan makan sambil menonton atau berborak, tak sedar boleh habis sebalang ni. rasanya yang pedas di tambah dengan kerangupan pasti buat anak-anak tertarik. Nah cuba resipi Kacang Botak yang dikongsikan oleh Are Peace. Selamat mencuba!
Buat kudap kudapan sambail tgk cerita pkul 6….hehehe Resipi Kacang Botak
Bahan-bahan
400g kacang tanah
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sb serbuk cili
2 sb gula
3 sk garam
2 biji telur
1 sk ajinamoto
1 kiub ikan bilis
5 sb tepung gandum
1 sb tepung beras Cara membuat:
1. Bersihkan kacang tanah. Jangan basuh terlalu lama.. lepas basuh trus keringkan… jemur bawah matahari sampai kering…. (sy keringkan dalam over je sekejap)
2. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam bekas dan gaul sebati..
3. Masukkan tepung gandung dan tepung beras. Gaul sampai sebati. 8. Panaskan minyak dan goreng hasil sebatian tadi dengan api sederhana.
9. Pastikan ia keperangan tetapi tidak terlebih garing.
10. Semasa menggoreng, buih buih di atas minyak akan terbentuk. lepas masukan kacang itu terus kacau jng berhenti untuk elakan kacang tu melekat……
goreng sehingga masak siappp….
senang je…..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di