Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri, namun berita duka atas pemergian suami tercinta telah membuatkan seorang isteri berasa begitu kehilangan.
Sedang jiran tetangga membantu menguruskan pengkebumian suaminya, selang beberapa jam isterinya pula menyusul.
Kejadian menyayat hati ini berlaku di Pecangan Kulon, Jepara, Jawa Tengah di Indonesia ini di anggap sebagai ‘cinta sehidup semati’ oleh tetangga yang melihatkan betapa sedihnya seorang isteri atas kehilangan suaminya.,
Menerusi satu video pendek yang dimuat naik pemilik akaun TikTok @corineaura, menunjukkan sejumlah penduduk berkabung di rumah salah seorang jiran mereka.
Sekumpulan lelaki kemudian dilihat membawa keranda untuk dibawa ke tanah perkuburan awam berhampiran.
Menurut keterangan video, seorang jiran yang tinggal di depan rumahnya, Mbah Slamet meninggal dunia pada pagi Isnin.
Kematian Mbah Slamet membuatkan isterinya, Mbah Atun berasa begitu kehilangan.
Ads
Kerana kesedihan yang teramat sangat menyebabkan keadaan kesihatan Mbah Atun merosot sebelum pengsan.
Sejam kemudian Mbah Atun juga menghembuskan nafas terakhirnya mengikut suami tercinta.
Difahamkan dua jenazah ini telah dikebumikan bersebelahan di tanah perkuburan di kawasan perkampungan tersebut.
Ads
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri, namun berita duka atas pemergian suami tercinta telah membuatkan seorang isteri berasa begitu kehilangan.
Sedang jiran tetangga membantu menguruskan pengkebumian suaminya, selang beberapa jam isterinya pula menyusul.
Kejadian menyayat hati ini berlaku di Pecangan Kulon, Jepara, Jawa Tengah di Indonesia ini di anggap sebagai ‘cinta sehidup semati’ oleh tetangga yang melihatkan betapa sedihnya seorang isteri atas kehilangan suaminya.,
Menerusi satu video pendek yang dimuat naik pemilik akaun TikTok @corineaura, menunjukkan sejumlah penduduk berkabung di rumah salah seorang jiran mereka.
Ads
Sekumpulan lelaki kemudian dilihat membawa keranda untuk dibawa ke tanah perkuburan awam berhampiran.
Menurut keterangan video, seorang jiran yang tinggal di depan rumahnya, Mbah Slamet meninggal dunia pada pagi Isnin.
Kematian Mbah Slamet membuatkan isterinya, Mbah Atun berasa begitu kehilangan.
Kerana kesedihan yang teramat sangat menyebabkan keadaan kesihatan Mbah Atun merosot sebelum pengsan.
Sejam kemudian Mbah Atun juga menghembuskan nafas terakhirnya mengikut suami tercinta.
Difahamkan dua jenazah ini telah dikebumikan bersebelahan di tanah perkuburan di kawasan perkampungan tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak semalam, kisah kepulangan pelawak, Abam Bocey ke rahmatullah diperkatakan. Pemergian mengejut Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada usia 32 tahun benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka yang pernah mengenali Allahyarham.
Terbaru dalam satu perkongsian oleh pelakon Fizo Omar benar-benar mengusik emosi netizen.
“ AKU MACAM TAK NAK KERJA DAH, RASA NAK DUDUK RUMAH JE MAIN DENGAN ANAK”. Ayat ni lah terlintas dlm kepala aku bila dpt tahu yg Abam dah tak de pg td, ni last conversation aku ngn arwah masa buat teater Siti Di alam Fantasi 2 bulan lepas. Punyalah seronok dia cter pasal anak dia, Hamzah. “lama weh aku tunggu nak dapat jodoh, dan Allah terus bg rezeki zuriat, macam tak caya dgn keadaan aku mcm ni Allah bg rezeki kat aku”.
“kalau ikutkan hati aku,rasa tak nak keluar rumah, nak main ngn anak je hari2, tu la bila aku habis keje pecut balik rumah nak main ngn anak”. aku paham perasaan tu sbb aku pun berada dlm situasi yg sama, beza Maryam dan Hamzah tak sampai setahun. Tiap kali borak psl anak je aku blh rasa dan nampak dia punya excited dan rasa bersyukur tu lain macam. Hari ni aku sedih sgt bila pg ziarah keluarga td, bila tgk Hamzah,aku tak leh tahan sebak aku, sbb aku tahu betapa bapaknya sayang dia..Allahu.Apa yg aku blh sampaikan pada Hamzah, bapak kau ni orang yang baik dan tak pernah nak berckp psl orang lain dan dia sgt bertanggung jawab kpd keluarga dia.kau beruntung menjadi keturunan yg baik, tengoklah beribu orang yg dtg memberi penghormatan terakhir pada bapak”. Pandanglah kearah positive dgn percaturan Allah, sekurang kurangnya Allah mengurniakan salah satu nikmat dunia sebagai seorang bapa yg dpt memberikan kasih sayang kpd seorang anak walaupun hanya 8 bulan sahaja.Allah sebaik2 perancang, jgn sesekali kita menidakkan aturanNYA, Allah menjemput anak kpd Ali Puteh (adik Abam) dan DIA mengizinkan Ali menjadi juara MLM dan rezekinya melimpah ruah dan semalam Allah menjemput pula Abam.Dan aku percaya pangkat sebagai bapa saudara adalah sama seperti bapa sendiri.
Subhanallah, itulah sebaik baik perancang yg kita sebagai manusia dikaburi dengan kesedihan diatas sesuatu kehilangan atau musibah yg berlaku.
Kawan2, mungkin Balu kpd arwah, anaknya Hamzah atau keluarga tak perlukan bantuan dari segi kewangan, tetapi kita sebagai sesama Islam tak salah kalau kita nak kongsikan rasa kasih sayang dan moral support utk kita bantu mereka yang akan meneruskan kehidupan baru mereka selepas ini.
Saya doakan semoga semua yg membaca ini, Allah gerakkan hati kita semua dgn membantu keluarga arwah dgn seikhlas hati, ( Siti Norhidayah – 4732721822 – Public Bank) . Sama kita doakan semoga arwah ditempat dikalangan orang beriman, dan Allah mengampuni segala dosa2 nya dan juga menerima segala amalan kebaikannya. . AL – FATIHAH. . #ABAMBOCEY #GEMUKISAWESOME
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mengajar anak untuk berdisiplin dalam hal meletakkan barang-barang dalam rumah di tempat asalnya setelah digunakan dangan tersusun rapi, memang perlukan komitmen.
Selain kita juga perlu bertegas, siapa sangka teknik meletakkan label seperti yang dilakukan oleh Mohd Nazri ini praktikal dan menarik juga untuk dicuba.
Dan ini perkongsiannya.
Mendidik dan mendisiplin, semua letak label.
Pendekatan yang dilakukan oleh seorang ayah ini menarik juga untuk dipraktikkan. Katanya dengan teknik melabel ini secara tidak langsung dapat mendisiplinkan mereka satu keluarga.
Katanya lagi yang berpengalan bekerja di kilang Jepun, disiplin mereka kuat, semua nak seragam. Bagus untuk pekerja…tu yang terapkan di rumah.
Alhamdulillah semua anak-anak dan isteri boleh ikut selepas bagi tahu tujuan buat semua ini hendak latih anak-anak lebih berdisiplin.
Bila diajukan tentang sticker yang digunakan itu, nyata ayah kepada dua orang anak ini lakukan DIY untuk hasilkannya. “Sticker yang petak tu print sendiri kat tempat kerja, manakala yang bulat itu beli dengan kawan.”
Nyata, Cara ini bukan sahaja nampak lebih sistematik malah secara tidak langsung mendidik untuk seisi keluarga lebih berdisiplin.
Sumber : Mohd Nazri Othman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkahwinan yang bahagia adalah dambaan setiap pasangan terutamanya wanita. Setiap onak yang mendatang, pastinya dilaluinya bersama suami tercinta. Lebih manis lagi, mempunyai suami yang penyayang dan setia bersama.
Namun, kadang kala, ada juga badai yang mendatang. Orang luar, memperkatakan suami hal menambah ‘cawangan’ atau berkahwin lain. Biarpun bukan niat suami, hanya gurauan rakan-rakan, tetapi ada hati yang terguris. Pastinya seorang yang bernama isteri. Ikuti luahan hati seorang isteri ini secara terbuka di laman facebooknya ‘Aishah Jauhara yang menjelaskan rasa terkilan sikap segelintir yang menjadikan kahwin lain atau tambah isteri sebagai bahan gurauan. Moga kita semua muhasabah diri ye.
Lama dah saya pendam. Kadang saya cakap direct, kadang saya terus komen, kadang saya diamkan saja.
Mungkin bagi sesetengah orang, ianya rasa biasa, gurau², tak serius, lawak jenaka saja.
Tapi bagi saya, tidak.
Saya sangat sensitif bilamana baca komen² pada sesetengah post fb suami saya. Post tersebut takda unsur kontroversi bagi saya, tapi orang lain yang jadikannya sedikit sensasi.
“Tambah isteri ke tuan?” “Macam ustaz je yang kahwin ni.” “Bila nak tambah yang kedua, ketiga, keempat?” “Wah, payung emas!” “Bro macam tak happy je pakai baju ada gambar bini, senyum la sikit.”
Entah apa yang bermain di fikiran kalian.
Macam tak fikir isteri dia tengah baca komen tu. Mak pak mertua dia, adik beradik ipar dia, even mak ayah dia sendiri baca.
Respect each other to be respected.
Tahukah anda, komen² seperti ini tidak membantu langsung dalam mengeratkan ikatan suami isteri sedia ada. Jangan jadi pihak ketiga secara tidak sedar.
Kalau nak tambah ‘cawangan’, tambah sendiri² la ye dak, tak perlu nak ajak (hasut) orang lain.
Mesti ada yang cakap, cool aje. Kita mesti tahu suami kita macam mana orangnya. Atau kang ada yang cakap saya tolak poligami mentah². Haha.
Jangan salah faham ya, kami suami isteri alhamdulillah takda masalah dan salah faham apa pun. Orang lain yang sibuk² mengusik suami kahwin lagi, sedangkan orang tu sendiri pun tak berani ?
Dan saya tahu, suami jenis yang macam mana. Kuncinya, setia dan percaya.
Bukankah mendoakan kami suami isteri lebih baik?
ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو يصمت
“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia berkata baik, atau diam” (HR Bukhari & Muslim)
Sebab bagi saya, gurauan itu bukan satu unsur jenaka untuk saya, isterinya.
Ada yang memahami tak? Atau yang pernah mengalaminya juga?
Sebarang nasihat, dialu²kan untuk hambaNya yang hina ini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di