Tanam Bayam Tanpa Tanah. Sesiapa Pun Boleh Cuba!

Share

Jika ditahun baharu ini  ada yang berazam untuk lebih jimat dalam belanja dapur, apa kata mulakan dengan menanam sayur-sayuran di rumah.

Selain berjimat,  anda juga akan mempunyai hobi baharu untuk mengisi masa terluang dengan menanam pelbagai jenis tanaman lain.  Paling seronoknya juga  bila hendak makan sayur, terus petik dan sedia untuk dimasak!

Menariknya mengenai tanaman bayam ini,  ia tidak memerlukan tanah dan amat mudah penjagaannya.  Ingin ketahui caranya,  jom semak.

Bahan-bahan:

Biji benih, tapis, baldi, span aquarium dan sabut hancur.

Langkah 1 : Tebuk bahagian bawah tapis seperti ini.

 

Langkah 2 : Letakkan penapis dalam baldi dan tandakan seperti di dalam gambar untuk membentuk lubang overflow.

Info : Lubang overflow untuk mengelakkan air belebihan bertakung di dalam medium sabut.

 

Langkah 3 : Masukkan span aquarium seperti ini untuk hubungkan dengan air baja dan medium sabut.

Manakala bahagian dalam penapis buat begini.

 

Langkah 4 : Masukkan sabut hancur.

 

Langkah 5 : Taburkan benih bayam dan sembur dengan sedikit air. Kemudian tutup dan biarkan selama 2 hari.

Langkah 6: Bila hari ke 5 akan tumbuh daun,  dedahkan pada cahaya dan mula isi baldi bersama air baja.

info : Keadaan tanaman bayam pada hari ke 3.

sumber :EuzieByna via Fasa Green Agro

 

 

 

 

IKLAN