“Terharu Melihatnya, Seperti Ibu & Anak.” Baca Yassin Sama-Sama, Netizen Kagum Lihat Kemesraan Tunku Azizah & Tun Hasmah

Share

Sejuk mata memandang dua insan yang cukup istimewa di mata rakyat. Kelihatan Tun Hasmah dan juga Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah   dalam satu majlis bacaan yassin baru-baru ini. Tingkah laku mereka yang cukup rapat dan akrab dipertontonkan dalam foto hasil bidikan lensa kamera pihak istana negara.

Ibarat anak-beranak, kedua-duanya tampak begitu mesra membuatkan netizen melahirkan rasa kagum dan terharu.

Umum mengetahui, Raja Permaisuri Agong sebelum ini memang dikenali sebagai seorang yang sangat dekat dengan rakyat dan seorang yang sangat merendah diri. Demikian juga dengan Tun Siti Hasmah yang sering menonjolkan sifat-sifat keibuan setiap kali bertemu dengan orang ramai.

KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan 2019 di Masjid Negara.

Dalam majlis tersebut, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut  berkenan mencemar duli menghadiri majlis tersebut selain Raja Permaisuri serta anakanda-anakandanya.

Namun, tumpuan mata orang ramai lebih terarah pada kehadiran Raja Permaisuri Agong beserta wanita pertama Malaysia, Tun Dr. Siti Hasmah.

Dua wanita hebat ini kelihatan berjalan masuk sambil  berpimpinan tangan menuju ke perkarangan Masjid Negara.

Video yang berdurasi beberapa saat telah diambil dan dimuat naik ke Twitter sehingga mendapat perhatian Tengku Jihan iaitu anakanda Yang Di Pertuan Agong.

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata pengguna media sosial begitu kagum dengan kemesraan yang ditonjolkan itu.

Yang tua dihormati, yang muda disayangi

Malaysian are lucky 

Sumber:  Farrahiyah A Istana Negara

IKLAN