Telur Dadar Halia Buat Bersahur, Tak Hanya Sedap Tapi Petua Redakan Asma!

Share

Telur goreng dadar memang sedap di makan waktu panas. Lagi garing lagilah sedap. Sampai bertambah kita makan. Tak hanya anak-anak, mak ayah pun makan makin laju time bersahur.

Menariknya telur dadar yang satu ini bukan hanya sedap tetapi baik juga diamalkan oleh penghidap asma. Bagi penghidap asma, selain bergantung kepada ubat-ubatan seperti inhaler dan sebagainya, menjaga pemakanan adalah menjadi satu keutamaan.

Ramai penghidapasma alah dengan bermacam jenis makanan tetapi tidak semua penghidap asma mengalami alahan yang sama.

Ada yang alah kepada pengambil air sejuk dan ais tetapi ada juga yang langsung tidak boleh mengambil jenis buah-buahan sitrus seperti oren. Tak kurang juga yang alah pada kekacang. Itu sebahagian daripada masalah orang-orang terdekat dengan kita.

Bila dapat dikenal pasti, asma akan dapat dikurangkan serangannya. Bagi Mulianis Ahmad yang juga penghidap asma, dia punya caranya sendiri untuk mengelakkan serangan ini.

Salah satunya adalah amalan Telur Dadar Halia yang diperolehinya daripada seorang ibu berketuruan Cina yang berkongsikan resipi ini.

” Masa kecil dulu saya sakit asma teruk, kebetulan kat klinik ada duduk sebelah aunty Cina. Dia bagi resepi petua, dia cakap orang Cina jarang sakit asma.

Halia tua tumbuk masukkan telur dan garam. Goreng. Walau pun asma masih ada tapi resepi ni sedap, hari-hari makan pun tak jemu.”

Bahan:
2 biji telur
2 inci halia -ditumbuk
Sedikit garam

Caranya:


1. Tumbuk halus halia tua.

2. Gaulkan bersama telur dan sedikit garam.

3. Goreng hingga garing.

Rasanya kita bolehlah mencuba amalkan resipi ini. Mana tahu ianya baik untuk kita. Halia memang terbukti baik untuk membuang angin. Sedap dan sihat. Jom
cuba!

Sumber: Mulianis Ahmad

IKLAN