Tanam Kobis Satu Pokok Satu Pasu, Nampak Cantik & Senang Nak Ubah. Begini Cara Tanamnya!

Share

Memenuhi masa terluang di rumah sebenarnya banyak perkara boleh kita lakukan bersama seisi keluarga.

Mungkin jika ada yang buntu, apa kata mencuba untuk bertanam sayur-sayuran di laman rumah.
​​​​Banyak jenis sayur boleh ditanam dan menarik untuk dicuba seperti tanam kobis bulat umpamanya.

Bayangkan dengan melihat pokok kobis hidup segar seakan kumtuman bunga hijau yang bersaiz giant memang nampak cukup mengujakan.

Bahkan dengan menanam kobis secara tidak langsung mencantikkan landskap kediaman dengan gaya yang tersendiri.

Jadi, untuk realisasikan impian memiliki laman dihiasi pokok kobis yang memukau jom ketahui langkah demi langkah menanamnya seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Maimun Jusoh.

STEP 1
Dapatkan biji benih dari nursery atau sumber tertentu. Tabur dalam bekas ssperti ini. Siram setiap hari dan usia 3 minggu dah boleh alih ke pasu.

STEP 2
1 pokok 1 pasu gunakan tanah hitam, siram 2 kali sehari. Pastikan tanah sentiasa lembab. Direct matahari ok je. Guna baja organik 2 kali seminggu. Tabur je dalam pasu tu.

STEP 3
Dah besar dah dia, 6 minggu pastikan dibuang daun-daunnya bahahian bawah yang dah kuning-kuning tu. Jimat baja. Boleh letakkan rumput yang dimesin untuk kekalkan kelembapan tanah.

STEP 4
Boleh tanam di dalam pasu juga atau di atas tanah sekiranya ruang cukup.

STEP 5
Setelah 3 bulan, hijau dan subur. Pastikan air cukup untuk pembesaran buah,nanti isinya pejal dan crunchy. Sedap.

STEP 6
Haa …tanam banyak-banyak dalam pasu. Ubah suai ikut ruang yang ada di rumah. Cantik sahaja dipandangan mata.

 

Sumber : Maimun Jusoh

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

​​​​​

IKLAN