“Tak Sempat Kongsi Video Hamil” Tom GV 9 Masih Tersenyum Sampaikan Berita Keguguran

Share

Menimang cahaya mata sememangnya impian semua para suami dan isteri, namun siapalah kita untuk menolak takdir yang telah ditentukan. Baru-baru ini dikhabarkan penyanyi Gegar Vaganza musim ke-9, Tom mengalami keguguran semasa usia kandungan mencecah 3 minggu.

Tom yang ditemui oleh media berkata dia yang baru keguguran dua hari lepas tidak kesampaian berkongsi video kehamilannya kepada para peminat.

“Masa dapat tahu sedang hamil, saya dan suami ada buat video nak kongsikan kepada peminat tapi tiba-tiba saya mengalami pendarahan,” katanya.

Rata-rata netizen di ruangan komen Instagram Tom mendoakan serta kagum melihat ketabahan dan reaksinya ketika bercakap tentang keguguran yang dialaminya.

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram Story sebelum keguguran, Tom atau nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram menunjukkan detik bahagianya menyampaikan berita kehamilan kepada Fuad Rahman.

Terdahulu, Tom dan Fuad pernah menjalinkan hubungan cinta iaitu pada tahun 2005 namun terputus tahun 2010 dan kembali semula selepas masing-masing menjadi peserta program Gegar Vaganza musim ke-9.

Sumber: Instagram Tom

IKLAN