Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar-pelajar tahun 2021 sudah diumumkan secara rasmi hari ini. Tentu ramai anak-anak dan ibu bapa sudah hilang debaran menanti keputusan yang diperolehi.
Pasti ramai yang meraikan kejayaan mendapat keputusan cemerlang dan sudah merencana pelbagai rancangan untuk melanjutkan pelajaran.
Ibu bapa juga sudah ramai yang tersenyum lega kerana anak masing-masing sudah menamatkan pembelajaran di bangku sekolah dan sudah melangkah ke alam dewasa.
Bila anak-anak sudah semakin membesar, masing-masing sudah punya citarasa sendiri dalam membuat keputusan bergaya dan berfesyen. Namun sebagai ibu bapa kita tak boleh terus melepaskan anak-anak buat keputusan sendiri tanpa nasihat dan panduan.
Dalam pada masing-masing berkongsi pelbagai tips dan kejayaan anak-anak dalam SPM ada satu teguran yang nampak sedikit lawak tapi sangat penting untuk direnungkan oleh para ibu bapa.
Ads
Foto: Daily Rakyat
Khairul Hakimin Muhammad yang banyak berkongsi penulisan motivasi dan teguran kepada masyarakat di Facebook juga seorang usahawan, kali ini menulis secara santai tentang masalah bau badan segelintir remaja lelaki. Jom kita baca tulisan beliau ini.
Kepada ibu bapa yang nak ambil result SPM anak hari ini, sedikit pesanan dari saya. Sudah sampai masa anak-anak lelaki kalian pakai diadoran. Kami dah berapa ramai reject temuduga kerana tak boleh tahan bau ketiak tersangat padu.
Sungguh tak main-main, kilang makanan kena bersih dan bebas bau yang bukan-bukan. Bukan bau badan tau. Bau ketiak. Lelaki ja yang biasanya begini, wanita tak ada sangat. Mereka pakai perfume sebotol setiap pagi jadi alhamdulillah selamat.
Ads
Ada yang terlepas juga masuk kerja, kami pula sampai terpaksa beli diadoran buat mereka baru lega semua orang.
Minta sangat ya ibu bapa semua. Tengokkan okeh. Zaman sekarang ketiak anak pun kita semua kena pastikan betul.
Posting ini sedikit lawak, saya tahu mesti ada yang gelak. Namun kalian kena memahami jiwa dan perasaan kami berhadapan dengan bau lebih 8 jam sehari nok. Lebih lagi jika ada visitor datang, walau pakai mask, visitor pasti tanya “bau apa ni eh? U all tak ada bau apa-apa ke?”
Nak banyak info tentang kehamilan dan persediaan bersalin, jangan lupa join webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dah kalau nama pun mak dan anak, semestinya wajah si anak kalau tak semua, sipi pun akan terlihat atau mewarisi wajah cantik si ibu itu.
Misalnya seperti anak pelakon jelita Fasha Sandha, Aisha Amaira di mana walaupun baru berusia tiga tahun tetapi dari awal sudah mewarisi wajah cantik ibunya yang menjadi bualan warganet di ruangan komen perkongsian ibunya di laman sosial.
Dalam pada itu, tidak kurang juga buat anak kedua pelakon yang sering membawa watak air mata ini, Putri Raysha Jemyma di mana yang wajahnya yang cantik kini disamakan dengan wajah ibu saudaranya, Elisya Sandha.
Sumber : Foto Fasha Sandha
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi sesetengah orang, kalau makan nasi tanpa ada kicap tidak lengkap jadinya dan disebabkan kicap ini juga ada satu kisah antara seorang ayah dan anak perempuannya menjadi viral di media sosial.
Warganet bukan sahaja terhibur dengan ragam anak perempuannya yang ketika itu sedang dalam perjalanan untuk dihantar ke sekolah namun tiba-tiba menangis dek kerana bekal mee hoon goreng telur yang disediakan oleh ibunya tidak diletakkan kicap.
Tidak dengan itu, malah ramai yang memuji tindakan ayah ini yang dilihat begitu sabar melayan karenah anak meskipun berdepan dengan jalan yang jem hingga sanggup mencari kedai untuk membeli kicap tersebut daripada berpatah balik ke rumah.
Betullah kata pepatah kasih ibu hingga ke syurga kasih ayah sepanjang masa. Sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak.
“Takpelah, abah pun dah lambat ni, kita beli je ya kicap”
Pagi tadi, maknya buatkan bekal. Mee hoon goreng telur. Disebabkan maknya tak berapa sihat, jadi harini saya lah bertugas menghantar dia ke sekolah.
Otw ke sekolah, disebabkan jem. Dia beritahu saya nak makan bekal dia dulu dalam kereta. Saya iyakan sahajalah. Tiba-tiba, terdengar dia menangis.
Kejayaan hidup seseorang tidak akan datang bergolek tanpa susah payah. Begitu dengan kehidupan seorang doktor ini, Rashdan Mohamed yang berkongsi kisah inspirasi bahawa untuk kejayaan itu perlu sokongan moral orang disekeliling termasuk keluarga. Jauh disudut hati beliau juga bersyukur mempunyai isteri yang begitu memahami perjuangan untuk terus menempa kejayaan.
Malah kata-kata mutiara yang terkesan yang boleh dijadikan inspirasi kepada kita adalah, kata-kata iaitu ” Permata itu terhasil dari tekanan tinggi (diamond was formed from intense pressure)” yang menjadi pegangan kepada dirinya kini.
Barangkali, kisah ini akan menjadi inspirasi kita untuk berjuang dalam kehidupan yang sukar ini sejak penularan covid-19, bahawa tekanan itu akan menjadikan kita menjadi lebih kuat untuk terus mengharungi kehidupan. Apa yang pasti, setiap masalah yang dihadapi ada jalan penyelesaiannya. Carilah sokongan untuk mencipta kejayaan mengikut acuan kita. Moga kisah ini menjadi inspirasi untuk kita turut meneruskan kejayaan dalam hidup.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Kejayaan yang tertangguh
Antara hikmah kisah dan ibrah “kegagalan”
10 tahun lepas, aku masih lagi bergelar doktor pelatih Sarjana Pediatrik tahun 3 (3rd year MPaeds), belum jadi pakar.
Tatkala “warkah muka buku” (seperti di gambar) ini ditulis, aku baru gagal peperiksaan (percubaan pertama). Kemudian, sekali lagi gagal (percubaan ke-dua) selepas 6 bulan.
KECEWA DALAM DIRI
Ketika itu, aku nekad untuk berhenti (quit master programs). Aku hampa. Aku malu. Dan, aku juga sedar, mungkin aku tidak cukup bagus. Aku tidak layak. Aku tidak cukup pandai. Dan aku salahkan diriku ditahun 2008, kerana memilih untuk melanjutkan pengajian sarjana. Aku patut sedar diri, orang kampung macam aku, tak bagus berbahasa English, sepatutnya tak sambung sarjana. Sesal, sakit hati, perit, aku jatuh ke dalam “pasir jerlus” (quicksand) perasaan yg mendalam. Struggle untuk keluar, semakin tertarik ke dalam kemurungan. Aku menjauhi orang lain. Dan, sesungguhnya aku memang nekad berhenti masa itu.
Namun, ramai yg datang menghulur tangan, dan bantuan. Menarik aku keluar dari pasir jerlus itu. Tanpa mereka, aku tidak mampu berada di tempat yg Allah telah janjikan ini. Bergelar Pakar Pediatrik & Pediatrik Endokrinologi.
Tatkala depresi itu, ramai rakan yang bantu ambil alih kerja dan amanah aku. Cover ward round. Cover oncall. Aku ambil cuti panjang, berjuang dlm perasaan sendiri. Cuba bangkit, dan asyik gagal. Namun, ada 4 insan yg berjaya membawaku pulang dan kembali ke landasan.
SOKONGAN MULA DATANG
Pertama, almarhumah emak. Tak tahulah berapa liter air mata. Berapa jam beliau sujud meminta dari Yang Esa, diatas sejadahnya. Namun, (bagi semua ibu), tiada hijab antara doa kalian dgn Allah. Sesungguhnya, aku bersyukur atas nikmat ber-ayah dan ber-ibu, dan sedih dan rindu yg sekarang tanpa keduanya.
Kedua, bidadari hatiku, isteriku yg satu. Benarlah, disisi setiap lelaki itu, ada wanita yg lebih kuat menyokongnya. Berkorban untuk aku. Jaga anak-anak. Sediakan semuanya. Teman aku belajar. Bertahan ketika amarah dan murung.
Ketiga, almarhumah Prof Fatimah Harun. Siapa graduan Uni Malaya, pasti kenal beliau. Kerap menghubungiku untuk masuk kerja. Akhirnya aku akur. Bertemu beliau. Malah beliau berikhtiar untuk mencabar keputusan yg menggagalkan aku, kerana merasakan aku teraniya. Aku mohon untuk tidak memanjangkan hal tersebut dan merasakan aku memang belum layak dan bersedia, untuk berjaya. Kata semangat dan pedoman darinya, membawa aku ke tahap sekarang.
Keempat, sahabatku yg sama-sama gagal, kecundang kali kedua, beliau telah jadi pakar besar sekarang di hospital swasta. Bro, ko kenal siapa ko, dan terima kasih, ajak aku untuk cuba yg ke tiga, tatkala aku merasakan, cukuplah peritnya kecundang kali kedua. Nama, aku rahsiakan. Antara dia dan aku sahaja.
Ramai lagi yg membantu. Tak terucap nama mereka. Tak terbalas budi baik mereka. Semua yg di UM telah berjasa kpdku. Kakak senior yg ambil mock exam untuk latih aku. Profesor yg ambil kelas tambahan untuk bantu aku. Nasihat dan panduan, seni menjawab, naikkan kembali keyakinan. Adik junior yg tolong cover kerja. Kalian, seumur hidupku, terhutang budi pada kalian, hanya Allah mampu membalasnya.
Antara nasihat yg aku terima adalah, ” Permata itu terhasil dari tekanan tinggi (diamond was formed from intense pressure)”. Kata-kata yg aku pegang sehingga kini.
DEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH & MUHASABAH DIRI
Dan, aku mula kembali kepada Allah, sebagai hamba. Cuba dekatkan diri kepadanya. Mulai rendah diri. Mulai muhasabah diri. Dan aku anggapkan ianya perjalanan rohani. Bersangka baik pada Allah atas ujian yg diberi (amat sukar sebenarnya, sebab tatkala itu tidak nampak sebarang hikmah atas kegagalan). Siapa yg kenal aku sebelum 2010, pasti tahu perangai ego aku, grandiosity aku. Sebab itu, aku selalu berkata, Allah tutup aib aku, jika digali pasti ditemui, sisi yg dibenci.
JANGAN PUTUS ASA
Tuan-puan, dari kisah ini, aku belajar banyak perkara:
Depresi / kemurungan itu nyata (Depression is real)
Dapatkan (dan hulurkan) bantuan
Perlu ada sistem sokongan
Doa doa doa, kembali kpd Allah, bertawassul atas amal baik, InSyaAllah Allah permudahkan
Kegagalan dan cabaran, awalnya tak nampak hikmah, tetapi kemudian, kita akan benar-benar beriman, sesungguhnya, Allah jualah sebaik perancang
Sesungguhnya, syurga itu dipenuhi pendosa yg bertaubat, bertaubahlah, tatkala masih ada peluang
Aku masih rakyat marhaen, tiada istimewanya. Masih di kementerian, kerana aku rasa nilai, perjuangan dan fungsi aku di sini, lagi. Cuba bantu pelatih-pelatih, doktor baru, untuk beri perkhidmatan, yg di mataku, adalah fardu kifayyah kami. Moga dipermudahkan
Untuk adik-adik dalam sarjana, PhD:
Ada antara kalian, teruji ketika pengajian sarjana atau PhD. Abang Dan pun sama. 5 tahun sarjana muda. 5 tahun sarjana. 4 tahun 9 bulan subkepakaran. Abang Dan bukti yg lejen ini bukan pass exam pertama kali, tetapi lejen itu, yg bangun bangkit berkali-kali (walaupun abg sentiasa titipkan doa kalian tidak melalui proses ini, harapnya terus berjaya pertama kali. First attempt is still the best attempt).
COVID-19 dan norma baru, pasti ada cabaran baru. Dengarnya, peperiksaan Master semua tangguh (khabar angin). Percayalah, ada hikmah di sebalik semuanya. Doa dan hati abang bersama kalian.
Nak cerita pasal master, setiap orang ada kisahnya, Ada yg keguguran. Ada yg perkahwinan terancam. Ada yg depresi. Ada yg berkorban anak dan orang tua. Ada macam-macam. Tinggal lagi mereka tak tulis dan zahirkan. Panjang kisah hari ni, tak boleh lukis dan pendekkan..
Ingatlah, ianya bukan kegagalan, sekadar “kejayaan yg tertangguh”. Cabaran itu pasti. Dan setiap kesusahan, pasti ada kemudahan. Itu pun janji yang pasti.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.