Slogan pertanian adalah perniagaan, merupakan slogan yang sering kita dengar dan ramai telah membuktikannya. Malalui aktiviti bercucuk tanam telah memberi peluang perniagaan yang menguntungkan hingga mampu melebihi keperluan sara hidup untuk seisi keluarga.
Bahkan bila dicongak-congak pendapatan bulanan seorang petani boleh setanding malah melebihi jumlahnya daripada seseorang yang makan gaji.
Ini sebagaimana yang didedahkan oleh Ribwan Ayob, berkongsi pengalaman sendiri dan apa yang dirasakan dengan 20 tahun dalam perniagaan, sebagai bandingan.
Ini perkongsiannya.
Tanam Tanam durian sebagai kerjaya lepasan universiti. 2 ekar tanah sahaja boleh tanam 100 pokok. Selepas 5 tahun dah mula berbuah.
+ sepokok boleh hasilkan minima rm 2k
+ 100 pokok = rm 200k
+ purata sebulan = rm 16k
+ maksima kos pekerja, racun, baja = rm 6k
Bersih sebulan rm 10k = jawatan apa yang boleh beri gaji 10k?
Usia 10 tahun = hasil rm 5k/pokok
Usia 15 tahun = hasil rm 10k/pokok
dan seterusnya…
Boleh cuba pada tanah orang tua di kampung atau sewa saja tanah sebagai percubaan. Jika beli tanah pun bagus sebab hartanah tak akan turun harga, boleh jual semula.
Tanam durian lebih mudah dan sangat jimat kos berbanding niaga biasa. Baik dari segi wang mahu pun karenah sakit kepala.
Photo by Mufid Majnun on Unsplash
Sebelum pokok durian matang…. boleh usahakan tanah antara ruang pokok durian sebagai hasil jangka pendek tampung kos bulanan.
1. semai dan jual anak durian penanti.
2. semai dan kawin pokok klon.
Fokus dua perkara ini pun sudah cukup bagus. Ini belum ambilkira tanam pisang, avocado, ubi dan macam macam lagi.
Ads
Anak muda boleh berfikir secara serius potensi bidang ini. Ada yang akan nampak macam ‘sembang gajah pun boleh terbang’. Ada yang melihatnya sebagai peluang untuk diteliti… terpulang.
Sekadar perkongsian apa yang dibuat, pengalaman sendiri dan apa yang dirasakan dengan 20 tahun dalam niaga, sebagai bandingan.
Meninjau di ruangan komen menurut Masidah Binti Mat Nasir, “Saya setuju. Tetapi, tak ramai anak muda yang suka. Jika boleh undur masa, lepas abis U dulu, saya terus tanam durian atau ceburi bidang pertanian. Ramai masih tak nampak. Maklumlah, berpanas, bukan dalam aircond.”
Manakala menurut Abdul Ghopar Zakarian Ansari , tulisnya “Orang lain sedang mengikut trending menukar tanah kebun menjadi campsite.
“Saya menongkah arus transformasi tanah kebun milik bapa dengan tanaman durian yang tersusun. Keluasan hampir 2 ekar jumlah pokok mengikut spesifikasi jarak yang dicadangkan oleh Jabatan Pertanian maksimum boleh masuk 50 pokok.”
Namun Afnaz Ayub Amin pula menyatakan pandangannya, berkenaan tanah. Ujarnya, “Kalau anak org kaya ada wasiatkan tanah berekar2 boleh la…klu tanah peninggalan org tua tp seekar je adik beradik ramai..makan gaji mudah.”
Ads
Apa yang pasti lain orang lain pandangannya, namun apa yang pasti berbudi pada tanah pasti ada pulangannya.
Kehidupan berumah tangga adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Peluang meletakkan diri dalam kehidupan ini adalah perkongsian paling bermakna untuk kedua-duanya apa lagi bagi seorang wanita. Di sayangi dan dicintai seorang yang bergelar suami pastinya memberikan seribu makna dalam kehidupan hakiki. Apa lagi jika memperolehi kehidupan rumah tangga yang sakinah?
Bagaimana memperoleh kehidupan sakinah yang dimaksudkan ini? Kaut ilmu sebanyak mungkin dan lengkapkan ilmu di dada agar mengukuhkan lagi kehidupan berumah tangga anda.
Kehidupan rumah tangga yang bahagia, sejahtera, tenteram, aman dan tenang inilah yang dinamakan rumah tangga sakinah. Kebahagiaan yang dikecap ini dibangunkan atas rasa cinta dan kasih sayang daripada keduanya yang saling memberi dan menerima. Tanpa ‘rasa’ ini, hakikatnya hubungan suami isteri pasti terasa hambar. Tips di bawah perlu anda ketahui bagi mencari erti sakinah yang sebenar.
Sentiasa Dalam Redha Allah
Perkara paling asas adalah mencari redha Allah S.W.T. Mencari keredhaan Allah ini haruslah berlandaskan ke jalan Allah. Set kan minda anda agar hubungan suami isteri anda diulit dengan penerapan nilai-nilai agama dan meninggalkan apa jua larangan yang sudah termaktub. Mengingatkan sesama pasangan akan sesuatu yang dilakukan kepada jalan Allah atau misalnya mengingatkan solat lima waktu menjadi keutamaan dalam perhubungan walaupun hanya sekadar pesanan mesej ringkas daripada anda untuk suami. Ingatkan bahawa apa yang anda lakukan, pastinya kerana Allah. Sentiasa jadikan Allah sebagai permulaan hari anda berdua.
Pupuk Rasa Cinta
Kehidupan yang sakinah adalah suatu kehidupan yang dilandasi ‘mawaddah warohmah’ iaitu rasa cinta dan kasih sayang daripada Allah. Sentiasalah memupuk rasa kasih dan cinta ini pada pasangan anda. Bagaimana? Ungkapan bermakna seperti ‘saya cinta awak’, ‘saya sayang awak’ dan ‘rindu’ adalah perkataan keramat yang sentiasa anda perlu zahirkan. Jangan malu untuk mengungkapnya. Mesej-mesej cinta perlu anda lakukan saban hari supaya hati sentiasa berbunga. Panggilan manja seperti ‘sayang’ juga membantu buat anda rasa lebih disayangi.
Tenang Dengan Zikir
Tidak hanya berusaha memupuk rasa cinta dan sayang, anda sendiri harus mencari ketenangan kendiri dahulu. Berzikir dan menimba ilmu agama adalah kunci ketenangan diri. Ajak suami untuk berzikir bersama anda kala sedang memandu atau dalam apa jua yang anda lakukan. Sesekali ajakan ke masjid mendengar tazkirah bersama suami nyata buat hubungan lebih akrab daripada biasa. Anda juga punya lebih masa bersama.
Usaha Mencari Kegembiraan
Kegembiraan tidak datang sendiri jika bukan anda yang mencoraknya. Berusaha untuk bercuti bersama sahaja tanpa ditemani si kecil. Lokasi bulan madu anda selepas berkahwin adalah tempat paling disyorkan untuk mengimbau detik bersama. Cari ketenangan anda di sini dan ulit kisah cinta anda berdua. Tenang dan gembira, itulah kunci kebahagiaan.
Elakkan Pergaduhan
Rumah tangga yang aman damai adalah kehidupan sakinah yang anda cari. Bukan rumah tangga namanya jika bukan dilanda badai. Pun begitu usah biarkan ombak dan badai berpanjangan. Beri masa beberapa detik untuk anda mencari jalan kemudian berbaiklah semula dengan pasangan. Cuba fikirkan masa gembira anda bersamanya. Manis bukan? Redakan kemarahan dengan membeli belah atau menjamah beberapa biji kuih-muih untuk hormon anda berjalan dengan baik. Kemudian hantarlah mesej pesanan ringkas tanda kemaafan anda. Biar ringkas ia sudah memadai.
Saling Bantu Membantu
Ikatan yang dibina tidak hanya kukuh jika daripada sebelah pihak sahaja. Elakkan timbulnya perkara berbangkit dan sikap lepas tangan dalam hubungan. Saling bantu membantu dalam apa jua perkara antara elemen paling penting membentuk kesejahteraan rumah tangga. Ambil masa untuk membantu isteri menguruskan anak-anak atau mempersiapkan urusan rumah tangga. Begitu juga dengan isteri yang membantu jika suami dilanda masalah tempat kerja. Manis bukan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika disuruh merebus telur, rasanya semua memang boleh lakukannnya. Malah anak kita bersekolah rendah pun boleh disuruh untuk merebus telur.
Namun jika diminta untuk mengupas kulit telur tersebut, dan pastikan setelah dikupas elok dan licin bentuk telur tersebut itu belum tentu kita yang dewasa ini dapat lakukan apatah lagi jika anak-anak kita.
Terfikir juga, mungkin ada petua hendak pastikan proses mengupas kulit telur lebih mudah cepat, pantas dan hasilnya pun tip top?
Siapa sangka, Puan Waheeda Basiron telah pun berkongsi di facebooknya cara-cara memastikan telur lebih mudah dikupas. Jom kita cuba.
Hari ni Kek Da tak nak share resepi. Nak share #tips cara rebus telur supaya mudah untuk kupas tanpa cacat cela. Mudah je ..
Cara-caranya:
1. Basuh telur bersih-bersih dan masukkan terus dalam periuk. Tambahkan air.
2. Tak perlu air mendidih baru nak masuk telurnya. Terus masukkan sahaja.
3. Masukkan sesudu garam dan campurkan sesudu minyak masak.
4. Rebus lebih kurang 15 hingga 20 minit, sehingga air menggelegak.
5. Rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas dan boleh terus dikupas.
SIAP!
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
sumber: Waheeda Basiron via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi yang mengikuti laman sosial isteri kepada pelakon aksi Adam Corrie, Fazema Mohd Fuad semestinya akan perasan perubahan tubuh badannya yang semakin susut.
Namun, walaupun kelihatan susut, Fazema atau lebih mesra dipanggil Fazi mengatakan ada kepayahan untuk disebalik kejayaannya menurunkan berat badan iaitu selepas disahkan menghidap PCOS atau nama penuhnya Sindrom Polisistik Ovari.
Akui Fazi, wanita yang mengalami masalah itu akan sukar hendak menurunkan berat badan lebih-lebih lagi seperti di usianya yang berada di pertengahan 40-an.
“Orang ada PCOS ni memang payah turun berat badan. tambah-tambah dah berusia pertengahan 40an.
“Saya cuba apa-apa pun pipi mak (saya) memang bulat macam tomato tak kisahlah kurus ke gemok,” katanya di kapsyen video yang dikongsinya di laman Instagramnya baru-baru ini.
Malah, dalam video yang dimuat naik itu tertulis dua situasi yang sering diajukan kepadanya sejak kurus.
Situasi pertama, pertanyaan tentang kurus kerana sakit, namun Fazi menjawab bahawa dia hanya mahu lebih sihat.
“Tak sakit tapi cuma nak jaga kesihatan. Terima kasih ambil berat,” jawabnya.
Situasi kedua, ada yang meminta Fazi untuk berkongsi tip kurus di mana dia berjaya menurunkan berat sehingga 16 kilogram (kg) dalam masa 3 bulan.
“Saya buat brisk walk setiap hari, kalori defisit dan tidur awal.
“Alhamdulilah tiga bulan turun 16kg,” dedahnya.
Fazi dan Adam dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee yang kini berusia empat tahun selepas 10 tahun penantian.