Bercucuk tanam sayur-sayuran memang menyeronokkan, lebih-lebih lagi ketika hendak menuai hasilnya. Pasti terasa puas hati, hilang terus rasa penat. Pun begitu, tidak semua boleh bercucuk tanam. Apatah lagi jika tinggal di kawasan perumahan yang sudah pastinya ruang tanah adalah terhad.
Tapi tidak bagi Puan Emma Azie Aziz, baginya walau ruang tanah dikediamannya terhad namun sejak enam bulan lalu telah pelbagai jenis tanaman diusahakannya. Tambah menarik perhatian, sayur-sayuran yang ditanam nampak begitu subur.
Nak tahu bagaimana tipsnya, ikuti perkongsian ini.
Siapa seperti saya tinggal rumah teres macam-macam sayur nak tanam, 6 bulan yang lalu saya suka tanam bunga.. Suami perli, tanam bunga bukan boleh di makan..akhirnya inilah hasilnya sayuran silih berganti.
Ads
Baja guna baja organik buat sendiri. Kangkung + ikan + gula merah peram 2 minggu dah boleh guna.. Nak cantik biar sebulan..
Ads
Cara guna :
pertama: 10 ml 1 litter air..siram atas tanah..
Ads
Kedua : Bancuh 5 ml 1 liter air spray keseluruhan pokok seminggu sekali.. Letak baja organik sebulan sekali
Media tanam saya buat sendiri daun-daun kering dan sisa-sisa dapur letak paling bawah sebab nak tunggu jadi kompos jenuh tunggu bahagian atas letak tanah hitam yang dah jadi tanah kompos.
sumber : Emma Azie Aziz via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kadang isteri tak perlukan kemewahan, cukup hanya beri perhatian dan membahagiakannya. Begitu lah yang dipaparkan oleh lelaki ini, menerusi facebooknya, Akhtar Syamir yang cuba memenuhi permintaan isterinya baru-baru ini.
Biarpun ia nampak biasa-biasa aje tapi perbuatan suami ini membuatkan isteri berasa dihargai suami. Ikuti selanjutnya perkongsiannya.
Kenapa saya sanggup berbuka puasa dengan kurma sahaja di saat orang di meja sekeliling sedang makan dengan berselera? Kisahnya begini. Beberapa hari lepas adik saya di Seri Kembangan tidak sihat. Jadi, saya tolong hantar dia ke Hospital kerana dia demam dan batuk kuat. Jadi di Hospital dia dinasihatkan buat Covid19 punya test. Jadi, dalam 2 jam baru dapat keputusan. Selesai urusan di Hospital, saya pun hantar dia pulang semula kerana keputusannya negatif dan Doktor kata tidak perlu masuk wad hanya diberi ubat dan antibiotik.
Sudah hampir jam 6 pada waktu itu. Saya pun singgah ke KFC belikan dia dan Umi untuk berbuka. Mereka berdua tinggal di rumah yang sama. Saya tinggal di Puchong. Pada waktu itu saya berkejar juga sebenarnya kerana isteri saya teringin nak makan nasi Arab. Saya kalau bab isteri teringin nak makan apa-apa ni memang saya akan usahakan. Bukan sahaja masa mengandung saya jaga makan dia, masa biasa pun saya sentiasa cuba realisasikan keinginan dia. Sebab makan ni boleh buat orang gembira dengan cepat. Terutamanya bila dapat apa yang diingini.
HARGAI ISTERI
Tapi kenapa saya bersungguh-sungguh walaupun dah lewat? Dia pun ada cakap, dah lewat, tak perlulah beli. “Sayang boleh masak nasik” katanya. Kerana setiap hari dia sediakan makan untuk saya berbuka dan bersahur. Dia pun puasa juga. Dengan menjaga anak-anak di rumah dan buat kerja rumah. Sudah tentu ada masa dia penat dan tak larat nak masak.
Inilah sebabnya saya tetap usahakan jugak. Jam 6:30 saya di kedai nasi Arab dan mula order. Pada waktu itu, hanya ada 2 keluarga yang sudah duduk menunggu waktu berbuka. Tepat jam 7:20 petang, saya pun berbuka dengan kurma sambil dikelilingi meja-meja yang penuh dengan keluarga masing-masing.
Sedap pulak kurma kat depan mata masa tu. Selalunya saya makan sebiji je kurma untuk berbuka. Haritu sampai 5-6 biji habis. Nak order air rasa macam tak berbaloi pula sebab ingatkan order dah nak siap. Isteri saya rasa bersalah, tapi saya sebenarnya yang berkeras. Saya cakap jangan risau. Yang saya risaukan sebenarnya takut mereka yang lapar kat rumah.
Akhirnya dekat pukul 8 baru siap. Saya terus bergegas pulang, yang duduk makan tadi pun ramai yang dah selesai makan. Sampai di rumah, terus saya bersihkan diri dan Solat Maghrib. Mereka dan makan sikit untuk alas perut. Lepas Isyak baru kami makan bersama. Seronok tengok isteri dapat makan apa yang dia hajati. Sekurang-kurangnya hari itu dia tidak penat dan puas. Ini juga boleh dijadikan sebagai tanda terima kasih atas apa yang telah dilakukan untuk saya dan keluarga.
ISTERI TABUNG TENAGA DAN KEGEMBIRAAN Saya selalu bayangkan yang isteri ini ada satu tabung tenaga dan kegembiraan. Semakin lama, ia akan semakin berkurang. Tugas suamilah untuk isi tabung itu supaya kembali penuh.
Saya pasti ramai para suami seperti ini. Kita kena perlu dengar. Ada kalanya mereka cakap sekali sahaja. Ada kalanya mereka selitkan hasrat di dalam perbualan. Rugi kalau kita tak perasan.
Tak semua isteri mampu atau mahu sentiasa berterus terang. Ada kalanya mereka malu. Ada kalanya mereka segan. Tapi yang sedihnya, ada kalanya mereka takut. Janganlah kita sampai ke tahap yang terakhir itu. Semoga bermanfaat.
Sumber: Akhtar Syamir
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkahwinan membuka pintu rezeki bagi pasangan suami isteri. Namun jangan ingat rezeki tu duit je. Hati senang pun rezeki. Isteri yang baik dan solehah pun rezeki. Walaupun tak banyak duit tetapi sentiasa rasa cukup.
Ingat lagi bila kami baru berkahwin. Duk rumah sewa. Beli dapur, beli peti ais, beli tilam, beli barang yang penting saja dulu. Benda tak penting macam TV, meja makan, sofa semua tu kami tak beli.
Bulan ni beli peti sejuk. Kumpul duit beli pula mesin basuh. Beli satu-satu. Masa mula duk rumah sewa tu, beli yang mana perlu je dulu. Bukan beli peti ais, mesin basuh sekaligus. Beli sikit-sikit. Dah la rumah sewa kat sini boleh tahan harganya. Tiket flight nak balik kampung lagi. Memang banyak nak guna duit.
Memang perkahwinan membuka pintu rezeki. Kau jangan ingat rezeki tu duit je. Hati senang pun rezeki. Isteri yang baik dan solehah pun rezeki. Walaupun tak banyak duit tetapi sentiasa rasa cukup.
Berbuka puasa pun jarang pergi bazar. Makan apa ada je. Banyak masak sendiri di rumah daripada makan luar. Masa tu rasa cukup sangat. Hati pun senang.
Bila dah beberapa bulan berkahwin, Alhamdulillah rezeki makin bertambah. Kehidupan makin stabil. Bila dah ada anak, lagi bertambah rezeki.
Apa yang gua nak sampaikan, bila mula-mula kahwin tu biasalah kalau kau rasa kesempitan wang. Baru nak mulakan hidup berumah tangga kan. Tapi percayalah Allah akan bantu dan permudahkan semuanya.
Jangan kau pernah putus harapan. Yakinlah dengan rezeki kau. Berdoalah selalu supaya kau sekeluarga dimurahkan rezeki.
Kau jangan ingat nak hidup serupa drama petang-petang tu je. Nak kahwin dengan orang kaya je. Nak hidup senang je. Liku-liku kehidupan selepas kahwin ni cabaran dia banyak. Kau kena tabah. Kau kena kuat. Itu sebabnya kau ada pasangan. Hadapi dugaan tu berdua. Jangan sorang je derita, kau pulak bahagia.
Kalau boleh jangan kahwin guna pembiayaan peribadi. Kalau terpaksa kahwin guna pembiayaan peribadi pun, janganlah pakai habis untuk majlis kahwin je. Sekurang-kurangnya simpan lima ribu untuk kehidupan lepas kahwin tu. Ingat kehidupan selepas kahwin tu penting lagi.
Niat kau berkahwin kena betul. Jangan abaikan tanggungjawab kepada anak dan isteri. Susah senang sama-sama. Jangan bila dah senang kau lupa isteri yang sanggup bersusah payah dengan kau dulu.
Kesusahan di awal perkahwinan itulah yang jadi kenangan indah. Kenangan kau patut ingat sampai bila-bila. Kenangan yang mendekatkan kau dengan pasangan. Bukannya semakin menjauh. Kah!
Kredit: AmirSyahir
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lima tahun bergelar suami isteri, pelbagai onak duri dan dugaan ditempuhi Datin Alyah dan suami, Dato Ramli MS. Jelas Alyah, pelbagai dugaan dan rintangan harus ditempuhi sebelum mengecap kemanisan sekarang.
“Setelah melalui fasa yang sukar dalam kehidupan saya, Allah dah bagi satu benda yang saya sendiri tak terfikir. Kami saling mengenali antara satu sama lain. Kami take it easy. Orang lain yang fikir bukan-bukan, kenapa tak bergambar dengan suami. Kami keluar bersama cuma tak tayang kemesraan depan public.
“Kalau ada yang sempat ambil adalah tapi tak suka nak tayang dengan berselfie atau bergambar bersama. Satu yang saya kena respect adalah isteri bagaimana gah kat luar pun , bila pulang ke rumah, dia tetap akur kerana berada di bawah suami. Jika suami tak suka benda-benda begini, maka isteri kena akur.
Akui Alyah, awal-awal dulu dia juga tertanya-tanya juga kenapa tak boleh ambil gambar tapi bila fikir kembali, usia Tokram (Suami) sudah berapa sekarang kan. Dia nak kena jaga hati anak-anak dan ibunya jadi lama-lama Alyah boleh memahami.
‘Orang boleh cakap apa sahaja tapi yang melalui adalah kami. Jadi be yourself. Baik buruk kami yang kena tanggung. Ini rumah tangga saya, kalau kita asyik tunjuk kebahagian depan orang tapi kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan. Allah pegang semua tu, kita tak tahu jadi saya tak nak benda yang tak elok berlaku. Terlalu riak dalam hubungan pun tak bagus juga kan.
Kami berdua bukan jenis romantik, Tokram pun panggil saya Jah di rumah. Jadi, hanya orang yang datang ke rumah nampak bagaimana kehidupan kami. Jadi cara dia ambil berat adalah dengan hubungi kalau saya selalu balik lambat. Kasih sayang dia ditunjuk melalui perbuatan bukan kata-kata. Malah, kalau saya nak makan sesuatu dia akan cuba penuhi. Dia akan cari waktu untuk pergi, beli dan bawa balik rumah.
Mula2 saya tak tahu tapi bila lama-lama baru perasaan cara Tokram tunjuk kasih sayang. Jadi saya faham sendiri perangai suami. Malah Tokram jenis pemalu sebenarnya.
Jujur mengakui cara suami sedemikian boleh diterima, bersyukur dengan kehidupan yang sederhana dan tidak mewah namun bahagia.
“5 tahun hidup sebagai suami isteri tanpa dikurniakan zuriat, namun kami bahagia. Soal mendapatkan zuriat memang ada keinginan untuk buat IVF tapi memandangkan sekarang banyak benda nak kena settle jadi biarlah dulu. Kalau buat IVF saya kena fokus betul-betul 3 bulan tanpa fikirkan hal lain.
“Soal bersedia memang dah lama memandangkan usia saya sudah 37 tahun. Cuma saya berusaha cara saya tanpa war-warkan pada orang. Jika Allah nak beri maka Dia akan bagi, begitu juga sebaliknya. Dia tahu apa yang terbaik buat kita, saya minta yang terbaik.
“Mungkin sekarang Allah belum nak beri kerana saya ada mak yang perlu dijaga dan anak angkat yang perlu sekolahkan. Saya fikirkan itu sahaja, mungkin nanti ada rezeki, semua Allah punya kuasa Soal kata-kata orang saya sudah tak ambil kisah.
“Ada macam-macam tip yang orang berikan, kita dah usaha berurut, check up dan tiada masalah Cuma tiada rezeki lagi. Mungkin juga lifestyle turut mempengaruhi hal ini,” ujar Alyah.
Ditanya mengenai karekter Datuk Ramli MS di rumah , akui Alyah suaminya itu orang yang paling rajin memasak menu ikan bakar, asam pedas dan sebagainya.
“Dato jenis simple orangnya, tapi dia agak cerewet kalau bab makan sebab dia nak makanan yang masak di rumah dan dia memang rajin memasak. Cuma Dato dia ada sejenis perangai pelik apabila memasak.
“Selain tak suka orang ada di dapur ketika dia memasak, dia juga akan sukat terlebih dahulu setiap bahan yang akan di masak. Dah macam gaya chef memasak di dapur. Cerewetnya sampaikan saya tak larat nak melayan. Jadi saya biarkan dia masak sendiri. Yang penting saya dapat makan.
“Biasanya saya akan sediakan bahan-bahan dan suami akan memasak. Kalau suami jenis masak ikut sukatan, saya pula main campak-campak sahaja. Dato juga jenis pembersih orangnya dan tak boleh lihat ada sampah di dapur,”ujar Datin Alyah lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.