Belum sampai sebulan berumahtangga, lelaki tular bersanding atas katil meninggal dunia.
Isterinya, Siti Marha Azuar terpaksa menerima hakikat pemergian suami Mohd Hashmi Arifin yang meninggal dunia akibat barah otot tahap empat.
Berita sedih tersebut dikongsi wanita berusia 35 tahun itu menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok sehingga meraih rasa simpati orang ramai.
Video berdurasi 24 saat tersebut memaparkan foto hitam putih Mohd Hashmi dan rakaman sekumpulan lelaki mengangkat keranda untuk dimasukkan ke dalam van jenazah.
Sebelum ini, kisah pasangan itu dilaporkan media sehingga membuatkan warganet kagum dengan ketulusan Siti Marha yang juga ibu tunggal dua anak kerana menerima lamaran pesakitnya.
Ads
Mohon doakan suami saya Mohd Hashmi Arifin,” tulisnya yang bekerja sebagai jururawat.
Acara persandingan mereka yang diadakan pada 13 November lalu memperlihatkan Allahyarham Mohd Hashmi terpaksa diusung menaiki katil untuk ke lokasi acara di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan takziah kepada wanita berkenaan atas kehilangan suaminya serta mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Ads
Sumber : @marhashmi121122
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dah jadi kebiasaan, bila anak-anak sertai pertandingan mewakili sukan atau apapun, individu yang paling teruja untuk menonton dan beri semangat semestinya ibu ayah mereka.
Sama seperti ibu bapa lain, baru- baru ini Dr Halina memuat naik di laman Instagramnya momen ketika acara pertandingan sukan renang yang disertai oleh dua orang anak perempuan dan lelaki mereka.
Dalam video tersebut, terdengar suara isteri kepada Datuk Dr Sheikh Muszaphar memberi semangat buat anak-anaknya dan sekaligus menulis di ruangan kapsyen bahawa dia tidak peduli jika orang memandangnya pelik pada hari itu.
“Ini acara renang untuk anak-anak kami. Saya tak edit (video) boleh dengar saya menjerit bersorak.
“Saya dah tak peduli orang kini kanan hanya hendak bersorak untuk anak-anak. Suara acik paling kuat tu saya lah” tulisnya.
Selain mendapat pujian di atas pencapaian dua orang anak mereka iaitu Bella dan Tasha, pasangan itu turut menerima kecaman netizen mengenai pemakaian baju renang yang didakwa tidak sesuai dan sopan.
Dalam hantaran berkenaan menunjukkan anak- anaknya lengkap berbaju renang dengan mendedahkan seluruh kaki dan lengan.
Namun Dr Halina sedar akan teguran tersebut dan mengucapkan terima kasih di atas teguran.
“Saya juga sedar akan semua nasihat yang diberikan terhadap pemakaian anak saya. Terima kasih atas teguran” katanya lagi.
Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah dan sepasang lagi kembar Emilia dan Eusoff.
Setiap kali muncul di kaca tv, pasti ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati. Lakonannya biasa-biasa sahaja namun lawak yang ditonjolkan membuatkan ramai tak kering gusi.
Tidak hairanlah andai dikatakan dia antara pelawak tanah air yang konsisten sejak dahulu hingga kini.
Bahkan terbaru, lakonannya dalam filem berjudul 18 Puasa Di Kampung Pisang menjadi bualan ramai. Manakan tidak, watak yang dibawa oleh Bell bernama Barkoba tersebut nyata meninggalkan kesan sehingga diingati para penonton.
Filem arahan Mamat Khalid ini berjaya mengutip sebanyak RM1 juta dalam masa tiga hari ditayangkan di Astro First. Setelah 3 minggu ditayangkan, kutipan telah mencecah RM4 juta, satu jumlah yang amat menakjubkan.Sekali gus menaikkan kembali nama Bell dalam industri seni tanah air.
Namun, jarang sekali media memuat naik kisahnya bersama ahli keluarga. Namun, sempena Syawal yang lalu, Bell berkongsi gambar raya bersama isteri dan anak-anaknya. Memang cantik semuanya memakai baju raya warna sedondon rona merah jambu.
“Selamat hari raya kepada semua. Saya nak minta maaf zahir dan juga batin yep. Dah macam kawan-kawan semua.”
Dalam pada itu, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri berkata, biarpun Aidifitri berlangsung dalam serba kekangan akibat krisis Covid-19, namun baginya, raya tetap raya.
Jelas Bell lagi, kelazimannya mereka sekeluarga pulang beraya di Johor dan Kedah (keluarga belah isteri).
“Kami biasa akan balik beraya di Kota Tinggi dan Ulu Tiram, Johor. Tetapi apa yang boleh buat, kita semua diuji dengan wabak Covid-19.
“Memang tak rasa raya sebab tak dapat jumpa sedara-mara. Tapi, ada hikmahnya juga. Disebabkan Covid-19, tak perlulah kita peruntukkan banyak sangat duit raya (ketawa).
“Raya ini akan paling seronok andai kita pegang status atau tiket kanak-kanak. Dapat beraya di rumah sesiapa pun dan paling ‘best’, semasa kutip duit raya. Ketuk sahaja pintu rumah sesiapa, mesti bawa balik ‘ongkos’.
“Sekarang dah tak macam dahulu. Nyawa bukan satu perkara yang boleh dibuat main-main. Saya rasa anak-anak pun dah reda. Semua orang rindukan suasana beraya dahulu yang bebas ke mana-mana tanpa sekatan. Tetapi ini semua dugaan. Sama-samalah kita hadapinya dengan tabah.” ujar Bell lagi.
Melihat gambar berkenaan, ramai yang menulis dan memberi respon. Antaranya ada menulis bahawa dalam gambar ni semuanya nampak muda. Bagaikan semuanya sebaya umurnya.
Bukan itu sahaja, ada yang memuji Bell Ngasri dan isteri sama cantik dan sama padan. Pada usia 41 tahun, ternyata Bell Ngasri tetap tampak muda remaja.
Untuk rekod, Bell Ngasri bernikah dengan isterinya Farhana Syasya pada tahun 2007 dan mempunyai tiga orang anak.
Dua buah keluarga ini sememangnya cukup dikagumi akan hubungan baik antara mereka. Biarpun Norman dan Abby Abadi suatu ketika dahulu bergelar suami isteri dan kemudiannya berpisah. Lalu masing-masing bertemu dengan pasangan baru, namun hubungan mereka masih baik.
Tidak hairanlah banyak aktiviti dan program yang mereka lakukan bersama baik menonton wayang, menyambut kelahiran anak dan semalam keluarga besar ini telah bercuti bersama.
Norman Hakim menerusi laman instagramnya tiga hari yang lalu ada memuat naik throwback ketika keluarga besar mereka bercuti bersama.
Dengan kapsyen #Throwback ngam-ngam setahun lepas. Dulu ber’sembilan’,sekarang dah ber’dua belas’. in shaa Allah kalau takde aral kitaorang nak jenjalan lagi. Uolls pulak plan pergi mana cuti panjang weekend ni?
Ramai yang memberi komen positif dan suka dengan ukhuwah antara keluarga bsar ini.
mazita70One big happy family!! Semuga Allah melimpahkan rahmat dan barakah ke atas mereka. Happy2 selalu guys and gals!
saha747moga dirahmati dan diberkati selalu abg. Aamiin.seronok tngok abg jaga silaturrahim antara keluarga.moga dicontohi.amalan yg baik. Alhamdulillah
anisa_siraj_panjaitanaamiin ,sungguh bahagianya saya melihat keluarga abg rukun mcm ni ,diluar sana blm ada sanggup buat mcm ni ,inilah dinamakan sayang krn allah swt
yatibakri@normanhakim_786 semoga hubungan kekeluargaan ini berkekalan hingga ke Jannah, em so proud of you guys out there!
fateemaySuka tengok keluarga norman ada hikmah dri Allah swt apa yg telah brlaku dulu???
Ada juga netizen yang meluahkan rasa sedih kerana keluarga mereka tidak boleh bersatu seperti mana Abby dan Norman.
itsme_mrsfiru86kalau parents aku boleh berbaek mcm ni lepas bercerai… best nye la haiiii… bkumpol adik bradik jenjalan same2.
itsme_mrsfiru86@rohimah7361 10taun dah berdoa. sampai skang, sebut nama pun muka masing2 dah mcm nak muntah hijau. sampai kawen pun, salah sorang tak datang sebab xnak bertembung. hmmm..
itsme_mrsfiru86@azian15 anak anak jadi mangsa keadaan. bila nak balik kg, kene pilih mana nak pergi dulu. bile xdpt jmpe salah sorg, merajok berbulan. xjawab msg, x angkat fon, bluetick je wasap.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...