Cara mendidik anak-anak bukan boleh dilakukan asal boleh, tetapi perlu perhatian khusus dan ia juga merupakan salah satu cabang ilmu yang perlu dipelajari.
Lantas apabila melihat cara Imam Muda Asyraf mendidik anak-anak yang masih kecil agar mencintai kisah-kisah nabi, wajar kita contohi.
Mengulas tentang itu, Imam Muda Asyraf berkongsi tip di akaun instagramnya. Menurutnya, apa yang penting adalah mendidik kebiasaan pada anak-anaknya. Sama ada mereka faham atau tidak adalah perkara kedua.
Ads
Menurutnya lagi, cuba bercerita serba sedikit tentang gelagat anak-anaknya. Pastinya setiap anak itu berbeza perangainya.
Ads
Katanya lagi, biarpun setiap hari sibuk memberi ceramah dan kuliah di merata tempat, namun jika ada ruang masa akan digunakan sebaik mungkin walau sekadar membacakan sebaris hadith.
Ads
Untuk itu bersamalah kita didik diri untuk menyuburkan majlis ta’lim dengan membaca Al Quran dan Hadith bersama-sama di rrumah.Semoga hidayah Allah bersinar di dalam setiap hati ahli keluarga yang kita cintai.
Sumber : Instagram Imam Muda Asyraf
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengerjakan umrah secara DIY atau menguruskan sendiri dilihat kini menjadi trend ramai kerana kosnya yang jauh lebih murah. Hal ini sama seperti yang dilakukan oleh pengguna Facebook bernama Nurul Huda Mukhtar.
Jelasnya, kos umrah diy bersama suami dan dua orang anak kecil hanya berharga RM4,000 seorang. Memang menjimatkan. Ikuti perkongsiannya sebagai panduan untuk semua.
1. Beli tiket penerbangan
Kebetulan pula Sri Lankan Airline tengah buat promo, tiket harga RM 2435 seorang dan baby pula percuma. Biasanya tiket penerbangan kalau baby on lap ada juga airline yang cas 10% dari harga tiket dewasa, so contoh harga tiket RM 3000, baby kena bayar RM 300. Sri Lankan Airlines free sahaja. Alhamdulillah.
Jadi, sesiapa yang ada anak bawah 2 tahun gunakan la kesempatan ini untuk travel bawa baby sebab masih free dan kalau kena bayar pun, sikit je.
Kami tawakkal beli tiket Sri Lankan Airlines sebab jarang Malaysian naik flight ini so kami tak tahu review ok tak. Jadi kami pun decide untuk buat itinerary dengan pergi Madinah dulu, just to be safe.
Naik Sri Lankan Airlines ada transit 24 jam di Colombo. Memang kami pilih yang ada transit sebab bawa baby so tak ada penat sangat.
2. Apply transit visa Sri Lanka
Nak masuk Sri Lanka kena apply transit visa di sini: https://eta.gov.lk/etaslvisa/etaNavServ?payType=1
Transit visa di Sri Lanka percuma untuk Malaysia. Alhamdulillah. Kami dah siap-siap apply sebelum terbang.
3. Apply tourist visa Saudi
Dulu harga tourist visa RM 650, tapi rezeki kami, saudi masa tu baru launch website dalam versi beta, jadi kami dapat apply tourist visa dengan harga RM 507. Tourist visa valid 1 tahun.
Korang boleh apply di website ini: http://ksavisa.sa/visa/tourism/apply
4. Book hotel di Madinah
Saya book hotel Mirage As Salam di agoda untuk 4 hari 3 malam. Seorang dalam RM 575 sahaja kena bayar.
– Bilik twin bedroom
– Hotel dekat dengan gate 315 & 316
– Boleh jalan kaki je ke Masjid Nabawi
Ini hotel yang paling murah saya survey, sebab harga hotel di Madinah untuk bulan Februari memang melambung tinggi.
5. Book hotel di Mekah
Dekat Mekah saya book Kiswah Towers Hotel. Harga bagi saya agak jackpot sebab murah sangat. RM 264seorang untuk 5 hari 4 malam.
Cumanya hotel ini agak jauh dlm 900m – 1km so around 15 minit berjalan. Tapi dia ada sediakan bus ke Masjidil haram 24 jam secara percuma.
– Twin bedroom
– 900 m / 1km ke Masjidil haram
– Ada bus yg disediakan percuma utk ke masjid, bas ada setiap masa tanpa perlu tunggu lama
– Yang best hotel ini sebab banyak kedai murah di sekitar hotel untuk beli souvenir, dan kedai makan yg murah, jauh lebih murah dari area clock tower.
6. Book transport dari Jeddah airport ke hotel Madinah
Saya book Hiace 10 seater walaupun total org yang pergi 4 orang 2 baby sahaja. Kebetulan ada kenalan yang buat pakej transport di sana, so kami dapat harga 550 SAR untuk 1 van. Contact number: +60194220810 (Mursyid).
7. Beli tiket haramaian speed train
Saya beli tiket haramain speed train dengan harga 172.50 sar one way per person unguk kelas ekonomi (dalam RM 220) dari Madinah – Mekah.
Tiket Haramain speed train konsep dia sama mcm harga tiket penerbangan, kalau beli lambat, or beli walk in / on the spot, harga dia jadi 2-3 x mahal.
Boleh beli di website: https://sar.hhr.sa
8. Book transport Mekah ke Jeddah airport
Yang ni saya try book transport orang lain pula. Naik kereta GMC. Contact Number : +966 55 397 1211 (Fiyaz)
Untuk first timers, anda boleh juga hire mutawwif di sana. Pergi secara umrah diy, tapi dekat sana boleh hire mutawif untuk bimbing umrah, tak ada masalah.
Total umrah DIY (harga untuk SEORANG)
1. Flight RM 2435
2. Transport Jeddah – Madinah 137.50 sar ~ RM 175
3. Hotel Mirage Al-salam Madinah RM 575 (4H 3M)
4. Haramain speed train Madinah – Mekah 172.50 SAR ~ RM 220
5. Kiswah Towers Hotel RM 264 (5H 4M)
_________________________ RM 3669 + RM 507 visa pelancong saudi = RM 4176
Harga di atas tidak termasuk makan, shopping dan lain-lain. Itu hanyalah harga basic sahaja. Visa pelancong boleh digunakan selama setahun.
Nikah 8 November Ini, Ina Naim Tak Mahu Heboh Tentang Majlis, Hormat Perasaan Mak, Ayah. Kisah perkahwinan kali kedua Ina hangat diperkatakan ramai namun dinafikan oleh ibu tunggal empat cahaya mata itu.
Terbaru, memetik Harian Metro, Ina Naim, 40, mengesahkan bakal bernikah dengan duda anak dua berusia 41 tahun pada 8 November ini.
Ina yang juga balu penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad menjelaskan tidak berniat merahsiakan berita pernikahan dan majlis dianjurkan secara kecil-kecilan membabitkan keluarga terdekat.
“Saya memilih tidak menghebohkan majlis ini bagi menghormati perasaan emak dan abah.
“MAJLIS KAMI HANYA DIBUAT KECIL-KECILAN. JADI, MAKANAN SANGAT TERHAD. BUKAN KEDEKUT TETAPI INI ADALAH PERKAHWINAN KEDUA SAYA.
“Jadi, saya tidak merancang buat secara besar-besaran dan sekiranya makanan tidak cukup, bimbang boleh timbulkan fitnah pula.
“Nanti kasihan pula emak dan abah jadi bualan orang,” katanya kepada BH Online.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan Ina didakwa bakal bernikah dengan lelaki pilihan yang dikenali sebagai Mohd K, pada 8 November depan.
Kisah perkahwinan kali kedua Ina itu hangat diperkatakan ramai dalam media sosial sejak beberapa minggu lalu, namun, dinafikan oleh ibu tunggal empat cahaya mata itu.
Berkongsi mengenai bakal suaminya, Ina berkata, jejaka itu adalah peminat Allahyarham suaminya.
Ina mendakwa mula mengenali lelaki itu selepas Aidilfitri lalu.
“BAKAL SUAMI BERUSIA 41 TAHUN DAN BETUL DIA DUDA ANAK DUA. DIA SUDAH LAMA MENGIDOLAKAN KELUARGA KAMI DAN CARA ARWAH SUHAIMI MENGAJAR ANAK-ANAK.
“Dia memulakan langkah dengan menghantar mesej melalui WhatsApp kepada saya. Pada mulanya, saya tidak layan, tetapi selepas dia tidak berputus asa mencuba, akhirnya saya sambut salam perkenalan.
“Bakal suami adalah bekas tenaga pengajar di Giat Mara. Niatnya berkahwin dengan saya kerana mahu mengumpul pahala menjaga anak yatim dan membela nasib ibu tunggal,” katanya.
Ditanya penerimaan anak-anak , kata Ina, anak-anak faham dan terima kehadiran bakal bapa tiri dengan terbuka.
“Alhamdulillah, mereka terima. Saya jelaskan kepada anak-anak kenapa saya perlu berkahwin semula.
“Saya nampak bakal suami pun ikhlas menyayangi anak-anak saya. Dia juga mahu menjadi seperti arwah suami, hendak mengajar anak-anak kerana bakal suami memiliki latar belakang dalam bidang kejuruteraan,” katanya.
Ina berkata, selain anak-anak, dia meminta pandangan ibu bapa serta adik-beradik Allahyarham suaminya mengenai keputusan untuk berkahwin.
“Mereka tak menghalang. Adik-beradik arwah beri galakan kerana mereka tahu bukan mudah untuk saya membesarkan anak seorang diri.
“Sekurang-kurangnya adalah seseorang yang dapat bantu saya membimbing anak-anak,” katanya.
Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Md Naim berkahwin dengan Allahyarham Suhaimi atau Mohd Suhaimi Saad, 43, pada 12 Ogos 2007.
Namun, Allahyarham Suhaimi meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, Ina dan arwah suami dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Buat peminat kek, bila terlihat gambar kek Cheesecake Brownies ini boleh kecur liur dibuatnya. Apatah lagi anak-anak mesti tidak sabar untuk menikmatinya.
Jadi apa kata dengan masa yang terluang ini, kita sediakan untuk dinikmati bersama keluarga tercinta.
untuk adunan brownies:
115g ketulan dark coklat atau bittersweet coklat
115g (1/2 cawan) mentega tak bergaram (unsalted butter)
150g (3/4 cawan) gula perang
2 biji telur
50g (1/2 cawan) tepung gandum
Bahan untuk adunan cheese:
1 biji telur
225g (1 cawan) cream cheese
50g (1/4 cawan) gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:
Cara-cara untuk adunan cheesecake:
1. Pukul telur di dalam mangkuk dan tambah cream cheese, gula dan esen vanilla.
2. Pukul sehingga lembut dan berkrim.
Cara-cara untuk membuat brownies:
1. Panaskan oven pada suhu 160 ℃.
2. Griskan dulang bersaiz 8 inci x 8 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas minyak atau parchment paper.
3. Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih dan letak mangkuk tahan panas yang besar menutupi permukaan periuk.
4. Masukkan ketulan coklat yang dicincang kasar dan mentega kemudian kacau sehingga cair dan sebati.
5. Apabila sudah cair, angkat mangkuk dari periuk air mendidih tadi dan kacau seketika sambil memasukkan gula kastor.
6. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
7. Masukkan tepung dan kacau dengan perlahan-lahan.
8. Tuang 2/3 adunan brownies di dalam dulang dan ratakan. Kemudian tuang pula adunan cheesecake di atas lapisan atas brownies coklat dan sudukan baki 1/3 adunan brownies tadi dan tuang di atas lapisan cheese dalam jarak bertompok.
9.Gunakan lidi dan swirl supaya mendapat corak seperti marble.
10. Bakar selama 30-35 minit atau sehingga kek ‘set’ di bahagian tengah.
11. Sejukkan dan kemudian keluarkan untuk dipotong kepada ketulan kecil.
Tip:
Sejukkan di dalam peti ais supaya kek betul-betul set sebelum dipotong.
Sumber : viral oh viral
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.