Menanam serai antara yang popular ingin ditanam oleh kebanyakan kita sebagai ibu. Ini memandangkan setiap kali memasak, serai menjadi antara bahan utama yang perlu ada untuk melengkapkan sajian tomyam, ayam goreng berempah, rendang dan sebagainya.
Jadi untuk mudah mendapatkan serai, tanpa perlu lagi ke kedai untuk membeli setiap kali ingin digunakan, ramai memikirkan bukankah bagus ada serumpun dua di laman rumah? Nak guna, ambil sahaja!
Untuk itu, sesiapa yang baru ingin menanam serai ikuti perkongsian daripada seorang petani ini bagaimana cara dan rahsia daripadanya untuk mendapatkan tanaman serai hidup subur dengan menghasilkan setiap rumpun serai lebih banyak kuantitinya dan merimbun. Nak tahu deatil, ini perkongsiannya. Semoga bermanfaat.
Kepada yang masih belum tahu, ini adalah rupa sebenar pokok serai yang sudah matang umurnya. Tempoh matang serai ini biasanya mengambil masa 6 bulan hinga ke 8 bulan bergantung kepada kesuburan dan penjagaannya.
Kalau di pasaran runcit sekarang harga untuk sebatang serai boleh mencecah 15sen hingga 30sen. Itu waktu biasa, belum tiba waktu perayaan lagi.
Sebelum menanam, saya menyimpan benihnya dahulu di tempat yang gelap dan diisikan sedikit air di bekas penyimpanan benih. Ideanya adalah untuk menggalakkan pertumbuhan akar baru sebelum menanam.
Tempoh proses ini boleh mengambil masa dalam 3 ke 5 hari. Dalam tempoh itu, air di dalam bekas itu haruslah di tukar kerana kandungan protein di dalam air akan meningkat dan menyebabkan pembiakkan bakteria. Selalunya air akan mengeluarkan bau busuk seperti bau air longkang. Jadi tukar kepada air yang baru.
Akar baru yang sudah tumbuh dengan baik. Pertumbuhan pokok selalunya akan bermula daripada akarnya dahulu.
Ads
Selepas itu, potong di bahagian daunnya pula, ideanya untuk menggalakkan pertumbuhan pucuk daun yang baru. Jadi pokok akan lebih stabil apabila hendak menanam nanti dan mudah untuk diletakkan di bawah cahaya matahari. Pokok serai haruslah di tanam di kawasan matahari penuh untuk mendapat hasil yang berkualiti.
Selepas dua hari, pucuk daun mudah mulai tumbuh. Waktu ini adalah waktu paling baik untuk menanamnya ke tanah.
Langkah seterusnya, penyediaan tempat untuk menanam. Ini adalah kawasan yang akan saya tanam serai itu nanti, bersebelahan dengan pokok kantan saya. Pendedahan matahari penuh, sesuai untuk ditanam serai.
Prosesnya saya menyikat dan membersihkan dahulu kawasan untuk membersihkan kawasan tanaman.Daun daun yang saya sikatkan tadi, saya kumpul di tepi dahulu untuk kegunaan mulching kelak.
Sekarang ini lah waktunya, serai dan tempat untuk ditanam sudah bersedia.
Ads
Sebelum menanam, korek tanah kawasan tanaman lebih kurang dalam 2 inci kedalaman, lebar sejengkal lebih. Seperti gambar di atas.
Jarak yang saya buat antara lubang ialah 1 kaki x 2 kaki.
Saya gunakan baja kompos bebas dari tinja binatang dan benih lalang sebagai tanah gantian dari lubang yang saya korek tadi.
Kedalaman serai untuk ditanam cukup sekadar dibahagian ibu jari saya ini. Akar serai adalah jenis akar serabut. Jadi tak perlu tanam dalam sangat. Itu lebih baik.
Ads
Teknik tanaman ini dipanggil teknik tanam empat penjuru. Teknik yang amat popular di kalangan petani serai kerana, kapasiti pengeluaran serai lebih banyak berbanding teknik tanaman yang biasa (single). Jarak antara benih dalam sejengkal. Jadi di setiap lubang tadi, masukkan empat benih serai. Bayangkan betapa besarnya rumpun serai itu nanti.
Saya mengamalkan konsep permaculture dalam kerja saya. Jadi saya gunakan longgokkan daun tadi sebagai mulching nanti. Kenapa perlu mulching? Salah satunya untuk kawalan lalang nanti. Petani serai selalunya mengamalkan konsep tanaman 3T (tanam, tinggal, tuai). Jadi bayangkan lalang mula tumbuh meliar di kawasan serai. Saya sudah mempunyai pengalaman mengendalikannya. Memang sukar dan MIANG.
Tanah yang sudah di mulch.
Jadi saya letakkan daun daun itu sebagai mulching di tempat tanaman serai. Langkah ini dapat mengatasi masalah lalang yang akan menjadi masalah di kemudian hari.
Anak itu cerminan didikan ibu bapa. Nyata apa jua tingkah laku anak itu akan mengambarkan didikan yang diberikan oleh orang tuanya.
Begitulah yang dilihat oleh seorang guru ini, Aminah Mat Yusoff yang kagum melihat seorang murid yang mempunyai peribadi mulia dengan memberi sedekah di tabung masjid sekolah.
Seterusnya ikuti perkongsian guru ini.
Bagus amalan mak ayah ni.. Boleh tiru
1. Ada sorang murid saya yang sangat menyejukkan hati. Segalanya baik.. Akhlaknya, percakapannya, sentiasa tenang dalam tindakan dan juga sangat aktif setiap kali proses pembelajaran. Bila buat pentaksiran, markahnya 100 peratus. Sebagai seorang guru, rasa gembira bersulam bangga kerana ada murid yang boleh jadi role model untuk rakan-rakan dalam kelas.
2. Satu pagi saya parking kereta depan masjid bersebelahan dengan sekolah. Kelihatan kereta dan motor ibu ayah silih berganti hantar anak-anak ke sekolah. Tanpa sengaja terpandang kelibat murid yang saya maksudkan tadi masuk ke perkarangan masjid dan menuju ke satu tiang. Di tangan ada beberapa keping wang seringgit, dengan hati-hati dia masukkan ke dalam tabung.
3. Dari jauh saya memerhati, mungkin dia tidak perasan tentang keberadaan gurunya.
4. Sedekah pagi banyak sangat baiknya, lebih-lebih lagi untuk rumah Allah. Kadang jawatankuasa masjid buat kenduri, duit tadi mungkin menjadi rezeki untuk orang-orang yang memerlukan. Subhanallah..
5. Hebatnya ibu ayah murid ini, melatih anak bersedekah. Membentuk peribadi yang penyayang dan penuh dengan sifat ihsan. Dua perkara ini menjadi faktor utama membentuk jiwa yang kuat dan bersih.
6. Hari tu dalam kelas, saya sampaikan kepada murid yang lain. Jika ada baki duit 20 sen, 30 sen simpanlah untuk hari esok. Datang pagi-pagi ke sekolah jengah dulu rumah Allah dan sedekah.
Moga Allah jadikan generasi yang hebat dan bertakwa.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berangan mempunyai ruang dapur dan ruang makan terpisah bukanlah tidak dapat direalisasikan walaupun rumah yang dihuni mempunyai ruang yang terhad. Apatah lagi, biasanya isteri memang tidak suka jika ruang dapur tidak terasing, ini disebabkan bila memasak habis satu rumah berbau. Berbeza jika dapur dan ruang lain dipisahkan oleh pintu, akan dapat memastikan udara dalam rumah sentiasa bebas daripada bau masakan.
Pun begitu disebabkan ada kos renovation yang besar perlu ditanggung, ramai juga yang memendam keinginan untuk mengadakan ruang pemisah tersebut.
Tapi lain kisahnya bagi seorang suami ini, bila isterinya meminta untuk diadakan pemisah antara kedua ruang tersebut, terus sahaja dilakukan DIY dengan bajet yang cukup rasional.
Jadi bolehlah dijadikan inspirasi buat anda yang juga ingin melakukan transformasi ruang dengan bajet yang rendah dan mampu direalisasikan. Ayuh kita lihat perkongsian daripada Fourzy Ozzy ini.
Permintaan wife .. DIY pintu sliding yang memisahkan ruang dapur dgn ruang tamu
Simple design je..Kos tak sampai 300
Order shopee :
– sliding track
– pintu plywood
– wall paper
DIY pintu sliding yang memisahkan ruang tamu dan ruang dapur di sini saya kongsikan video untuk nampak lebih jelas.
Cuma tak nampak step pemasangan dari awal sebab dah siap pasang.. harap boleh beri sedikit gambaran pada mereka yg ingin mencuba.. tak susah pun saya pasang dgn bantuan wife tolong pegang pintu (dgn kos yg minimum tak sampai RM300)
– rumah flet ruang dapur agak limited.
Tinggalkan sikit utk pemegang pintu (masa tutup) dan ada stopper (blh laras).
Ekstra info : Ringan sbb pintu plywood (nipis je dlm 2mm tebal rasanya) .. saya beli saiz standard .. depend pada size opening kalau tak ngam terpaksalah kena tempah (harga std dlm rm80 kalau tempah rasanya dlm 150)
Pernah makan Roti Puri tak ibu-ibu? Bagi yang belum pernah cuba, mesti cuba sebab roti ini memang sedap. Rasanya lembut di dalam dan sedikit garing di luar, cicah pula dengan kari, sambal, sardin, gulai atau kalau yang suka manisan boleh juga dimakan dengan sekaya memang terbaik. Sebenarnya roti puri ni kalau diratah macam tu je pun dah sedap. Cara nak membuat pun mudah jer. Jom cuba resepi roti puri tanpa yis yang dikongsikan oleh Nor Sharawana Idris Syara menerusi grup Masak Apa Hari Ini (MAHN)
Breakfast today wahh speaking kemain
Makcik Kiah happy dpt bantuan akk pun happy roti puri menjadi
Alhamdulillah 1st time mencuba bolehlah utk isi perut cicah dengan sambal sardin
RESEPI ROTI PURI TANPA YIS
Bahan
Tepung gandum – 3 cawan
Gula – 1 sudu besar
Garam – 1 sudu kecil
Marjerin – 1 sudu kecil
Air suam – 1 cawan
Minyak masak secukupnya
Cara membuat:
1. Buat doh
Mula-mula kita masukkan tepung, garam, marjerin dan gula. Gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli. Asalkan jangan lembik.
Uli sampai doh tak lekat di tangan.
2. Rehatkan doh
.Biar kejap dalam 10-15 minit untuk bagi doh rehat
3. Bentukkan
Kemudian tarik doh buat bulat bulat kecik.
Canai leper macam dalam gambar di bawah ni.
4. Goreng
Kemudian terus masukkan doh yang telah dicanai ke dalam minyak yang betul-betul panas. Guna api sederhana ya.
Tengah goreng tu siramlah minyak panas atas puri biar gemuk mengembung.
5. Siap! Agak-agak dah masak tu bolehlah angkat. Kemudian ulang balik sampai habis semua doh tadi. Lepas tu bolehlah hidangkan.
TIPS NAK BAGI PURI KEMBUNG ELOK
Minyak mesti betul-betul panas. Bukan panas macam baru bukak api.
Waktu goreng, guna api sederhana.
Sambil goreng, curah minyak panas tu bnyk kali atas roti puri sampai dia kembung sendiri.
Masa canai tu tak payah nipis sangat pun tak apa.
Mudah kan?
Confirm anak-anak pun suka makan roti puri ni.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di