Memenuhi ruang masa yang terluang kini, apa kata anda mencuba untuk menanam bayam brazil sebagaimana yang ditunjukkan caranya dengan detail di akaun Tengku Izra Paduka Tuan.
Bila tanamam hidup subur, bolehlah dijadikan hidangan sayur yang menyelerakan untuk seisi keluarga.
Jom semak.
TIPS MUDAH TANAM BAYAM BRAZIL
1) Masukkan sabut kelapa dalam polibeg berukuran 15 x 12. Paras isian cuma 1/2 atau 3/4 daripada ketinggian polibeg.
Ads
2) Kemudian, basahkan sabut terlebih dahulu hingga lencun. Jika tidak, benih akan lecur dan rosak kerana panas.
3) Racik batang pokok bayam brazil yang keras sepanjang 2 – 3 inci setiap satu.
Ads
4) Masukkan dan susun elok-elok dalam satu polibeg kira-kira 3 – 4 batang racikan tadi.
5) Gunakan baja A (botol kuning) B (botol biru) mengikut aturan bancuhan.
Caranya:
Ads
– Isikan air ke dalam baldi. Ambil 5 penutup baja A dan masukkan dalam baldi, kemudian kacau.
– Ambil 5 penutup Baja B pula dan masukkan dalam baldi, kemudian kacau.
– Guna secawan air bancuhan dalam baldi tadi dan siram pagi sekali, petang sekali.
6) Jaga elok-elok. Bacakan fatihah dan sedekahkan kepada pokok tiap-tiap hari. Jangan lupa, bercakap-cakaplah sikit sambil puji-puji pokok dan kebesaranNya.
In shaa Allah menjadi sesuci tangan sejuk pemberian Ilahi!
Banjir yang melanda pada tahun lalu sangat membuka mata ramai orang untuk siap bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Perubahan cuaca yang tidak menentu mungkin menjadi antara faktor yang mencetuskan bencana tersebut.
Pelbagai perkara yang tidak dijangka boleh terjadi sekiranya orang ramai tidak peka dengan situasi yang bakal dihadapi.
Tambah lagi setiap hujung tahun, Malaysia kebiasaannya akan menerima taburan hujan yang lebih tinggi daripada biasa hingga menyebabkan beberapa negeri bakal dilanda ‘bah’ atau banjir.
Lantaran itu, orang ramai perlu bertindak selangkah ke hadapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh terjadi, sesuai dengan pepatah Melayu “sediakan payung sebelum hujan”. Oleh itu, setiap rumah perlu mempunyai Bug Out Bag (BOB).
Apa itu BOB?
Menurut infografik yang dikongsikan oleh Berita RTM, BOB merupakan sebuah beg yang mengandungi barangan keperluan yang mampu bertahan selama 72 JAM sewaktu menghadapi krisis bencana atau keadaan yang tidak dapat dielakkan.
Persediaan ini bagi memudahkan tindakan yang lebih efektif sewaktu berlakunya kecemasan yang tidak dijangka. Sehubungan itu, BOB perlulah diletak pada tempat yang mudah dicapai.
Sewaktu berlakunya bencana yang tidak dijangka, pelbagai barangan atau dokumen penting perlu dibawa bersama termasuk pakaian, kasut, selimut, lampu suluh, bateri, kit kecemasan, ubat-ubatan, wisel, makanan tahan lama/ransum, air kit kebersihan, telefon, bateri pengecas telefon dan wang tunai.
Di samping itu, seorang pengguna Twitter, @Hfnz9 turut berkongsikan beberapa alatan lain yang turut boleh dimuatkan dalam BOB. Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Antara barang keperluan lain yang boleh dimasukkan dalam senarai BOB ialah
1. Pengecas solar, Back up kepada powerbank sewaktu bencana.
2. Meal ready to eat (MRE) sesuai kerana tarikh luput MRE panjang. Banyak dah orang jual dekat Shopee. Kalau waktu terdesak sekarang ni, beli sahaja biskut yang lama tarikh luput untuk makan ketika kecemasan.
3. Dry bag. Boleh digunakan untuk simpan barang penting seperti handphone, powerbank, dokumen penting, wallet dan juga baju yang belum digunakan. Boleh dijadikan pelampung ketika waktu memerlukan.
4. Mini stove & gas. Boleh digunakan untuk panas rangsum & air. Jika terkena hiportemia kita boleh gunakan untuk memanaskan badan.
5. Walkie talkie/radio/handy. Boleh digunakan untuk minta bantuan menggunakan frequency kecemasan yang telah ditetapkan semasa bencana. Selain itu boleh juga dengar arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa menggunakan radio.
6. Emergency blanket boleh digunakan jika ketiadaan pakaian kering. Ia berfungsi untuk memanaskan badan dan mengelakkan hiportemia/kesejukan melampau. Boleh beli dekat decathlon harga dalam RM10.
7. Life jacket penting bagi mereka yang tak reti berenang. Boleh juga kita gunakan untuk menyelamat orang lemas semasa keadaan memerlukan.
8. Lifestraw & sawyer. Kita boleh minum air banjir menggunakan penapis air ini jika keadaan memerlukan. Lifestraw atau sawyer tak tapis virus dalam air. Jadi lepas tapis, kalau tak boleh masak, purify dgn aquatabs dulu baru minum.
9. Untuk kurangkan beban pada lifestraw, buat tapisan pertama guna kain dulu utk tapis kotoran kasar mcm pasir/lumpur.
Ringkasnya, Bug Out Bag (BOB) ini sangat penting lebih-lebih lagi dalam keadaan krisis ataupun darurat kerana mampu memberikan bantuan selama 72 jam.
Sumber: BeritaRTM, Twitter @Hfnz9
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keterujaan setiap kali melihat lori dan pekerja pembersihan mengutip sampah di kawasan perumahan, siapa sangka boleh menarik minat seorang kanak-kanak lelaki untuk turut sama menjaga alam sekitar meskipun umurnya baru tiga tahun.
Zayn Asyraff Mohamad Aliff Hakim yang masih kecil dan belum pun fasih bertutur, gemar mengutip sampah dengan membawa tong sampah mini ke mana-mana sahaja dengan ditemani ibu dan bapanya.
Memetik kisah lanjut adik Zayn Asyraff di Utusan Malaysia, anak kecil ini telah dinobatkan sebagai adiwira cilik kebersihan dan kitar semula oleh SWM Environment, selari dengan tema sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan pada tahun ini iaitu Adiwira Bumi.
Difahamkan Zayn Asyraff Mohamad Aliff yang baru berumur tiga tahun itu amat teruja setiap kali melihat lori sampah milik SWM Environment Sdn. Bhd. yang mengangkut sisa buangan berhampiran rumahnya atau setiap kali berselisih dengan kenderaan berat itu.
Teruja Bila Belikan Permainan Tong Sampah
Ibunya, Norfaizah Mohd. Esa, 28, berkata, anak sulungnya itu memang gemar mengutip sampah dan sikap terpuji anaknya itu dikesan sejak berusia setahun lapan bulan terutamanya apabila melihat lori sampah berkenaan.
“Sejak kecil bila nampak lori sampah saya akan tunjuk kepadanya sehinggakan satu masa jika saya tidak buka pintu tunjuk lori sampah yang datang dia akan menangis. Dia sangat teruja bila melihat lori mengangkat tong sampah untuk dimasukkan ke dalam lori.
“Bahkan kami lihat minatnya terus mendalam bila suami, Mohamad Aliff Hakim Jais, 29, ketika membelikan mainan biasa untuk Zayn Asyraff namun dia akan mudah jemu. Tetapi selepas kami belikan dia permainan tong sampah kecil ternyata dia amat menyukainya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Norfaizah berkata, setakat ini Zayn Asyraff memiliki tiga koleksi tong sampah kecil dan juga lori sampah kecil dengan salah satunya yang berwarna hitam akan dibawa ke mana-mana sahaja termasuk ketika ke rumah pengasuh.
Lihat Dari Sudut Positif
Tambah ibu kepada dua orang cahaya mata itu, pada awalnya memang dia agak pelik dengan minat anaknya itu namun memandang perkara itu dari sudut positif.
“Biasanya bila kami pergi berjalan-jalan atau bercuti dia tidak bermain sebaliknya dia akan berlari cari sampah lebih-lebih lagi bila nampak tong sampah yang disediakan ada sahaja sampah yang hendak dibuang.
“Kami memandang minatnya dari sudut yang positif mungkin kerana mana tahu satu hari nanti dia boleh menjadi kontraktor untuk sistem sisa pepejal.
“Maka sebagai ibu bapa kami tidak halang minat anak bahkan mendorong apa yang dia minati dan mahu menjadi pendorong kepada masyarakat di luar untuk sama-sama mengutamakan kebersihan,” katanya.
Tauladan Kepada Umum
Sementara itu, Pengurus Kawasan Servis Johor Selatan 2, SWM Environment, Mohd. Asriff Samion berkata, pihaknya merasa amat dihargai kerana tugasan kakitangan dalam menguruskan sisa pepejal menjadi daya tarikan minat kanak-kanak seperti Zayn Asyraff.
Katanya bagi memenuhi dan melengkapi minat kanak-kanak tersebut, pekerja SWM Environment juga telah singgah ke rumahnya untuk mempamerkan proses pengendalian tong sampah beroda bersama lori kompaktor.
“Adik Asyraff adalah suri teladan kepada kanak-kanak dan masyarakat umum tentang penjagaan kebersihan dan penggunaan tong sampah secara tertib serta selari dengan Kempen Buang Sampah Ke Dalam Tong Sampah yang SWM Environment jalankan.
“SWM Environment juga kagum dengan keupayaan adik Asyraff yang sudah mengenali konsep kitar semula. Oleh itu, selari dengan tema sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan pada tahun ini iaitu Adiwira Bumi, SWM Environment mengiktiraf adik Zayn Asyraff sebagai adiwira cilik kebersihan dan kitar semula,” katanya.
Mempunyai hobi bercucuk tanam, pasti berpuas hati jika sampai masanya untuk menuai hasilnya.
Apatah lagi, jika hasil tuaian terlihat segar dan besar-besar seperti cili merah ini.
Jadi sebelum dapat tuai hasil seperti itu, kenalah tahu cara untuk menyemai benih dan menanamnya.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian penuh daripada Saudara Mohd Shaifful ini. Jom semak.
Petik terus depan rumah
Jom saya tunjuk kan cara tanam : Hibrid CILI Besar Lebat F1
Langkah 1 :
✔Sebelum menyemai, kita perlu membuat proses rendaman biji benih. Proses ini dilakukan selama 8jam atau 1malam .
✔Tujuan rendam iuntuk melembutkan kulit luaran benih cili supaya mudah bercambah supaya akar baru akan muncul dengan pantas.
✔Seelok nya gunakan air yang tiada klorin seperti air sungai , air telaga. Jika tiada gunakan saja air paip.
Langkah 2 :
✔Kering kan benih yang sudah di rendam mengunakan penapis , kertas atau tisu.
✔Tujuan kering supaya mudah untuk disemai. Benih mudah di kendalikan.
Langkah 3 :
✔Sediakan tapak semaian seperti tray atau bekas kecil untuk semaian. Gunakkan peatmos/ sabut kelapa hancur untuk menyemai benih.
✔Anda juga boleh gunakan tanah organik atau topnsoil.
Langkah 4 :
✔Buat lubang mengunakan kayu atau jari tangan. Jangan terlalu dalam.
✔Jangan terlalu cetek. Letak benih ke dalam lubang di tray setiap lubang 1 biji.
Langkah 5 :
✔Setelah disemai, kambus dan siram dengan air. Siram dengam semburan halus atau dengan cara yang lembut.
✔Jangan siram sampai medium semaian terkeluar dari tray atau bekas.
Langkah 6 :
✔Alihkan tray atau bekas semai tempat redup. Sungkup dengan plastik hitam ke seluruhan selama 3 ke 5 hari.
✔Hari ke 3-5 benih sudah bercambah. Anda boleh mengalih kan sungkupan plastik hitam tadi.
Langkah 7 :
✔Benih yang bercambah akan mengeluarkan 2helai daun. Alih kan benih ke kawasan yg menerima cahaya matahari tetapi jangan letak bawah cahaya matahari secara terus.
✔Siram pagi dan petang. Letak di tepi rumah atau pakai net hitam.
Langkah 8 :
✔Selepas benih berusia 1 minggu baja dengan baja subur dengan kuantiti yang sedikit(beberapa biji) pada setiap pokok dalam tray. Boleh jiga guna baja organik.
✔Setelah usia 2minggu atau benih ada 3 ke 6 helai daun. Boleh alih kan ke pasu,polybeg atau atas tanah.
Langkah 9 :
✔Baja pokok setiap 1 minggu atau 2minggu sekali.
✔Untuk pokok yg bebas dari serangan penyakit dan serangga, sembur racun organik seminggu sekali.
✔Jika pokok sudah mula berbunga, taburkan baja buah untuk melebatkan buah.
✔Jika anda mnggunakan baja biji npk , stop baja bila pokok berbuah, untuk mengelak buah gugur.
Aplikasi Nuramma ciptaan mahasiswa Indonesia, Ali An Nuur, menggunakan teknologi AI untuk membantu kanak-kanak menghafal Al-Quran. Inovasi ini turut melayakkan beliau memenangi Apple Swift Student Challenge 2026.