Sejak Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) bermula, banyak kisah-kisah peserta yang merupakan dalam kalangan selebriti kita dengar. Terutamanya bila lagu yang terpilih untuk mereka nyanyikan ada kaitan dengan diri mereka.
Minggu lalu, salah seorang peserta GV9 iaitu Fuad Rahman sebak dan gagal menahan air mata ketika menyampaikan lagu berjudul Layang-Layang Terputus Talinya. Penyanyi asal dari Singapura ini mengakui begitu beremosi akibat terkenangkan kisah silamnya tiga kali dipenjara akibat penyalahgunaan dadah.
Baginya, lagu nyanyian asal Alleycat tersebut benar-benar mengembalikan ingatannya terhadap kenangan diziarahi ibunya, CVi Marjuna Basri yang berusia 81 tahun dalam keadaan bertongkat ketika berada dalam tahanan di penjara.
Dari situlah dia insaf dan membuat keputusan untuk berubah dan keluar daripada dunia gelap yang dilalui selama ini.
“Kali terakhir saya dijatuhi hukuman tujuh tahun tiga bulan dengan enam kali sebatan. Sebelum itu pernah kena tiga kali sebatan masa kali pertama dipenjara disebabkan kesalahan sama..
Ads
“Masa itu mak saya datang melawat ke dalam, sebelum ini tak boleh melawat, hanya dapat tengok gambar saja, bila waktu itu dapat tengok muka mak saya, hati saya mula terdetik.
“Mak saya pun dah 81 tahun, dia datang dengan bertongkat. Terfikir juga kenapa mak datang dalam keadaan begitu. Saya takut apa-apa jadi dekat mak sebab saya tiada di rumah dan itu buat saya sedih.
Ads
“Dari situ, saya cakap pada diri saya, sudah tiba masanya untuk berubah dan kena keluar dari zon gelap itu,” katanya.
Pada masa sama, Fuad atau nama sebenarnya Mohamed Fuad Abdul Rahman, 43, memberitahu, kehidupannya kini berubah menjadi lebih baik selepas dia perlahan-lahan menjaga hubungan dengan Tuhan.
“Saya solat, macam mana ada masalah pun tetap cuba untuk tidak tinggal solat.
Ads
“Benda tu (solat) buat saya lupa kenangan-kenangan dan cerita lama itu,” katanya.
Terdahulu, tiada sebarang penyingkiran peserta pada konsert minggu keempat yang berlangsung malam tadi dan menyaksikan Fuad berada di kedudukan kelapan dengan markah 65 peratus.
Air Yang Dicincang Tidak Akan Putus! Keluarga Pelbagai Bangsa Raih Perhatian.
Perkahwinan yang bercampur bangsa adalah bukti bahawa rakyat Malaysia hidup berharmoni walaupun terdapat banyak perbezaan budaya namun ia tidak menjadi halangan untuk pasangan perubatan ini yang bekerjasama di hospital yang sama.
Dr Siti Hajar meluahkan kesyukuran dapat mengenali dan berkahwin bersama suaminya, Iskandar Chai Yoon Sang, yang membuatnya mempelajari makna perpaduan dan harmoni dalam negara ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Si suami bukan sahaja berdarah bangsa Cina malah terdapat kacukan India juga atau lebih dikenali sebagai seorang “Chindian”. Dr Siti Hajar rasa bertuah kerana maka dengan ini, pasangan ini dapat mempelajari dan mengamalkan 3 budaya yang berbeza, Melayu, Cina dan India.
“Perkahwinan campur ini memberi peluang kepada kami untuk belajar bagaimana mencipta keserasian walaupun datang daripada budaya berbeza” kata Dr Siti Hajar.
Salah satu pengalaman perbezaan budaya yang diceritakan oleh Dr Siti Hajar ialah dia akan berkumpul bersama keluarga suami tercinta dan akan menyambut Tahun Baru Cina. Pada perayaan itu, dia dapat merasai masakan Cina seperti ikan masak taucu, udang masak kam heong dan yong tau foo.
Selain itu, Dr Siti Hajar juga belajar bahasa Hakka dan Tamil yang digunakan sebagai bahasa utama oleh keluarga Iskandar. Di samping itu, dia juga mempelajari cara penggunaan “chopsticks” dan belajar memakai “punjabi” sewaktu hari perayaan Deepavali.
Bagi suami Dr Siti Hajar pula, dia mengalami bersahur, berpuasa, solat, menyambut Aidilfitri dan Aidiladha bersama keluarga si isteri. Tambahan pula, suami Dr Siti Hajar akan mengikut mereka ke masjid untuk menunaikan solat Tarawih dan solat sunat hari raya sambil memakai baju melayu serta sampin. Dikatakan, si suami memeluk agama Islam tanpa sebarang paksaan dan dengan rela hati.
Keluarga ini juga mementingkan pelajaran bahasa terutamanya apabila berkomunikasi bersama anak. Doktor tersebut mengambil peluang perkahwinan ini untuk mempelajari bahasa ketiga.
“Itu yang sering suami saya ingatkan kerana dia sendiri boleh bertutur dalam enam bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis, Hakka dan Tamil jadi menganggap ia (bahasa) medium yang boleh menyatupadukan rakyat Malaysia” dinyatakan oleh Dr Siti Hajar.
Kisah cinta Dr Siti Hajar dan suaminya Iskandar, membuktikan bahawa cinta tidak mengenali nama, rupa atau bangsa. Semoga kisah keluarga bercampuran bangsa ini memupuk semangat kemasyarakatan dan menjadi rujukan kepada semua bahawa berbeza bangsa dan budaya tidak sepatutnya menjadi penghalang dalam perjalanan keharmonian.
Diuji dengan anak yang disahkan menghidap sakit jantung bukan semudah yang disangka. Namun inilah yang perlu dilalui oleh pempengaruh, Khairul Abdullah atau Superdaddy.
Anaknya sulungnya, Khaleef disahkan menghidap masalah jantung iaitu Coarctation of the aorta, iaitu masalah salur darah utama yang sempit dan juga injap Bicuspid aortic valve di mana injap jantungnya tak cukup macam orang normal.
Malah anak kuat Khaleef juga didiagnos sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD) dan juga Attention Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD) pada usia 6 tahun dan diberikan kad OKU. Bukan satu ujian kecil yang dilalui oleh keduanya.
Atas dasar rasa tanggungjawab sebagai seorang bapa dan prihatin, melalui Facebooknya, bapa penyayang dan kental ini berkongsi simptom atau petanda anak berkemungkinan sakit jantung. Cuba periksa ini untuk panduan kita semua.
Nak share dengan mak ayah simptom-simptom sekiranya anak kita berkemungkinan ada sakit jantung macam anak aku ni.
Anak aku Khaleef ada dua isu jantung yang ia hanya dikesan bila dia dah umur 8 tahun. Masalah jantung ni memang ada sejak lahir tetapi sebab masih belum fully developed maka ia tak dapat di kesan.
Isu pertama ialah saluran aorta sempit (Coarctation of the aorta). Ini salur utama yang menghantar darah dari jantung ke seluruh anggota badan.
Bila ada isu ini, akan pasti ada isu lain yang wujud bersama iaitu flap injap yang tak cukup (Bicuspid aortic valve) yang mana orang normal ada 3 flap (kelopak) injap tapi dia ada 2 sahaja.
Isu ni kita semua tak akan perasan sebab simptom dia akan cuma nampak bila anak semakin membesar.
So, mak ayah perhati tanda-tanda ini yer:
1. Anak cepat penat. Bila berjalan lama atau jauh, bila bermain, dia lebih slow dari budak lain sebaya dia.
2. Selalu mengadu sakit kaki, lenguh kaki. Berjalan jauh sikit dah sakit kaki dan lenguh. Bermain lebih sikit pun akan mengadu sakit, tak larat. Kadang-kadang kaki cramp.
3. Kaki kerap sejuk. Tengahari panas pun kita pegang kaki dia sejuk. Waktu dia aktif ke hulu hilir pun kita pegang kaki dia sejuk. Seluruh kaki atau bahagian bawah kaki sentiasa sejuk tak kira masa.
4. Pucat. Muka pucat, bibir pucat, badan pucat, kuku pucat.
5. Bernafas laju, dan jantung dia pun laju. Bila dia aktif, boleh rasa kat dada dia tu macam nak meletup.
6. Kerap mengadu sakit kepala. Ini disebabkan tekanan darah dia tak stabil dan setiasa tinggi. Cuma kita tak perasan sebab jaranglah mak ayah nak check blood pressure anak.
7. Kerap mengadu pening (dizzy), rasa nak tumbang, tak boleh berdiri lama.
8. Kerap hidung berdarah.
9. Kerap pengsan.
So, kalau anak-anak ada simptom seperti di atas, jangan ambil ringan. Jangan jadi macam aku, simptom anak dah muncul 2-3 tahun sebelum itu lagi.
Khaleef selalu mengadu sakit kepala, dia akan selalu di belakang ketika berjalan, bermain sebab dia tak larat. Selalu suruh aku dukung. Paling obvious kaki dia sentiasa sejuk. Malam sejuk, tengahari panas pun sejuk, duduk main buaian kat taman pun sejuk.
Tak pernah tahu itu simptom sakit jantung. Tak pernah terfikir nak check blood pressure anak pun setiap kali anak mengadu sakit kepala. Rupanya bila check, nohh aihhh mencanak tinggi bacaannya. Pergi ke hospital, doktor dah marah aku dah.
Doktor atau pihak hospital kena buat echo, kalau just check biasa memang takkan jumpa apa-apa. Kalau hospital takde kemudahan atau pakar maka kena refer anak ke hospital yang ada pakar untuk check.
So mak ayah, kalau anak ada simptom macam aku cerita kat atas, tolong bawa anak ke hospital. Kalau doktor cakap takde apa, minta doktor refer ke pakar jantung. Biar pakar jantung check, dan buat echo scan. Kalau memang betul takde apa, Alhamdulillah.
Tapi kalau memang ada something, at least kita dah ambil langkah awal. Takde rasa ralat sangat. Aku share semua ni based on pengalaman aku, pembacaan aku dan of course dari doktor-doktor pakar yang merawat anak aku ni. Kalau ada info yang aku salah, mohon betulkan.
Alhamdulillah, semalam Khaleef dah selesai prosedur besarkan stent di aorta dia. Prosedur ni akan kena buat lagi lepas ni. Akan ada isu injap juga dan isu lain yang akan muncul semasa dia sedang membesar ni. Akan banyak kali lagi tidur di IJN ni nanti.
Tetapi aku bersyukur sebab aku dah bagi yang terbaik, doktor-doktor juga dah buat yang terbaik, nurse-nurse juga jaga dia dengan sangat baik.
Selebihnya aku berserah. Semoga pengalaman aku dan Khaleef ni ada pengajaran dan manfaat buat semua mak ayah di luar sana.
Benarkah anak sulung seorang yang tenang tetapi ego? Anak sulung sebenarnya cukup istimewa berbanding anak-anak lain. Walaupun dengan hadirnya anak-anak lain, anak sulung tetap dianggap istimewa jauh di sudut hati ibu itu sendiri. Benarkah begitu?
Menurut Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, anak sulung mempunyai karektor yang tenang, bertolak ansur dan mudah diajak berbincang. Malah anak sulung juga biasanya agak cemerlang berbanding adik beradik lain, baik di sekolah mahupun di rumah.
Mereka dikatakan lebih cenderung menjadi contoh kepada adik-beradik yang lain. Pun begitu, menurutnya lagi, anak sulung berkebolehan memujuk orang lain sehingga mampu mengawal orang lain dan situasi yang menyulitkan.
Namun adakalanya anak sulung terlihat sedikit sensitif dan meminta perhatian yang lebih jika diabaikan oleh orang lain, terutama ibu bapa serta adik beradik yang lain. Ego adalah istilah paling tepat untuk mereka.
1. Ego
Walaupun mampu bertolak ansur, namun anak sulung dilihat lebih degil dan sedikit ego dalam segala hal. Mungkin istilahnya mereka tidak mahu dipandang rendah dalam segala hal apa lagi diperkecilkan kebolehan mereka. Malah anak sulung juga tidak suka diarahkan segala tindak tanduk yang bakal mereka lakukan.
2. Bertolak Ansur & Rasional
Pun begitu, dalam ketegasan, anak sulung juga dikatakan mampu bertolak ansur dalam segala hal. Hal ini mungkin disebabkan anak sulung cuba bersikap rasional dalam segala hal terutama sekali kepada adik beradik yang berada di bawahnya.
3. Lebih Tegas
Ya anak sulung biasanya lebih tegas berbanding anak lain. Mungkin sebagai ketua kepada adik-adiknya, karektor ini lebih terserlah. Mungkin kerana cuba mempamerkan sikap dan rasa tanggungjawab mereka kepada ibu ayah serta kesemua adik beradik lain.
4. Mengawal Orang Lain
Hal ini sering dikaitkan dengan keupayaan anak sulung yang pandai bermain dengan kata-kata. Keramahan serta pergaulannya yang lebih luas membolehkan dia mengawal situasi dan mengawal orang lain di sekeliling. Hal ini mungkin juga dikaitkan dengan rasa hormat adik beradik lain kepada anak sulung yang lebih banyak ilmunya.
5. Lebih Bijak
Sebagai orang yang terawal, anak sulung dilihat lebih bijak dalam segala hal. Ini termasuklah berjaya di dalam pelajaran dan kerjaya. Kegigihan ini didorong oleh rasa ingin dicontohi oleh orang lain terutamanya adik beradik yang berada di bawahnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di