Diuji dengan anak yang disahkan menghidap sakit jantung bukan semudah yang disangka. Namun inilah yang perlu dilalui oleh pempengaruh, Khairul Abdullah atau Superdaddy.
Anaknya sulungnya, Khaleef disahkan menghidap masalah jantung iaitu Coarctation of the aorta, iaitu masalah salur darah utama yang sempit dan juga injap Bicuspid aortic valve di mana injap jantungnya tak cukup macam orang normal.
Malah anak kuat Khaleef juga didiagnos sebagai Autism Spectrum Disorder (ASD) dan juga Attention Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD) pada usia 6 tahun dan diberikan kad OKU. Bukan satu ujian kecil yang dilalui oleh keduanya.
Atas dasar rasa tanggungjawab sebagai seorang bapa dan prihatin, melalui Facebooknya, bapa penyayang dan kental ini berkongsi simptom atau petanda anak berkemungkinan sakit jantung. Cuba periksa ini untuk panduan kita semua.
Nak share dengan mak ayah simptom-simptom sekiranya anak kita berkemungkinan ada sakit jantung macam anak aku ni.
Anak aku Khaleef ada dua isu jantung yang ia hanya dikesan bila dia dah umur 8 tahun. Masalah jantung ni memang ada sejak lahir tetapi sebab masih belum fully developed maka ia tak dapat di kesan.
Isu pertama ialah saluran aorta sempit (Coarctation of the aorta). Ini salur utama yang menghantar darah dari jantung ke seluruh anggota badan.
Bila ada isu ini, akan pasti ada isu lain yang wujud bersama iaitu flap injap yang tak cukup (Bicuspid aortic valve) yang mana orang normal ada 3 flap (kelopak) injap tapi dia ada 2 sahaja.
Isu ni kita semua tak akan perasan sebab simptom dia akan cuma nampak bila anak semakin membesar.
Ads
So, mak ayah perhati tanda-tanda ini yer:
1. Anak cepat penat. Bila berjalan lama atau jauh, bila bermain, dia lebih slow dari budak lain sebaya dia.
2. Selalu mengadu sakit kaki, lenguh kaki. Berjalan jauh sikit dah sakit kaki dan lenguh. Bermain lebih sikit pun akan mengadu sakit, tak larat. Kadang-kadang kaki cramp.
3. Kaki kerap sejuk. Tengahari panas pun kita pegang kaki dia sejuk. Waktu dia aktif ke hulu hilir pun kita pegang kaki dia sejuk. Seluruh kaki atau bahagian bawah kaki sentiasa sejuk tak kira masa.
4. Pucat. Muka pucat, bibir pucat, badan pucat, kuku pucat.
5. Bernafas laju, dan jantung dia pun laju. Bila dia aktif, boleh rasa kat dada dia tu macam nak meletup.
6. Kerap mengadu sakit kepala. Ini disebabkan tekanan darah dia tak stabil dan setiasa tinggi. Cuma kita tak perasan sebab jaranglah mak ayah nak check blood pressure anak.
Ads
7. Kerap mengadu pening (dizzy), rasa nak tumbang, tak boleh berdiri lama.
8. Kerap hidung berdarah.
9. Kerap pengsan.
So, kalau anak-anak ada simptom seperti di atas, jangan ambil ringan. Jangan jadi macam aku, simptom anak dah muncul 2-3 tahun sebelum itu lagi.
Khaleef selalu mengadu sakit kepala, dia akan selalu di belakang ketika berjalan, bermain sebab dia tak larat. Selalu suruh aku dukung. Paling obvious kaki dia sentiasa sejuk. Malam sejuk, tengahari panas pun sejuk, duduk main buaian kat taman pun sejuk.
Tak pernah tahu itu simptom sakit jantung. Tak pernah terfikir nak check blood pressure anak pun setiap kali anak mengadu sakit kepala. Rupanya bila check, nohh aihhh mencanak tinggi bacaannya. Pergi ke hospital, doktor dah marah aku dah.
Ads
Doktor atau pihak hospital kena buat echo, kalau just check biasa memang takkan jumpa apa-apa. Kalau hospital takde kemudahan atau pakar maka kena refer anak ke hospital yang ada pakar untuk check.
So mak ayah, kalau anak ada simptom macam aku cerita kat atas, tolong bawa anak ke hospital. Kalau doktor cakap takde apa, minta doktor refer ke pakar jantung. Biar pakar jantung check, dan buat echo scan. Kalau memang betul takde apa, Alhamdulillah.
Tapi kalau memang ada something, at least kita dah ambil langkah awal. Takde rasa ralat sangat. Aku share semua ni based on pengalaman aku, pembacaan aku dan of course dari doktor-doktor pakar yang merawat anak aku ni. Kalau ada info yang aku salah, mohon betulkan.
Alhamdulillah, semalam Khaleef dah selesai prosedur besarkan stent di aorta dia. Prosedur ni akan kena buat lagi lepas ni. Akan ada isu injap juga dan isu lain yang akan muncul semasa dia sedang membesar ni. Akan banyak kali lagi tidur di IJN ni nanti.
Tetapi aku bersyukur sebab aku dah bagi yang terbaik, doktor-doktor juga dah buat yang terbaik, nurse-nurse juga jaga dia dengan sangat baik.
Selebihnya aku berserah. Semoga pengalaman aku dan Khaleef ni ada pengajaran dan manfaat buat semua mak ayah di luar sana.
Kadangkala masalah kewangan dalam sesebuah keluarga yang berpendapatan rendah sering juga terjadi disebabkan bebanan untuk membayar bil-bil utiliti.
Hal ini sehingga ada yang menyebabkan mengambil keputusan menangguhkan bayaran untuk kelangsungan hidup anak beranak cukup makan pakai.
Namun hakikatnya tindakan itu menjadikan masalah semakin serius dek kerana dari bulan ke bulan jumlahnya pasti bertambah!
Jadi alangkah beruntungnya kalau dapat bekalan air bersih secara percuma, tak payah bayar bil!
Apa yang pasti itu bukan lagi sekadar harapan malah menjadi kenyataan buat keluarga yang menetap di Selangor dengan berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.
Pun begitu, syaratnya kena buat pendaftaran antara 30 September hingga 31 Disember 2019 ini.
Wow, suatu keistimewaan yang rugi jika dilepaskan begitu sahaja. Kena segera buat dan bagaimana caranya?
Andai ada yang belum tahu, ini caranya dan memang mudah sangat.
Cara 1
Ibu ayah boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui laman sesawang Sistem Smart lnisiatif Peduli Rakyat di www.ssipr.selangor.gov.my.
Cara 2
Borang Permohonan Program IPR Skim Air Darul Ehsan boleh juga dimuat turun atau diperolehi melalui saluran berikut:
• Laman web: www.airselangor.com
• Kaunter Perkhidmatan di semua sepuluh pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd
• Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Dewan Negeri
• Hubungi talian 15300 untuk pertanyaan dan bantuan
Borang permohonan yang diisi dengan lengkap boleh dihantar melalui e-mel kepada iprair@airselangor.com atau diserahkan di kaunter perkhidmatan pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor.
Pendaftaran baharu ini diperkenalkan dalam usaha penjajaran semula program air percuma, yang dinamakan Skim Air Darul Ehsan, bermula pada 1 Mac tahun depan.
Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, proses itu bagi mengumpul dan mengemaskini data pemohon yang layak melalui semakan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Proses semakan silang hanya akan bermula selepas tarikh tutup permohonan dan pemohon akan dimaklumkan berkenaan status permohonan mereka selewat-lewatnya penghujung Februari 2020,” katanya.
Katanya lagi, sehingga tarikh tersebut kesemua 1.6 juta pengguna yang sedang menikmati Program Pemberian Air Percuma 20 meter padu akan terus menikmati rebat sehingga 29 Februari depan.
Cantik, terkenal, punya keluarga bahagia dan suami yang penyayang antara bonus pada pelakon bermata galak ini. Tidak keterlaluan jika ada yang menjadikan Che Ta sebagai sumber inspirasi. Namun bagi empunya diri, segalanya adalah atas ketentuan Yang Maha Pencipta.
“Soal ada yang menjadikan diri saya idola, jujurnya saya terharu namun semua itu berlaku secara kebetulan dan bukan saya rancang. Ia anugerah terindah yang diberikan oleh Yang Maha Esa. Berbanding orang lain, mungkin rezeki saya lebih ke arah itu dan saya sangat bersyukur.
“Cuma saya bimbang juga kerana bila sudah menjadi idola maka apa jua yang kita lakukan diperhatikan. Tetapi jujurnya saya lebih suka menjadi diri sendiri dan bukan seperti yang orang lain mahukan.
Saya tidak suka berpura-pura. Seperti yang orang lihat saya pada hari ini, itulah diri saya yang sebenar. Sebelum ini saya ibu tunggal dan besarkan anak-anak sendiri dan alhamdulillah kini saya sudah punya keluarga bahagia.
Zain ‘Right Person’ Untuk Saya
Mengakui Zain bukan jenis suami yang romantik sepanjang masa. Tetapi menurut Che Ta, suami kesayangannya itu banyak menunjukkan sifat romantik dengan pada perbuatan dan diselang seli dengan kata-kata.
“Pada saya, Zain adalah ‘Right person’ untuk saya. Soal perbezaan usia tidak menjadi hal kerana walaupun Zain lebih muda tetapi dia jenis ‘family man’ dan tidak suka keluar suka-suka kerana kami berdua tahu tanggung jawab dan status masing-masing.
“Malah, Zain banyak masa di rumah kalau saya ada penggambaran di luar. Kebetulan pejabatnya dekat dengan rumah memudahkan dia menguruskan bab hantar dan ambil Aisyah dari sekolah kalau pemandu tak sempat ambil. Jika ada apa-apa hal di rumah waktu ketiadaan saya, Zain yang tolong ‘cover’ dulu . Aisyah pun dengan ayahnya cukup takut. Kalau diikutkan Zain lebih tegas dalam mendidik berbanding saya.
Berikut beberapa tip bahagia yang dikongsikan oleh Cha Ta:
Zain jenis yang tidak cerewet baik dari pemakanan dan sebagainya.
Kalau bergaduh atau berlaku perselisihan faham cepat-cepat selesaikan kerana tidak suka perbesarkan benda yang remeh.
Jika tidak puas hati tentang sesuatu perkara akan berterus terang kerana tak suka ia memberi kesan yang berpanjangan pada hubungan suami isteri.
Zain bukan jenis yang kuat merajuk. Dibandingkan Che Ta yang suka merajuk dan tukang pujuknya Zain.
Zain suka menghulurkan kata-kata maaf walaupun itu bukan salah dia.
Sumber foto: @blackpepperproduction
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kagum melihat dekorasi kediaman ini dihias cantik dengan sempurna bagaikan sebuah kediaman berlatar kan sebuah cerita dongeng terkenal seperti beauty and the best dan snow white.
Setiap ruang bermula ruang tamu, kamar tidur, dapur dan bilik air dihias dengan tema disney fairytale.
Namun siapa sangka, keindahan kediaman ini sebenarnya sebuah rumah flat berkeluasan hanya 750 kaki persegi. Sungguh inspirasi!
Begitulah kediaman yang dimiliki oleh puan Aida Aries menerusi group KaMi SuKa DeKo DeKo yang telah berkongsi gambar-gambar menarik di kediamannya.
Biarpun berusia 51 tahun, kreativiti wanita ini sungguh menakjubkan warganet. Rata-rata menjadikan perkongsiannya sebagai rujukan untuk tatahiasa kediaman masing-masing.
Menerusi ruangan komen didapati, puan Aida merupakan peminat tegar Disney dari kecil lagi dan semua filem Disney telah ditonton berulang kali sehinggakan mengadaptasikan watak filem berkenaan untuk dekorasinya.
Jom kita jamu mata melihat kediaman yang indah ini, bagaikan berada di alam fantasi!
Rumah flat berkeluasan 750 sqf saye ni saye decor bertemakn Disney Fairytale…minat pade disney memang dah lame…dapur tu gambar lama skrg Dlm proses ubah jady tema snow white.
RUANG TAMU
Chest drawer lama,phone booth N jam antik semuanya pemberian dari anak-anak saya dan saya tampal dengan glitter wallpaper. Pasu bunga dari tin Saya balut dengan glitter. Dulang hiasan Saya diy guna photo frame dari ikea.
Baju cinderella n cushion kasut jahit sendiri..
Fireplace Saya buat sendiri guna papan terbuang…
Baju princess semue jahit sendiri.
KAMAR TIDUR
Bilik tido tema Rapunzel.
Rapunzel window saye diy sendiri guna cardboard. Rapunzel anchanted flower n braids diy sendiri…
Chest drawer Ikea pemberian besan saye 5 thn lps saye tampal wallpaper n tukar handle…lemari kecik madame de la grande bouch dari filem beauty and the beast saye diy sendiri guna cardboard.
GAUN ‘PRINCESS’ JAHIT SENDIRI
Belle’s dress jahit sendiri.
Baju2 Disney princess semue jahit sendiri.
RUANG DAPUR
BILIK AIR
HALAMAN RUMAH
Wow sangat cantik! Dah dapat idea. Selamat deko rumah hujung minggu ni.
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.