Banyak manfaat yang anda peroleh apabila bercucuk tanam di rumah. Selain menjimatkan tak perlu beli sayur di kedai, ini juga salah satu aktiviti yang boleh dijadikan hobi bermanfaat.
Cara yang dikongsikan oleh puan Raudzah Arippin ini yang menggunakan kaedah hidroponik untuk menanam pokok pudina di rumah. Pokok pudina ini saya tanam secara hidroponik ringkas, ikut panduan di youtube. Ini gambar-gambar terbaru.
Nanti Kak Odah cari semula masa baru-baru buat. Dulu sikit saja daunnya dan kecil-kecil. Sekarang sudah makin lebat dan besar-besar daunnnya. Ok, kalau mahu cuba boleh ikut langkah-langkah berikut ini :
Ads
1. Dapatkan anak pokoknya yang mempunyai akar. Saya beli di nurseri. 2. Sediakan satu bekas untuk diisi air dan penapis di atasnya (atau lubangkan bekas makanan). Boleh lihat gambar.
3. Keluarkan pokok pudina tadi dari tanah dan bersihkan akarnya.
Ads
4. Letak pudina pada bekas tapis dan masukkan akar-akar pudina tadi melalui lubang-lubang pada tapis tersebut. Jika kecil sangat, potong sedikit untuk besarkan.
Ads
5. Pada bekas air di bawahnya pula, letakkan air sehingga paras bawah penapis. Atau pastikan akar terendam dalam air. 6. Masukkan baja air AB ikut sukatan pada panduan penggunaan baja. Bacaan ppm untuk pudina ialah 1400-1680 ppm. (Baja AB dan alat bacaan ppm air boleh dibeli dalam talian. Murah je) 7. Seminggu atau 2 minggu sekali kena potong potong pucuk pudina ini untuk menggalakkan lagi pertumbuhan daun baru. Juga kena periksa paras air dan kandungan bajanya. Selamat mencuba!
Kak Odah Anderson
Terapi Berkebun
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bukan calang-calang orang yang mampu menggalas ujian berat dari Sang Pencipta. Kerana itu hanya ‘Terpilih’ sahaja bertuah untuk melaluinya.
Demikian dengan pak Cik Rahim Yusof. Susuk tubuhnya yang kecil itu bagaimana pun bukan penghalang untuknya meneruskan kehidupan seperti biasa. Bahkan, anak kelahiran Pulai Chondong, Machang Kelantan ini cukup istimewa orangnya.
Foto: BERNAMA
Lahir tanpa kedua-dua belah tangan, pak cik Rahim tampak biasa memasukkan benang ke dalam lubang jarum yang begitu halus menggunakan dengan jari-jari kaki. Begitu pun, ia bukan satu tugas yang mudah.
Kemahiran dan pengalaman lebih 30 tahun sebagai tukang jahit membuatkan pak Rahim atau lebih dikenali sebagai Pok Su Mie, begitu cekap memasukkan benang ke dalam lubang jarum.
Bukan sahaja menjahit, dia yang hanya mempunyai dua jari di bahu kanan, turut menggunakan kedua-dua belah kakinya untuk melakukan rutin harian seperti menjawab telefon dan memandu kereta. Mungkin janggal dan pelik di mata orang lain namun bagi yang biasa melihatnya, perkara itu sudah menjadi lumrah dan semua pelanggan Pok Su Mie tahu mengenainya.
Foto: BERNAMA
“Semua urusan memotong kain dan menjahit saya lakukan menggunakan kaki dan setakat ini semua pelanggan nampaknya berpuas hati.
“Sebenarnya kemahiran menjahit ini saya pelajari di Pusat Pemulihan Orang Kelainan Upaya, Cheras, Kuala Lumpur 30 tahun lalu dan sehingga kini kemahiran itulah saya gunakan untuk menyara keluarga,” katanya yang mempunyai seorang isteri, Noraishah Hamzah, 44, dan tiga orang anak yang masih bersekolah.
Rahim berkata untuk menanggung keluarga, dia sebelum ini mengusahakan ternakan itik telur namun kesemuanya musnah selepas dilanda banjir besar pada 2014.
“Dahulu saya mempunyai beribu-ribu ekor itik dan dipelihara berdekatan rumah namun banyak yang mati dan hilang selepas banjir.
“Saya kini merancang untuk membina kembali perusahaan itu dengan bantuan pelbagai pihak. Sekiranya ada rezeki saya juga berminat untuk memelihara haiwan lain seperti lembu atau kambing,” katanya.
Foto: BERNAMA
Mengulas mengenai kerjaya sebagai tukang jahit, Rahim berkata dia mengambil tempahan baju Melayu, pakaian wanita serta menjahit seluar jeans.
“Saya mampu menghasilkan sepasang baju Melayu atau kemeja dalam masa sehari dengan upah RM90 selain menjahit jubah wanita dan membaiki seluar jeans dengan harga serendah RM5.
“Menerusi kerja ini, saya memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM15 hingga RM20 sehari dan dengan pendapatan itulah saya menyara keluarga,” katanya yang turut mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM400 sebulan.
Rahim berkata walaupun dia dan isteri tergolong sebagai Orang Kelainan Upaya namun mereka bersyukur kerana kesemua anak dilahirkan normal.
Jelasnya, Noraishah yang dijodohkan dengannya oleh keluarga, hanya mampu mengesot akibat menghidap demam panas ketika kecil dan tidak boleh melakukan kerja berat.
“Saya bersyukur kerana masih mampu berdikari dan tidak menyusahkan orang ramai. Dengan kudrat yang ada inilah saya akan berusaha menyara keluarga apatah lagi anak-anak yang berusia antara lima hingga 14 tahun masih belum boleh berdikari,” katanya yang turut aktif dalam sepak takraw dan bola sepak sebagai aktiviti harian.
Foto: BERNAMA
Sumber: Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memasak memang sinonim dengan para ibu. Malah air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang,kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk keluarganya. Ikuti resepi wanita ini cara memasak ayam masak Kam Heong memang membuka selera keluarga. Jom cuba resepi puan ini.
AYAM MASAK KAM HEONG BERTAMBAH NASI.
Resipi ni kalau Kekna buat kan, somi dan anak anak memang cukup sukeee la. Tambah makan nasi panas panas. Perghhh.
Selera dia kan jangan salah Kekna k. Memang buat korang tak cukup satu pinggan kot. Yang diet tu terus tak jumpa jalan balik. Hahahaha
Seriyus memang sedap sangat sangat tau. Walaupun campak campak jeee masak ni.
Ni resipi Kekna yang korang boleh la terai buat k. Yang tak tahu nak masak pe tengah hari ni bole la buat kan.
Ala bahan bahan dia memang senang je korang nak cari.
Ayam – digaul kunyit dengan garam untuk goreng. Bawang merah – dihiris halus* Bawang merah – di potong besar Bawang putih – dihiris halus* Halia – dihiris halus* Daun kari* Cili api – ikut la kepedasan korang nak. Serbuk kari ikan dan daging – campurkan Cili kering – di kisar Sos tomato Sos cili Sos tiram Kicap Lada hitam sikit yang di tumbuk Air asam jawa
Nota dapur: sukatan ni ikut korang la ye. Sebab Kekna pun agak agak sendiri sebab buat tak ada la kuantiti banyak. ?
Cara cara masak dia kan macam ni.
1. Goreng ayam tu dulu tapi jangan garing sangat. Kejap je k agak agak je la. 2. Dah habis goreng ketepikan dulu ayam tu ye. 3. Tumiskan dulu bahan bahan yang Kekna bertanda * ni kan dulu. Dah agak layu baru masuk kan serbuk kari dan cili kering. 4. Tumis sampai naik bau dan masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit kicap. 5. Biarkan seketika. Lepas tu baru la korang tambah kan cili padi tadi dan bawang merah yang di potong besar. 6. Pastu masukkan air asam jawa sikit untuk buat kuah kan. Perasakan garam dan gula ye. 7. Akhir sekali baru masukkan ayam yang dah di goreng tadi. 8. Dah agak agak masak angkat dan sediakan hidang.
Ha senang kan. Nak buat resipi ni. Kompom la korang jadi feberet nanti.
Selamat mencuba ye.
Yang nak #syer tu Kekna izin dan di persilakan ye. Moga moga bantu la kornag yang kadang tak idea nak masak apa kat dapur tu kan.
Sumber: Zana Mokhtar via Masak Apa Hari Ni
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cabaran hidup di bandar ketika ini memang amat berat dirasakan terutamanya dengan bebanan kewangan.
Kos sara hidup semakin tinggi sedangkan gaji dirasakan begitu kecil nilainya. Jadi apa boleh dilakukan oleh suami sebagai ketua keluarga mahu pun isteri.
Ikuti perkongsian ini, semoga bermanfaat.
GAJI KECIL DIBANDAR BESAR
Suami isteri dibandar harus tabahkan hati jika gaji kecil dibandar. Isteri harus tabah dengan keadaan ekonomi.
“Semua benda mahal disini”.
Bantu suami cipta ekonomi rumah tangga sendiri.
Jangan merungut dan belajar berniaga secara ‘dropship’ , ‘affiliated’ atau food delivery.
Hidup memang sukar kini, modal berniaga bukan duit tetapi ilmu dan tulang empat kerat kita sahaja.
Isteri jelita bantu suami bina ekonomi. Suami kacak utamakan keluarga dari kawan kawan kedai kopi.
Rezeki kita akan berganda jika saling utamakan keluarga bersama sama.
Moga kita semua sejahtera dan ada simpanan sendiri nantinya.
Sumber : Azizul Azli Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di