Hujung minggu lalu penuh di sosial media kita lihat gelagat anak-anak daftarkan diri ke universiti untuk melanjutkan pelajaran mereka. Terutamanya buat yang pertama kali duduk di asrama, macam-macam barang diangkut untuk di bawa ke sana.

Itu baru barang, belum lagi gelagat bersama kawan-kawan baru di asrama. Bagi yang sudah biasa duduk berjauhan dan pernah masuk asrama, pasti tiada masalah. Tetapi yang baru masuk asrama, berjauhan pula dengan keluarga, pasti akan cepat rasa ‘homesick’ dan rasa ‘insecure’ di tempat baru. Mana tidaknya, khuatir manalah tahu ada sesuatu yang ‘horror’ ke? Hehe!

Itulah yang terjadi pada seorang pelajar yang dikongsikan oleh rakan sebiliknya di Tiktok berkongsi gelagat rakannya yang merupakan seorang pelajar berbangsa Cina melindungi dirinya dari gangguan ‘hantu’.

IKLAN

Dek kerana takutkan identiti mistik ini, lelaki itu sanggup membuka surah Yassin di telefon pintarnya. Malah dia turut membiarkan surah Yassin yang dipasangnya itu bergema di dalam biliknya gara-gara takut dengan gangguan tersebut.

Takut Punya Pasal, Pelajar Bukan Islam Pasang Surah Yassin. Rupanya Ramai Macam Ni!

Tindakannya ini turut membuatkan pemilik video tidak henti-henti ketawa dibuatnya kerana terhibur melihat gelagat rakan sebiliknya ini. Malah dia juga memberitahu di ruangan kapsyen, ini merupakan kali pertama dia berhadapan dengan situasi ini.

IKLAN
@emadhakimiyy first time aku jumpa membe cina bukak surah yasin..🤣#fyp #fypage #fypdongggggggg ♬ original sound – emadhakimiyy

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama terhibur melihat cubaan pelajar berbangsa Cina ini melindungi dirinya. Dalam masa yang sama, ramai yang turut berkongsikan pengalaman melalui situasi yang sama dengan mereka yang bukan beragama Islam.

IKLAN

Takut Punya Pasal, Pelajar Bukan Islam Pasang Surah Yassin. Rupanya Ramai Macam Ni! Takut Punya Pasal, Pelajar Bukan Islam Pasang Surah Yassin. Rupanya Ramai Macam Ni! Takut Punya Pasal, Pelajar Bukan Islam Pasang Surah Yassin. Rupanya Ramai Macam Ni! Takut Punya Pasal, Pelajar Bukan Islam Pasang Surah Yassin. Rupanya Ramai Macam Ni!

Sumber: @emadhakimiyy

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI