Jika sebelum ini daun bawang sering dibeli di kedai, apa kata kali ini ibu cuba untuk menanamnya untuk kegunaan sendiri. Bolehlah dibuat bahan penyedap rasa bila menyediakan pelbagai menu pilihan. Bayangkan, andai ingin digunakan terus petik dilaman. Alangkah segar bugarnya daun bawang tersebut.
Selain itu, untuk tujuan dimasak melalui satu perkongsian daripada Anizah Mat Ali ini juga tidak kurang mengujakan. Lihatlah, cantik juga dijadikan tanaman hiasan. Cukup kreatif!
Untuk itu, jom kita fahami teknik dan tip menanam bawang yang dikongsikan oleh Cik Pooja pula. Nampak begitu mudah dan yang penting cepat dan lebat pula daun bawang bertunas dan hanya seminggu menunggu, sudah boleh dituai.
Jom semak!
Ads
Pemilihan bawang
1.Cari bawang yang bila kita potong kepalanya, ditengah-tengahnya ada warna hijau.
2. Potong bahagian atas bawang(saya panggil bahagian kepala bawang) macam dalam pic.
3. Senang je nak tau bawang tu ada hijau ditgh² atau x, cuma:
-pilih bawang yg dah bercambah daun,potong buang daun tu n tanam…daun tu kalau dibiarpon,nnt dia bantut..
-kalau xde bawang yg bercambah,pilih bawang yg segar n elok pon dah ok…jgn tanam bawang yg dah nak busuk,nnt cepat la dia membusuk dalam tanah…
4. nnt ada la soklan diajukan,”knpa ye ada yg xbercambah²?”
Jawapannya; pokok bawang lambat bercambah sbb, xsemua bawang ada hijau ditgh² nya…kalau xcaya,try google bawang kat dapo sebjik²..
Cara tanam bawang
Ikut cara macam dalam pic..
*cara ni kita guna utk pokok bawang yg kita tanam utk kegunaan daun…
*nak tanam dalam bekas telur pon boleh,cuma kene selalu basahkan bekas telur tu selalu…
*tapi saya lebih suka tanam ditanah,lebih kukuh n cantik…
Ads
Pokok bawang usia 2 hari
kaedah penyiraman
-just spray² manja tuk lembapkan tanah je, xperlu banjirkan pasu.kang lemas bawang tu,cepat membusuk.
Siapa pernah berkunjung ke Lost World Of Tambun suatu ketika dulu mungkin dah boleh ke sana semula dalam masa terdekat ni. Konsep yang dibawakan Lost World Of Tambun sekarang ni confirm anak-anak puas hati dan teruja.
Kalau dulu ketika baru di buka, Lost World Of Tambun mungkin masih tidak lengkap dengan permainan yang diletakkan tetapi sekarang ni memang berbaloi kalau nak laburkan wang beli tiket. Hebat sangat!
Di Lost World Water Park, anda dan keluarga boleh cuba kesemua permainan berunsur air yang selamat dan menyeronokkan. Antara permainan menarik perhatian anak-anak pastinya seperti di River & Beach Garden, pantai buatan yang luas dan cukup menenangkan sambil dikelilingi oleh oleh air terjun setinggi 20 kaki. Waterfall Beach Garden, Jungle Wave Bay, juga tidak ketinggalan Sandy Bay pasti buat anda kepenatan namun puas.
Untuk anak-anak kecil, Explorabay yang menyediakan papan gelongsor untuk anak-anak bermain dengan girang. Tak perlu bimbang soal keselamatan anak-anak kerana di sini lengkap dengan kawalan keselamatan yang sempurna.
Permainan interaktif berasaskan air seperti meriam air, semburan gajah, air pancut, jendela air, baldi gergasi juga sebuah kapal lanun khas yang direka khusus pastinya buat anak-anak leka bermain. Semua ini direka dengan sistem keselamatan lengkap dan terjamin. Best kan?
Selain itu, untuk pengunjung yang lebih ekstrem, anda boleh mencuba bermain Cliff Racer, menggelongsor dengan tahap kelajuan paling maksima.
Namun untuk lebih santai, anda boleh mencuba Tube Raiders dan Adventure River yang pastinya lebih relaks untuk anda bermain.
Bosan bermain air, anda dan keluarga bolehlah mencuba permainan outdoor dan indoor yang lebih mengujakan. Rangkaian permainan yang disediakan di Lost World Amusement Park pasti buat anak-anak berebut-rebut untuk mencuba.
Lupe Adventure yang merupakan Roller Coaster pertama di Perak, pasti buat anda gembira. Antara permainan lain yang terdapat di sini adalah seperti permainan kuda muzik, Perak Parade, Giddy Galleon yang unik serta tidak ketinggalan keretapi lokomotif, Adventure Ekpress.
Menarik?
Kalau datang ke sini dah makin senang sebab anda boleh terus check in di hotelnya. Hotel di Lost World Of Tambun ini mempunyai 174 buah bilik hotel dengan 20 buah bilik Executive Suite untuk anda. Memang mewah dan cukup selesa. Apa salahnya berbelanja lebih untuk anak-anak. Sekali sekala!
Keesokkan harinya anda boleh mencuba ubah angin dengan meneroka pelbagai aktiviti lain yang lebih santai mahupun ekstrem. Di pagi hari anda boleh membawa anak-anak melihat aksi Putra, Jazz dan Azian, tiga ekor harimau yang ditempatkan di Lost World Tiger Valley.
Lepas tu, anda juga boleh bawa anak-anak belajar sejarah melombong bijih timah. Bagi pengalaman berbeza kat anak-anak. Penuh kesabaran bila waktu melombong tapi penuh ilmu.
Penat melombong, keterujaan anda pasti berganda bila mencuba pelbagai aktiviti menarik di Lost World Adventure Park. 13 High Rope Course, Para Jump, Wild Woosey serta Via Ferrataantara aktiviti yang pasti buat anak remaja anda tercabar keberaniannya.
13 High Rope Course merupakan aktiviti mendaki dengan tali yang dipasang tinggi di tengah hutan. Penuh aksi dan kemahiran individu. Via Ferrata yang merupakan aktiviti memanjat batu di bukit batu kapur memberi sedikit kelainan.
Terbang dengan kelajuan tinggi dan digantung tali untuk menyeberangi kabel sepanjang 120 meter di atas Tasik Boga pastinya meninggalkan satu kenangan yang tidak mungkin di lupakan oleh anda anda keluarga.
Petangnya ada boleh menghabiskan masa dengan melihat aksi haiwan-haiwan peliharaan di Lost World Petting Zoo. Mini zoo ini menempatkan seekor rakun bernama Ruby, Nia yang merupakan seekor ular sawa juga Wira seekor burung Green Macaw. Bukan itu sahaja malah di sini turut dipenuhi dengan haiwan eksotik dari pelbagai spesis.
Malamnya anda bolehlah melepaskan lelah dengan merendamkan tubuh di Lost World Hot Springs & Spa atau juga melakukan urutan untuk mendapatkan tubuh yang lebih relaks.
Perlu Tahu
* Lost World of Tambun di kelilingi oleh bukit batu kapur yang besar dan kekal sejak 260 juta tahun dahulu.
* Mempunyai tujuh taman keajaiban iaitu Lost World Water Park, Lost World Amusement Park, Lost World Petting Zoo, Lost World Hot Springs & Spa, Lost World Tiger Valley, Lost World Tin Valley dan juga Lost World Adventure Park.
*Di setiap kawasan disediakan lebih 10 pondok-pondok kecil untuk berteduh
*Turut mempunyai bilik persalinan dan bilik mandi, bilik khas bayi, tandas OKU juga bilik First Aid.
*Dibuka setiap hari bermula Isnin hingga Jumaat daripada jam 11 hingga 6 petang dan Sabtu Ahad, dibuka daripada jam 10 pagi hingga 6 petang.
*Mempunyai 174 buah bilik hotel
* 20 buah bilik Executive Suite untuk anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian Puan Norasmah binti Md Rani yang juga merupakan seorang surirumah dan mempunyai tiga orang anak ini mengisi masa lapangnya dengan berkebun sayur di laman rumah. Siapa sangka, dengan minatnya ini dapat juga menambah duit belanja anak-anak.
Jom baca kisah keluarga ini dan mana tahu secara tidak langsung terdetik pula di hati kita untuk bercucuk tanam bersama keluarga bagi mengisi waktu senggang yang ada.
Dulu saya juga berkerja dan setelah menjadi suri rumah sepenuh masa, itu yang buat saya tercari-cari aktiviti apa yang boleh saya lakukan untuk isi masa lapang. Jadi dengan berbekalkan minat dan pengalaman melihat sendiri mak dan abah masa dulu berkebun sayur, itu membuatkan saya juga ingin bercucuk tanam dan mula aktif sejak 3 tahun yang lalu.
Tinggal di kampung ni, bila tengok sekeliling rumah ada tanah dan kalau terbiar rumput je naik, jadi baik saya tanam sayur.
Bila kita berkebun ni, rutin harian kita lalui macam biasa sahaja untuk seorang wanita bergelar surirumah sepenuh masa. Pun begitu adalah sedikit pembahagian masa. Contohnya apa yang selalu saya lakukan, lepas hantar anak sekolah balik siram pokok. Kemudian tengok-tengok pokok kalau-kalau ada serangan serangga. Boleh dikatakan, setiap hari saya ambil masa lebih kurang 2 jam untuk kebun.
Kemudian masa untuk mengurus bahagian dalam rumah seperti mengemas dan memasak perlu saya buat sebelum anak balik dari sekolah. Kiranya tidaklah sibuk mana sangat pun, sekadar kebun keliling rumah sahaja. Memang kita orang perempuan boleh urus dengan baik.
Sokongan Suami & Anak
Minat saya ini juga mendapat sokongan daripada suami iaitu Md Norhisham bin Md Aripin dan anak-anak. Malah suami saya akan selalu tolong isi tanah dalam polistrin, dia jugalah siapkan tempat untuk saya bercucuk tanam.
Andai cili sudah banyak yang perlu dituai, suami ringan tulang mengutipnya. Begitu juga dengan anak-anak, senang cakap dengan bercucuk tanam ni kami sekeluarga saling bantu membantu dan lakukannya bersama-sama.
Idea muncul
Mula-mula timbul idea untuk lebih serius berkebun di laman rumah ni, bila sering terlihat paparan kisah di dalam surat surat khabar tentang aktiviti berkebun. Selain itu, makin bersemangat bila saya sendiri sertai group-group berkebun di media sosial.
Mula-mula saya cuba tanam tanaman asas yang selalu kita gunakan untuk memasak, contohnya seperti tanam pokok kunyit,serai dan tanam pokok kari. Kemudian sayur yang agak mudah nak hidup dan senang dijaga seperti sayur kangkung ,bayam,bendi dan terung.
Lama kelamaan mencuba pelbagai jenis tanaman dan antaranya kobis, beberapa jenis sawi, beberapa jenis terung, kangkung,pokok sup, keledek, bayam brazil, kucai, cili padi dan ada juga tanam kailan, bunga kobis, bendi,pokok ketumbar dan banyak lagi.
Tanam banyak tanaman ini bukan apa, sekadar untuk makan sendiri sahaja. Kalau ada permintaaan nak beli baru saya jual.
Tinggal di kampung biasa la harganya sekadar 2 ringgit,3 ringgit camtu saja la. Selain jual terus kepada yang mahukan sayur segar, saya banyak juga buat benih pokok untuk jualan. Contohnya pokok sup, pokok kari, pandan,kunyit dan lain-lain, bolehlah untuk buat duit poket anak sekolah.
5 Manfaat Bila Saya Bercucuk Tanam
1)isi masa lapang saya sbg suri rumah sepenuh masa 2)sayur yang saya tanam bebas dair racun merbahaya. Petik masak tanpa was-was. 3)hilangkan stress bila tengok sayur keliling rumah ada. Sejuk mata memandang 4)dapat makan sayur segar. 5)kongsi rezeki sayur dengan keluarga terdekat dan jiran serta kawan-kawan yang datang
melawat kebun.
Kata Imam al-Ghazali, “Yang singkat itu waktu, yang menipu itu dunia, yang dekat itu adalah kematian, yang besar itu adalah hawa nafsu, yang berat itu amanah, yang sulit itu adalah ikhlas, yang mudah itu adalah berbuat dosa, yang susah itu adalah bersabar, yang sering dilupa adalah bersyukur.”
Itulah hakikatnya kehidupan kita di dunia ini, begitu singkat dan kehidupan yang kekal akan kita lalui adalah kehidupan di akhirat kelak. Oleh itu, kita perlu persiapkan amalan untuk menjadi bekalan menuju ke negari abadi.
Walau ramai sedar namun ada juga yang alpa dan sebagai permulaannya biasa-biasakan melakukan perkara-perkara ibadah yang mudah disamping melakukan rutin perkara wajib sebagai orang Islam.
Antaranya mungkin boleh lakukan beberapa amalan yang mudah seperti yang yang disenaraikan oleh Khairul Ezuwan ini dalam usaha kita untuk memperbaiki diri dalam membuat persediaan hadapi kematian yang ‘datangnya’ tidak diduga.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.