Tanam Cili Guna Benih Dari Cili Kering Je, Memang Boleh & Ni Stepnya!

Share

Boleh dikatakan hari-hari kita akan menyediakan masakan yang menggunakan cili. Sama ada masak untuk hidangan jenis berkuah, tumis dan sebagainya.

Bahkan kebiasaannya sekurang-kurang dalam sebulan, sekali kita akan buat stok kisaran cili kering untuk tujuan memudahkan digunakan ketika memasak. Sekali gus tanpa perlu lagi mengisar ramuan cili setiap kali memasak.

Menyentuh tentang proses membuat stok kisaran cili kering tersebut, umumnya bijinya akan kita buang begitu sahaja. Tetapi tahukah anda, ia boleh disemai dan telah ramai mencubanya. Ternyata pokok semaian cili dapat hidup segar dan menghasilkan buah yang lebat.

Jika masih ragu-ragu, ikuti perkongsian beberapa orang yang telah mencubanya. Jom baca.


Tanam cili benih dari cili kering jer..Tu, cili kering yang buat masak tu

Sis biasanya blend cili kering banyak-banyak buat stok. Masa potong-potong cili kering tu banyak biji cili keluar…

Biji cili yang tu lah buat benih. Caranya basahkan tisu, lipat 2 tisu tu.Letak biji cili dalam tu.

Buh dalam bekas, letak tempat gelap. Dah 2 hari tengok mana yang dah cambah, semai. Tunggu dah ada 3 – 4 helai daun pindahkan…

Itu jer, nk seribu daya…

Sumber : Noor Akma

Begitu juga dengan Lebai Kudin memilih untuk menyemai cili menggunakan cili kering.

“Cili kering kerinting pedas yakmat beli kat kedai. Tanam dalam polybag 1.6.2020. Dah nampak bunga dan putik. Semoga buah cili membesar jadi anak yang soleh errkk… dan matang dengan sempurna”

Sumber : Lebai Kudin

Bahkan melalui perkongsian Nor Haida Mohamad Yahaya yang menanam pelbagai jenis cili hanya menggunakan lebihan cili untuk disemai.

Bukan sahaja cili kering bahkan cili padi, cili besar dan cili benggala dengan menggunakan teknik yang sama. Ini perkongsiannya.

Tips
Menanam cara super mudah Aina dan Ummi‍
Jom tanam cili berskala ‘kiut-miut’ untuk dapur kita, jom.

Hari ini ummi aina kongsi cara kami semai biji cili. Setakat ni memang tak pernah beli biji benih cabai, guna je lebihan biji cili masa memasak tu iaitu cili api, cili besar, cili kering, cili benggala.

Caranya mudah sangat.
1. Ambik je beberapa biji cili letak atas tisu dapur dan lembapkan. Jika tak sempat nak semai 3,4 hari pun takpe

2. Isi cocopeat dan sedikit tanah dalam bekas semaian. Spray bagi lembap. Ummi guna bekas buah²an yang beli kat pasaraya. Kitar semula. Memang takde bekas semaian pun

3. Letak terus tisu yang ada biji benih tu. Tabur sikit cocopeat menutupi tisu. Tutup bekas. Tak perlu siram. Kondensasi air cukup dah. Kali ni ni kami tagging tarikh yeyyy. 18/7/2020
Siap!

Biasanya dalam tempoh seminggu mula nampak anak pokok kecil.
Dah agak besar, boleh pindahkan ke bekas lain seperti cawan plastik, pasu, polybag atau terus ke tanah

Tengok buah cili kat pokok pun seronok, apatah lagi hasil tanam sendiri kan

Sumber : Nor Haida Mohamad Yahaya

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Atau boleh juga beli biji benih cili secara online disini

IKLAN