Anak-anak ni waktu kecil lah mudah nak diajar dan dibentuk. Segala apa yang masuk dalam minda mereka mudah untuk mereka ingati dan perlu selalu amalkan supaya apa yang dipelajari tidak mudah untuk lupa.
Baru-baru ini, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, berkongsi anak sulungnya, Siti Aafiyah yang sekali lagi mencuri tumpuan warganet apabila membaca potongan Surah ‘Abasa dengan lancar.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan puteri sulungnya itu menghafaz potongan ayat al-Quran tersebut dengan fasih.
“Semalam sambil kemas bilik office, sambil nyanyi lagu dan buka mikrofon, ingat nak karaoke dua atau tiga lagu. Tak sempat ibu nak nyanyi, Aafiyah dah take over.
“Ibu saja suruh dia baca Surah ‘Abasa ayat 1 hingga 8..masih ingat tak?
Ads
“Alhamdulillah ingat lagi..hujung-hujung tu biasalah dah tak fokus,” tulis Siti di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen tersebut, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum apabila mendengar hafazan Aafiyah dalam membaca potongan surah tersebut.
Malah pendakwah, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman turut meninggalkan komen dengan mengharapkan Aafiyah dapat menjadi seorang Qariah yang berjaya suatu hari nanti.
Sebelum ini, gelagat Aafiyah menyanyikan lagu tamil popular, Munbe Vaa nyanyian penyanyi dan komposer terkenal, AR Rahman turut mendapat perhatian.
Sabtu lalu kita dikejutkan dengan pemergian enam sekeluarga buat selama-lamanya akibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke Segamat di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.
Mangsa yang terlibat ialah Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, bersama empat lagi anaknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.
Terbaharu, anak sulung kepada Allahyarham Amir dan Norahimah, Abdur Rahman Amir Ruddin, 19 bakal menerima tajaan menunaikan umrah oleh syarikat umrah dan haji, Jay Ibrahim Travel & Tours Sdh Bhd.
Menurut pengasas syarikat umrah dan haji tersebut, Jay Ibrahim memaklumkan bahawa niatnya membantu Abdur Rahman adalah untuk memberikan ruang kepada pemuda tersebut untuk berdoa di hadapan Kaabah.
“Niat saya memang nak taja adik Abdul Rahman menunaikan umrah supaya dia boleh berdoa depan Kaabah, Makkah dan Raudhah di Madinah supaya adiknya yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat segera sembuh.
“Alhamdulillah, hasil bantuan rakan-rakan di Facebook, saya dapat berhubung dan berjumpa Abdur Rahman hari ini (Ahad). Saya menyatakan hasrat untuk menajanya menunaikan umrah dan dia terima. Cuma, dia mahu adiknya yang kini masih di ICU dapat pergi bersama.
“Saya cakap, kalau adik dia diizinkan hidup, saya memang akan bawa juga. Tapi, saya pelawa untuk pergi awal supaya dia dapat mendoakan kesihatan adiknya di sana. Seperti yang kita tahu, depan Kaabah antara tempat mustajab berdoa.” katanya.
Selain daripada menerima Pakej Umrah Premium Menara Jam Makkah, Abdur Rahman juga akan menerima beberapa sumbangan berupa wang tunai, kain ihram, sejadah dan sebotol air Zam Zam 5 liter.
Bukan itu sahaja, Jay mendedahkan dia akan menguruskan segala dokumen yang berkaitan untuk membantu memudahkan Abdur Rahman berangkat ke Makkah.
“Dia beritahu tak ada passport, tapi saya cakap akan bantu uruskan semuanya. Bila-bila saja dia nak pergi pun boleh. Kebetulan saya memang duduk di sana. Kalau dia nak pergi minggu depan, kakitangan saya akan bantu.
“Insya-Allah, di sana Abdur Rahman boleh merawat jiwa di depan Kaabah. Semoga dia diberi kekuatan.
“Niat saya ini lebih pada tanggungjawab sebagi orang Islam untuk membantu mereka yang susah. Saya bersimpati atas apa yang berlaku.
“Doakan usaha kecil kami ini dipermudahkan dan dapat memberi manfaat kepada adik Abdul Rahman dan keluarga serta mendapat keberkatan Allah.” tambahnya.
Terdahulu, meruntun hati, apabila solat jenazah tersebut diimamkan oleh anak sulung kepada pasangan, Amir Ruddin Ismail 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, iaitu Abdul Rahman Amir Ruddin, 19.
Suanana bertambah pilu apabila anak sulung tidak dapat menahan kesedihan sebaik sahaja melihat satu per satu wajah jenazah ahli keluarnya yang dibawa masuk untuk disembahyangkan.
Abdul Rahman berkata, mereka baru sahaja bersua muka sebelum ahli keluarganya bertolak, namun takdir Allah tiada siapa yang dapat menidakkan segala ketentuanya apabila dia kehilangan kesemua ahli keluarga sekaligus.
Dirinya juga tidak pernah terlintas langsung untuk menjadi anak yatim piatu dalam sekelip mata selain turut kehilangan lima adiknya, Fatimatulzahrah, 17, Abdullah, 15, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5 dalam nahas terbabit.
“Pada hari kejadian, saya tidak bersama mereka kerana ada urusan lain dan sempat memberitahu arwah ibu akan jumpa di rumah nenek. Sebaik tiba di Tangkak, saya mendapat panggilan daripada saudara sebelah ibu mengatakan mereka kemalangan.
“Saya tidak terkata-kata apatah lagi mendapat tahu ibu, Abi dan empat adik turut meninggalkan kami,”katanya.
Abdul Rahman berkata, dia menerima mesej menerusi WhatsApp serta sekeping gambar dengan tulisan ‘kami balik dulu’ pada jam 3.08 petang (semalam) sebelum dimaklumkan mengenai berita duka.
“Abi bertugas sebagai imam di Masjid Ladang Tereh Utara, Kluang dan kami tinggal bersebelahan dengan rumahnya disebabkan tugas sebagai bilal di tempat berbeza.
“Ibu datang ke rumah Abi memandangkan cuti persekolahan dan sepatutnya pulang ke rumahnya di Segamat pada hari kejadian.
“Pada masa sama, Abi juga mahu menghantar tiga adik Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, di Maahad Tahfiz al-Quran al-Muhammadi di Kundang Ulu, Bukit Gambir hari ini.
“Tapi, yang pulang adalah jenazah Abi, ibu dan adik. Adik Fatimatulzahrah baru sahaja dinobatkan sebagai antara terbaik dalam Mumtaz Sufi di pusat tahfiznya, bulan lalu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata ayahnya sempat menitipkan pesanan untuk perbanyakkan amalan bersedekah kerana ia adalah pembuka jalan dan doa makhluk untuk kita.
Jenazah enam beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong pada petang Sabtu.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap ibubapa mengimpikan yang terbaik untuk anak-anak. Lebih-lebih lagi dalam zaman yang penuh dengan cabaran ini, pendidikan kerohanian sangat diperlukan sebagai pendinding diri.
Sebagai umat-Nya, membaca dan hafal Al-Quran sangat dituntut lebih-lebih lagi kalam Allah ini sememangnya adalah petunjuk jalan dan panduan sepanjang hayat.
Cara ajar anak hafal Al-Quran ini boleh dimulakan sejak anak berumur dua tahun ke atas lagi. Ia disebabkan, pada usia anak ketika ini, mereka masih mudah dibentuk dan senang dilentur untuk terima ajaran dari kedua ibu bapanya.
7 CARA AJAR ANAK HAFAL AL-QURAN
Secara tak langsung dengan cara ajar anak hafal Al-Quran ini, anak akan menjiwai bacaannya dalam Al-Quran dan mempraktiskannya dalam kehidupan seharian.
Bagaimana anda nak ajar anak hafal al-Quran? Begini 7 caranya:
Untuk cara ajar anak hafal Al-Quran, pertamanya anda perlu membiasakan si kecil mendengar ayat suci Al-Quran sejak dari dalam perut.
Maksudnya, ibu perlulah baca Al-Quran ketika hamil. Takpun ibu hamil boleh memasang mana-mana surah dan mendengarnya dengan bayi dalam kandungan. Barulah anak akan jatuh cinta mendengar kalimah suci itu. Bahkan anak akan berkembang dengan sihat dan pintar apabila mendengarnya.
Cara ajar anak hafal Al-Quran ini juga boleh dimulakan dengan memasangkan video-video hafalan Al-Quran melalui youtube atau aplikasi website yang lain. Kemudian selang selikan dengan video bacaan doa, zikir dan kisah-kisah nabi.
Selepas anak dilahirkan, cara ajar anak hafal Al-Quran ini boleh dilakukan dengan memberi si kecil tengok flash card yang berwarna-warni dan mengandungi huruf-huruf jawi. Ia boleh dimulakan ketika anak berumur 2 bulan ke atas.
Seronok tau bila tengok mata si kecil anda terkelip-kelip melihat flash card itu. Secara tak langsung, ia merangsang perkembangan otak anak.
Ini yang sering ibu bapa buat sebagai cara ajar anak hafal Al-Quran iaitu memasang kaset rakaman cd/dvd dalam kereta. Tak kira ke mana saja destinasi yang akan dituju. Biar telinga dan bibir anak dibasahi sentiasa dengan kalimah dan surah Al-Quran.
Mungkin cara ini sedikit kritis untuk dilakukan kerana ia memerlukan anak yang sudah bersedia untuk diuji tahap hafalan al-Qurannya.
Tapi anda boleh memulakannya dengan surah-surah pendek seperti surah Al-Ashr, surah Al-Kafirun, surah Al-Maun dan banyak lagi. Anda boleh lihat pada halaman belakang Al-Quran dan pilih mana surah yang pendek.
Anak pun pasti teruja bila anda memintanya menghafal satu surah pendek. Lama-lama dia pasti boleh hafal satu naskah Al-Quran. Insyallah, doakan!
Artikel Berkaitan
Tip / Petua
Sebelum anak masuk tidur, ibu boleh membacakan surah-surah pendek kepada anak kemudian mintanya mengikut sama membaca surah tersebut.
Pada awalnya, mungkin ia kedengaran sedikit pelat atau tak sempurna bacaannya tapi kalau diasah selalu mesti bacaan anak akan bertambah baik. Ibu pun pasti seronok dan bangga!
Biasanya hobi anak ini lebih suka baca komik, main video game atau layari internet. Hobi yang ini tak salah tapi selitkan juga bacaan dan hafalan Al-Quran.
Sedikit sebanyak ia merupakan jalan untuk ajar anak hafal Al-Quran setiap hari.
Semoga amalan ini dapat melahirkan hafiz dan hafizah dikalangan anak-anak kita.
Tahniah kepada anak yang berjaya dengan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Bagi yang sebaliknya usah rasa kecewa dan rendah diri. Masih jauh lagi perjalanan anak-anak. Sebagaimana nukilan Cikgu Mohd Fadli Salleh yang menyatakan bahawa kegagalan bukan penentu masa depan anak-anak. Moga menjadi inspirasi buat ibu bapa supaya sentiasa memberi kata-kata semangat kepada anak tersayang.
Ini pula sebahagian murid kelas 6 Arif. Kelas paling hujung. Kelas paling perlahan. Aku juga ajar kelas ini.
Setiap kali peperiksaan, pentadbir akan tanya aku sambil lihat slip keputusan mereka,
“Cikgu Fadli, agak-agak berapa orang murid 6 Arif boleh lulus Matematik tahun ni?”
Aku meneliti keputusan mereka. Exam sebenar kurang dua bulan pun markah mereka majoriti bawah 10%.
“Puan. Saya cuba target untuk dua orang ni lulus. Markah mereka 13% dan seorang lagi 15% ni. Kalau drill betul-betul, boleh pergi kot,” balas aku yakin tak yakin.
Ye lah, masa suntuk sangat dah. Kemampuan murid aku, aku tahu lah. Namun aku tak putus asa.
Aku masuk ke kelas mereka, aku cakap kat mereka,
“Cikgu tahu awak semua perlahan dalam pelajaran. Awak pun sedar awak jawab periksa pun main hentam.
Tapi tadi cikgu pergi jumpa Guru Besar. Cikgu cakap kat dia awak semua rajin belajar. Awak semua mampu buktikan sesuatu.
Cikgu cakap, semua murid kelas ni nak lulus dalam Matematik. Nak ke tak nak?”
“Nakk, cikgu!”
“Tak dengar! Jawab biar sampai dengar kat pondok jaga sana. Nak ke tak nakkkk?”
“Nakkkkk, cikguuuuu!!!”
Bergema laungan murid-murid ini. Semangat betul.
Dan ya, macam kau orang maklum, semangat mereka macam tahi. Panas sekejap je. Lepas tu main tak ingat dunia. Haha.
Nak belajar ke paksa. Kena smackdown, kena kejar, kena marah. Baru buat.
Aku tidak menaruh harapan tinggi pada mereka. Selain cuba memberi faham, aku cuba merapatkan diri dengan mereka.
Selami dunia mereka, berkawan dengan mereka. Agar mereka tahu, aku bukan sekadar guru yang hanya tahu marah-marah.
Agar mereka sedar bukan semua guru harus ditakuti. Aku ajar mereka sikap. Aku ajar mereka adab. Aku ajar mereka realiti kehidupan. Aku mendekati mereka sebagai seorang guru dan kawan.
Pernah suatu hari, aku terdengar salah seorang dari mereka berkata kat kawan mereka,
“Kau ni tak patut betul lah. Kesian Cikgu Fadli. Dia buat kelas tambahan kau tak datang pun. Kau dah la bodoh, datanglah kelas. Asyik main basikal saja.”
“Ah, kau pun bodoh juga.”
“Aku tahu lah aku bodoh, tapi aku datang kelas tambahan.”
Lepas tu aku masuk dan sergah,
“Apa hal main gelar orang bodoh ni?”
Terkejut mereka tiba-tiba aku masuk dari pintu belakang. Kemudian aku bercerita tentang kisah hidup kawan-kawan aku dan tokoh yang dulunya tak pandai akhirnya menjadi orang yang berjaya.
Khusyuk mereka keliling aku, siap ada yang picit bahu picit lengan lagi waktu aku bercerita.
Lepas aku cerita, mereka nampak bersemangat sungguh. Bermotivasi nak belajar rajin-rajin. Tapi macam biasa, macam tahi juga. Hangatnya sementara. Hahaha.
Tak apalah. Mungkin kali ini mereka belum berjaya. Masa depan siapa tahu. Dan walau berapa results mereka pun, aku sentiasa berbangga dan dengan megah akan berkata,
“Ini anak-anak murid yang aku ajar.”
Lihatlah mereka. Lihatlah kami. Menikmati moment persekolahan diluar dari kebiasaan orang lain. Kami nikmati cara kami, kami belajar cara kami, kami enjoy cara kami, dan kami bersemangat macam tahi. Haha.
27 orang semuanya murid kelas ini. Disaat hendak meluluskan seorang dua pun menjadi misi mustahil, ye lah. Apa logik akal peperiksaan percubaan markah 8% pun nak target lulus?
Hari ini 7 orang dari mereka LULUS Matematik UPSR 2018!
Allahu, rasa nak sujud syukur weh.
Dan buat 20 orang lagi ‘kawan-kawan’ cikgu yang belum lulus, teruskan usaha. Cikgu sentiasa menyokong kalian. Cikgu sentiasa bangga pernah mendidik kalian.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.