“Arrgghh… Stresnya aku tengok anak-anak lipas yang berkeliaran dalam kereta ni. Manalah agaknya sarang dia. Tak boleh jadi, nanti dibiarkan makin seronok dia beranak-pinak. Apa cara halau lipas dan kaum kerabat dia semua sekaligus ya?”
Bila anak-anak duduk dalam kereta, biasanya mesti ada sisa makanan yang tertumpah atau tertinggal, bukan? Jadi, tak hairanlah kereta mudah menjadi tempat pembiakan lipas.
Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah kereta yang bersih dan masih menjadi kegemaran lipas. Puas kita halau, masih muncul lagi lepas beberapa hari.
Tapi, kalau asyik ‘spray’ berkali-kali, takut kita pula yang pening. Kesan bahan kimianya pula dikhuatiri membahayakan anak kecil. Jadi, apa yang patut buat?
Jangan risau, di sini kami senaraikan 9 petua menghalau lipas secara semulajadi. Tentu selamat dan sesuai bagi anda yang ada anak kecil.
9 CARA HALAU LIPAS DALAM KERETA GUNA BAHAN SEMULAJADI
Berikut adalah 9 petua dan cara halau lipas dengan menggunakan bahan semulajadi. Mudah, tapi amat berkesan!
1. DAUN PANDAN
Salah satu cara paling mudah dan berkesan adalah menggunakan daun pandan. Baunya yang kuat dan wangi ini amat dibenci oleh lipas.
Caranya mudah, cuci terlebih dahulu dan hiriskan daun ini untuk mengeluarkan baunya. Kemudian, isikan dalam beg kain yang berjaring halus.
Kalau nak ikatkan dan letak terus dalam kereta pun boleh, tapi jangan biarkan sampai terlalu kering dan reput kerana nanti susah mencucinya. Malah, mungkin boleh menarik serangga lain pula.
Ads
2. DAUN DURIAN BELANDA
Daun durian belanda juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Caranya hampir sama dengan daun pandan di atas. Tapi, ada yang mengatakan ianya lebih berkesan apabila digunakan apabila daunnya telah kering.
Bagi anda yang meminum teh daun durian belanda, anda boleh cuba meletakkan uncang teh yang telah digunakan tersebut di dalam kereta.
3. SEMBURAN SERAI WANGI
Semburan serai wangi adalah salah satu alternatif semulajadi yang sesuai untuk mengelakkan lipas daripada bersarang dalam kereta anda.
Patinya boleh dibuat sendiri dengan air rebusan atau goreng dengan api perlahan. Campurkan dengan sedikit air dan masukkan dalam botol penyembur. Semburkan di seluruh kereta, terutamanya pada bahagian karpet.
Ada juga yang dijual terus sebagai produk penghalau serangga yang organik dan selamat digunakan.
4. BAKING SODA
Salah satu petua menghalau lipas yang berkesan adalah menggunakan baking soda. Ia bukan saja toksik terhadap lipas, tetapi ia boleh menyerap bauan sisa makanan yang mengundang lipas ke dalam kereta anda.
Taburkan selapisan baking soda ke atas karpet kereta dan biarkan beberapa hari sebelum anda memvakumkannya semula.
Ads
5. ‘GLUE TRAP’
Perangkap gam atau ‘glue trap’ banyak dijual di kedai-kedai dengan harga yang murah. Seeloknya, cari yang berlabel anti-toksik atau semulajadi.
Letakkan perangkap ini pada waktu malam kerana waktu inilah lipas-lipas sedang aktif. Ia perlu digunakan dan ditukar dengan kerap sehinggalah lipas-lipas ini hilang sepenuhnya.
6. PERANGKAP BOTOL MINUMAN
Salah satu perangkap yang paling mudah dibuat adalah perangkap botol minuman seperti yang dibuat oleh Puan Sharifah.
Ambil botol air minuman dan tinggalkan sedikit sisa di dalamnya. Kemudian, biarkan botolnya terbuka dan selitkan botol pada tepi seat kereta dalam keadaan menegak. Dalam posisi ini, barulah lipas akan susah untuk memanjat keluar.
Biarkan semalaman atau 2-3 hari dan anda pasti akan mendapati ada banyak lipas yang terperangkap di dalamnya.
Anda juga boleh mencampurkan sisa makanan dengan sedikit larutan baking soda untuk membunuh lipas tersebut.
Ads
7. LISTERINE
Salah satu petua menghalau lipas yang boleh anda cuba adalah menggunakan Listerine.
Penyegar mulut dan nafas ini boleh digunakan sebagai penyembur untuk menghalau lipas. Sebaiknya, pilih bau pudina yang paling kuat. Semburkan dalam kereta anda termasuklah di bahagian tersembunyi.
8. MINYAK AROMATERAPI
Bagi anda yang mempunyai koleksi minyak aromaterapi, bolehlah menggunakan wangian tea tree oil, peppermint atau lemongrass untuk menghalau lipas-lipas ini daripada terus bersarang dalam kereta anda.
Namun, jika masih ada telur-telurnya, mungkin ia tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih cepat dan berkesan.
9. VAKUM BAWAH KARPET
Kebanyakan lipas ini bersarang di dalam rangka kereta kerana ianya sukar dicapai oleh manusia. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan semakin teruk, cuba bawa kereta anda ke carwash untuk cuci bahagian karpet kereta atau bahagian-bahagian tersorok di bawahnya.
Mereka juga mungkin mempunyai solusi lain dan teknik tersendiri untuk membunuh lipas ini dengan pantas dan berkesan.
JAGA KEBERSIHAN DALAM KERETA JUGA OK!
Dalam tempoh membunuh dan menghalau lipas ini, cuba elakkan daripada makan di dalam kereta. Jika ada sisa makanan, cepat-cepat bersihkan dan jangan tinggalkannya semalaman kerana lipas-lipas kereta ini dapat membiak dengan cepat ya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Buat peminat yang mengikuti perkembangan selebriti dan penyampai radio, Siti Elizad Mohamad Sharifuddin sudah tentu mengetahui tentang usaha yang dilakukan olehnya demi untuk mendapatkan zuriat.
Namun apakan daya hingga kini masih belum direzekikan meskipun sebelum ini pernah berjaya mengandung melalui kaedah IVF untuk beberapa minggu, namun Allah lebih sayangkan bayi tersebut.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Baru-baru ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @Sinar di aplikasi TikTok, kelihatan selebriti itu sedang mengagihkan air minuman Bubblebee secara percuma kepada murid Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(3).
Sifat Keibuan Terpancar
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah cara layanan yang mesra diberikan oleh penyampai radio yang berusia 38 tahun itu kepada murid-murid berkenaan.
Ujar mereka, sifat keibuan dalam diri Elizad jelas terpancar dengan tidak henti-henti memberikan beberapa nasihat kepada murid-murid tersebut sambil melemparkan senyuman manis.
“Belajar bersungguh-sungguh..”
“Baca Bismillah tau sebelum minum..”
“Minum kena habiskan tau…”
Itu antara yang terakam ketika memberikan minuman kepada nak-anak yang berbaris untuk mendapatkan air minuman tersebut.
Semoga Elizad dikurniakan zuriat -Netizen
Dalam pada itu, rata-rata netizen mendoakan agar urusan Elizad untuk mendapatkan cahaya mata dipermudahkan dan tidak kurang juga memuji
“suka tgk elizad..sy doakn one day elizad akan dikurniakn zuriat amin5..sabar bnyk doa insyalh Allah kn bg🥰“, komen salah seorang peminatnya.
Komen yang lain pula, “nampak sgt elizad happy jmp bdk2 🥰”
“suka tengok elizad comeyyy n nampak seronok ngan bebudak,” tulis yang lain pula.
“🥰keibuan sgt ezat ni…pandai dia layan bebudok kalu awok la bertempik budok2 tu…bang roy pun keibuan jugak,” komen yang lain pula.
Adam Corrie memaklumkan dia pernah ditegur kerana makan menggunakan chopstik walaupun selepas memeluk agama Islam.
Justeru, bapa kepada seorang cahaya mata ini meminta orang ramai hormat dengan budaya pelbagai kaum Di negara ini. Hal tersebut dikongsikan menerusi laman Instagramnya.
“Ambil yang positif. Hidup berbilang kaum. Makan guna ‘chopstick’ tak haram ya. Sebab dulu pernah kena tegur, dah masuk Islam tak boleh pakai ‘chopstick’. Haram katanya.
“Memang begini cara orang Cina lelaki seperti saya makan nasi dalam mangkuk. Rapatkan mangkuk ke mulut, tolak nasi, lauk dan sebagainya guna ‘chopstick’ laju-laju supaya nasi tak tumpah.
Jelasnya lagi, kaedah menggunakan penyepit makanan memang budaya yang diamalkan oleh orang Cina.
“Bukan sebab gelojoh.Bezakan antara budaya dan agama. Kalau nasi dalam pinggan, saya guna tangan sahaja untuk makan.
“Sebab makan di restoran Cina Muslim, dah siap bagi nasi kukus ayam halia dalam mangkuk. Apa lagi, makan pakai ‘chopstick’ lah, budaya bangsa sendiri,” jelas Adam dengan panjang lebar.
Guru adalah umpama ibubapa kedua kita. Kerana sepanjang di sekolah, gurulah yang mendidik dan menjaga kita.
Kasih sayang guru pada setiap anak muridnya kadang kala melebihi kasih sayang pada anak sendiri.
Malah perhatiannya pada anak muridnya melebihi dari segala-galanya. Seorang guru sanggup berkorban jiwa dan raga demi memastikan anak-anak murid mendapat pendidikan yang terbaik demi menjadi insan yang berjaya.
Menjadi tradisi setiap kali peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula, banyak inisiatif yang dilakukan oleh guru-guru untuk anak-anak murid agar tidak ada satupun usaha yang mereka lupa untuk lakukan.
Selain kelas tambahan, nota percuma, banyak sekolah telah melakukan solat hajat atau doa selamat bagi pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ini yang merupakan usaha terakhir mereka untuk pelajar-pelajar.
Beberapa video tular di aplikasi Tiktok berhubung dengan majlis yang diadakan oleh sekolah namun terdapat sebuah video yang dikongsikan oleh seorang guru, Junaidah Mohd Nordin telah mendapat perhatian ramai.
Sebuah video yang memaparkan seorang pelajar lelaki yang tidak dapat menahan air mata ketika bersalaman dengan guru-gurunya sebelum menduduki peperiksaan SPM ini benar-benar menyentuh hati ramai.
Kata guru ini, video yang dirakamkan itu adalah ketika sekolah di tempatnya mengajar iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon, Kota Kinabalu, Sabah menganjurkan majlis restu ilmu dan solat hajat untuk calon yang akan menduduki SPM.
Dengan kapsyen “Apabila kasih sayang guru kepada anak murid melebihi kasih sayang kepada anak sendiri,” ternyata video itu meruntun hati ramai penonton yang seakan mengerti situasi tersebut lebih-lebih lagi apabila seorang pelajar lelaki dilihat menangis teresak-esak sambil seorang guru mengucapkan kata-kata nasihat kepadanya.
“Pelajar lelaki itu bernama Shahril Malan. biasalah, budak lelaki mesti ada nakalnya sedikit. Sewaktu bersalaman dengan pengetua, cikgu Faridah Raimin, pelajar itu telah minta maaf atas semua kenakalannya.”
Pengetua yang mendengarnya telah membalas dengan kata-kata cukup deep.
“Pengetua pula kata, kamu dah macam anak saya sendiri. ambil peluang ini untuk ubah kehidupan. Mungkin keinsafan ditiupkan dalam diri, teresak-esak dia menangis,” cerita Cikgu Junaidah.
Junaidah yang merupakan guru bagi subjek Matematik berkata, bukan hanya pengetua yang menangis, malah guru-guru lain termasuk dia sendiri turut mengalirkan air mata.
“Memang semua banjir waktu itu. guru ini walau macam mana sekalipun anak muridnya nakal, namun dia tetap menyayangi mereka seperti anak sendiri. “
Junaidah yang sudah 10 tahun bergelar pendidik berkata,
“Bila baca komen, rata-rata tersentuh tengok momen tersebut, Ada yang komen, dia mahukan guru yang sayang pelajar macam anak sendiri.. ada juga yang komen beruntungnya pelajar-pelajar disayangai guru.”
“Apa yang boleh saya katakan, buat yang bergelar guru, support pelajar-pelajar kita. Mereka perlukan sokongan.. kita tak tahu background setiap daripada mereka.”
“Kita ini macam ibu bapa, kena support walaupun prosesnya ambil masa lama. Layan mereka seperti kawan. Dengan itu, mereka lembut hati, senang nak bercerita. Malah nak belajar pun senang hati.”