Tanggalkan Label Botol Tanpa Kesan Gam Jadi Mudah Bila Buat Macam Ni!

Share

Botol kaca jangan dibuang, banyak sekali kegunaannya untuk digunakan semula sebagai bekas menyimpan mengikut keperluan yang pelbagai.

Pun begitu, sebelum diguna semula elok juga kiranya ditanggalkan label yang ada di botol tersebut untuk nampak lebih cantik dan kemas bila diatur di ruangan tertentu.

Hakikatnya label yang terdapat pada botol ada yang mudah ditanggalkan namun tidak kurang juga sukar untuk dibersihkan terutamanya kesan gam yang digunakan.

Untuk itu, ikuti langkah ringkas dan mudah yang dikongsikan oleh kebun local ini. Terbukti cara yang dipraktikan cukup cepat dan mudah, malah tiada kesan gam sedikit pun melekat pada permukaan botol.

Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.

Bekas kaca terpakai adalah bekas simpanan yang terbaik yang boleh kita manfaatkan semula.

Untuk itu, Dalam perkongsian sekalian kali ini, kami kongsikan dengan tuan/puan sekalian cara mudah untuk menanggalkan kesan gam pada label yang diletakkan di botol berkenaan.

STEP 1 : Kumpul semua botol dan balang kaca yang terpakai. Bersihkan dahulu sisa makanan yang masih terdapat padanya.

Pada waktu ini, jika tuan/puan mampu tanggalkan labelnya pun boleh sahaja.

Cuma kami pasti, adalah lebih senang jika tuan/puan ikuti langkah seterusnya ini.

STEP 2 : Masukkan botol dan balang kaca ke dalam periuk dan penuhkan dengan air.

Panaskan air tersebut dengan api yang besar.

STEP 3 : Semasa air tengah panas.Tuan/Puan sudah boleh memulakan proses menanggalkan label dari botol/balang kaca.

Mungkin sedikit panas pada tahap ini. Sila berhati-hati ya.

Penutup botol/balang kaca juga saya sarankan untuk direndam bersama, untuk menghilangkan kesan serta bau dari sisa makanan yang lepas.

STEP 4 : Setelah yakin sudah tiada lagi kesan gam pada sekeliling botol/balang kaca, maka tuan/puan boleh mula jemurkan pula.

Jika nak lapkan pun boleh juga.
Penggunaan botol/balang kaca amat baik untuk menyimpan benih dan juga untuk penyediaan baja.

Adakalanya tuan/puan juga boleh gunakan sebagai bekas peraman makanan. Jauh lebih baik dari menggunakan plastik.

Sumber : Kebun Local

IKLAN