Menimang cahaya mata sememangnya impian semua para suami dan isteri, namun siapalah kita untuk menolak takdir yang telah ditentukan. Baru-baru ini dikhabarkan penyanyi Gegar Vaganza musim ke-9, Tom mengalami keguguran semasa usia kandungan mencecah 3 minggu.
Tom yang ditemui oleh media berkata dia yang baru keguguran dua hari lepas tidak kesampaian berkongsi video kehamilannya kepada para peminat.
“Masa dapat tahu sedang hamil, saya dan suami ada buat video nak kongsikan kepada peminat tapi tiba-tiba saya mengalami pendarahan,” katanya.
Ads
Rata-rata netizen di ruangan komen Instagram Tom mendoakan serta kagum melihat ketabahan dan reaksinya ketika bercakap tentang keguguran yang dialaminya.
Ads
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram Story sebelum keguguran, Tom atau nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram menunjukkan detik bahagianya menyampaikan berita kehamilan kepada Fuad Rahman.
Ads
Terdahulu, Tom dan Fuad pernah menjalinkan hubungan cinta iaitu pada tahun 2005 namun terputus tahun 2010 dan kembali semula selepas masing-masing menjadi peserta program Gegar Vaganza musim ke-9.
Penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search, 64, tidak dapat menahan air mata apabila mendedahkan dia pernah mengalami ‘anxiety’ atau keresahan akibat dikecam teruk netizen ketika konflik bersama kumpulan Search, sebelum ini.
Memetik laporan Harian Metro, Amy atau nama sebenar, Suhaimi Abdul Rahman, 64, masalah ‘anxiety’ yang dialami menjadi lebih teruk ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
“Perjalanan kerjaya muzik saya bermula awal tahun 1980-an dan ketika itu tidak banyak gosip seperti hari ini. Sekarang sebagai artis popular, jika kita tersilap bagi kenyataan ia akan mengundang kecaman di media sosial.
“Bila baca komen yang sangat negatif di media sosial, saya berasa lebih terluka. Takkan hasil kerja saya selama empat dekad dalam industri muzik dihina dan mendapat kecaman seperti itu ,” katanya.
Amy ditemui pada majlis pelancaran buku Senandika : Bercakap Seorang Diri, karya penulis, Maliah Surip, di sini.
Amy berkata, dia mula mengalami masalah bila berasakan tiada siapa memahami dirinya ketika dalam fasa naik dan turun dalam industri muzik sebelum ini.
“Saya juga tidak berkongsi dengan isteri masalah itu. Bila tidur malam saya memalingkan wajah dari isteri kerana tidak mahu dia melihat saya menangis,” katanya.
Bagaimanapun, Amy berkata, dia tidak pernah bertemu doktor untuk merawat masalah terbabit.
“Saya sendiri tidak tahu ada ‘anxiety’ kerana tidak pernah didiagnosis oleh doktor sebelum ini. Namun, saya tetap melawan perasaan resah dan bimbang itu kerana tidak mahu menjejaskan kesihatan.
“Ketika dalam perjalanan ke majlis pelancaran ini pun saya berasa seperti mahu menangis,” katanya.
Ditanya bagaimana dia mengatasi masalah itu, Amy berkata, dia memilih untuk tidak membaca komen negatif daripada netizen di media sosial.
“Saya mengelak dari membaca komen negatif di media sosial sekarang untuk menjaga kesihatan mental,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menarik sungguh perkongsian daripada seorang suami ini dalam memberi kupasan tentang isu balik kampung secara bergilir-gilir ni.
Namun bila mana jika ada suami yang dengan sengaja enggan pula pulang ke kampung isteri bila sampai giliran, baik amati perkongsiannya ini.Semoga memberi pencerahan buat Encik suami tentang hal ini dan dapat berlaku ihsan kepada isteri.
“Tahun ni rumah suami, tahun depan rumah isteri…”
Giliran balik raya…
Kebiasaannya setiap kali nak raya, maka akan keluarlah posting-posting tentang giliran balik raya…”Giliran balik raya ni sebenarnya adalah sesuatu yang tak wujud dan ianya atas konsep ihsan seorang suami kepada isteri.”katanya…
Betul, tepat, konsep ihsan, jadi suami tak wajib ikut kehendak isteri untuk beraya di kampung isteri…so,
“Tahun ni rumah suami, tahun depan rumah suami, tahun 2021 rumah suami, tahun 2099 rumah suami”
Mari kita tengok beberapa konsep ihsan isteri dalam rumahtangga kita…
Isteri wajib tak buat kerja-kerja rumah? Tak wajib, tapi disebabkan dia nak jadi isteri yang baik, dia faham yabg suami dia letih mencari rezeki, dia faham yang suami dia tak de masa untuk buat, maka dia buat…tugas isteri hanyalah melayani suami sahaja, ini kewajipan dia, bukan kerja- kerja rumah…ini ihsan isteri ke atas seorang suami..
Isteri wajib bekerja tak? Tak wajib…tempat isteri sepatutnya dimana? Dirumah…jadi kenapa isteri bekerja? Menolong membantu meringankan beban suami dalam menguruskan rumahtangga…meringankan beban, bukannya mengambil alih beban…ada tak isteri tolong bayar bil utiliti tiap-tiap bulan? ada tak isteri kongsi bayar ansuran rumah, ansuran kereta? Ada, dan bilamana dia buat semua tu, dia tolong bayar, itu ihsan isteri ke atas seorang suami…kalau suami dia mampu, dia tak perlu untuk buat smua tu…dia hanya duduk dirumah tengok samarinda…
Isteri ada hak tak ke atas duit gajinya? Ada, hak sepenuhnya, hak total…suami boleh guna duit isteri tak? Kalau isteri izinkan dan redha, boleh…kalau dia tak izinkan, dan tak redha, tak boleh…ada tak isteri beli barang dapur dengan duit dia sendiri? Beli baju dengan duit dia sendiri? beli ubat dengan duit dia sendiri? Ada…ganti tak duit-duit yang isteri belanjakan tu? Kena ganti sebab menyediakan makan minum, pakaian dan perubatan itu tugas suami…isteri rela dan redha guna duit dia untuk beli barang-barang dapur, pakaian, perubatan atas asbab ihsan isteri ke atas seorang suami…
Isteri wajib tak jaga orang tua suami? Tak wajib…kalau dia jaga dikira apa? Ihsan…kewajipan menjaga orang tua suami itu terletak dibahu suami dan adik beradiknya…abang suami, kakak suami, adik suami, ini semua adalah anak dan sebagai anak mereka perlu berbakti kepada orang tua mereka…kenapa isteri jaga orang tua kita? Sebab kita tak boleh nak jaga, kita kena keluar bekerja…maka satu lagi konsep ihsan isteri ke atas seorang suami…
Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, berlambak-lambak ihsan seorang isteri kepada seorang suami dan seorang isteri memerlukan ihsan seorang suami hanya 2 KALI SETAHUN, iaitu pada Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidiladha…
Itupun selang-selang, bukan setiap tahun dapat balik beraya rumah orang tuanya…
Ihsan seorang isteri tu cukup banyak kepada seorang suami, makanya, cubalah bersikap adil dengan meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya…kalau dipersetujui tahun ni rumah kita, maka hormatilah persetujuan itu dan tahun depan rumah dia pulak…jangan tiba-tiba berdalih, bagi alasan, cuba untuk tidak balik ke rumah orang tuanya…
Suami yang sedar akan apa yang isterinya dah buat untuk dirinya, dia akan ikut giliran seperti yang dah dipersetujui bersama…bersikap adil dan berihsan kepada si isteri…
Dia bukan anak yatim piatu, dia pun ada mak bapak dan dia pun nak beraya dengan mak bapak dia selagi mak bapak dia masih hidup…Faham deh?
Nota kaki : Tu la, dulu orang suh kawin jiran sebelah, tak mau…nak jugak orang jauh-jauh sebab nak ada feel ‘balik kampung’ konon…nah, padan muka…hehe
Apabila melihat rumah bersepah, pasti ibu-ibu ‘naik hantu’. Apatah lagi jika baru saya mengemas. Bagi yang mempunyai anak kecil usia di bawah 6 tahun, perkara ini sudah menjadi kebiasaan.
Tidak perlu rasa lelah atau penat untuk menguruskan anak-anak begini. Nah ibu-ibu baca perkongsian yang dibuat oleh Ketua Paediatrik Occupational Therapy, Idzmir Shahril daripada Idzmir Kids Hub ini terlebih dahulu. Semoga bermanfaat ya.
6 tahun pertama adalah waktu rumah bersepah. Jika anda ada ruang lebih, boleh sediakan ruang khas hanya untuk bermain.
6 tahun sahaja. Selepas itu lebih susah nak minta anak peluk apatah lagi ucapkan perkataan sayang. Anak dah malu.. Kerana pada masa itu anak sudah mempunyai akal..
Bila nak didik anak berkasih sayang? 6 tahun ke bawah.
Kesan daripada didikan 6 tahun ke bawah akan memberi kesan terhadap sosio emosi anak pada 7 tahun ke atas. ?
Don’t trust me, but trust the process.
Dari segi kajian, didikan 6 tahun kebawah dengan Banyak bermain dan bonding time bersama Ibubapa banyak memberi kesan terhadap sosio emosi anak.
Selari dengan pesanan Rasullullah S.A.W, 6 tahun ke bawah Baginda berpesan berkasih sayang dan menyayangi anak tanpa batas. Tidak boleh dipukul walaupun mereka melakukan kesalahan walaupun ATAS DASAR MENDIDIK.
Akhirnya, kesan terhadap sosio emosi anak, mereka akan rasa dekat dengan kita dan merasakan kita adalah orang yang menjadi pelindungnya serta dianggap teman tempat rujukannya.
Ini akan memberi kesan untuk jangka masa panjang ya. Ia akan Bermula 7 tahun sehingga DEWASA! USIA EMAS anak adalah 6 tahun kebawah!
Ada Ibu bapa datang berjumpa saya, mereka merasa kecewa dan kesal apabila anak lebih menuruti perintah atuk nenek berbanding kita Ibubapa mereka.
Cuba tanya diri kita semula. Kenapa anak memilih atuk nenek dia berbanding anda sebagai ibu bapa mereka?
Jadi mulai hari ini dan saat ini, tanam satu azam. Peluk anak, cium anak, ucapkan perkataan SAYANG, pandang anak dengan kasih sayang, Tahan marah dan genggam tangan daripada naik ke kulit anak.
Ucapkan yang baik-baik, kata kan yang baik-baik, nasihat yang baik sahaja sehingga anak berusia 7 tahun walaupun TERPAKSA ulang perkara yang sama 1001 kali. Anak baru hidup, jadi dengan siapa dia akan belajar kalau bukan dari orang tuanya?
6 tahun sahaja. 6 tahun sahaja wahai ibu bapa sekalian. Objektif bukan untuk mendidik, tetapi berkasih sayang sambil mendidik dengan kasih sayang dan kasih sayang.
Hanya Kasih dan Sayang.
Idzmir Shahril Paediatric Occupational Therapist
Fb : Idzmir Kids Hub
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.