Menunggu detik kelahiran adalah suatu yang mendebarkan. Bagi yang pertama kali bergelar bakal bergelar ibu bapa tentu berganda debarannya.
Lebih merisaukan apabila mak ayah di kampung tidak dapat merentas negeri dengan situasi kes yang semakin meningkat saban hari.
Tentu kita tidak mahu membahayakan kedua ibu bapa. Jadi jalan terbaik adalah melakukan urusan berpantang di rumah sendiri. Jadi sudah tentu pelbagai persiapan perlu dilakukan agar tidak kelam kabut.
Salah satu persiapan yang wajib diketahui adalah cara membersihkan uri bayi. Biasanya orang tua lebih berpengalaman perkara ini.
Biarpun tiada hukum atau hadis menjelaskan mengenai pengurusan uri namun ia merupakan anggota badan.
Jadi seeloknya dibasuh dan ditanam agar tidak menimbulkan masalah lain. Malah JAKIM sendiri mengeluarkan hukum bahawa menanam uri adalah harus.
Jadi inilah masa untuk bakal bapa tahu cara yang betul untuk membersihkannya.
1.Sediakan bahan dan perkakas lengkap.
Antara bahan untuk basuh uri yang diperlukan itu adalah :
Uri Garam Asam Jawa Kain Putih Sarung tangan Besen Topeng muka
2. Baca dengan bacaan Bismillah
Setelah siap sedia semua bahan untuk basuh uri bayi ini, Sekarang bolehlah kita mula dengan bacaan Basmalah.
3.Pakai sarung tangan dan topeng muka dahulu.
Kemudian pindahkan uri bayi daripada bungkusan ke dalam besen yang telah disediakan.
Ads
4.Lumurkan garam pada bahagian dalam uri, Setelah itu biarkan sekejap. Proses ini adalah untuk mencairkan darah yang telah beku.
5. Bersihkan darah
Sementara tunggu darah beku itu menjadi cair. Kita basuh dulu bekas plastik bungkusan uri tadi. Buat sehingga betul-betul bersih. Sebab plastik tersebut kita akan buang ke pelupusan sampah. Buang segala lebihan darah yang wujud. Bagi mengelakkan terjadinya bau busuk. Menghindari daripada menarik benda asing. Terutamanya haiwan seperti anjing, kucing dan sebagainya.
6. Cuci dengan air bersih.
Kembali semula pada uri yang telah di lumur dengan garam tadi. Saat ini alirkan air secara terus pada uri untuk melarutkan darah. Serta memisah kotoran yang ada pada uri. Gunakan juga asam jawa untuk proses ini.
7. Gosok permukaan uri secara keliling.
Dari luar ke dalam dengan menghala ke arah tali pusat.
8. Urut bahagian tali pusat hingga hujung.
Ads
Kemudian urut pula tali pusat dari pangkal hingga ke hujung. Supaya sisa darah yang ada dapat keluar melalui hujung tali pusat. Hati-hati kerana proses ini boleh buat darah terpercik ke muka.
9. Toskan sekejap
Setelah selesai langkah di atas, sekarang ini gosok pula pada bahagian dalam uri. Buat secara perlahan-lahan. Lakukan proses ini dengan lemah lembut. Bagi mengelakkan uri tidak terkoyak. Jika bahagian dalam terkoyak, dikhuatiri akan terlerai segala isi uri. Setelah siap, toskan sekejap.
10. Tunggu sebentar air turun kering
Sementara menunggu lebihan air turun, bentang kain putih untuk langkah terakhir Proses membalut ( bungkus ).
11. Bentang kain putih
Setelah uri siap ditoskan, letakkan uri di atas kain putih yang telah dibentangkan. Taburkan garam ke bahagian dalam uri secara menyeluruh. Macam yang saya tunjuk di bawah ini.
Peringatan keras! Jangan diletakkan benda asing dalam uri. Seperti paku, pensil, besi, gunting dan sebagainya. Melainkan jika ada unsur saintifik yang kukuh. Sebagai contoh meletakkan garam atau limau nipis. Bagi membantu untuk hilang bau darah atau bahan bagi uri tersebut menjadi cepat kecut.
Ads
12. Tanam uri
Alhamdulillah kita sudah pun sampai pada langkah yang terakhir, Ikatlah bungkusan uri tadi dalam bentuk bunjut dengan kemas.
Bila kita lihat orang yang berkerja sendiri dengan menjalankan perniagaan, selalu buat kita rasa cemburu.
Apa yang kita lihat dan bayangkan, betapa senang dan mewah kehidupan mereka hingga membuatkan kita ingin mengikut jejak langkah untuk berniaga dan sekali gus berhenti daripada makan gaji.
Namun realitinya, kehidupan ini pasti ada cabaran dan ujiannya. Lantaran itu, ada baiknya kita baca perkongsian daripada seorang usahawan tani ini, berkongsi kisah bila didatangi seorang sahabat bertanyakan pendapat berkenaan keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan.
Semoga kisah ini dapat membuatkan kita berfikir semula jika ada yang terlintas untuk berbuat perkara yang sama dengan sahabatnya itu.
Ini perkongsiannya.
Berhenti Kerja Dan Berniaga
Ada seorang kawan lama jumpa aku tanya pendapat. Katanya dia nak berhenti kerja dan berniaga. Katanya dia nak berkebun. Aku tenung mata dia. Aku cakap ” Ko jangan lah berhenti kerja. Kau kerja je.”
Dia pelik bila aku cakap macam tu. ” ko ingat senang!. Ko ingat berniaga ni senang dapat duit?. Kau tak boleh salah dan tak boleh leka. Kau tak boleh lambat belajar, kau tak boleh give up, kau tak boleh lemah “.
Dia cakap dengan aku ” Kau ni. Aku datang nak minta kau semangat dan motivasi. Tapi kau pandang rendah kat aku ” .
Aku senyum. Aku suka semangat tu. Aku tahu dia bersemangat Berkobar-kobar. Tapi saya takut dia kecewa. Umurnya sudah 50an. Rumahnya besar, Keretanya besar. Tapi hutangnya juga masih banyak.
Bisnes ni bukan boleh main-main.
” Aku ramai kawan. Aku boleh dapat projek gomen “. Aku senyum lagi. Jangan harap dengan kawan-kawan. Masa kita kat dalam memang senang. Tapi bila dah bisnes sendiri kita sama je dengan yang lain. Kekadang lagi rapat lagi payah nak dapat.
Kerja gomen bukan mudah. Dah siap projek belum tentu dibayar tepat waktunya. Salah-salah macam minta sedekah. Bukan semua tapi biasanya banyak macam tu. Sebab tu malas nak buat kerja-kerja libatkan LO ni. Lambat sebab tak hulur sampul. Bukan sebulan tapi ada yang sampai 3-6 bulan. Dimainkan macam bola.
“Aku nak berkebunlah”. Kata kawan tu.
Jangan…jangan… Ko ingat orang berkebun ni senang. Ko ingat boleh terus jadi. Ko ingat tanam sayur tu boleh banyak duit. Salah-salah ko jual pun tak laku. Kena mainkan pemborong je. Barang tak cantiklah.. lambakan sayurlah…
” Abis ko suruh aku buat apa? ”
Fokus Apa Yang Kita Mahir
“Macam nilah. Umur kita dah 50an kita fokus dengan apa yang kita master. Kalau ko betul nak berniaga ko jumppa aku kita duduk seharian. Kita bincang apa minat dan pengalaman ko. Tahun pertama ko jangan fikir nak untung. Ko tak boleh berjalan melancong, sabtu ahad pun kerja. Berkuli dengan diri sendiri. Ko tak boleh ikut orang lain. Kau kena cari apa yang terbaik untuk ko.
Sekarang kalau ada duit ko simpan duit tu. Ada peluang sesekali ko buat trading. Orang sekarang buat duit lebih banyak dari duit. Tak ada duit susah nak buat duit lain. ”
Asam Garam Orang Berniaga
Sebenarnya saya sengaja buat dia confius. Aku nak jati diri dia kuat betul. Sebenarnya jadi peniaga ni kena degil. Kena ada semangat melawan. Orang cina kata berniaga ni serupa berjudi. Semalam dah kalah hari ni gian nak cuba lagi. Mana tahu menang. Orang berniaga tak takut kalah. Orang berniaga suka melawan arus.
Nak berniaga tak payah tanya orang lain. Nak berhenti kerja tak payah kecoh satu negeri. Cari bahagia, kalau dah kerja baik. Tiap tahun dapat pangkat, dihormati orang, bergaji besar. Kerja je lah tak payah berhenti.
Sejap PKP ni ramai ibu bapa pening kepala memikirkan apakah aktviti yang sesuai untuk anak-anak di rumah.
Anak-anak tentu bosan asyik terperap dalam rumah dengan melakukan aktiviti yang sama tanpa keluar rumah.
Risau jika anak asyik terkurung di rumah bimbang pula masalah kemurungan di kalangan kanak-kanak. Anak pun kurang merengek apabila dapat melakukan aktiviti sebegini. Jadi apa kata buat mini playground di halaman rumah.
Menarik dengan perkongsian oleh Puan Amalina Sapar apabila menyediakan mini playgroud untuk anak-anak di halaman rumah. Lebih menarik lagi, mudah untuk memantau anak dengan selamat.
Mini playground tepi rumah
Just sharing our mini playground. Saya share gambar before after. Asalnya luar rumah fully tiles. Kami gunakan artificial grass/rumput tiruan. Memang terbaik! Bagi yang bertanya Artificial grass beli di sini.
Untuk lantai kami guna 40mm extra uv protection. Memang sesuai untuk outdoor. Rumput tebal lembut sedap dipijak. Untuk dinding kami guna 10mm. Just nice untuk grass wall.
Jadi la playground comel untuk anak-anak bermain musim pkp ni. Semoga dapat memberi manfaat.
Sedikit info tentang artificial grass yang saya guna: Rumput Tiruan Aqsa adalah kalis air, sama sekali tidak menyerap air atau menyebabkan air bertakung dan direka khas berliang supaya air boleh mengalir secara langsung melalui permukaan rumput sintetik dan terus ke permukaan yang berada dibawahnya.
Untuk outdoor carpet, boleh untuk digunakan untuk kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari dan diluar rumah. Mempunyai UV Protection yang lebih tahan. -Mempunyai 2 tahun waranti WARNA secara PERCUMA
Penjagaan: Ada yang bertanya mengenai penjagaan, rumput tiruan ini tidak boleh di kebas berat dan dah letak silicone. Cara bersihkan guna vacuum atau sapu.
Info: Kos bahagian lantan: Untuk lantai saya ambil yang tebal 40mm triple uv protection. Memang sesuai outdoor tahan hujan panas. Dalam 800+ cost.
Info: Air tak bertakung: Bawah rumput ada saluran untuk air mengalir. Air hujan terus ke bawah tak bertakung atas rumput.
Info: Lebar rumput tiruan memang fix 6.5 kaki. Tapi panjang boleh beli ikut panjang kaki ukuran yang diperlukan. Macam saya panjang 21kaki untuk yang lantai. Untuk dinding dalam 26 kaki.
Selepas
Dinding tembok mengunakan artificial grass. Untuk tampal kami guna silicone dan paku. Silicone xbond. Boleh cari di shopee atau diy. Carpet panjang 21 kaki. Boleh tengok yutube cara pasang artificial grass pada dinding. Boleh search grass wall diy.
Ramai orang menyifatkan cemburu itu merupakan tanda sayang, namun jika semua perilaku pasangan diperhatikan dan pasangan rasa dikongkong, adakah ianya masih boleh disebut sebagai sayang?
Sikap terlalu cemburu bukan sahaja dikaitkan dengan rasa tidak selamat dan takut, malah boleh membuatkan pasangan berasa kurang senang serta berasa tertekan memikirkan dirinya sentiasa dikawal ketat dan tidak bebas bergerak.
Jika seseorang itu mempunyai pasangan yang terlalu cemburu, berkemungkinan peluang keluar bersama rakan selepas waktu pejabat atau sekadar bertemu rakan lama pasti akan menimbulkan masalah besar buat individu tersebut.
Berkemungkinan juga pasangan akan mengekori untuk memastikan apakah anda benar – benar bertemu rakan lama. Tidak mustahil juga dia akan muncul di depan pasangannya dan menyuruh untuk pulang.
Seperti pasangan artis tanah air, Faezah Elai dan Heykal Hanifah juga mempunyai waktu tertentu di mana timbul perasaan cemburu terhadap satu sama lain. Tetapi bagi pasangan ini, soal cemburu bukanlah menjadi satu masalah kerana mereka beranggapan sifat cemburu tersebut itu normal dan mengganggap itu sebagai rasa cinta dan sayang antara satu sama lain.
“He is so ok with this video cause he prefer the entire world to know. Dia punya terkejut tu sambil riang ria dlm hati. He himself posted this video on his IG.
“So, stop with this “tk baik bukak aib”. Jealousy between husband and wife is normal!
Yg tk normal klu husband cemburu ngan janda rumah sebelah. Haaa tu baru aib.
Happy Father’s Day to all Fathers in the world.” Kata Faezah Elai melalui video posting keterangannya di Instagram.
Tambah beliau, apabila suaminya tiada di rumah, beliau tidak akan keluar rumah dengan penampilan yang cantik dan keluar lepak bersama rakan – rakan. Faezah Elai hanya akan keluar untuk menghantar anak ke sekolah dan membeli barang runcit sahaja kerana beliau tahu suaminya, Heykal Hanifah mempunyai sifat cemburu.
Sifat cemburu perlulah dikawal, jangan sampai sifat terlalu cemburu itu memusnahkan rumah tangga yang telah dibina bertahun lamanya. Setiap pasangan juga haruslah bijak mencari solusi agar pasangan tidak berasa cemburu antara satu smaa lain.