Memiliki tubuh badan yang kurus dan langsing sering dikatakan sebagai cantik. Sebab itu juga tidak hairanlah ramai wanita ingin berdiet untuk kekalkan berat badan ideal.
Pun begitu, dalam mengawal pengambilan makanan harian, bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.
Sering sahaja keinginan untuk berdiet ‘kalah’ dengan nafsu makan.
Oleh itu, jika ini terjadi bagaimana cara atau usaha yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan diet anda.
Nak tahu lanjut, jom baca perkongsian pakat dietition ni.
Ads
Saya Dalam Diet Tapi Sudah TERLEBIH MAKAN! Apa Perlu Saya Lakukan ?
1) First…Rileks – anda makan dlm 3500 kalori baru blh buat 1 pound fat. Setakat 1 slice kek atau fries tu xkan menjejaskan skala penimbang Tapi jangan TER OVER EAT SANGAT
2) Potong sikit makanan pada meal lain dan tambahkan sayur atau buah utk lebih kenyang tapi kalori rendah. Ingat, jangan skip meal. Ia hanya akan mengakibatkan kesan yang LAGI TERUK!
Ads
3) Jangan putus asa! Tiada yang perfect dalam diet tapi anda mesti cuba menjadi lebih baik setiap hari
4) Jangan timbang berat badan pada hari tersebut. Walaupun mungkin naik sedikit tapi itu mungkin retention air dari garam yang anada makan. hehehe. Timbang 2-3 hari kemudian.
Ads
5) Rekod makanan yang anda ambil tu setiap hari.. jangan terlepas JEJAK. Nanti anda pasti TERKENA BALIK PERANGKAP YANG SAMA
6) Teruskan aktiviti senaman pda hari tersebut seperti biasa. Kalau rasa nk lgi best, lebihkan senaman. Tapi ingat, senaman yang anda buat tu belum tentu dapat bakar kalori yang telah anda overeat.
Key point penting : Memaafkan diri sendiri, Move On.
Budaya makan bersama keluarga kini semakin kurang dalam masyarakat ekoran kesibukan rutin harian.
Lebih menyedihkan ada segelintir keluarga tidak ambil peduli waktu makan untuk seisi keluarga.
Masakan tidak dihidangkan di atas meja sebaliknya anak ‘layan diri’ untuk ambil makanan.
Suasana makan bersama keluarga seakan makin dilupakan. Cakna mengenai hal ini, penceramah dan pendakwah bebas tanah air, ustazah Asma Harun , menyuarakan pandangannya menerusi Instrgram miliknya baru-baru ini mengenai isu makan seorang diri.
Ikuti perkongsian beliau.
AMATLAH RUGI MEREKA YANG MAKAN TAPI MENGABAIKAN PERKARA PENTING INI
Hari ini, berapa ramai keluarga yang meja makan di rumahnya menjadi tempat yang sunyi. Anak-anak turun makan hanya apabila lapar kerana masing-masing sibuk dengan gajet dan ‘games’ mereka.
Ibu ayah pula selalu sibuk dengan kerja dan urusan seharian, sehingga tidak kisah pun jika tidak sempat meluangkan masa untuk makan bersama keluarga.
Suasana rumah sendiri seolah beku dan kaku. Masing-masing hanya buat hal sendiri, tidak peduli siapa sudah makan dan siapa yang belum. Meja makan yang seharusnya menjadi tempat berbual mesra dan bertukar cerita, kini seolah sepi tanpa suara.
Bayangkan jika ini berterusan, anak-anak akan terdidik menjadi seorang yang hanya fikir tentang diri sendiri. Tiada lagi rasa kebersamaan antara ahli keluarga.
Allahuakbar.
Renungkanlah sebuah hadis Rasulullah SAW yang sangat menekankan tentang kelebihan makan bersama-sama.
Daripada Wahsyi bin Harb, daripada ayahnya, daripada datuknya beliau berkata:
Maksudnya: Para sahabat Nabi SAW berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami makan dan tidak merasa kenyang.” Baginda bersabda: “Kemungkinan kalian makan sendiri-sendiri.” Mereka menjawab, Ya. Baginda bersabda: “Hendaklah kamu makan bersama-sama, dan sebutlah nama Allah, maka kamu akan mendapat berkat daripadanya.”
(HR Abu Daud, hadis hasan)
Subhanallah.
Tidak kiralah makanan itu banyak atau sedikit, jika dinikmati beramai-ramai pasti ia terasa jauh lebih cukup disebabkan oleh nilai keberkatannya.
Sahabat, mari hidupkan budaya makan bersama ahli keluarga agar kasih sayang yang terbina lebih mekar dirasa. Semoga rezeki yang dikongsi itu sentiasa diberkati oleh-Nya.
Moga ia menjadi ikhtibar buat kita. Semoga budaya makan bersama keluarga kembali ‘dihidupkan’ .
Pandangan orang yang skeptikal yang mengutuk anaknya, mohamed Neqayl Nedim atau lebih mesra dengan panggilan Ney Ney tidak comel dan sebagainya. Namun sebagai seorang anak seni Nora Danish akui sudah biasa dengan situaasi tersebut. Cuma sebagai ibu, sedikit sebanyak ia mendatangkan kesan pada dirinya.
“Sebagai anak seni saya dah biasa dengan kutukan dan kritikan. Tetapi apabila bergelar ibu, perasaan itu lain. Dulu waktu saya dan suami berkongsi berita dan gambar anak di instagram adalah dengan niat untuk pengikut sama-sama happy tanpa memikirkan keburukan di sebaliknya. Saya memang sedih tetapi suami banyak beri semangat. Dia kata tak semua orang suka dengan kita, tetapi pedulikan asalkan kita selesa dan suka dengan apa yang kita lakukan.
“Tetapi kini anak saya dipuji comel dan sebagainya, tetapi saya anggap biasa dan itu lumrah dengan apa yang orang cakap. Memang suami sangat cool dibandingkan saya. Mungkin kerana naluri seorang ibu.
Nora ditemui dalam satu majlis pelancaran kolaborasi Jovian X Oh Most Wanted semalam. Dalam majlis tersebut, Nora Danish mengumumkan bekerjasama dengan pereka feseyn terkenal, Jovian Mandagie dalam mengeluarkan koleksi istimewa Jovian Hijab dan Lip Cream edisi terhad.
Dua tahun bergelar suami isteri, akui Nora perselisihan faham adalah perkara biasa. Namun dia sangat bersyukur dan bertuah kerana dikurniakan suami yang cukup romantik dan penyayang orangnya.
“Dalam rumah tangga, tidak dinafikan ada turun naik, pergaduhan dan perselisihan faham. Itu perkara normal. Sementelah kami sama-sama pernah gagal dalam rumah tangga sebelum ini. Tetapi alhamdulillah, suami banyak bersabar dengan emosi saya.
“Dia juga rajin melayan tetapi kami sama-sama memberi semangat. Dia rajin memberikan hadiah seperti bunga. Waktu bercinta dulu tak pernah dia buat kejutan sedemikian tetapi lepas kahwin dia memang suka buat benda-benda yang sweet dibandingkan saya.
‘Bab menambah anak lagi memang kami ada pelan lebih-lebih lagi kami teringin untuk dapat anak perempuan pula. Tetapi saya ada sejarah fibroid sewaktu melahirkan Neyney, jadi doktor minta saya buang fibroid itu terlebih dahulu sebelum pelan untuk mengandung lagi.
“Waktu lahirkan Neyney, ada 3 fibroid dan hanya disedari waktu mengandung Neyney usia 8 bulan. Memang besar fibroid 10 cm waktu itu. Kerana itu saya terpaksa dibedah dan Neyney lahir awal, tetapi sampai sekarang saya takut untuk mengeluarkan fibroid. Mungkin trauma kerana waktu Ney Ney dibedah sedangkan Rayqal dulu normal,” ujarnya.
Fibroid membesar bersama kandungan
Lebih menakutkan apabila doktor membayangkan waktu itu dia bakal dibuang rahim dan sebagainya jika situasi kronik.
“Saya masih ingat waktu ditolak ke labour room, doktor jelaskan kalau ada pendarahan teruk, kemungkinan rahim bakal dibuang, dimasukkan ke ICU dan saya waktu itu memang menangis-nangis.
“Sampaikan suami yang takut darah pun terpaksa masuk sekali dalam OT kerana takut itu kali terakhir. Tetapi alhamdulillah, semua ok dan anak pun tak perlu dimasukkan ke inkabutor ketika itu,” jelas Nora yang mengakui sehingga kini takut untuk menjalankan pembedahan membuang fibroid.
Anak rapat dengan suami
Ditanya mengenai anaknya, yang dilihat lebih rapat dengan suaminya, jelas Nora orang tengok memang nampak anak lebih rapat dengan suami tetapi sebenarnya dia memang rapat dengan semua orang.
‘Suami memang rajin post gambaar dan video anak di instagram. Kami sama-sama suka kongsi dengan pengikut tentang kehidupan kami. Cuma memang saya akui Ney Ney kalau dengan ayahnya dia lebih gembira, senyum dan ‘adore’ dengan ayahnya. Apapun saya bersyukur kerana suami seorang ayah dan suami yang penyayang selain ringan tulang di rumah.”jelas Nora Danish lagi.
Tak beri anak instagram.
Melihat situasi kini dengan sikap netizen yang suka mengutuk dan sebagainya, jelas Nora dek kerana itu dia tidak membenarkan anaknya memiliki instagram.
“Kita kena adab di media sosial kerana apa yang kita cakap mewakili diri sendiri, ibu dan keluarga yang mengajar kita. Malu kalau dapat anak yang komen teruk. Jadi sebagai ibu dalam melindungi anak-anak, saya tak benarkan Rayqal memiliki instagram selagi tidak berumur 18 tahun ke atas. Biar mereka dan besar dan pandai fikir apa yang baik dan buruk.
Kecur air liur rasanya bila sebut laksa di bulan puasa. Laksa yang sedap sememangnya cukup digilai dan teringat-ingat walaupun perut masih lagi kenyang. Apa lagi ketika perut lapar.
Bagaimana hendak sedapkan rasa kuah laksa. Anda harus cuba tip ini untuk jadikan kuahnya sedap dan tahan lama. Cuba dahulu dan persiapkanlah diri untuk sajian di hari raya nanti. Pasti tetamu makan bertambah. Selamat mencuba.
Laksa Lebih Tahan Lama
Petua untuk menjadikan laksa putih tahan lama adalah dengan merebusnya bersama asam keping. Cara ini buat laksa tahan lama dan tidak cepat basi. Rendam dahulu laksa sebelum direbus dan kemudian barulah direbus bersama asam keping. Selepas masak, angkat dan basuh hingga bersih. Toskan airnya. Selesai.
Guna Ikan Selayang
Ramai orang utara sukakan ikan kembung kerana rasanya yang ‘ringan’ dan enak namun untuk menjadikan laksa yang sedap dan power gunakan ikan selayang atau ikan sardin. Ikan sardin bukan hanya banyak isinya tetapi paling penting isinya lebih manis, lemak dan enak. Jadi kena cuba.
Rebus Sekejap
Selepas ikan dibasuh bersih, rebuslah ikan dengan asam keping. Pastikan sebaik airnya mendidih, tutuplah apinya kerana jika dibiarkan lama rasa manis ikan akan hilang. Malah isi ikan juga jadi pecah dan makin susah untuk di asingkan daripada isinya. Kisarlah ikan seperti biasa.
Kisar Tulang
Tulang ikan jangan pula dibuang sebaliknya kisarkanlah sekali bersama sedikit air dan tapiskan. Air daripada tulang ini lebih manis rasanya.
Jangan pula dibuang.
Bawang Banyak
Untuk menyediakan kuah yang lebih manis dan enak rasanya, pastikan penggunaan bawang besar yang banyak. Disyorkan 3 hingga lima biji. Jangan pula gunakan bawang besar Holland kerana rasanya berbeza. Kisarkan bersama cili kering dan juga belacan.
Belacan SedapUntuk menjadikan kuah laksa yang sedap, belacan juga kenalah sedap. Jangan sesekali menggunakan belacan kering yang dijual di pasaraya. Belacan yang sedap adalah belacan yang basah dan tidak terlalu gelap warnanya. Sebaiknya guna sahaja belacan yang dibuat sendiri oleh pihak-pihak tertentu. Jangan sesekali dibakar belacan tersebut. Hilang rasa sedapnya untuk kuah laksa.
Didihkan Bahan Kisar
Didihkan bahan kisar yang terdiri daripada cili kering, belacan dan bawang besar. Biarkan dididih seketika hingga mendidih. Jika mahu rasa lebih pedas, anda boleh juga menambah sedikit cili padi ke dalam bahan kisaran. Biarkan mendidih seketika kemudian barulah dimasukkan kisaran isi ikan bersama air secukupnya.
Asam Keping
Kuah laksa yang sedap adalah dengan cukup rasa masamnya. Ini penting. Jadi masukkanlah beberapa keping asam keping, dalam anggaran 5 hingga 7 keping bersaiz kecil. Apabila mendidih dan rasanya terlalu masam, keluarkanlah asam keping ini.
Masak Lama
Bila sudah masukkan kesemua bahan, biarkan kuahnya dididihkan agak lama. Jangan pula mendidih dua hingga tiga kali terus ditutup apinya. Biarkan mendidih lama sehingga satu jam. Semakin kuah pekat, semakin sedap rasanya. Biarkan kesemua bahan mesra dan sebati kemudian barulah ditutup apinya. Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di