“Tengok Mak Dia, Keluarga Beragama. Bertuah Fazura.” Soft Spoken & Jaga Solat, Krew Dedah Sikap Fattah Amin Di Set Shooting!

Share

Tidak kiralah walau sesibuk mana pun seseorang, sebagai umat Islam itu bukanlah satu alasan untuk meninggalkan ibadah yang wajib dilaksanakan.

Dalam satu perkongsian baru-baru ini, seorang krew memuat naik satu  video  yang memaparkan seorang pelakon lelaki menerusi aplikasi TikTok.

Di dalam video tersebut, kelihatan pelakon berkenaan sedang menunaikan solat di tempat penggambaran.

Video tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai dan tular sehingga  dengan mendapat puluhan ribu tanda suka daripada warganet.

@hafiznassirsukses4.0Tabik spring kat @fattahamin tak oernah tinggal solat dalam set dah lama perati. ##fyp ##fypforyourpage ##foryourpage
##fypppppppppppppp♬ original sound – حاكيم – kim

Rupa-rupanya kisah yang dipaparkan itu adalah Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin.

Malah, krew yang berada di lokasi itu turut mendedahkan bahawa suami kesayangan Fazura itu juga tidak pernah tinggal solat sewaktu ‘shooting’.

Malah keperibadian Fattah disifatkan sebagai seorang yang baik dan sentiasa menjaga tutur kata.

Rata-rata yang melihat video tersebut memuji cara Fattah dibesarkan , walaupun sudah berjaya namun tidak melupakan benda wajib sebagai umat Islam.

 

IKLAN