Tanam Dalam Zip Lock, 2 Minggu Dah Berakar. NI Cara Mudah Semai Pokok Bunga Ni!

Share

Menanam pokok bunga bukan sahaja buat ruang laman  nampak cantik malah menjadi terapi untuk kita seisi keluarga.

Mempelbagaikan koleksi pokok-pokok yang ada ditanam, apa kata anda semai pokok dari jenis fittonia yang mudah dibiakkan ini.

Selain sekadar dicucuk menggunakan keratan batang, ada teknik lebih mudah yang boleh dipraktikkan untuk pastikan keratan batang tersebut cepat berakar.

PROPAGATING FITTONIA….

Saya nak share cara saya biakkan fittonia…Alhamdulillah fittonia ni sangat serasi dengan saya… semua sedia maklum fittonia ni cepat membiak..merimbun…atau meninggi..

Untuk potong keratan…pilih bahagian batang yang keras.

Kemudian…tanam sahaja di tanah baru yang mana kita nak.. dan siram…siram guna spray je senang bagi tanah basah…

Lepas tu masukkan pot ke dalam plastik zip lock dan zip lock sentiasa…dan letak di tempat yg tak kena cahaya matahari yg direct… boleh buka zip lock utk siram sekali sehari atau 2 hari sekali.. biar pokok dalam plastik zip lock sentiasa..

Saya buat mcm ni dalam tempoh tak sampai 2 minggu… hari ni try tengok dah berakar setiap keratan…

Cara saya jaga fittonia2 saya hanya siram sekali sehari atau 2 hari sekali guna spray je bagi tanah basah dan spray daun2 sekali.. pernah letak baja masa mula2 beli dulu je… seingatnya sekali… bila dah merimbun saya tak letak baja pun…

Sumber : Waziah Rasidi

 

 

IKLAN