“Tak Sangka Allah Bagi Juga Rezeki.” Menang MLS2, Azmi Caliph Busker Umum Bakal Jadi Bapa Lepas 10 Tahun Menanti!

Share

Setelah dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim ke-2, anggota kumpulan Heart, Azmi Saat meluahkan rasa syukur apabila memaklumkan isterinya kini sedang hamil empat bulan.

Jelas Azmi yang juga merupakan vokalis bagi kumpulan Caliph Busker, dia sebelum ini belum pernah menceritakan hal ini kepada sesiapa pun termasuklah Danial dan juga Ezad Lazim kerana merasakan semuanya masih terlalu awal.

Bagaimanapun, sehari sebelum pentas akhir berlangsung, isterinya dikhabarkan telah dikejarkan ke hospital akibat mengalami gangguan pernafasan.

“Sebenarnya saya dah tahu sejak dua bulan lepas. Tapi saya tak bagi tahu sesiapa sebab masih awal lagi.

“Kandungannya sekarang dah masuk empat bulan. Danial dan Abang Ezad pun tak tahu pasal ni.

“Bila malam tadi (khamis) kami buat latihan, tiba-tiba manager saya datang kata ada kecemasan. Isteri saya masuk hospital.

“Saya terpaksa tinggalkan PICC. Pada mulanya kami rancang untuk buat latihan di rumah Danial tapi saya tak berkesempatan sedangkan hari ini final.

“Rupanya isteri saya mengalami sesak nafas. Dia memang ada asma. Paling menyentuh hati saya bila Abang Ezad dengan Danial tunggu saya di hospital.

“Mungkin pada ketika itu isteri saya penat sebab tu terjadinya sesak nafas,” jelasnya lagi.

Ditanya mengenai perasaanya setelah mengetahui mengenai perkhabaran tersebut, Azmi mendedah dia kini harus bersiap sedia dari segi mental memandangkan dia dan isteri sudah selesa berdua hampir 10 tahun.

“Sebenarnya isteri saya dah pernah mengandung dua tahun lepas sewaktu tahun ke lapan kami berkahwin. Ketika itu memang kami pergi buat rawatan. Tapi tak sampai dua bulan dia gugur.

“Kami dah reda untuk enjoy hidup berdua. Jadi kami memang tak fikirkan pasal anak. Ketika itu adalah rasa sedih. Tapi sekarang ini saya gembira. Tak sangka Allah bagi juga rezeki. Saya rasa tahun ini tahun saya,” akhirinya.

 

Pada malam final MLS2, kumpulan Heart telah dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah utama berjumlah RM150,000 berserta trofi.

Sumber: MEDIA HIBURAN

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN