“Amboi Bukan Main Jawline. Comel sangat”-Warganet Teruja Lihat Wajah Anak Syifa Melvin!
Syifa Melvin baru-baru ini ada berkongsi wajah anak sulungnya yang diberi nama Saif Sulaiman Safawi di akaun media sosialnya. Ramai ternanti-nanti melihat wajah comel anaknya itu. Bahkan melalui perkongsian terkini turut menarik perhatian bila melihat ‘jawline’ tajam anak Safawi Rasid yang merupakan pemain bola sepak tanah air.
“Bismillahi masya-ALLAH, inilah cinta baru dalam hidup kami Saif Sulaiman Safawi. Membesar dengan baik dan sihat anak,” demikian tulis Syifa menerusi kapsyennya.
Syifa yang memuat naik perkongsian itu menerusi laman Instagram miliknya, ternyata meraih perhatian ramai, dimana rata-ratanya memuji bayi lelakinya itu yang bukan setakat memiliki kulit putih, malah pandangan sisi menampakkan ‘jawline’ atau tulang rahangnya yang runcing dan tajam.
Ads
Meninjau di ruangan komen, bayi comel pasangan ini mendapat pujian netizen dan mendoakan akan mengikut jejak langkah ayahnya yang mempunyai tendangan padu sebagai pemain bola sepak profesional Malaysia bila besar kelak.
Sekeping gambar terbaru yang dimuat naik pasangan selebriti Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif di media social mereka menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, buat pertama kali wajah comel anak kedua mereka, Umayr dikongsikan buat tatapan ramai.
Gambar satu keluarga itu diambil bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha pada Isnin lalu.
“Family,” tulis Harris ringkas di kapsyen.
Manakala Intan pula sempat mengucapkan ucapan hari raya aidil adha buat semua pengikutnya di Instagramnya.
“Happy eid al adha from Harris, Intan, Evie & Umayr,” tulisnya.
Namun apa yang paling menarik perhatian pastinya wajah comel Umayr yang dikongsikan kedua mereka.
Biarpun dilihat sipi-sipi namun pengikut pasangan ini sudah pun memperlihatkan wajah ‘handsome’ Umayr, apa lagi dengan rambutnya yang cukup lebat kehitaman.
Bukan itu sahaja, bahkan wargamanya turut memuji kecantikan asli yang dimiliki Intan, begitu juga anak-anak yang kesemuanya comel belaka.
Terdahulu, Intan dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 6 Februari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Evie dan Umayr.
Berangan hendak bercucuk tanam di laman rumah, tentu ada yang teragak-agak untuk lakukannya. Apatakah lagi bila menyedari tidak punya banyak masa untuk memberi perhatian pada tanaman tersebut.
Maklumlah sering kita bayangkan, tanaman perlu disiram selalu dan dijaga rapi. Tiba waktu dan ketikanya perlu pula dibaja dan diracun. Lalu kita mengandaikan hanya orang yang minat dan ada banyak masa sahaja boleh lakukannya.
Namun, perkongsian daripada seorang peguam ini cukup mengujakan. Walaupun jadual tugasan hariannya begitu padat dan sibuk, namun dia punya trik untuk tetap boleh bercucuk tanam.
Menurutnya, teknik 3T yang telah dipelajari ini cukup mudah untuk dipraktikkan. Hanya Tanam, Tinggal dan Tuai!
Nak tahu bagaimana teknik tanaman tersebut, jom kita semak perkongsian bermanfaat daripadanya.
Ni cara paling murah dan jimat dan senang tanam sayur teknik 3T. (Saya pun baru2 belajar. Yang salah boleh tlg betulkan)
3T (Tanam, Tinggal dan Tuai)
1. Semai dulu anak benih. Boleh guna tapak semaian atau boleh guna sarang telur atau kulit telur. Gunala apa2 pun janji tumbuh benih tu.
Ekstra tip : Tayah padat sangat masa letak sabut tu biar loose2 je. Akar salad ni halus n lembut. Lepas tu kan jgn basah sgt. Sy perati bila basah sgt medium jd padat susah nk naik. Tu sy guna sabut
2. Semai tu guna coco peat@sabut. Boleh beli je di nursery 1 guni RM15 (sabut ni murah) ada yang dpt 1guni RM10
3. Bila dah tumbuh dah naik 4 daunnya kira2 2-3minggu alihkan ke pasu atau apa. Ni Aida try guna botol mineral sebab nak buat ala2 hidroponik. Nak lagi cantik google beli je bekas hidroponik.
4. Cara buat botol tu potong 2 botol mineral mcm dlm gambar. Lepas tu buat lubang pada tutup mineral water tu. Masukkan benang(aida guna tali file). Aida bagi naik sampai atas sikit supaya air nnt sampai
5. Isi sabut sikit dlm botol mineral bahagian atas. Alihkan anak pokok tu masuk dlm tu.
6. Tips alihkan anak pokok tanak bagi akar putus guna 2 kayu buat ala2 chopstik lps tu tarik keluar.
7. Bahagian bawah letak air + bajaAB. Sukatan baja AB 1 penutup air mineral baja A dan baja B. Campur air pada baja AB dan tinggal. Tgk kalau air baja dah habis tambahkan. Ok bila air baja kering 2kali. Kali ke 3 air biasa je tak perlu ltk baja. Lps tu baru air baja balik.
8. Awal2 ltk tempat teduh. Dah besar sikit bagi kena cahaya matahari.
9. Dh 1bulan lebih 2bulan dah boleh tuai hasil. Sekejap jekan.
Selamat mencuba teknik 3T dan teknik paling murah ni.
Kesibukan dengan urusan kerja dan juga rumah tangga membataskan adik-beradik untuk bertemu. Lebih lebih lagi jika tinggal berjauahan. Jadi, musim cuti atau raya beginilah ada peluang bertemu alangkah seronoknya. Dapat berkumpul ramai-ramai dan bermesra sekali gus mengeratkan kembali hubungan antara satu sama lain.
Namun, adakalanya timbul isu merendah diri dek kekurangan yang ada pada keluarga sendiri. Apatah lagi melihat adik-beradik lain ada yang berjaya dan hebat-hebat belaka. Persepsi begini patut dibuang jauh-jauh kerana ia boleh merosakkan hubungan kekeluargaan. Sikap iri hati, tidak boleh lihat adik-beradik lain lebih darinya mengundang masalah.
Sedangkan setiap orang rezekinya berbeza-beza, usah terlalu merendah diri sedangkan ahli keluarga yang lain tidak punya sedetik pun rasa bangga mahupun riak dengan kelebihan yang ada. Buang jauh-jauh sikap merasakan ibu bapa pilih kasih dan membandingkan anak-anak kerana sikap begini boleh menjadi duri dalam hubungan kekeluargaan.
Perkongsian dari saudara Andy Sulaiman ini wajar dibaca untuk manfaat bersama.
“Bang, raya ni kita balik raya sebelah family abang dulu kan?” tanya isteri.
Suami angguk.
“Adik beradik abang semua balik ke?” tanya isteri lagi.
Suami angguk sekali lagi.
Cuma kali ini si suami nampak riak wajah isteri sedikit berubah.
“Kenapa?” tanya suami.
“Eh tak ada apa-apa. Saja tanya,” kata isteri.
“Tak ada mananya awak saja tanya. Mesti awak ada rasa sesuatu ni,” kata suami.
“Hmm. Bukan apa bang. Saya segan sikit kalau semua balik. Ya lah, adik beradik abang semua hebat-hebat. Kaya-kaya semuanya”
*** (Sekadar lakonan. Tiada kena mengena dengan aku, dengan kau atau dengan sesiapa yang masih hidup atau meninggal dunia.)
Nahh. Pernah hadap situasi gini? Pernah jumpa? Bukan kata drama tv. Real life pun banyak kes macam ni kan?
Belum apa-apa lagi dah rasa bukan-bukan. Padahal nak balik raya ni.
Tak ada siapa pun buat pertandingan kereta siapa paling besar balik raya.
Tak siapa pun ajak berlawan phone siapa paling canggih di hari lebaran.
Tak ada siapa pun pagi raya nak tanya berapa duit saving kau tahun ni, lagi banyak dari tahun lepas?
Tapi perasaan tu datang sendiri. Tak ada siapa buat pun dia terasa sebenarnya.
Rasa rendah diri secara tiba-tiba tak pasal-pasal. Rasa gini yang buat kemeriahan raya hilang tiba-tiba ni.
Tak boleh gitu.
Kata raya ni hari bermaaf-maafan. Hari kesyukuran. Hari kemenangan.
Mana kesyukurannya kalau dalam hati ada rasa kurang, rasa rendah diri sebab orang lain ada, kita tak ada?
Mana kemenangannya kalau awal-awal lagi dah rasa kalah sebab kurang dari segi harta benda je?
Adik ipar dapat bilik depan, kita terasa. Mentang-mentang la kita kerja biasa je. Bilik belakang mak mertua kasi kat kita.
Padahal adik tu baru kahwin, anak pun belum ada. Bilik depan tu kecik je. Kita tu anak dah 8, bilik belakang tu besar. Padan lah.
Barang nak masak raya, Kak Long yang beli. Mak ucap terima kasih sampai 8 kali. Siap puji lagi. Kita pun terasa hati. Sebab kita tak mampu nak beli.
Tapi kita tak perasan, Kak Long tu haram satu apa masak pun tak reti. Nasib baik lah ada bini kita, tau masak serba serbi. Mak puji untung mak ada menantu pandai masak macam ni.
Kan balance tu.
Ayah mengadu bumbung rumah bocor. Adik bongsu yang power meniaga online sale 2 juta sebulan belikan bumbung.
Tiba masa, tukang tak ada. Adik bongsu tau beli je. Mana reti tukar bumbung.
Kita reti bertukang. Kita panjat bumbung, gantikan bumbung baru. Ayah tercongok duduk bawah pokok pelam, tengok kita buat kerja.
Tak ada dia pergi duduk mengadap muka adik kita yang tengah sibuk balas whatsapp customer. Balik kampung pun busy lagi ni.
Nasib baik kita yang kerja JKR ni, time tak kerja phone entah tercampak ke mana. Boleh tolong ayah.
Ayah kata “nasib baik kau ada”. Kalau tak, basah lah ayah dengan mak bila datang hujan selagi tak ganti bumbung ni.
Nampak? Kan ada juga jasa kita. Apa yang kalahnya?
Pagi raya, biras kita kemain pakai baju kurung moden, labuci dari dada sampai ke lutut, lampu kelip-kelip kat belah belakang.
Lakinya pulak pakai baju melayu, butang dekat 300 sebijik.
Kita pakai baju kurung kain cotton beli kat Mydin. Tak pasal-pasal rasa rendah diri. Padahal tak ada apa pun.
Bila pergi beraya rumah saudara mara, yang berlabuci tadi biru muka time duduk, ketatnya baju tu nak cerita ni.
Kita rileks je santai-santai duduk, bangun, lari bila kena kejar lembu. Kat kampung kan, kena la ada adegan dikejar lembu.
Nampak? Kan ada juga menang kita tu.
“Along, angah, ingat pesan mak ya. Kat rumah Atok nanti jangan sentuh tab atau phone anak Mak Ngah tu. Rosak karang! Mak tak ada duit nak ganti. Kita orang susah, tak macam diorang. Orang kaya”
Tudia. Awal-awal lagi dah pasak dalam kepala anak sikap beza-beza, sikap berkasta macam tu.
Anak pun balik raya, buat hal sendiri. Tak campur dengan sepupu-sepupu.
Anak baru je nak join main dengan sepupu, mak dari dapur dah besarkan mata. Anak pun terkedu je tak tahu nak main apa.
Tak boleh gitu. Tak syok lah balik jarang-jarang sekali, tapi suasana gitu.
Merapu, merapu juga. Point aku is, kita buang lah rasa tak syok yang kita cipta sendiri.
Rasa iri hati, rasa nak berlawan-lawan dengan adik beradik, rasa tak best kat mak ayah sebab lebihkan yang tu, kurangkan yang ni.
Mak ayah tak ada beza-bezakan anak-anak pun. Kita je yang ada rasa gitu. Apa yang kita ada, kita ada lah. Yang tak ada tu tak ada lah. Dah bukan rezeki kita.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.