Jarang kita dapat lihat artis yang berkawan rapat dan sehingga anak-anak pun turut mesra bersama.
Namun itulah yang dapat dilihat menerusi persahabatan antara Ozlynn yang juga isteri kepada Johan Raja Lawak dengan Fasha Sandha.
Menerusi statusnya di Instagram (IG), Ozlynn berkongsi kisah persahabatan yang dijalinkan dengan Fasha sejak dulu lagi.
“Dari mengandung ibu selalu dengan mama. Kadang ibu tak boleh tidur ibu text mama sama jugak dengan mama. Tak sangka anak dalam kandungan ibu dan mama sama-sama perempuan.
“Cuma ibu lahirkan Jemyma dulu dan yang paling tak disangka anak ibu dan mama pun rapat.
Ads
“Terima kasih ibu @fashasandha, Jemyma kembar Chantiq yang sudi sambut hari lahir Chantiq bersama-sama keluarga ibu.
“Seronok bila tengok Chantiq bukak hadiah tadi. Tak habis-habis cerita pasal birthday dia tadi. Mekasih ibu untuk kasih sayang ini. Biar la gambar dan video disimpanan mama ini yang berbicara,” tulisnya.
Perkongsian tersebut turut mendapat respond dari Fasha yang turut meluahkan rasa kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh seluruh keluarga Ozlynn.
Ads
“Awww, I love you Mama Hanania and your beautiful family, tak tau macam mana nak cakap.
“Di zaman ni, susah nak jumpa keluarga humble sebaik seluruh keluarga Hanania, semoga kita semua terus bahagia, I love you,” tulisnya.
Ads
Persahabatan dan kasih sayang antara Fasha dan Ozlynn membuatkan pengikut mereka cukup gembira dan masing-masing mendoakan semoga persahabatan tersebut akan berkekalan selama-lamanya.
Hasil kreativiti benda simple pun nampak menarik. Pasangan suami isteri ini berkongsi cara dan tips mudah untuk buat sendiri meja bar yang sangat sempurna dan mewah sesuai untuk ruangan dapur di rumah. Dapat jimatkan kos lagi kalau buat sendiri kan.
Jika anda mahu buat sendiri, boleh tengok cara yang dikongsikan oleh saudara Atam Ayu ini.
Pecaya tak kome kos kaunter table bar maktam ni kos tak sampai pun 150.00? Meh maktam share
.
Sebenarnya maktam dah lama teringin nak buat bar table ni kat rumah singgah maktam ni.. duk riki hat ikea ok gak.. tapi ikea jauh lepastu maktam takde transport pula nak bawak top dia hat beso2 tu..kiki
.
So maktam buat la sendiri..berbekalkan imaginasi maktam dan paktam realisasikan.
.
Biasalah isteri sentiasa jadi mandor..
.
Ok ni bahan2 dia..
.
Papan playwood 12mm 2×4 = 17.50
2 batang kayu inci 2×1 panjang 6kaki= 5.00
5 shelves compactment = 59.90 tesco
Kaki sofa = 2.50/ beli 4 = 10.00
Wallpaper marble jenis pvc = 6.60 semeter
Sesiku L = 2.00
Cat kayu =36 .00
Membesarkan anak-anak agar berjaya di dunia dan akhirat diakui adalah tanggungjawab yang bukan mudah untuk dilaksanakan.
Apatah lagi dengan ujian hidup yang mendatang, semuanya harus dilalui dengan tabah. Walau terkadang terasa sempit namun sebagai ibu ayah, tetap mahukan yang terbaik untuk anak-anak.
Begitu juga kisah perkongsian hidup bagi wanita bergelar ibu ini. Bukan sedikit dugaan yang dilaluinya, namun semua itu dapat diterima dengan sabar dengan bersandarkan kepadaNya Allah yang berkuasa.
Nak tahu lanjut perjalanan kisahnya, di sini dikongsikan moga dapat menyuntik inspirasi untuk yang lainnya.
10 TIPS UNTUK MENJADI WANITA DAN IBU YANG BERJAYA MESKIPUN SEMPIT
Ketika saya perlu mulakan semula hidup saya pada usia 41 tahun, anak lelaki saya ini masih belajar di MRSM Pengkalan Hulu.
Anak lelaki kecil saya pula waktu itu baru berusia 3 tahun. Masih perlu digendong, masih menyusu.
Waktu itu, saya tidak punya pekerjaan, tidak punya wang, jika ada pun sekadar cukup makan kami 6 beranak sahaja. Tidak cukup wang untuk membayar sewa rumah. Hampir setiap hari tuan rumah datang untuk menghalau kami keluar.
Anak-anak masih kecil. Dihimpit dengan banyak tekanan. Namun sebagai seorang ibu, dalam keadaan macamana pun sudah tentu kita semua ingin berikan yang paling baik untuk anak-anak kita.
Menjadi seorang ibu yang baik bukanlah bererti kita adalah yang terbaik, tetapi dengan memberikan yang sehabis baik yang mungkin dan selebihnya adalah dengan bantuan dan keizinan dari Allah kerana kita adalah makhluk yang tidak berdaya.
Memberikan yang terbaik bererti menghantar anak-anak ke tempat pengajian tertinggi dengan semampu mungkin, memberikan bimbingan kepada mereka untuk berjaya jika tidak dalam pencapaian akademik pun sekurang-kurangnya kita sudah mencuba tanpa ada sebarang rasa putus asa.
Saya yakin dan percaya semua ibu mampu untuk melakukan ini dengan mudah. Meskipun berada dalam kesempitan hidup dan sedang dilanda dengan pelbagai ujian rezeki, perceraian, fitnah atau apa sahaja bentuk dugaan hidup InsyaAllah.
Baca 10 tips untuk berjaya ini…
1. Amalkan bangun pagi setiap hari. Saya sangat yakin dan percaya bahawa rezeki datang di awal pagi. Meskipun rezeki itu bersifat infiniti dan tidak akan pernah habis. Saya sendiri akan bangun seawal 4.30 pagi setiap hari. Atau pada jam 6 pagi jika “cuti”.
Gambar hiasan
2. Sulit bagaimana sekalipun hidup jangan tinggal solat. Kerana solat itu adalah ubat bagi hati yang sedih dan kunci bagi rezeki. Pernah seorang wanita mengadu kepada saya dan dengan panjang lebar dia bercerita tentang rumahtangganya. Saya bertanya adakah dia solat? Dia kata tidak. Lalu saya segera minta dia dahulukan itu dulu sebelum hal-hal yang lain.
Buruk lagu mana pun kita… Siapa pun diri kita… Sibuk macamana pun kita, jangan tinggal solat.
3. Bacalah Al-Quran setiap hari. Jika boleh baca 1 mukasurat sehari. Jika tidak boleh bacalah sepotong ayat. Jika tidak boleh, bacalah terjemahan ayat. Semua itu “ubat”.
Dengar ceramah agama setiap hari sekurang-kurangnya satu topik. Boleh buka YouTube dan buat carian untuk topik yang anda mahu. Contohnya “La Tahzan…”. Tambah ilmu setiap hari untuk perbaiki diri.
4. Jangan pernah berkira untuk bersedekah. Bersedekahlah dari mampu beri 50 sen sehingga mampu beri RM50 atau 1K tanpa ada sebarang rasa riak walau sebesar zarah pun. Bersedekahlah dari miskin sehingga kaya. Trust Allah for this. Buat dengan istiqamah.
5. Jangan berkira dengan ibu dan ayah. Saya sudah tidak punya ibu. Hanya punya ayah. Memberi tanpa bertanding dengan adik-beradik yang lain. Tidak perlu tunjuk apa pemberian kita. Cukup Allah tahu sahaja.
6. Usah berkira dengan adik-beradik. Belanja mereka makan. Bagi mereka rasa apa yang anda rasa. Kalau kita susah…kita hidangkan makan cara orang tidak berada. Kalau ada wang jamulah mereka dengan sebaiknya. Belanja adik-beradik dan saudara mara tanpa sedikitpun rasa megah dan jangan disebut-sebut pemberian kita.
7. Selalu ikhlaskan diri dengan anak-anak, keluarga dan orang sekeliling. Buatlah baik dengan semua orang meskipun orang tidak buat baik dengan kita. Jangan sibuk membicarakan hal orang. Fokus pada diri.
8. Sabar selalu. Sabar kalau ada yang mengata (terutama jika kita ibu tunggal). Sabar dengan kerenah anak-anak. Mereka adalah amanah dari Allah untuk kita. Sabar tika diuji dengan pelbagai jenis kesempitan hidup, makan, pekerjaan, tempat tinggal, pakai. Sabar…sabar… Kerana orang yang sabar adalah orang yang tenang dan menang.
9. Jangan ada sedikitpun rasa megah atau riak dalam hati. Terutama ketika memberi. Jangan riak ketika dipinjamkan dengan kekayaan, harta, pangkat, projek yang besar. Jangan. Saya sudah melihat orang yang sangat sangat kaya hilang segala hartanya dengan sangat mudah. Tuhan boleh memberi dengan cara yang kita tidak pernah sangka dan boleh mengambilnya dengan cara yang tidak pernah kita sangka juga. Ingat itu.
10. Usah pernah memburukkan bekas pasangan dihadapan anak-anak. Biar apapun terjadi dia tetap ayah kepada anak-anak kita. Usah menangis dihadapan anak-anak kerana ia akan meruntuhkan kekuatan jiwa anak-anak. Stay strong. Allah tahu…
Istiqamahlah dalam semua perkara ini. InsyaAllah yang sulit akan menjadi mudah bagi mu. Sekurang-kurangnya rezeki tidak akan putus buat mu…
Ketika hari konvokesyen anak saya, saya tidak dapat menahan airmata kerana mengenangkan banyaknya rintangan yang saya perlu lalui untuk pergi sejauh ini.
Kejayaan besar kita mungkin adalah kecil buat orang lain dan itu tidak mengapa.
Sabarlah….Allah sayang.
Sumber : Dzuriasikim Dzulkefli
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendidik anak-anak zaman sekarang amat mencabar. Tentu ada keluhan ibu bapa mengenai mendidik anak-anak yang tidak mendengar cakap serta tidak mengikut peraturan.
Apa pun anak-anak itu penyeri rumah tangga. Namun, mereka perlulah diberi didikan yang sempurna terutama dari sikap dalam dirinya.
Sebagaimana perkongsian oleh Firdaus Mokhtar mengenai cara didikan orang tua zaman dulu yang masih relevan diguna pakai kini. Ikuti perkongsiannya.
Masa kecil dulu dekat dalam rumah ada peraturan. Kami semua adik beradik kena ikut.
1. Lepas makan kena basuh pinggan. Memang dekat sinki dapur dah ada kerusi plastik kecil untuk berdiri basuh pinggan.
2. Baju yang dah dibasuh, kami adik-beradik kena lipat. Kami baru 4 beradik waktu tu. Cuma 3 yang besar. Alah, besar pun umur sekolah rendah tu lah.
Saya lipat baju sendiri dan baju Ummi. Adik kedua lipat baju dia dan baju Abah. Yang ketiga lipat baju dia sendiri. Adik nombor 4 kecil sangat lagi. Mana yang abang-abang dia lipat, dia tukang kiraikan balik. Kah!
3. Lepas Subuh tak boleh tidur balik. Kena terus bangun. Lagi-lagi hari cuti. Kalau tidur juga mesti kena kejut sampai bangun.
Biasa Ummi yang kejut. Walau kami tahu itu semua arahan daripada Abah. Maka kena bangun. Jangan cari pasal.
4. Setiap hari, kena tunggu soalan daripada Abah. Abah balik kerja akan tanya, “sembahyang tak tadi?” Maksud Abah solat Zuhur dan Asar. Kalau jawab tak, siap kena rotan.
Oh ya, saya pernah kena sekali. Tinggal solat Zuhur. Kena sebat dengan tali pinggang. Lepas tu tak pernah dah.
5. Waktu makan kena makan sama. Sebab masa kecil selalu makan dalam talam. Peraturan dia kau jangan bergaduh waktu makan.
Tapi biasalah, budak kan. Bergaduh mende entah waktu makan. Kena marah lah woih.
Petang tu balik kerja Abah beli pensel warna Luna seorang satu. Yang pendek 12 batang tu. Sebabkan bergaduh tu hukuman dia Abah buang terus pensel warna tu.
Ingat lagi waktu hujan lebat. Kami tinggal dekat tingkat 4 rumah flat. Terbang 3 kotak warna tu ikut balkoni. Esok pagi pergi sekolah lalu bawah tengok je kotak tu. Lembik dah.
Cair siap mata pensel warna tu. Kahkah. Buat lagi!
6. Ini paling best, atas semua peraturan ni ada markah. Entah macam mana sistem markah Ummi dengan Abah buat, saya tak tahu.
Yang penting setiap bulan akan ada pemenang. Dapat hadiah juga. Biasanya buku lah, novel dan buku cerita. Nak suruh membacakan. H
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap anak berbeza ada yang cepat "pickup," ada yang perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu. Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengenali corak pemprosesan...