Teknik Mudah Tanam Pokok Kesum Supaya Daun Lebar Dan Rimbun, Anti Gagal Kalau Dicuba!

Share

Daun kesum antara bahan  yang sering kita gunakan dalam masakan. Lagi-lagi jika keluarga kita penggemar hidangan asam pedas atau laksa. Memang bagus sangat kiranya dapat di tanam pokok kesum di laman rumah, andai perlu menggunakan daun kesum terus boleh petik segar tidak kira waktu.

Dapat tanam sepasu pun rasanya memadai untuk kegunaan sendiri. Apatah lagi jika tanaman tersebut hidup subur merimbun dan berdaun lebar seperti hasil tanaman yang dikongsikan olehMohd Syafiq Ahmad Khasasi atau lebih popular dikenali sebagai Cikgu Kebun di media sosial.

 

Memang teruja kita melihat hasilnya bukan? Dan jika anda juga ingin dapatkan hasil yang sama bolehlah ikut kaedah menanam pokok kesum yang dikongsikan ini.

13 Tips mudah Cara Tanam Pokok Daun Kesum rimbun dari Cikgu Kebun.

Hangpa yang minat makan laksa dan asam pedas mesti kena belajar tanam pokok daun kesum ni. Pokok ni antara pokok yang kena ada di kebun dapur CK sebab kami sekeluarga suka makan laksa kedah, jadi boleh petik segar-segar ja. Jadi hangpa yang nak belajar tanam pokok kesum ni, sila ikut tips CK nak ajar ni.

CK harap sangat hangpa berjaya tanam dan ada pokok kesum rimbun ni tepi tingkap dapur hangpa..syok kan..hehe. Jadi CK nk kongsi teknik paling mudah sahaja yang hangpa boleh ikut dan berjaya.

13 Teknik mudah tanam daun kesum 

  1. Cari benih pokok kesum yang sihat segar sama ada hangpa beli di pasar atau nursery.
  2. Sediakan medium tanah yang sesuai, bab tanah ni CK ajar hangpa yang paling mudah guna tanah merah campur sabut sahaja. nisbah 70% tanah 30% sabut.
  3. Cari pasu rendah tapi mempunyai permukaan yang lebar, pastikan pasu tidak mempunyai banyak lubang, cukup 2 lubang sahaja.
  4. Potong daun kesum 5 ruas satu keratan, buang semua daun sebelah bawah dan tinggalkan 3 helai daun sebelah atas sahaja.
  5. letakkan hormon pengakaran pada keratan batang yang telah hangpa kerat tadi. jika mahu pokok rimbun, banyakkan keratan untuk disemai.
  6. Hangpa boleh terus tanam kesemua keratan tersebut. Tapi CK pilih untuk semai terlebih dahulu dalam cup air atau polybag kecil.
  7. Satu polybag kecil boleh semai 2 atau 3 keratan batang guna tanah yang sama seperti di atas.
  8. Kenapa CK semai dahulu? tujuannya kita akan tanam pokok kesum yang betul-betul stabil dan hidup sahaja dalam pasu tadi.
  9. Pokok kesum mula berakar selepas 2 minggu semaian dan boleh terus dipindahkan kedalam pasu.
  10. jika hangpa semai tadi 7 polybag, dan hidup kesemunya jadi hangpa tanam kesemua 7 polybag yang mempunyai pokok tu kedalam satu pasu sahaja. Baru akan dapat pokok yang rimbun nanti.
  11. Hangpa jangan lupa, kena letak baja untuk proses pokok kesum membesar, CK akan guna Baja Wangi Organik Hangpa hanya perlu tabur 2 minggu sekali sahaja.
  1. Siram 1 hari 2 kali, tips untuk hangpa pokok kesum suka air banyak jadi jika terlebih siram tidak ada masalah.
  2. Tips penting juga pokok kesum tidak suka cahaya matahari terus, jadi letak pokok kesum bernaung dibawah pokok lain atau bawah jaring hitam.

haaahh… macam mana tips CK bagi ni hangpa faham tak? kalau tak faham boleh tengok video CK ajar tutorial nanti..

Sumber : Gardening By Cikgu Kebun

ARTIKEL MENARIK : Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!

 

IKLAN