Tak Susah Pun Nak Tanam Ulam Selom. Rendam Akar Dalam Air & Tanam Melintang. Sekejap Je Dah Boleh Tuai. Mudahnya!

Share

Berbakti kepada tanah banyak mang manfaatnya. Selain dapat menjimatkan duit, cara ini juga mampu menjana pendapatan sampingan.

Ada yang bercucuk tanam sayuran dan bunga di rumah, dan hasilnya dijual. Memang lumayan pendapatan walaupun pada awalnya sekadar suka-suka.
Selain sayur dan bunga, ulam-ulaman juga antara yang menjadi kegemaran ramai. Antaranya termasuklah ulam daun selom. Kalau orang utara suka dimakan bersama laksa, memang terbaik. Ada juga yang membuat kerabu dan dicampur dengan kerang, terbaik rasanya.

Untuk ibu-ibu yang nak cuba tanam sendiri, jom ikut cara yang dikongsikan oleh Nur Aida Md Zainuddin

menerusi Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri. Jom ibu-ibu kita cuba sendiri di rumah.

5 Cara Mudah Tanam Ulam Selom

1. Batang dipotong ikut ruas selom. Ruas tu nanti akan keluar akar. Rendam dalam air.
2. Lebih kurang 5-7 hari direndam dalam akar akan keluar melalui batang selom(tukar air rendaman selalu)
3. Tanam batang yang berakar ni dengan cara melintang


4. Tutup dengan tanah dan siramkan pastikan tanah sentiasa lembap.
5. Dah boleh tuaii
Besstt tanam selom. Sekejap je dah boleh dituai

Sape suka ulam selom

#mekdawonderland

IKLAN