Membesarkan anak-anak sendirian tanpa kehadiran insan bernama suami di sisi bukanlah sesutau yang mudah. Perit mata memandang, perit lagi bahu yang memikul.
Apatahlagi dengan pandangan serong sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda atau ibu tunggal. Namun selebriti bernama Rita Rudaini tidak punya masa untuk meratap malah dia bangkit dan berjuang demi anak-anaknya.
Nyata dia berjaya mendidik dan membesarkan anak-anaknya sendirian dengan baik malah dua hero kesayangan yang juga buah hati pengarang jantungnya dibesarkan dengan penuh kasih sayang.
Anaknya Airit Rayyan Rizqin 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7. Kedua-dua mereka cukup sayang dan rapat dengan mommynya ini.
Ads
Menerusi instagramnya baru-baru ini, Rita memuat naik satu gambar bersama anak-anak sambil mengimbau kenangan ketika membesarkan mereka.
“Tak sangka…boleh buat sendiri sorang2…Struggle gak dulu,dua2 masih kecik berebut nk dukung walaupon ada stroller…pastu bila mlm,budak2 dah tido,baru mommy lps nangis sorg2 sbb penat…
“Cakap dalam hati ‘cpt la besar,cpt la berjln,mommy xlarat sorg2’ …bila teringat smua tu mcm rasa nk ulang balik zaman dorg kecik..rindu nak dukung dorang pulak,” tulisnya dikapsyen.
Bagi sesetengah orang, kalau makan nasi tanpa ada kicap tidak lengkap jadinya dan disebabkan kicap ini juga ada satu kisah antara seorang ayah dan anak perempuannya menjadi viral di media sosial.
Warganet bukan sahaja terhibur dengan ragam anak perempuannya yang ketika itu sedang dalam perjalanan untuk dihantar ke sekolah namun tiba-tiba menangis dek kerana bekal mee hoon goreng telur yang disediakan oleh ibunya tidak diletakkan kicap.
Tidak dengan itu, malah ramai yang memuji tindakan ayah ini yang dilihat begitu sabar melayan karenah anak meskipun berdepan dengan jalan yang jem hingga sanggup mencari kedai untuk membeli kicap tersebut daripada berpatah balik ke rumah.
Betullah kata pepatah kasih ibu hingga ke syurga kasih ayah sepanjang masa. Sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak.
“Takpelah, abah pun dah lambat ni, kita beli je ya kicap”
Pagi tadi, maknya buatkan bekal. Mee hoon goreng telur. Disebabkan maknya tak berapa sihat, jadi harini saya lah bertugas menghantar dia ke sekolah.
Otw ke sekolah, disebabkan jem. Dia beritahu saya nak makan bekal dia dulu dalam kereta. Saya iyakan sahajalah. Tiba-tiba, terdengar dia menangis.
DIET… sebut sahaja sudah membayangkan betapa sukarnya untuk mengatakan TIDAK kepada makanan yang selama ini menjadi kegemaran kita. Tetapi demi menjaga penampilan dan bentuk badan yang diingini, kenalah berkorban sikit kan.
Bukan hanya wanita, malah lelaki juga sangat menitikberatkan hal ini. Tidak mustahil la apa jua petua atau tip yang dikongsikan akan dicuba untuk melihat keberkesanannya.
Perkongsian dari lelaki muda bernama Harith Faisal mungkin dapat membantu anda yang sedang berkira-kira untuk berdiet.
Dengan hanya 2 bulan mengamalkan diet tersebut, lelaki ini berjaya menurunkan 10 kg. Wow menarik juga kan, yang penting diet nya hanya fokus kepada pengambilan makanan terutama pada waktu sarapan pagi.
Saya nak kongsi pula apa sarapan yang saya ambil sepanjang 2 bulan tu. Sepanjang tempoh diet, saya sarapan dengan oat smoothies home made je. Ala, bukan susah pun. Kejap lagi saya bagitau caranya.
Yang paling penting, bila sarapan dengan oat smoothies ni, perut boleh tahan sampai tengahari. Kalau setakat pukul 12 tengahari tu, biasanya memang tak rasa lapar sangat pun. Dalam pukul 10 pagi sampai 11 pagi, kau layanlah teh hijau segelas dua. Memang best!
SARAPAN NASI LEMAK PARU
Nak ceritanya, dulu-dulu saya ni peminat tegar nasi lemak tambah paru sambal. Memang sedap ya amat. Dalam seminggu, empat lima hari memang itulah sarapan saya. Sekarang dah insaf taubat nasuha. Okay habis cerita nasi lemak.
Saya punya resepi oat smoothies ni sebenarnya try and error je. Masa mula-mula diet, saya buat overnight oat. Sebelum masuk tidur, siap-siap campurkan oat dengan susu sebab nak bagi kembang elok. Esok pagi, makan. Tapi muak gila, macam nak termuntah.
Lepas tu, saya dapat idea dan ilham untuk buat oat smoothies ni. Sampai sekarang saya sarapan benda ni je pagi-pagi. Okay, dah ready nak belajar buat oat smoothies, kan.
BAHAN-BAHAN
300 ml susu segar rendah lemak 4-6 sudu besar oat 2 sudu Nestum
Guna tiga bahan ni saja. Masukkan tiga bahan ni dalam blender. Switch on blender, siap terus. Tunggu dalam 5 minit bagi dia kembang sikit. Kemudian, boleh minum dengan nikmatnya. Gila mudah dan pantas.
Kalau kau takda blender, kau campur dan rendam je 3 bahan tu selama 15 minit. Boleh juga. Tak payah nak pening-pening kepala, okay.
PAKAI SUSU SEGAR JENAMA APA
Sebelum mula diet, sejak kecik saya memang jenis tak suka minum susu segar rendah lemak ni. Biasanya kalau beli Dutch Lady tu, mesti beli perisa Coklat atau Strawberry.
Tapi dah nama pun nak diet, kan. Takkan kau nak buat oat smoothies campur susu perisa Coklat dan Strawberry yang manis tu. Memang kencing manis dan bertambah gemuklah kau dan aku. Haha!
Saya pakai susu segar jenama Farm Fresh. Boleh cari yang tutup oren atau tutup biru. Yang tutup biru lebih rendah lemak. Harga sama, takda beza walaupun lemak tutup oren lagi banyak.
Try and error. Sebelum nak tekad tetap dengan brand Farm Fresh, saya dah cuba buat oat smoothies dengan susu segar jenama HL, Dutch Lady, Summerfield, GoodDay, semuanya tak kena dengan tekak.
Bagi saya brand Farm Fresh yang paling sedap, tak muak. Yang paling penting, terang-terang dia kata “No sugar. No preservative”. Saya akan beli yang 2 liter punya, boleh tahan 6 hingga 7 hari. Tapi sebab anak saya pun suka, 3 hari habislah.
BOSAN SARAPAN YANG SAMA
Biasalah manusia ni cepat bosan, kan. Saya pun bosan juga asyik sarapan benda yang sama je berminggu-minggu. Jadi, saya fikir saya kena tambah sesuatu dalam oat smoothies saya tu.
Jenuhlah fikir akhirnya dapat idea untuk tambah pisang. Tak susah pun. Tiga bahan yang sama macam tadi, kau tambah saja dengan separuh pisang. Kau akan dapat rasa pisang dia sikit-sikit. Kalau nak letak sebiji terus pun boleh. Lagi sedap dan pekat wei.
Pisang apa yang saya pakai? Saya pakai pisang jenis Cavendish. Ala, pisang yang cantik-cantik kat supermarket tu. Saya tak pernah cuba pisang lain untuk buat banana oat smoothies ni. Kau nak cuba, dipersilakan.
Sekali sekala saya akan buat juga Nescafe oat smoothies. Saya pakai Nescafe Gold. 3 bahan yang sama, cuma kau tambahlah separuh sudu Nescafe Gold tu. Rasa dia memang terangkat beb. Lagi sedap daripada kopi Starbucks!
JADUAL MAKAN SEHARI
9.00 am: Oat smoothies + air kosong
11.00 am: Teh hijau + air kosong
1.00 pm: Buah + teh hijau
3.00 pm: Air kosong
6.00 pm: Ayam dan sayur grill + air kosong
9.00 pm: Teh hijau
Untuk makan malam, saya memang ambil sebelum pukul 7 malam. Nasi suku pinggan masa makan malam. Tapi saya tak makan nasi hari-hari pun. Ikut mood.
ENJOY MY DIET
Ada yang tanya, saya ni diet atkin ke. Jawapannya tak. Saya diet ikut suka saya. Saya enjoy turun berat 10 kg dalam 2 bulan. Saya cheat day 2 hari seminggu. Biasanya, saya cheat day hari Sabtu dan Ahad.
Kau faham-fahamlah, weekend kan. Banyak jemputan kenduri itu ini, balik kampung pula ibu dan mak masak sedap-sedap takkan tak nak makan beb.
Saya makan nasi suku pinggan pada hari diet. Kadang-kadang sehari saya tak makan nasi sebab tak teringin sangat dah dengan nasi tu. Makan ayam dan sayur grill tu pun dah kenyang.
Kadang-kadang kitorang masakkan untuk anak. Anak-anak makan tak habis, saya tolong habiskan juga. Tapi masih jaga kuantiti makanan tu lah. Kena faham pasal pengambilan kalori.
Yang paling penting, saya enjoy jaga makan, tak stress, tak berlapar sebab sarapan dengan oat smoothies, tak kembung perut sebab teh hijau sangat membantu. Tau-tau dalam masa 2 bulan dah turun 10 kg. Best sangat.
PENAFIAN
Panjang dah saya kongsikan dalam artikel ni. Kalau kau perasan, kat wall Facebook saya banyak sharing pasal kewangan dan hartanah je sebelum ni. Tapi apalah guna jaga kewangan saja kalau tahap kesihatan ke laut.
Jadi, supaya orang tak salah faham, saya nak tegaskan kat sini yang saya bukanlah dietitian, dan bukan juga doktor. Apa yang saya cerita ni adalah apa yang saya lalui sendiri.
Hari tu masa viral pasal teh hijau, dengar cerita banyak tempat kehabisan stok teh hijau terutamanya Speedmart. Entah-entah kali ni, susu Farm Fresh pulak yang habis stok. Baik kau cepat-cepat beli kejap lagi. Haha! – HF
Tak semua, tapi ada sesetengah orang sanhka, kerja sebagai suri rumah ni mudah. Uruskan hal rumah sahaja tak perlu nak perah otak bekerja, malah tak ada pun kena marah dengan bos! Dah habis kerja, boleh senang-lenang tonton televisyen atau bersembang dengan jiran tetangga.
Padahal, bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai suri rumah sepenuh masa tau. Apatah lagi bila ada anak masih kecil di rumah. Lagilah nak dijaga anak, nak urus rumah. Jadi takkan pernah habis kerja rumah ini dan ada cara untuk atasi jika mak-mak sudah penat mengerjakannya.
KALAU PENAT BUAT KERJA RUMAH BERHENTI SEBENTAR
Ramai mak-mak yang mengadu penat dan letih bukan sebab mereka tak ikhlas:
– Jaga anak
– Kemas rumah
– Memasak
– Lipat baju
– Santuni suami
– Bekerja
– Berniaga
– Jaga mertua
Bukan! Bukan! Bukan!
Kalau tak ikhlas, tak akan langsung di buat dah semua kerja kerja yang tak pernah habis ini.
Buat satu, datang dua kerja lagi. Buat hari ini, esok kena buat lagi kerja yang sama. Begitu lah 365 hari setahun. Bukan setakat penat dan letih tapi yang sebenarnya mereka dah tepu jiwa.
Allahu, hanya yang berada di tempat mereka sahaja akan faham kondisi jiwa yang tepu.
Bila jiwa dah tepu, selalu lah kita akan nampak para mak-mak ini jadi:
– Kelam kabut
– Cuai dan lalai
– Tak selera makan
– Muka kusam
– Tidur tak lena
– Susah tidur malam
– Kuat melenting
– Cepat sentap
Dan banyak lagi simptom negatif yang bukan di sengajakan tapi kerap di buat oleh mak-mak.
Sesungguhnya, jika mak-mak ini tenang jiwanya pasti mereka lah orang paling ikhlas dan cermat buat apa pun tugas. Sungguh!
Wallahu a’lam..
5 perkara simple ini boleh jadi ‘me time’ yang sangat berharga untuk isteri
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...