Saat pasangan ini mengumumkan bakal menimang cahaya mata, rata-rata peminat tidak sabar untuk menatap wajah si kecil. Sehingga kini ramai yang menanti pelakon jelita Nur Fazura untuk mendedahkan wajah anaknya. Namun sehingga kini, Fazura dan Fattah belum mendedahkan sepenuhnya wajah kesayangan mereka.
Fazura yang menimang bayi perempuan pada 2 Oktober 2020 lalu masih lagi belum berkongsi wajah zuriatnya bersama aktor kacak Fatah Amin walaupun lebih sebulan menjalani proses berpantang.
Ads
Terbaru, pelakon berusia 37 tahun itu telah memuat naik sosok bayinya yang bernama Nur Fatima Aisya di laman Instagram sehingga mengundang perhatian ramai.
Rata-rata mengakui tidak sabar untuk melihat dengan jelas dan mengatakan walaupun sekadar sipi-sipi sudah nampak comel.
Ads
lisdawati15 OMG… seriously mcm tak percaya faz dah ada baby 😅😆😆. Happy for you dear ❤️❤️❤️
tiarajacquelinaThat really does look so comfy. I wonder if they could make an adult version someday 😄 @missfazura 💜
fazura.klstokisYEAYYY FATIMA💓💓💓 LOVE YOU💋💋💋 lawanya mummy & fatima 💕
Sekarang isu jangkitan virus influenza memang menjadi topik utama. Lebih merisaukan, bukan sahaja jangkitan ini tetapi ada kes yang melibatkan kematian dan dikatakan vaksin untuk jangkitan ini kehabisan stok.
Ekoran itu, ramai yang memilih untuk tidak berada di tempat awam, namun walaupun kita berhati-hati, virus ini yang antaranya merebak melalui udara tetap menyerang mangsa tanpa mengira usia termasuk kanak-kanak.
Begitulah perkongsian oleh seorang ibu, Veronica Hendry Justin di laman Facebook menceritakan detik cemas setelah anaknya dijangkiti virus influenza.
Lebih mencemaskan apabila vaksin sudah kehabisan stok dan penempatan wad pesakit. Mujur beliau cepat bertindak dapat ke hospital yang masih ada kekosongan wad. Ikuti catatan detik yang mencemaskan ini.
DEMAM DENGAN SUHU TINGGI MENDADAK
13.1.2020
Balik dr sekola lexie ckp dia pening sama rasa panas badan. Mmy cek suhu ok ja, xda demam. Lpas dinner mmy tingu lexie lemah tdur ja depan tv, cek suhu nah terus 38.5 terus kasi lap2, mlm tu naik sampi pg 39.4 Lepas bagi ubat turun suhu pg 37.6 masih demam. Sampaila pagi mmy tdur2 ayam jaga suhu lexie risau juga sawan.
POSTIVE INFLUENZA
14.1.2020
Mmy risau takut lexie kena tu influenza sebab musim kan. Jd mmy call banyk klinik yg ada kit utk buat test influenza. Mau 4 klinik baru jumpa yg ada kit test tu. Yg lain semua habis. Sampi klinik Dr. cek lexie terus ckp “ini bukan influenza ni, ini tongsil dia bengkak, xda perlu cek la sy bagi ubat. Lega la mmy habis bukan influenza biarpn rasa x sedap hati. Dapatlah ubat demam, selesma, batuk, tongsil, antibiotik. Sampi rumah bagi lexie mkn semua tu ubat lpas tu tetdur dia. Masa tdur tu demam dia makin naik, tiba2 lagi muntah. Memg petang tu smpil mlm suhu lexie 39 ke ats ja. Lpas 6 jam bagi lagi ubat demam nah naik juga sampi 39.9 terus pg 40.2. Laju sy bawa pg klinik yg sama, terus Dr lain sudah hbis tukar shif kali. Tu dr cek xlama dia ckp nah Positive Influenza A. Tekejut mmy. Terus Dr ckp, kamu kena cari ubat cepat di mana2 yg ada sebab habis stok. Sebab ubat yg kmu dpt sblm ni makan pn xda akan baik, demam xda akan turun. Kena cari ubat tamiflu.. Terus mmy bawa lexie balik rumah packing baju mau bawa pg hospt.
SEMUA HOSPITAL PENUH DAH UBAT TAK ADA STOK
Mula la misi mmy call hampir semua hospitl private/govt tnya ada ubat sama bilik kosong. Semua penuh ubat pn xda. Ada yg pm/call/wasap mmy ckp ada di penang,johor, spore,n9. Tapi befikir mmy mcm mau pg hbis husband outstation sampi minggu depan. Tingu jam dkt jam 1 pagi sda,lexie pn ttdur sda. Putus asa sda mmy terus ttdur. Risau hbis banyk kes sda yg meninggal sbb ni virus bah
AKHIRNYA ADA WAD
15.1.2020
Pagi tu terus mmy bawa pg Prince Court dgn harapan ada ubat biarpn mmy tau bilik penuh. Malangnya lepas jumpa Dr.dia ckp dpt buat ini ja. Dr. tulis di slip nama2 ubat yg sy perlu cari utk lexie mkan sebab sana pn ubat habis. “Maaf pn, ini je dapat kami bantu”. Mmy ambil la slip tu keluar dgn perasaan sedih takut. Tingu lexie lemah sda, mcm2 mmy fikir terus di kereta. Mmy try lg cal beberapa hospt malangnya semua ubat hbis juga dan penuh.
Syukur bila call UITM Private Specialist Centre yg kawan sy suggest dia ckp ada 2 bilik kosong tapi siapa cepat dia dapat. Laju bah mmy drive dr Prince Court pg sana. Sampai sana Dr. cek demam 39.2. Laju kana kasi kasi drip air. Sbnarnya ubat di sana pn habis masa kami sampai tapi yg penting adala Dr. pantau lexie drpd bawa balik rumah. Lexie warded. Mlm tu nurse tu ckp sama Dr. ubat Tamiflu sampai sudah. Thanks God atas doa semua dpt juga ubat utk lexie. Mlm tu demam turun pg 37.5 demam tapi rendah sda. Mlm tu daddy sampi dr perak terus pg tempat lexie. Ringan sikit rasa bila laki ada sama2 ni.
MASIH ON DRIP
16.1.2020
Keadaan lexie masih on drip, demam masih on off tapi cergas sda sikit. Tgh hari tu mmy balik pg Klinik Taman Eshan pg cek baby bump mmy jd ddy jaga mmy jd ddy jaga lexie masa tu. Masa subuh2 ada 1 kali ja suhu dia pg 39.2 terus mmy kasi lap2 ja sama nurse bg ubat demam.
KEMBALI PULIH
17.1.2020
Xda demam,xda muntah, xda cirit birit terus Dr. bagi lexie balik. Influenza xda sudah cuma perlu continue beberapa ubat di rumah. Seksa bah duduk di hospital tu dlm keadaan mmy bawa perut lg..
PERINGATAN BERSAMA
Pesanan sy utk semua klu anak demam yg xpndi turun2 cepat2 kamu pg cek influenza test ah. Skg banyk habis sda tu . Mmy pn xpasti mana lexie kena jangkit, mgkin masa otw dr Sabah pg Kl kali. Nasib baik adik lexie xkena. Sepanjang sama2 lexie memg mmy pakai mask ja. Tdur pn pakai mask bah hbis pregnant mmy berisiko tinggi kn.
Mmy ucapkan ribuan terima kasih utk semua family dan kawan2 yg tlg mmy, dtg melawat lexie, yg dtg bawa mknan sedap terutama sup lihing c Wendy Sylvera. Thanks juga utk Latifah Zainuri yg carikan tempt utk kita, siapa2 mau cari insuran boleh contact dia ya.
Siapa kata kalau nak bercucuk tanam memerlukan ruang laman rumah yang luas. Meskipun orang kata rumah tidak bertanah sekali pun, tidak mustahil anda boleh bercucuk tanam dan menikmati hasilnya.
Ya tidak sukar sebenarnya untuk bermula cuma anda perlu sedikit kerajinan, sabar dan sedikit ilmu untuk memulakan projek tanam sayur di rumah. Malah tidak perlu kawasan yang besar asalkan cukup untuk beberapa biji pasu.
Untuk bermula KELUARGA cadangkan anda cuba dahulu 12 jenis sayuran yang mudah hidup ini. Ini kerana jika anda memilih tanaman yang mudah hidup, secara tidak langsung ia membakar semangat anda apabila melihat sayur-sayur ini hidup subur dan mengeluarkan hasil. Siapa yang tidak gembira melihat hasil tangan sendiri dan menjadi hidangan seisi keluarga kan?
Lettuce mudah ditanam di dalam bekas cetek dan tidak memerlukan medium tanaman yang banyak. Selain itu ia juga sesuai ditanam di tempat teduh kerana tekstur daunnya yang nipis dan apabila terkena cahaya matahari yang terlalu terik akan mengakibatkan daunnya melepuh. Ia juga sesuai ditanam secara hidroponik.
Bok choy atau chinese green ini, seperti lettuce ia juga mudah ditanam tetapi jangka hayatnya lebih panjang dari lettuce. Pastikan pasu mempunyai saliran yang baik kerana bok choy memerlukan air yang banyak tetapi sensitif kepada tanah bertakung air. Bok choy lebih cepat dituai pada musim panas dan terdapat banyak nurseri yang menjual biji benih bok choy ini.
Kailan bukanlah terdiri dari pokok yang bermusim. Ia boleh ditanam sepanjang tahun terutamanya musim panas. Untuk hasil yang optimum siram pokok ini dua kali sehari iaitu pagi dan petang. Pokok kailan tidak perlu dituai seluruh pokok, hanya petik daunnya dan batang pokok akan mengeluarkan daun yang baru.
Bayam merupakan pokok yang tahan lasak dan sesuai diranam di dalam bekas atau pasu. Ia memerlukan cahaya matahari tetapi bukan direct sun oleh itu ia sesuai ditanam di tempat teduh. Kaedah penanaman bayam adalah melalui keratan batang. Batang dan akar bayam yang dibeli di pasar jangan dibuang, anda boleh terus tanam di dalam pasu.
Kacang panjang merupakan tumbuhan yang popular di Malaysia. Salah satu teknik tanaman ini adalah anda perlu meyediakan kayu pemancang untuk pokok ini memanjat. Kacang panjang memerlukan air yang banyak tetapi tidak bertakung dan sebaiknya letakkan sungkupan di atas tanahnya untuk sumber nutrien dan mengekalkan lembapan.
Kacang buncis antara pokok yang mudah ditanam dan mudah hidup. Ia juga mudah bercambah dan dapat dituai dalam masa yang singkat. Sama seperti kacang panjang, kacang buncis juga memerlukan pemancang kayu untuk pokok ini menjalar. Kacang buncis memerlukan cahaya yang banyak pada waktu pagi dan tanah bersaliran baik.
Tomato adalah tumbuhan menjalar yang ditanam dalam masa singkat. Ia cepat mengeluarkan hasil dan memerlukan kayu pemancang atau tomato cage untuk memberi sokongan kepada pokok. Tomato memerlukan cahaya yang banyak tapi tidak terlalu terik terutamanya di waktu pagi.
Kangkung antara tanaman yang mudah bercambah dan dituai. Ia boleh dibiakkan melalui biji benih atau keratan batang. Kangkung sukakan persekitaran yang lembap oleh itu pastikan anda kerap menyiram terutama ketika musim panas. Kangkung boleh dituai setelah usianya mencecah empat hingga enam minggu selepas disemai.
Sawi merupakan agen anti kanser hebat yang mengandungi vitamin A,B dan C. Sawi sesuai ditanam di dalam pasu tetapi tanahnya perlulah sentiasa digembur. Sawi memerlukan siraman yang kerap dan boleh dituai selepas 28 atau 35 hari selepas disemai.
Kucai adalah sayur dari keluarga bawang dan tumbuh secara merimbun. Teknik tanamnya sama seperti bawang iaitu melalui rhizome atau biji benih. Kucai tidak memerlukan air yang banyak. Teknik tuainya adalah kerat pada bahagian daun dan biarkan batangnya, ia akan tumbuh daun yang baru.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Sebaiknya kita sebagai ibu ayah perlu menyesuaikan diri terhadap skop pembelajaran anak-anak di sekolah. Apatah lagi, soalan-soalannya begitu mencabar, walaupun pada peringkat sekolah rendah.
Menyedari itu, seorang guru ini menggariskan beberapa tajuk dalam subjek Matematik bagi anak-anak yang belajar di darjah tiga untuk sama-sama difahami oleh ibu ayah bagi membantu anak-anak menguasai subjek yang dianggap sukar oleh anak-anak.
Jom baca perkongsian cikgu ini.
Apa yang anak kita di Tahun 3 akan belajar nanti? Jom saya 'BEDAH' untuk kalian.
1. TAJUK 1 ialah Nombor Hingga 10000.
Haa, makin advance dari Tahun 2 tau. Tajuk pertama ini sama macam anak di Tahun 2. Cuma nombornya makin besar main ribu riban dah.
Jika anak dah kuasai pada Tahun 1 dan 2, Tahun 3 Tajuk ini sepatutnya tiada masalah. Cuma perlu beri tumpuan pada sub topik Pola Nombor dan Penyelesaian Masalah. Makin tinggi aras KBAT soalan Penyelesaian Masalah.
Soalan Penyelesaian masalah ada dalam setiap Tajuk. Dan topik Penyelesaian Masalah PALING RAMAI murid tak faham dan tidak kuasai. Paling ramai. Titik!
2. TAJUK 2 ialah Operasi Asas.
Macam tahun 2, anak-anak perlu kuasai tambah, tolak, darab dan bahagi. Jika anak kalian di tahun 3 belum hafal sifir, ia merupakan masalah yang SANGAT BESAR!
Dan di Tahun 3 anak-anak kita mula belajar Operasi Bergabung tambah dan tolak. Contoh :-
4523 + 1089 – 268.
Juga dalam tajuk ini anak-anak dah didedahkan dengan Penggunaan ANU. Apa itu Anu? Bukan yang kat celah kangkang tu.
Penjelasan secara video ada saya buat dalam Telegram saya t.me/MohdFadliSalleh. Join, lihat pengajaran saya, fahamkan dan ajar anak pula ya.
3. TAJUK 3 ialah Pecahan, Perpuluhan dan Peratus. Ha, dah makin tinggi aras pecahan, perpuluhan siap masuk peratus lagi di Tahun 3. Sebab tu saya cakap silibus kita bersifat kesinambungan. Ia berhubung dari tahun ke tahun.
Tak kuasai sedari tahun 1 dan 2, memang bermasalah bila masuk tahun 3.
Pecahan dah diajar pecahan tidak wajar pula. Kena pula sebut pecahan perseratus. Dan paling payah nak bagi anak faham ialah tukar ke dalam BENTUK TERMUDAH.
Topik perpuluhan tidak kurang cabarannya. Dah kena kaitan dengan petak seratus dan garis nombor tau. Penambahan dan penolakan nombor perpuluhan hingga dua tempat perpuluhan juga dah diajar pada masa ni.
Manakala sub topik Peratus agak ringan. Ia sekadar pengenalan simbol, perwakilan peratus dengan petak seratus dan menyatakan kaitan peratus dan perpuluhan.
Dalam topik ini pun ada sub topik penyelesaian masalah tau. Pendek kata, topik ini agak berat. Saya sangat sarankan ibubapa beri pengukuhan topik ini di rumah.
4. TAJUK 4 ialah Wang.
Di tahun 3, topik wang makin mencabar. Selain tambah, tolak, darab dan bahagi wang, ada juga operasi bergabung melibatkan wang.
Di tahun 3 juga anak mula diperkenalkan dengan mata wang asing (ASEAN). Mana la tau kalian bawa anak pergi melancong ke Vietnam ke, mereka dah kenal mata wang tu tau.
Juga tidak dilupakan, sub topik Simpanan dan Pelaburan juga ada. Pendedahan kepada pentingnya menyimpan dan melabur. Last sub topik semestinya Penyelesaian Masalah. Fuh, berasap juga topik ni.
5. TAJUK 5 ialah Masa dan waktu.
Makin jauh dah anak-anak kalian belajar masa dan waktu di Tahun 3 tau.
Perkaitan tahun dengan bulan, minggu dengan hari, membaca kalendar Masihi, tambah dan tolak masa, operasi bergabung, darab dan bahagi masa pun diajar di tahun 3.
Kasar juga mainan Tajuk 5 ni.
6. TAJUK 6 ialah Ukuran dan Sukatan.
Ha, ni tolong bagi tumpuan ya mak ayah. Pastikan anak-anak dah boleh menukar unit m – cm, kg – g, l – ml tau.
Juga mereka kena tahu menyelesaikan ayat Matematik tambah, tolak, darab dan bahagi hingga tiga unit ukuran. Fuh, berasap lagi.
7. TAJUK 7 ialah Ruang.
Dalam tajuk ini anak-anak dah diperkenalkan apa itu prisma dan ciri-cirinya. Prisma tu apa? Hah, aku tanya kau yang tua.
Mereka juga belajar apa itu Poligon Sekata dan Paksi Simetri. Sekali lagi aku nak tanya yang tua ni, ingat lagi apa itu Poligon Sekata dan apa itu Paksi Simetri tak?
Haaa, termenung panjang nampak. Ke dah buka Mak Cik Google nak cari jawapan?
8. TAJUK 8 ialah Koordinat.
Ni tajuk baru yang anak-anak tak belajar di Tahun 2. Koordinat ni topik senang nak bagi murid faham. Biasanya topik ini tiada masalah bagi anak-anak kita.
9. TAJUK terakhir ialah Pengurusan Data.
Di Tahun 3 anak kita diperkenalkan pula dengan carta pai. Ya tuan puan, dah kena tahu ciri-ciri carta pai dan cara baca carta pai dah bila masuk Tahun 3 ni tau.
Tidak dilupakan, pada tahun 3 juga anak-anak kena tahu Perkaitan Antara Piktograf, Carta Palang dan Carta Pai. Tu dia. Bakal pakar statistik anak-anak kita bila kuasai topik Pengurusan Data ni.
Ha, itulah semua 9 TAJUK yang anak-anak kita akan belajar di Tahun 3.
Suka aku ingatkan, di tahun 3 ini mereka WAJIB kuasai dan hafal sifir. Wajib juga kuasai topik PECAHAN yang dinamakan ibu segala topik.
Bahan pengajaran beserta video yang saya sarankan untuk membantu anak kalian faham pecahan dan kuasai sifir saya tulis di ruangan komen ya.
Yang terlepas pembedahan saya untuk tahun 2, baca di link ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2768404103181167&id=100000348124684
Yang terlepas pembedahan saya untuk tahun 1, baca di link ini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2764658083555769&id=100000348124684
Sekian, terima kasih.
#MFS
– Membedah DSKP Tahun 3 agar semua bersedia –
Dalam dunia yang semakin pantas bergerak, kisah cinta yang lahir daripada keikhlasan dan nilai kekeluargaan sering kali menjadi sesuatu yang dekat di hati masyarakat.Itulah...