Pastinya ramai antara kita telah mengikuti siri pendek Take CTRL yang ditayangkan di Astro Go atau On Demand sejak 29 Januari 2022 yang lalu dengan membawakan barisan pelakon yang hebat seperti Shaheizy Sam sebagai papa, Hana Nadira sebagai mama, Faiz Najib dan Sry Khairudin sebagai pasangan adik beradik di mana kehidupan mereka sentiasa dikawal ketat oleh ibu bapa mereka.
Namun segala-galanya bertukar apabila mereka terjumpa permainan video misteri yang mengubah keadaan. Di situlah bermulanya pelbagai kejadian yang membuatkan penonton terus teruja untuk setia menonton Take CTRL bagi mengetahui kesudahan kisah keluarga ini.
Bahkan adegan lucu yang dipertontonkan juga menjadi satu nilai tambah yang membuatkan anak-anak kita terhibur menyaksikannya.
Namun, apa yang lebih penting adalah mesej yang ingin disampaikan menerusi siri pendek enam episod ini. Cukup positif!
Take CTRL
Kisah ini menyentuh berkaitan ibu bapa yang terlalu mengawal anak-anak mereka tetapi juga mahu mempercayai anak-anak agar dapat membesar mengikut rentak mereka sendiri dan membiarkan mereka menjadi yang terbaik.
Ads
Melalui siri komedi sci-fi, Take CTRL ini bukan sahaja kita anak beranak terhibur malah sesuai dengan slogan “with control, comes chaos”, anak-anak akhirnya dapat pengajaran bahawa mengawal tidak semudah yang disangka, dan sentiasa ada akibatnya.
Apa yang pasti, setiap episod yang ditayangkan sarat dengan kisah kekeluargaan dan apa yang lebih penting banyak pengajaran boleh dipelajari oleh anak-anak dan kita sebagai ibu bapa.
Anak-anak dapat belajar bahawa mempunyai CTRL tidaklah sehebat yang disangkakan dan ibu bapa juga boleh memahami bahawa kadangkala mereka harus melaraskan tahap CTRL mereka, supaya kedua-duanya boleh mencapai keharmonian yang sihat dan positif.
Episod Terkahir Yang Dinanti
Ads
Tanpa sedar, pejam celik pejam celik begitu pantas masa berlalu. Tanggal 5 Mac merupakan detik kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh penonton setia Take CTRL. Tentu banyak persoalan ingin dirungkai oleh penonton dipenghujung siri ini.
Mungkin antaranya penonton ingin tahu sangat adakah Mama dan Papa akan diselamatkan dari ‘The Place’? dan bagaimanakah Sky & Ram akan menyelamatkan ibu bapa mereka?
Semua persoalan ini akan terjawab bila anda sekeluarga menonton Take CTRL pada 5 Mac, Sabtu 9PM di Astro, TA-DAA! CH 612 dan On Demand.
Ads
Terlepas Masih Ada Peluang Menonton
Manakala buat anda pelanggan ASTRO yang sebelum ini terlepas menyaksikan Take CTRL jangan kecewa. Anda juga masih boleh menyaksikannya dengan hanya strim pada bila-bila masa di On Demand dan Astro GO.
Untuk lebih detail klik link ini promotions.astro.com.my/details/TakeCTRL]promotions.astro.com.my/details/TakeCTRL
Hidup ini penuh rintangan. Ada cabaran yang menanti. Ada duka yang datang tanpa diundang. Termasuk kehilangan orang tersayang.
Nyata bukan semua orang bertuah memilik keluarga yang harmoni dan selesa. Ada yang hidup seadanya dengan apa makan apa yang ada.
Realitinya ada dikalangan kita tanpa sedar. Namun Tuhan itu adil, setiap yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya.
Begitulah kisah duka sebuaha keluarga ini sebagaimana yang dikongsi oleh saudara Sabri Mamat mengenai sebuah keluarga yang kehilangan tempat bergantung setelah kematian ibu tersayang. Yang tinggal hanyalah anak-anak yang masih kecil dahagakan kasih sayang seorang ibu.
Namun tuhan itu sebaik perancang, kita sebagai hambanya hanya mampu merancang. Setelah kematian ibu kepada anak-anak ini pelbagai bantuan telah diterima oleh keluarga ini.
Begitulah kuasa viral. Namun jauh disudut hati anak-anak ini pastinya sebak kehilangan kasih sayang ibu.
Ibu Tunggal mati, tinggalkan anak kecil 4 org.
Jam 7 pagi td sedang saya kemaskan barang-barang anak sekolah.. Tiba-tiba sampai van jenazah di depan pagar rumah. Ade org meninggal ke? Bisik hati saya, pergi tanya.. Rupanya betul ada meninggal, ibu tunggal. Malam tadi jam 2 pagi tiba-tiba sesak nafas. Ambulan sampai, arwah sudah tiada.
Arwah meninggalkan, Anak Sulung perempuan 21tahun sudah berkahwin dan menetap di KL. Manakala empat lagi yg menetap bersama arwah. 16 tahun (P) 11 tahun (P) darjah 5 4 tahun (P) 2 tahun (L)
Anak-anak tidak tidur semalam, pagi beralaskan roti uruskan jenazah
Rupanya malam tadi mereka semua tidak dapat tidur..Pagi ni cuma beralaskan roti kerana sibuk uruskan jenazah.. Jadi pagi ni saya belikan sedikit sarapan buat mereka Sekarang keluarga arwah menyewa di gelong gajah, kg bukit depu, tidak jauh dgn kedai keropok lekor tok molor, KT.
Terasa hiba hati ini, memikirkan Sekiranya ujian sebegini allah takdirkan kpd keluarga kita.. Tinggalkan anak2 kecil.. Bagaimana nasib mereka.. Allah.. Kuatkanlah keluarga ini.. Bagi siapa yang ingin hulurkan sumbangan, nnti saya cuba dapatkan no akaun bank keluarga arwah.
Upate terkini: Ramai hulur bantuan.
Dalam pada itu, menerusi facebook isteri Sabri Mamat, dimaklumkan perkongsian ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Keluarga ini telah mendapat bantuan.
Banyak lagi dari orang perseorangan, JKM, NGO, akhbar, dan lain2 yang datang menghulurkan sumbangan. Sungguh prihatin masyarakat yg berkongsi cerita di sosial media, ada yg mendoakan ada yg hulurkan bantuan.
Sye yakin, rezeki anak2 ni datang selepas pemergian ibunya adalah atas sebab sabar dan tabah, atau mungkin ibu muda ni redha terima ujian hidup dan penyakit pelbagai yg dia alami, dll cabaran hidup sebagai ibu tunggal.
Alhamdulillah mereka ada nenek yang sangat kasih pd cucu2, & saudara mara yang sgt cakna menguruskan hal anak2…dan sepakat untuk terus jage mereka semua sekali gus di kampung nenek di Pahang.
Damailah arwah di sana InsyaAllah…. Allah menjaga.
Pagi tadi bincang ngn suami Sabri Mamat perlu ke post di FB, kan nanti timbul mcm2 isu? suami cakap,
“Post je….Sekurang2nya kalau ada org nak bantu, rezeki anak2 ni, jangan nafikan hak anak2 ni, dia dh x de mak. Kalau ada org nk berkongsi kita jgn nafikan,beri peluang pada org nak tolong.
Sye mmg ragu2, dan asalnya cdg kt suami jgn post la…sbb takut kn, skrg mcm2 org boleh kata. Tp alhamdulillah ada hikmah rupanya, ramai sgt yg cakna. Rezeki anak2 ni.
Sejak kecil beliau diajar berdikari dan dihantar belajar jauh dari rumah membuatkan YB Zawawi yang berkelulusan Sarjana Muda (Bahasa Arab) dari Universiti Al Azhar, Mesir, pada 1995 dan Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti Malaya pada 2005 turut mempraktikkan apa yang dilakukan oleh ibu bapanya kepada anak-anaknya.
“Saya lahir dalam keluarga yang susah, antara asuhan yang paling berkesan bagi saya adalah pergantungan kita Allah SWT. Ayah dan ibu penoreh getah. Walaupun anak ramai, tapi keyakinan dan keikhlasan mereka besarkan anak-anak memudahkan segalanya. Malah sumbangan dan bantuan tidak putus-putus kami sekeluarga peroleh ketika itu.
“Ibu saya tak sekolah tinggi hanya setakat darjah dua. Kebetulan datuk saya guru sekolah pondok, jadi ibu saya lebih banyak belajar di rumah (home schooling). Penekanan lebih kepada agama dan begitu juga yang kami praktikkan pada anak-anak,”ujar YB Zawawi, Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh ketika memulakan bicara awal bersama penulis.
“Apabila sudah ada anak sendiri, apa yang ibu bapa saya ajar secara tak langsung saya cuba praktikkan.
“Anak-anak saya kebanyakannya di hantar belajar luar dari Malaysia iaitu di Indonesia dan juga Acheh. Saya mahu mereka belajar cara hidup, pengalaman baru di tempat lain sekali gus membantu kematangan mereka selain belajar budaya berbeza dan melihat dimensi baru dari kaca mata mereka.
“Kalau ada kesempatan saya akan melawat mereka atau jika ada masa terluang kami akan bercuti bersama. Tetapi kesibukan kerja dan urusan masing-masing membataskan kami untuk berbuat demikian.
Lebih dominan didik anak
Mengulas tentang siapa yang lebih tegas dalam mendidik anak-anak, jujurnya sang isteri mengakui lebih dominan dalam hal tersebut. Anak sulung pasangan ini, Abdullah Faizi Mohd Zawawi (23) sebelum ini belajar di Pesantren Gontor sekarang UIA Pagoh dalam bidang Hospitaliti dan Pelancongan, anak kedua Abdullah Hakimi (21) Kuis Universiti Ar Raniry Acheh dalam bidang Kewartawanan.
Manakala anak ketiga, Abdullah Qardhawi (20) belajar di University Darus Salam dalam bidang Hukum dan Ekonomi. Sementara yang keempat pula, Abdullah Nasafi (17) kini di Maahad Tahfiz Al Fateh- Hafiz 30 juzuk -SPM manakala yang bongsu, Abdullah Rizqi (7 tahun) di Sekolah Rendah Al Fateh.
“Saya memilih untuk berhenti kerja demi menjaga dan mendidik anak-anak di rumah. Dulu saya pernah bergelar pensyarah. Tetapi disebabkan anak-anak makin membesar, selepas berbincang dengan suami jadi saya berkorban kerjaya demi anak-anak. Asalnya saya memilih untuk untuk berhenti seketika, apabila anak sudah besar saya mahu bekerja kembali.
“Tetapi apabila berhenti kerja dan buat kerja sendiri, saya nampak masa lebih fleksibel. Paling penting saya boleh keluar ikut masa sendiri. Kalau orang lain keluar shopping sabtu ahad, tetapi saya pergi hari biasa dan seronoknya orang tak ramai jadi tak serabut dengan orang atau nak berebut parking dan sebagainya. Anak-anak saya pun ‘home schooling’ yang mana saya ajar sendiri di peringkat bawah.
“Kebetulan saya dan suami buat bisnes sendiri, sediakan program dan konsultan untuk yang memerlukan. Dengan kata lain, sebelum timbulnya konsep SOHO, saya dan suami terlebih dahulu mempraktikkannya.
“Awal-awal nak berhenti kerja memang ada timbul ralat di hati. Saya pula jenis wanita yang berfikiran moden kerana saya memperjuangkan hak wanita baik dari segi penulisan, rumah perlindungan wanita dan sebagainya. Rasa ralat kerana saya sendiri berjuang untuk wanita tetapi tiba-tiba memilih untuk berhenti kerja.
“Terasa bertentangan dengan prinsip tetapi lama-lama saya faham dan ambil kata-kata Naquib Akl-Attas iaitu ‘What is the meaning of knowledge’ iaitu ‘been means’ iaitu ‘Dia Bermakna’ yang mana saya memahami yang berkerjaya itu tak semestinya 8-5 petang. Saya juga faham asas dalam pembinaan keluarga adalah anak-anak.” ujar ustazah Hazlina Abdul Razak lagi sambil memberitahu berhenti kerja selepas kelahiran anak kedua.
Bunga antara 6 kumbang
Memiliki lima anak lelaki, akui ustazah hanya dia ‘bunga’ di dalam rumah namun dalam hal menguruskan rumah tangga tidak hanya dibebankan di atas bahunya semata-mata. Sebaliknya dia dan suami mendidik anak-anaknya untuk membuat kerja rumah.
“Saya selalu cakap pada anak-anak, di dalam rumah ada 6 lelaki termasuk ayah, mak sorang je perempuan. Takkan mak nak buat kerja semua orang. Jadi, setiap orang ambil sorang sedikit jadi ringan semua kerja. Disebabkan itu juga anak-anak saya ringan tulang.
“Kebetulan dulu saya pernah bekerja sebagai pensyarah sambilan, jadi apabila saya ke tempat kerja, anak sulung yang uruskan adik-adiknya sejak umur 10 tahun lagi. Senang cerita dia jaga adiknya dari kecil sampai besar. Ada sekali saya pulang ke rumah untuk melihat sama ada dia buat betul kerja. Memang sebak dan terasa nak menitis air mata tengok waktu itu.
“Alhamdulillah, didikan tersebut melekat pada semua anak-anak saya baik yang sulung sehingga yang bongsu. Walaupun ada yang melanjutkan pengajian luar dari Malaysia, namun setiap kali pulang bercuti, mereka masih amalkan segala yang saya dan suami praktik kan selama ini,”ujar ustazah Hazlina lagi tatkala bercerita mengenai anak-anak lelakinya.
Mengajar dari rumah ke rumah
Memiliki asas dalam Pendidikan bukan sahaja memberi kelebihan untuknya untuk mendidik anak-anak. Sebaliknya daripada situ timbul idea untuk mempraktikkan pada orang luar.
“Secara tak sengaja sebenarnya saya menjadi tenaga pengajar dan akhirnya membuka sekolah. Asalnya saya mengajar dari rumah ke rumah, kemudian ada kawan tanya kenapa tak buka tadika sendiri. Disebabkan saya memang memiliki kemahiran kursus untuk pra pendidikan dan ada kawan yang memberi modal.
“Dengan izin Allah ia menjadi dan saya teruskan sehingga membuka tiga cawangan setakat ini. Tetapi fokus saya lebih kepada memberi latihan, waktu itu saya memang aktif berceramah dan uruskan bisnes. Begitu pun saya masih boleh uruskan masa dengan anak-anak memandangkan saya bekerja sendiri. Itu yang paling bagus untuk wanita yang memiliki keluarga dan anak-anak sendiri,” ulas Ustazah Hazlina sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Luar biasa dan lain dari yang lain! Sepasang pengantin mencipta kejutan dengan menggantikan kek perkahwinan tradisional dengan burger gergasi seberat 1.5 kilogram (kg) sebagai...