Pernah tak, para ibu panggil suami dari dapur tetapi suami buat tak tahu je. Bila jengah kat ruang tamu, tengok si suami siap bergelak ketawa menonton rancangan kegemarannya.
Memang buat menyirap jugak kan, rasa nak marah je. Atau memang suara isteri tak cukup kuat. Siap jerit-jerit, tapi suami tetap tak dengar.
Cop! Sebelum nak sindir suami, apa kata baca sampai hadam info menarik ni tentang lelaki. Menurut sumber ni, lelaki hanya menggunakan satu telinga sahaja.
Ikuti selanjutnya info ini.
Telinga Lelaki Pekak Sebelah?
Wahai isteri, jika suami anda sedang menonton TV, apalagi siaran yang dia minat. Jangan jerit terlolong-lolong panggil dia dari dapur atau tempat yang jauh walaupun keadaan cemas atau kecemasan.
Sebab telinganya hanya fokus kepada tempat di mana matanya pandang sahaja.
Ada kajian sains mengatakan orang lelaki hanya guna satu telinga sahaja. Sama ada kanan atau kiri.
Oleh itu telinga yang satu itulah dia hanya mendengar panggilan atau bunyi yang berada di dalam kawasan pemandangan matanya sahaja. Lain daripada itu dia tidak dengar.
Cadangan saya kepada isteri, jika hendak memanggil suami yang sedang fokus membuat sesuatu kerja. Berjalanlah ke arahnya dengan tenang. Bila sudah dekat, tepuk bahunya, Bila dia pandang ke muka anda, barulah anda bercakap dengannya. Dengan ini dia boleh dengar apa yang anda cakapkan kerana matanya melihat anda.
Sebaliknya, telinga orang perempuan memang dijadikan “stereo” menggunakan kedua-dua telinga dan berupaya mendengar pelbagai sumber bunyi kelilingnya terutama sekali bunyi yang ada kaitan dengan pecakapan manusia. Oleh itu, wahai suami, jangan mengumpat isteri walaupun pada masa itu dia berada di dalam “toilet”. Dia masih boleh dengar dengan jelas butiran umpatan suami. 😉
Dipetik dari :
Pak Utih’s Page.
Sumber : JK PEKA IKRAM
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian daripada peguam berkenaan pilihan mana lebih baik ketika membeli hartanah sama ada atas nama sendiri atau nama bersama? Mungkin ramai lagi yang masih keliru dan inginkan kepastian. Untuk itu ayuh kita baca perkongsian penuh daripada peguam yang juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam). Jom semak!
MANA LEBIH BAIK: BELI HARTANAH ATAS NAMA SENDIRI ATAU NAMA BERSAMA SUAMI ISTERI?
1. Ada yang bertanya kepada saya, mana lebih baik, sama ada beli hartanah letak nama sendiri atau letak nama bersama suami isteri.
2. Soalan ini ditimbulkan oleh kebanyakan daripada kaum wanita kerana mereka merasa bimbang sekiranya dalam geran hartanah tiada nama mereka, maka hak dan kepentingan mereka terhadap hartanah tersebut tidak dilindungi. Nanti kalau suami kahwin lain atau suami meninggal dunia, hak mereka terhadap hartanah tersebut akan dinafikan.
3. Saya nak nyatakan disini, sama ada anda beli hartanah letak nama sendiri atau letak nama bersama , itu tak jadi masalah. Kedua-duanya bagus.
Yang tak bagusnya adalah, kalau tak nak beli hartanah sebab fikir dan takut dengan macam-macam benda. Antaranya termasuklah contoh yang dinyatakan tadi. Ketakutan melampau itulah yang sebenarnya tidak bagus. Bukan soal letak nama sendiri atau nama bersama.
4. Kaum wanita sebenarnya tidak perlu takut seandainya dalam geran hartanah tidak ada nama mereka.
Ini kerana setiap hartanah yang dibeli oleh suami atau isteri dalam tempoh perkahwinan baik yang didaftarkan atas nama suami atau isteri atau yang didaftarkan atas nama bersama akan dianggap sebagai HARTA SEPENCARIAN.
5. Bila sebut sahaja harta sepencarian, secara otomatiknya suami dan isteri mempunyai hak dan kepentingan bersama terhadap harta tersebut.
Baik suami atau isteri, mereka tidak boleh mendakwa hartanah tersebut miliknya seorang semata-mata disebabkan dalam geran tidak ada nama pasangannya.
6. Suami atau isteri boleh menuntut hak masing-masing terhadap hartanah tersebut. Bukan isteri sahaja yang boleh menuntut harta spencarian terhadap hartanah yang dibeli atas nama suami. Suami juga sebenarnya berhak menuntut harta sepencarian yang dibeli atas nama isteri, selagi mana harta tersebut dibeli/ diperolehi dalam tempoh perkahwinan. Kalau rasa tak mahu berkongsi hak terhadap hartanah yang dibeli, jangan kahwin. Duduk sorang-sorang.
7. Cuma yang menjadi persoalannya bukanlah dari segi hak terhadap harta sepencarian tersebut kerana masing-masing ada hak. Tetapi yang menjadi persoalannya adalah dari segi pembahagian terhadap harta sepencarian tersebut. Berapa peratus kah bahagian masing-masing (suami isteri) terhadap harta sepencarian itu.
8. Persoalan tentang bahagian harta sepencarian ini perlulah dibawa ke mahkamah syariah untuk diputuskan. Hanya hakim sahaja yang akan putuskan bahagian masing-masing berdasarkan kepada peratusan sumbangan masing-masing terhadap harta sepencarian tersebut.
9. Walaupun mungkin dalam geran tidak ada nama suami, tetapi memandangkan segala urusan jual beli hartanah tersebut mulai daripada mencari hartanah sampaikan menguruskan hartanah tersebut dilakukan oleh suami, maka sudah pasti si suami juga mempunyai bahagian tertentu terhadap hartanah tersebut. Mungkin boleh jadi separuh bahagian atau kurang daripada separuh bahagian.
10. Begitu juga kalaupun nama isteri tidak ada dalam geran hartanah kerana suami beli guna duitnya sendiri, tetapi disebabkan si isteri telah bekorban menjaga kebajikan suami dan keluarga sehingga membolehkan suami mampu bekerja dengan baik sampai mampu beli hartanah, sudah pasti mahkamah akan mengambil kira bahagian isteri terhadap hartanah tersebut. Boleh jadi separuh bahagian atau kurang daripada separuh bahagian.
11. Kalaupun katakanlah suami secara zahirnya tidak menyumbang langsung terhadap pembelian hartanah tersebut kerana si isteri menggunakan wang beliau sepenuhnya dan suami tidak membantu menguruskan hartanah tersebut misalnya, fakta bahawa si suami perlu bertanggungjawab terhadap nafkah dan kebajikan si isteri dan keluarganya menjadikan beliau juga mempunyai hak dan menyumbang secara tidak langsung terhadap hartanah tersebut.
12. Jadi, semuanya bergantung kepada sejauh mana masing-masing dapat membuktikan sumbangan masing-masing (sama ada secara lansung atau tidak lansung) terhadap harta sepencarian tersebut. Walaubagiamanpun sekiranya masing-masing dapat bertolak ansur dan dapat membuat keputusan bersama secara baik disamping saling meredhoi satu sama lain tentang bahagian masing-masing, atau redho melepaskan hak dan bahagian masing masing secara sukarela, itu adalah lebih baik.
13. Oleh yang demikian, sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya anda ada mengeluarkan apa-apa sahaja perbelanjaan terhadap harta sepencarian tersebut, simpan lah bukti seperti resit bayaran dan sebagainya. Atau jika perlu direkodkan setiap sumbangan anda baik secara zahir atau sebaliknya, boleh sahaja ianya direkodkan. Tidak menjadi masalah.
Ini penting untuk membantu memudahkan anda menuntut bahagian masing-masing terhadap hartanah tersebut di kemudian hari sama ada disebabkan penceraian atau kematian.
Jadi selepas ini harap jangan ada lagi yang keliru, nak beli rumah letak nama sendiri atau nama bersama pasangan suami isteri.
Terima kasih,
Salkukhairi Abd Sukor
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
Hari ini wargamaya meluahkan rasa syukur setelah menerima update terkini ibu kepada Ainul Mardhiah memaklumkan keadaan anaknya makin stabil. Dengan kata semangat supaya dapat cepat keluar hospital.
Sebelum itu, semalam, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kritikal disebabkan jangkitan kuman yang sudah merebak di semua tempat.. Ramai yang meluahkan rasa hiba dan menitipan doa agar kembali sembuh.
Anak comel ini pernah tular setelah mendapat liputan meluas media massa setelah kejayaan pembedahan ketumbuhan dalam mulut pada tahun 2019. Namun sekali lagi anak kecil ini diduga apabila dijangkiti kuman.
Ainul kena kuat okay! Nanti nak main sama-sama dengan adik. Nak dengar radio omar hana favourite Ainul ni. Harap-harap hari ni ada berita gembira dari Doktor dan team yang merawat Ainul
Tiada angin tiada ribut, aktres terkenal Haliza Misbun, 48, selamat bergelar isteri kepada jejaka British, Matthew John Rodgers, 48, yang berlangsung di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi. Sekali gus melenyapkan spekulasi kononnya aktres ini sudah berkahwin.
Dalam majlis ringkas itu, Haliza menerima mas kahwin RM80, serta wang hantaran berupa sebuah rumah sebagai simbolik perkahwinan.
Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Ustaz Mohd Lazim Khairudin.
Memilih duda anak satu yang juga perunding teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa itu sekali gus melenyapkan teka-teki status sebenar pelakon mencipta populariti menerusi drama Cinderella pada 1990-an itu.
Upacara akad nikah Haliza dan suami berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan hanya dihadiri 50 tetamu sahaja.
“Ini adalah perkahwinan pertama saya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Selama ini, saya tahu ada yang sangsi dan berteka-teki dengan status saya. Ada juga yang menyangka saya sudah berkahwin.
“Namun, saya bersyukur apa yang dinantikan sekian lama sudah dimakbulkan. Kehadiran suami melengkapi hidup saya, insya-Allah,” katanya kepada BH Online.
“Suami sudah menetap di Malaysia, sejak sembilan tahun lalu. Kami berkenalan menerusi kawan. Bertemu di sebuah restoran di Damansara Heights ketika saya bersama rakan menjadi detik awal perkenalan.
“Saya akui, suamilah lelaki pertama yang saya berani membawanya bertemu keluarga selepas setahun menjalin hubungan cinta. Saya yakin dengan kesungguhannya untuk menjalinkan hubungan serius. Kami juga terbuka dalam pelbagai aspek.
“Barangkali, disebabkan usia sebaya menjadi faktor keserasian dan saling memahami,” katanya yang mengenakan busana rekaan teman baik, Sutex dan adiknya, Rozana Misbun menjadi pengapit.
Sejurus selesai upacara akad nikah, pasangan mempelai diraikan di sebuah dewan di lokasi yang sama.
Haliza berkata, suaminya melakukan rakaman secara langsung menerusi laman Facebook untuk berkongsi detik sejarah bersama keluarga dan kenalan rapat di England.
“Keluarga dan kenalan rapat suami tidak dapat hadir disebabkan sempadan negara tidak dibuka dan pandemik COVID-19. Namun, suami mahu juga ahli keluarga melihat secara virtual,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...