Tanam Serai Dalam Pasu, Nak Pastikan Rimbun & Gemuk Subur, Ni Rahsianya!

Share

Berdepan dengan ruang laman yang terhad, ada antara kita akan mencari alternatif untuk menanam serai di dalam pasu.

Nyata serai yang ditanam, dapat juga hidup. Cuma tidak boleh dinafikan agak sukar untuk serai yang ditanam hidup subur seperti menanam di atas tanah. Apatah lagi bila tanaman serai merimbun, sarat sepasu dan ianya boleh menyebabkan serai ditanam tidak boleh membesar dengan sempurna.

Jadi apa perlu dibuat?

Untuk ketahuinya, ikuti perkongsian daripada Ardi Tani dan semoga bermanfaat.


Hari ni trim serai kampung bagi ensem sikit setelah lama ditinggalkan..

Buang daun-daun Kering diluar dan dibahagian dalam..Asalnya Tanam 2 3 batang sahaja..Sekarang Sudah penuh pasu..

Bahkan cara yang sama juga dikongsikan oleh Nurainy Kuing. Menurutnya ada 2 rahsia tanam serai supaya gemuk.

1-Trim macam tu ikut keperluan

2-Cabut serai-serai kecil atau serai yang dah besar dalam rimbunan agar batang serai yang sedang membesar tumbuh dengan mudah dan membesar.

Nurul Atiekah

turut berkongsi tip untuk pastikan serai atau tanaman subur..lepas cuci ikan..air perut ikan tu jngn buang..siram atas pokok tanaman kita..insyaallah subur semua..

Sumber : Ardi Tani

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN