Sering melakukan tugas-tugas harian hingga terpaksa berdiri lama boleh menyebabkan kaki cepat terasa lenguh-lenguh.
Jika dibiarkan bimbang juga akan menyebabkan pergerakan terbatas dan terpaksa pula menanggung kesakitan jika masalah menjadi serius.
Demikian itu, mendapatkan rawatan daripada doktor tentunya itu akan menjadi pilihan utama.
Pun demikian, tidak salah kiranya mencuba rawatan alternatif ini sebagaimana yang dilakukan oleh Puan Farah Afendy dengan hanya menggunakan bahan-bahan sedia ada di dapur.
Menariknya, kaedah rawatan itu serasi dengannya dan bolehlah anda pula mencubanya.
Ini perkongsiannya.
Ads
Harini tak masak cuma nak kongsi kebaikan dari bahan yang ada didapur kita..
CAMPURAN GARAM KASAR DAN LADA HITAM
Try benda ni dah 2 hari, alhamdulillah sakit kat kaki dah makin kurang..dekat 2 bulan kaki sakit yang teramat sangat sampai nak pijak lntai pun tak boleh.. Nak berjalan apatah lagi..memang jalan bertengkak-tengkak.. Pergi klinik makan ubat pun tak baik-baik.. Doktor kata sakit sendi..
Ads
Masa rendam dalam garam ni rasa berdenyut-berdenyut kat tapak kaki.. Betis sampai ke peha rasa kebas, berdenyut, mencucuk-mencucuk.. Tapi tahan jugak sebab mungkin effect garam tu menarik toksin dekat tapak kaki..
Ads
Tapi alhamdulillah harini boleh turun tangga elok. Kalau sebelum ni turun tangga macam budak kecik baru belajar berjalan..satu anak tangga demi satu anak tngga.. Harini dah boleh turun naik tangga dengan laju.. Ajaibkan.. Tapi tu la kenyataan nya.. Syukur ya Allah.. Semoga hilang terus penyakit ni.. tak tahan rasanya bila sakit tu datang.. Menangis tahan sakit. Tersentuh sikit pun sakit nya memang tak tertahan..
Cara-caranya
*campurkan garam kasar dan lada hitam kasar… tak perlu air.. Hanya campuran kering
*selawat 3x
*mintak supaya Allah sembuh kan segala penyakit dalam badan kita.. In syaa allah..
Bisul lazimnya menyerang golongan dewasa berbanding kanak-kanak, namun risiko untuk golongan kanak-kanak terkena bisul juga tinggi, malah memungkinkan komplikasi yang lebih buruk memandangkan kanak-kanak lebih terdedah kepada kekotoran.
.
Bisul merupakan kumpulan nanah yang berlaku di bawah kulit yang sangat menyakitkan akibat proses jangkitan, biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit. Selalunya, masyarakat menganggap kelompang pada kulit yang berwarna kuning (nanah) adalah bisul, namun pengumpulan nanah boleh berlaku pada mana-mana tisu dalam tubuh seperti otak, hati dan ginjal.
PROSES PEMBENTUKKAN NANAH
Proses pembentukan nanah adalah salah satu proses tindak balas daya tahan melawan penyakit tubuh untuk menghalang penyebaran kuman terutamanya bakteria kepada bahagian tisu badan yang lain.
Ketika kuman telah memasuki tisu badan dan mula merosakkan sel-sel, sistem daya tahan tubuh akan dirangsangkan dan menyebabkan pembebasan cytokines (sejenis protein) ke dalam peredaran darah. Cytokines akan menyebabkan tindak balas keradangan yang akan menarik jutaan sel-sel darah putih untuk datang ke bahagian tersebut bagi membunuh kuman-kuman di kawasan itu.
Kuman dan tisu badan yang mati berkumpul dan membentuk nanah dan dalam pada masa yang sama, sel-sel sihat yang bersebelahan dengan kawasan tersebut akan membentuk dinding untuk menyekat nanah ini merebak ke tisu yang lain. Pengumpulan nanah dalam dinding inilah yang akan membentuk bisul.
Bisul dan nanah boleh berlaku apabila kulit yang berminyak memudahkan lekatan habuk pada kulit dan menyebabkan liang peluh tersumbat. Peluh yang tidak dapat dikeluarkan akan menyebabkan kuman mudah menjangkiti akar rambut yang akhirnya membentuk nanah dan apabila berkumpul dengan lebih banyak menyebabkan bisul.
Nanah dan bisul juga boleh berlaku apabila permukaan kulit terkoyak akibat kecederaan terjatuh atau luka terkena benda tajam. Kulit yang koyak membenarkan kuman masuk ke bawah kulit dan menyebabkan jangkitan kuman dan akhirnya menghasilkan nanah dan bisul. Jangkitan kuman dan bakteria adalah punca yang paling biasa. Dalam satu jangkitan kuman yang menyebabkan bisul, adakalanya terdapat beberapa jenis kuman bakteria.
Selalunya kuman bakteria jenis Staphylococcus aureus yang sentiasa berada di permukaan kulit, menunggu peluang untuk masuk ke dalam kulit dan menyebabkan nanah dan bisul.
Namun bisul mudah dirawat dengan antibiotik. Terdapat jenis kuman bakteria yang kebal terhadap antibiotik iaitu methicillin-resistant yang agak sukar dirawat dan boleh menyebabkan komplikasi lain seperti jangkitan kuman merebak ke organ penting lain seperti ginjal dan hati dan apa yang dibimbangkan kanak-kanak juga berisiko diserang jangkitan itu.
Golongan yang berisiko dijangkiti bisul adalah mereka yang kurang menjaga kebersihan diri, tinggal di penempatan yang sesak, mempunyai alahan, ahli keluarga yang mempunyai jangkitan kulit berulang, sistem imun lemah, kurang zat makanan serta pesakit kencing manis.
Apa yang dibimbangkan, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti kuman yang boleh menyebabkan nanah dan bisul kerana mereka masih tidak faham tentang kebersihan diri, selain itu daya tahan melawan penyakit mereka juga tidak sebaik orang dewasa malah sistem pertahanan melawan penyakit dalam tubuh mereka masih belum matang dan dibentuk sepenuhnya.
JEJAS KESIHATAN ANAK
Sebab itu, lazimnya kanak-kanak yang terkena bisul akan menyebabkan mereka demam sekali gus mengganggu aktiviti harian mereka. Walaupun bisul bukanlah penyakit yang berbahaya, namun jika terkena kepada kanak-kanak menyebabkan mereka terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat ekoran nanah dan bisul mengambil masa untuk sembuh bergantung kepada beberapa perkara.
Antaranya, jangka masa untuk bisul sembuh bergantung kepada daya tahan kanak-kanak, jika mereka individu yang sihat, jangkitan itu lebih mudah untuk baik berbanding kanak-kanak yang mempunyai penyakit lain menyebabkan bisul lambat untuk pulih. Bisul orang dewasa juga lebih mudah sembuh berbanding masa yang diambil untuk kanak-kanak dan warga tua, malah pemakanan yang diamalkan pesakit juga salah satu punca jangka masa bisul itu lambat sembuh.
JAGA KEBERSIHAN
Nanah dan bisul juga perlu dirawat dengan sempurna dan betul. Nanah yang telah dikeluarkan harus dibersihkan setiap hari. Dalam pada itu, bagi mengelakkan kanak-kanak mudah dijangkiti bisul, elakkan mereka berhubung dengan individu yang mengalami bisul dan sentiasa menjaga kebersihan mereka.
Bagi mengelakkan kanak-kanak dijangkiti bisul, ibu bapa perlu menjarakkan anak-anak dengan penghidap bisul selain tidak membiarkan mereka berkongsi pakaian, tuala mandi atau bersentuhan secara terus atau menyentuh apa-apa sahaja yang mungkin telah dijangkiti kuman daripada nanah, kerana kuman bisul mudah dijangkiti. Selain itu, ibu bapa perlu ajar anak-anak membasuh tangan dengan kerap dan betul menggunakan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali basuhan.
. Tip untuk mengelakkan bisul bertambah teruk :
1. Jika kawasan nanah adalah kecil iaitu kurang dari satu sentimeter atau kurang dari setengah inci, mampatkan kawasan itu selama lebih kurang 30 minit empat kali sehari dengan tuala kecil yang dipanaskan dengan air (demah atau tuam panas).
.
2. Jangan cuba untuk mengalirkan nanah dengan menekan di atasnya kerana boleh menolak bahan yang dijangkiti ke dalam tisu yang lebih dalam.
.
3. Jangan masukkan jarum atau alat tajam yang lain ke dalam pusat bernanah kerana boleh mencederakan salur darah atau menyebabkan jangkitan merebak.
.
4. Bersihkan kawasan bernanah dengan betul untuk mengelakkan jangkitan dengan membasuh, mengeringkan dan menutup bahagian luka dengan pembalut.
.
5. Jika nanah terbuka dengan sendiri, bersihkan nanah dengan baik dalam beberapa hari, jika tidak sembuh, perlu dibawa berjumpa doktor.
.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai yang berpendapat peti ais adalah lokasi tepat untuk menyelamatkan makanan-makanan yang sudah dibuka. Ingat ya… Suhu sejuk dalam peti ais tidak semestinya menyelamatkan makanan anda. Anda sendiri mungkin tidak lalu makan makanan yang sudah lembik, keras, berderai atau pendek kata…kurang sedap!
Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa ada sesetengah makanan tidak sepatutnya disimpan di dalam peti sejuk.
Namun, ia bukanlah sesuatu yang memudaratkan tetapi menjadi punca sesetengah makanan hilang zat, rosak dan mempunyai tekstur rasa yang tidak menarik.
Kena baca perkongsian dari Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang barang yang tidak perlu disimpan dalam peti sejuk.
BARANG YANG TIDAK PERLU DISIMPAN DALAM PETI SEJUK
Kita selalu meletak hampir semua barang dan makanan yang kita beli ke dalam peti sejuk. Kadang kala ia boleh merosakkan kualiti bahan makanan itu.
1. Bawang
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan petisejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang kering.
2. Kentang
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.
3. Sos
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.
4. Roti
Menyimpan roti dalam peti sejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.
5. Makanan dalam tin
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
6. Makanan panas
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.
7. Rempah ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.
8. Mentega
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.
9. Madu
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.
10. Bahan bukan makanan
Keluarkan bahan bukan makanan seperti bahan kosmetik dari peti sejuk. Ia boleh mencemarkan bahan makanan yang disimpan bersamanya.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wanita TTC 10 tahun mohon doa agar dikurniakan zuriat pada 10 malam terakhir Ramadan menarik perhatian ramai apabila komen penuh kasih daripada TokTi mengundang sebak warganet.