Tanam Ketumbar Bila Buat Begini Kali Kedua, Baru Menjadi. Wanita Ni Kongsikan Boleh Follow!

Share

Berkali-kali mencuba untuk menanam pokok ketumbar namun jika masih belum berjaya, jangan putus asa. Apa kata cuba teknik yang dikongsikan oleh wanita ini.

Ini memandangkan percubaan kali pertama menyemai benih dari biji ketumbar yang ditanam secara langsung tidak berhasil, dicubanya teknik berbeza dan nyata biji ketumbar yang disemai hidup dan subur.

Begini caranya dan boleh follow.

Perkongsian untuk rakan-rakan yang masih belum berjaya tanam ketumbar

Kali pertama saya tabur terus benih sebiji2 – gagal!Tak nampak bayang tumbuh.

 

Kali kedua, pecah2 kan sikit benih dan tabur (tak rendam pun) Alhamdulilah jadi.

Yg ini saya semai terus dalam pot. Biar je dia kat situ.
Ada satu pasu yg dialihkan dari tray semaian tak sampai seminggu innalillah.

Kesimpulannya:
1. Pecah2 kan sikit biji benihnya
2. Semai terus dalam pasu/polybag tak payah alih2.

 

Sumber : Nina Diana

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN