Setelah dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar (MLS) musim ke-2, anggota kumpulan Heart, Azmi Saat meluahkan rasa syukur apabila memaklumkan isterinya kini sedang hamil empat bulan.
Jelas Azmi yang juga merupakan vokalis bagi kumpulan Caliph Busker, dia sebelum ini belum pernah menceritakan hal ini kepada sesiapa pun termasuklah Danial dan juga Ezad Lazim kerana merasakan semuanya masih terlalu awal.
Bagaimanapun, sehari sebelum pentas akhir berlangsung, isterinya dikhabarkan telah dikejarkan ke hospital akibat mengalami gangguan pernafasan.
“Sebenarnya saya dah tahu sejak dua bulan lepas. Tapi saya tak bagi tahu sesiapa sebab masih awal lagi.
“Kandungannya sekarang dah masuk empat bulan. Danial dan Abang Ezad pun tak tahu pasal ni.
“Bila malam tadi (khamis) kami buat latihan, tiba-tiba manager saya datang kata ada kecemasan. Isteri saya masuk hospital.
Ads
“Saya terpaksa tinggalkan PICC. Pada mulanya kami rancang untuk buat latihan di rumah Danial tapi saya tak berkesempatan sedangkan hari ini final.
“Rupanya isteri saya mengalami sesak nafas. Dia memang ada asma. Paling menyentuh hati saya bila Abang Ezad dengan Danial tunggu saya di hospital.
“Mungkin pada ketika itu isteri saya penat sebab tu terjadinya sesak nafas,” jelasnya lagi.
Ads
Ditanya mengenai perasaanya setelah mengetahui mengenai perkhabaran tersebut, Azmi mendedah dia kini harus bersiap sedia dari segi mental memandangkan dia dan isteri sudah selesa berdua hampir 10 tahun.
“Sebenarnya isteri saya dah pernah mengandung dua tahun lepas sewaktu tahun ke lapan kami berkahwin. Ketika itu memang kami pergi buat rawatan. Tapi tak sampai dua bulan dia gugur.
“Kami dah reda untuk enjoy hidup berdua. Jadi kami memang tak fikirkan pasal anak. Ketika itu adalah rasa sedih. Tapi sekarang ini saya gembira. Tak sangka Allah bagi juga rezeki. Saya rasa tahun ini tahun saya,” akhirinya.
Kini ramai yang terkesan dengan penularan pandemik Covid-19. Tidak dinafikan ramai yang kehilangan pekerjaan, perniagaan terjejas termasuk yang mengalami kesulitan dalam hidup.
Kesusahan yang dihadapi menjejaskan sumber pendapatan untuk menyara kehiduapan keluarga.
Menerusi perkongsian saudara Muhammad Yusoff di facebook miliknya berkongsi kisah yang membuatkan kita meruntun sedih akibat impak pandemik ini yang mengakibatkan ramai hilang sumber pendapatan sehingga ketiadaaan yang mencukupi untuk meneruskan kehidupan.
Ikuti perkongsian ini.
Tak cukup duit
Masa saya nak bayar barang kat kedai runcit, depan saya ada sorang budak tengah nak bayar barang. Budak tu nak beli beras 5 kilo.
Tapi itulah time nak bayar, budak tu tak cukup duit pulak. Last-last budak tu tak jadi beli sebab tak cukup duit.
Masa cashier nak pulang duit budak tu saya perasan dia bayar guna duit seringgit-seringgit dan duit syiling.
Saya terus kata kat cashier, takpe saya bayarkan beras budak tu. Lepas tu saya hulur RM10 kat budak tu, saya kata buat duit dia pergi sekolah. Budak tu ucap ‘terima kasih bang..’, lepas tu dia hilang.
Susah is real
Time-time sekarang ni, bersyukurlah kalau kita masih boleh makan kat restoran sedap-sedap, sebab ada orang yang nak makan nasi pun bercatu sekarang ni.
Sejak 2-3 bulan kebelakangan ni, macam-macam situasi yang menginsafkan berlaku depan mata saya. Sesungguhnya, ‘susah is real’ itu realiti.
P/s: kalau korang pernah berhadapan dengan kisah-kisah sedih macam saya, kongsilah ya. Saya nak baca
Setiap antara kita tentu ada yang menggemari masakan Siam, rasanya enak dan mudah disediakan. Untuk yang ingin mencuba salah satu resipi berasaskan ikan yang cukup popular adalah Ikan Tiga Rasa atau juga dikenali dengan Pla Rad Prik.
Resipi istimewa ini dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan dan menurutnya kalau makan ikan di kedai Siam, ikan tiga rasa lain dari di kedai makan Melayu. Saya pernah tanya tukang masak kedai Siam tu, apa nama masakan ikan tiga rasa tu sebenarnya. Dia kata Pla Rad Prik. Ini resepi dia.
Pla Rad Prik by Dr Kamarul Ariffin.
Bahan-bahan: (2-3 orang)
1 ekor ikan sikap (saiz sederhana)
1 labu bawang putih
5 tangkai cili padi merah
5 tangkai cili padi hijau
1 ikat daun ketumbar
3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar pes asam jawa
2-3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gula nipah
Garam dan gula secukup rasa
Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar. Jom lihat
Ni je bahan-bahan buat sos pla rad prik tu. Gula nipah (palm sugar) je tak ada dalam gambar ni.
Saya guna ikan siakap. Biasanya di Siam, pakai ikan tilapia kata tukang masak tu. Kau orang boleh guna ikan yang kau suka. Jika guna siakap, saya suka belah ikan macam ni. Cepat masak.
Mula-mula kita bedakkan ikan dengan tepung jagung dan garam. Kalau salut tepung, nanti sos tu mudah meresap pada ikan. Baru best!
Goreng ikan! Pastikan minyak betul-betul panas dan cukup banyak. Masukkan belah bawahnya dahulu. Isi akan melengkung ke atas jadi macam mangkuk. Bila tuang kuah, kuah akan duduk atas ikan.
Terbalikkan. Biar dia kuak lentang. Haha! Goreng bahagian kulit pula sampai garing. Lepas goreng, tos dan ketepikan sebentar.
Tumis bawang putih dan cili padi yang telah di cincang halus. Masakan ni kena pedas baru mengancam! Tapi kalau tak mahu pedas, guna cili besar. Tak semua orang suka makan masakan yang pedas, kan?
Dah wangi. Masukkan gula putih. Saya guna satu sudu besar. Saya masukkan awal supaya gula ni boleh terkaramel.
Tak sempat ambil gambar masa tuang air asam jawa. Kalau suka masam, masukkan lebih asam jawa. Masakan ikan, sangat ngam dengan rasa masam.
Masukkan sos ikan. Masakan ni rasa dia masam, manis, dan masin. Mungkin sebab tu dekat sini, kedai siam letak nama ikan masak tiga rasa
Tadi saya rasa sos ni, macam ada kurang. Gula nipah ada rasa yang buat masakan jadi sedap. Oleh kerana tak ada gula nipah. Saya cuba letak gula Melaka. Ha! Baru ada rasa manis lemak tu!
Akhir sekali, letak batang ketumbar. Ketumbar ni beri rasa segar dan wangi. Bahan yang sangat sinonim dengan masakan Siam. OK, kuah dah siap, boleh tuang ke atas ikan kita tadi!
Ini dia! Pla Rad Prik! Rasa sama macam kedai Siam punya! Pedas, masam, masin, manis! Makan dengan nasi putih, memang terangkat! Tapi macam tak cukup kuah, kan?
Pasangan yang berkahwin ketika lewat usia biasanya lebih ‘sweet’ dan tidak banyak ‘drama.’ Di kalangan golongan veteran, perkahwinan juga boleh menjadi pilihan yang bermakna. Pendek kata perkahwinan bukanlah hak eksklusif golongan muda sahaja.
Pada usia sebegini, pemilihan pasangan tidak bergantung kepada nafsu ‘hormon’ malah lebih terbuka kepada faktor tanggungjawab. Kebanyakan pasangan yang berkahwin dalam usia ’emas’ mahu lebih fokus membina hubungan dan memori sepanjang hidup bersama.
Tahniah buat kedua mempelai, Sabri Yunus dan Angelina Tan atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan. Semoga ikatan dipenuhi dengan kebahagiaan. Saya doakan bahtera yang dilayari mereka berdua penuh keberkatan dan berlabuh ke syurga di akhirnya.
Kebetulan, saya sedang melayan series Young Sheldon. Suka betul saya dengan hubungan Meemaw dan Dr John Sturgis. Pasangan veteran yang sweet. Saling menerima kekurangan dan saling meraikan perbezaan.
Saya perhatikan, pasangan veteran ini dia punya sweet itu lain maciam. Teori saya, mungkin sebab mereka;
1) Sudah ada pengalaman tangani hubungan suami isteri masa muda dulu
2) Sudah selesa dan stabil. Sebab anak-anak dah besar. Bonus bila dah bersara; dah tak perlu lalui struggle bina kerjaya.
3) Kebanyakan perhubungan bermula sukar sebab nak ‘fit in’ dengan sikap pasangan yang trigger childhood trauma. Bila sudah berusia, ramai yang sudah berjaya melepasi fasa ‘healed’. Bila healed, makin kurang konflik.
Semoga kita dan pasangan kita juga akan melalui fasa kebahagiaan sebagaimana yang diimpikan. Yang penting, setia till jannah, Insya Allah.
Terdapat banyak faktor yang mendorong pasangan warga emas untuk mengikat tali perkahwinan pada usia yang lebih matang. Ini juga membawa pelbagai keistimewaan serta cabaran yang perlu dihadapi.
Keistimewaan Perkahwinan di Kalangan Warga Emas
Kekal Aktif dan Sihat: Perkahwinan di usia emas dapat memberikan kekuatan motivasi untuk menjaga kesihatan dan kecergasan fizikal. Pasangan yang berkahwin boleh bersama-sama menjalani gaya hidup aktif dan sihat.
Sokongan Emosi: Dalam usia emas, seseorang mungkin menghadapi kehilangan sahabat-sahabat rapat atau ahli keluarga. Pasangan hidup menjadi sumber sokongan emosi yang penting dalam mengatasi kesepian dan kematian yang mungkin berlaku di sekitar mereka.
Kepuasan Emosi: Perkahwinan pada usia yang lebih matang sering kali berdasarkan kesedaran yang lebih mendalam tentang diri sendiri dan keperluan emosi. Pasangan warga emas cenderung lebih stabil dan matang dalam hubungan mereka.
Kemahuan Bersama: Pasangan warga emas mungkin lebih serasi dalam mencapai matlamat bersama dan mengejar hobi serta minat yang sama. Ini membantu mereka menjalani pensiun yang bermakna.
Cabaran Perkahwinan di Kalangan Warga Emas
Kesihatan: Pasangan warga emas mungkin menghadapi cabaran kesihatan yang boleh mempengaruhi kualiti hidup mereka. Penjagaan kesihatan yang berterusan dan kesediaan untuk menghadapi masalah kesihatan adalah penting.
Kewangan: Warga emas sering mencari kestabilan kewangan, dan perkahwinan pada usia emas mungkin melibatkan isu-isu kewangan. Perancangan kewangan yang bijak menjadi penting untuk memastikan kesejahteraan ekonomi.
Keluarga dan Ramai: Pasangan warga emas mungkin memiliki anak-anak dan cucu yang memerlukan perhatian dan sokongan. Menjaga keseimbangan antara perkahwinan dan tanggungjawab keluarga menjadi cabaran tersendiri.
Kesedaran Sosial: Masyarakat mungkin memandang rendah atau mempersoalkan pasangan warga emas yang berkahwin. Pasangan ini perlu bersedia menghadapi persepsi sosial dan mengekalkan keyakinan dalam pilihan mereka.
Perkahwinan di kalangan warga emas boleh menjadi pengalaman yang membawa kebahagiaan dan makna dalam hayat mereka. Bagaimanapun, ia juga boleh mencabar pasangan tersebut dengan pelbagai cabaran.
Kunci kejayaan adalah komunikasi yang baik, sokongan gegar, dan kesediaan untuk bersama-sama mengatasi cabaran yang datang seiring dengan usia.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.