Tanaman Diserang Serangga. Ni Resipi Guna Bahan Masakan Untuk Hapuskannya!

Share

Tentu ramai antara kita telah pun mempunyai tanaman di rumah, sama ada ditanam di dalam pasu atas secara langsung di atas tanah di halaman rumah.

Hal ini seakan menjadi hobi bagi sesetengah antara kita. Walaupun mungkin tumbuhan yang ditanam tidak banyak, tetapi pasti akan ada sahaja serangan dari serangga, atau makhluk perosak, yang mana sedikit sebanyak akan membuatkan tumbuhan tersebut rosak.

Jika ini tidak dikawal, tumbuhan yang kita tanam akan mati. Oleh itu,  ada baiknya kita pelajari resipi untuk menyediakan racun organik menggunakan bahan-bahan masakan.  Bukan sahaja mudah disediakan tapi apa yang lebih penting selamat digunakan!

Bahan-bahan

5 liter Air kosong
1kg bawang putih
1kg lengkuas
500g halia
500g kunyit
500g serai
2 sudu serbuk lada putih

Langkah 1: Semua Bahan dikisar.

Langkah 2 : Rebus dalam 5 liter air sehingga mendidih.

Langkah 3: Sejukkan dan tapis.

Penggunaan
20ml /1 liter air
Sembur pada pokok

sumber : Mohd Fadzil Amri Ahmad via KGTTS

IKLAN