Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat mendahului senarai 829 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2020, hari ini.

Selain Tengku Maimun, Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Dr Arshad Ayub merupakan tokoh utama dikurniakan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’.

Gelaran tersebut dianugerahkan sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Tengku Maimun & ‘Panglima Perang’, Dr Noor Hisham Terima Pingat Sempena Keputeraan Agong, Bawa Gelaran Tun & Tan Sri!Mereka antara 31 individu yang akan menerima darjah kebesaran masing-masing dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.

IKLAN

Yang Amat Arif Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 02 Julai 1959. Beliau pernah bersekolah menengah di Kolej Tunku Kushiah. Mesra dipanggil Mak Ku, Tengku Maimun juga merupakan wanita pertama yang dilantik ke jawatan Ketua Hakim Negara ke-16 pada 2 Mei 2019 bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang bersara.
Tengku Maimun & ‘Panglima Perang’, Dr Noor Hisham Terima Pingat Sempena Keputeraan Agong, Bawa Gelaran Tun & Tan Sri!YAA angkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara di hadapan YDPAgong pd 6 Mei 2019. Mula memasuki Perkhidmatan Kehakiman & Perundangan pada tahun 1986 sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang, Bahagian Gubalan di Jabatan Peguam Negara.

IKLAN

Peranan Ketua Hakim ada ditakrifkan dalam Perlembagaan Persekutuan, di bawah Artikel 122(1):

IKLAN

“Mahkamah Persekutuan hendaklah terdiri daripada seorang yang dipertua Mahkamah (yang digelar “Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan”),”
Tengku Maimun & ‘Panglima Perang’, Dr Noor Hisham Terima Pingat Sempena Keputeraan Agong, Bawa Gelaran Tun & Tan Sri!Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga antara penerima anugerah yang membawa gelaran Tan Sri. Dalam perkongsiannya di facebook, beliau berkata anugerah tersebut merupakan pengiktirafan kepada petugas barisan hadapan.
Tengku Maimun & ‘Panglima Perang’, Dr Noor Hisham Terima Pingat Sempena Keputeraan Agong, Bawa Gelaran Tun & Tan Sri!Merafak sembah, menjunjung kasih mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di atas limpah perkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) ke atas patik sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2020 di Istana Melawati, Putrajaya.
Tengku Maimun & ‘Panglima Perang’, Dr Noor Hisham Terima Pingat Sempena Keputeraan Agong, Bawa Gelaran Tun & Tan Sri!Alhamdulilah, gelaran dan darjah kebesaran ini merupakan satu penghormatan kepada semua petugas barisan hadapan dan di belakang tabir Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ianya sekaligus merupakan lambang kepercayaan dan penghargaan Kerajaan kepada penjawat awam.
Tengku Maimun & ‘Panglima Perang’, Dr Noor Hisham Terima Pingat Sempena Keputeraan Agong, Bawa Gelaran Tun & Tan Sri!Semoga segala penghargaan yang dikurniakan kepada para petugas dalam memerangi pandemik COVID-19 ini akan membakar semangat kami semua untuk terus menjalankan tugas demi kesihatan rakyat dan keselamatan negara.

sumber: BERNAMA & Noor Hisham Abdullah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI